Maklumbalas kepada Daya Imaginasi Luar biasa
Daya khayalan luar biasa
SAYA antara pembaca setia ruangan ini dan bersetuju dengan pendapat Dang Setia bahawa masalah yang dihadapi oleh ‘Gadis Imaginasi’ (GI) yang disiarkan 22 Mac lalu antara yang pelik. Peli tapi menarik, itu yang dapat saya katakan.
Pelik’ kerana jarang orang yang berupaya untuk berimaginasi ‘menarik’ kerana GI dapat memanfaatkannya dengan baik. Pandangan Dang Setia ada logiknya, kerana dibimbangi akan membawanya ke arah negatif memandangkan daya imaginasi yang sungguh luar biasa.
Pelik’ kerana jarang orang yang berupaya untuk berimaginasi ‘menarik’ kerana GI dapat memanfaatkannya dengan baik. Pandangan Dang Setia ada logiknya, kerana dibimbangi akan membawanya ke arah negatif memandangkan daya imaginasi yang sungguh luar biasa.
Saya juga dapat merasakan kebenaran dan keikhlasan dalam GI melontarkan permasalahannya melalui penulisan dan kematangan gaya bahasa biarpun berumur 18 tahun. Bagi saya, itu satu kelebihan dan anugerah Allah kepada saudari, juga sebagai satu ujian.
‘Kelebihan’ kerana ia dapat digunakan dalam pelbagai bidang dan ‘ujian’ kerana bagaimana daya itu digunakan.
Pada saya, daya imaginasi luar biasa pada GI bukan masalah, cuma yang menjadi masalah ialah ‘kawalan’ kepada imaginasi itu. Kawalan daripada segi bila, apa, perkara dan batas tertentu yang perlu saudari patuhi ketika berimaginasi.
GI perlu melatih diri supaya dapat mengawal imaginasi dengan sepatutnya. GI juga perlu ada kehendak dan semangat untuk mengawal imaginasi. Imaginasi datang daripada otak dan hati perlu mengawal otak. Untuk mengawal hati, GI perlu bentuk jiwa.
Jiwa adalah ‘isi hati’. Jadi GI perlu isikan hati dengan sesuatu yang murni supaya jiwa menjadi murni. Dengan itu tiada paksaan dan tekanan dalam membentuk kawalan kepada daya imaginasi yang luar biasa itu. Cuba elak berimaginasi yang keterlaluan apabila dengan kawan serta kurangkan duduk bersendirian.
Gunakan daya imaginasi pada tempat atau perkara betul saja. Diharap GI tidak menghadapi masalah ini bersendirian kerana perlu merujuk kepada mereka yang lebih arif seperti yang disaran Dang Setia.
Setiap manusia dikurniakan dengan kelebihan tertentu, tapi hanya orang yang mahir menggunakan kelebihan mereka akan berjaya. Untuk menjadi mahir perlu keinginan, kesabaran latihan serta usaha. Saya berharap pada masa depan GI berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat.
JURUTEKNIK IMAGINASI
sumber:Ruangan Dang Setia.Metro.
*Kes Gadis Imaginasi mengingatkan saya kepada kes yang pernah saya kendalikan satu ketika dahulu.