Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Antara kes kauanseling yang GBK pernah kendalikan ialah perkongsian klien GBK yang sering kesedihan kerana ditinggalkan oleh ayahnya di perkarangan hospital bersama 2 adik-adik yang masih kecil setelah ibu kandung mereka meninggal dunia. Dia ditinggalkan ketika berusia 8 tahun, adik keduanya dlaam 6 tahun dan adik bongsunya 2 tahun. Dia masih ingat janji ayah untuk datang semula.
Dia masih ingat ketika itu adiknya amsih menyusu botol dan apabila adiknya sudah kehausan apabila susu botol habis, adiknya menangis. keadaan ini menarik perhatian jururawat yang lalu di kaki lima perkarangan hospital. Lalu jururawat itu memujuk adiknya. Akhirnya mereka bertiga ditempatkan di sebuah rumah kebajikan setelah ayah kandung mereka tidak muncul lagi. Ketika saya buka lagu Rintihan Seorang Anak,
Mohd Mahir menunjukkan gambar kanak-kanak yang
ditinggalkan seorang lelaki dipercayai bapanya (gambar bulat) di
pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kinta, Ipoh, semalam. - Foto
Muhaizan Yahya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Ipoh Perak sedang mengesan seorang bapa yang
dipercayai meninggalkan anak lelakinya berusia empat tahun di pejabat
agensi itu di daerah Kinta, kelmarin.
Kanak-kanak terbabit yang kini ditempatkan di sebuah rumah
perlindungan kanak-kanak di Kuala Kangsar, mengecam ayahnya menerusi
rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pejabat JKM Daerah Kinta yang
merakam ketika lelaki terbabit datang ke situ bersamanya.
Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kinta, Mohd Mahir Mohd Tahir,
berkata sebaik mengesyaki lelaki terbabit meninggalkan anaknya di situ,
pihaknya membuat aduan di Balai Polis Ipoh.
Tiga beradik hilang di Ipoh di temui di Lembah Klang
Kiri Syazwan Rizaudin, Syahir Syafi, Syauratul Syafiyah
Misteri kehilangan 3 beradik
Tiga beradik hilang di Ipoh di temui di Lembah Klang
KUALA LUMPUR 15 Ogos -Tiga beradik yang dilaporkan hilang dari rumah
ibu mereka di Ipoh Selasa lepas ditemui selamat di Lembah Klang malam
tadi dan telah dituntut bapa mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak
dekat sini hari ini.
Beginilah bila dadah sudah menguasai fikiran dan seluruh tubuh.
Dadah sangat kejam.
Dadah hapuskan kasih sayang.
Dadah pisahkan anak dengan ibu bapa.
Dadah hancurkan cinta suci suami isteri.
Dadah bunuh jiwa anak-anak.
Dadah musnahkan rumahku syurgaku.
Dadah biarkan fantasi kuasai realiti.
Dadah hancurkan cinta sejati
Cinta ibu pada anak
Cinta ayah pada anak
Cinta anak pada ayah
Cinta anak pada ibu
Cinta abang pada adik
Cinta adik pada abang
Cinta dan kasih sayang lenyap
Kau kata
saya malas solat, saya malas sangat,
saya malas belajar, saya malasssssssssss
saya cuma rasa nak lari dari masalah
dengan ambil dadah
Salahke?
Itu katamu.
Dengarlah wahai insan Dengan ambil dadah
Yang ada hanya
Dunia fantasi
di awangan
Janganlah kau khianati sebuah persahabatan
sebuah kasih sayang nan suci
Kau hapuskan kasih sayang sahabat sejati
Meracuni sahabatmu dengan dadah
Teganya hatimu
melihat sahabatmu derita dengan dadah yang kau kenalkan
sedangkan balasan TuhanMu itu sangatlah benar
Hari Pembalasan pasti akan tiba
Kerana Janji Allah itu maha benar
Dadah bukan penyelesai segala masalahmu wahai insan
Dadah yang kau rasa bahagia
Itu sebenarnya ada dalah derita
Dadah yang kau rasa beri kau penyelesaian masalah yang berserabut otak
Sebenarnya adalah tipuan
Hakikatnya kau tak boleh lari dari masalah
Masalah perlu dihadapi
Dengan sabar dan doa pada Yang Maha Esa
Masalah dihadapi dengan sabar mendirikan solat memohon kekuatan daripada Allah SWT Yang Maha Mendengar lagi Maha Penyayang
PUSI JIWA CIKGUKAUNSELING.COM
SILA BACA CATATAN PENGALAMAN SEORANG ISTERI PENAGIH DADAH YANG TABAH DAN CEKAL MEMBESARKAN ANAK-ANAK SENDIRIAN TANPA SUAMI DI SISI KERANA SUAMI ASYIK KELUAR MASUK PUSAT SERENTI BACALAH KISAH KETABAHAN WANITA INI SEHINGGA ANAK-ANAKNYA BERJAYA KE MENARA GADING: JURNAL KEHIDUPAN CERITA SEORANG ISTERI PENAGIH DADAH KLIK DI SINI
ANAK 7 TAHUN DIDERA KERANA DADAH
KUALA TERENGGANU – Apa dosaku? Itulah mungkin pertanyaan yang ingin
diluahkan oleh kanak-kanak berusia 7 tahun, dipercayai didera dengan
begitu kejam sekali oleh bapa tirinya dalam kejadian di Taman Perumahan
Gong Badak, di sini, kelmarin.
Kesungguhan Nurul Sofiya Irwan Simbol Kejayaan Sekolah Dalam Hospital
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ketabahan Adik Nurul Sofiya Irwan dalam menghadapi penyakit kanser otak sejak berusia 3 tahun haruslah adik-adik para pelajar lain contohi.
Nurul
Sofiya, mula menjalani rawatan kerana ketumbuhan otak, sejak berusia
tiga tahun. Semangatnya kental, keinginannya untuk pulih memacunya untuk
terus mendapatkan rawatan, meskipun tercicir daripada pendidikan arus
perdana kerana kerap kali bermastautin di hospital.
Isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman (empat,
kanan) yang juga Penaung Projek Hati Nurani melihat pesakit kanak-kanak
Nurul Sofiya Irwan, 11, yang menghidapi ketumbuhan otak sedang diajar
oleh gurunya Nor Aishah Parijan (duduk, kanan) ketika melawat Sekolah
Dalam Hospital (SDH), di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
(PPUKM), Cheras di sini, pada 13 Mac 2013 lalu. Turut hadir Naib Chanselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Tan
Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahbudin (tiga, kiri).
KUALA
LUMPUR, 13 MAC: Sekolah Dalam Hospital, inovasi pendidikan yang
diinspirasikan daripada keprihatinan isteri Timbalan Perdana Menteri,
Puan Sri Noorainee Abdul Rahman terhadap pelajar yang keciciran kerana
menerima rawatan kesihatan jangka panjang, baru beroperasi kurang dari
dua tahun di Negara ini.
Namun,
impaknya terhadap kanak-kanak dan remaja yang memerlukan rawatan serta
proses pemulihan jangka panjang kerana pelbagai jenis penyakit, sudah
dapat dilihat dengan jelas.
Bagi pelawat ke Sekolah Dalam Hospital di
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), iltizam yang
ditunjukkan pesakit berusia 11 tahun dari Selayang, Nurul Sofiya Irwan,
ketara menampakkan kejayaan projek kerjasama pintar di antara Badan
Bukan Kerajaan (NGO) Hati Nurani, Kementerian Pelajaran dan Kementerian
Kesihatan ini.
Anak itu selayaknya dia mendapatkan perhatian sesrius dan pengawasan
yang cukup.
Sesungguhnya hatinya bagaikan bening mutiara yang siap menerima segala sesuatu yang mewarnainya.
Anak itu jika dibiasakan dengan hal- hal yang baik, maka ia akan berkembang dengan kebaikan, sehingga orang tua dan pendidiknya ikut serta memperoleh pahala.
Sebaliknya, jika anak itu dibiasakan dengan hal-hal buruk, maka ia akan membesar dengan keburukan itu. Maka orang tua dan pedidiknya juga ikut memikul dosa karenanya.
Oleh karena itu, tidak selayaknya orang tua dan pendidik melalaikan tanggung jawab yang besar ini dengan melalaikan pendidikan yang baik dan penanaman adab yang baik terhadapnya sebagai bagian dari haknya.
Jiwa si kecil
Proses pembesaran anak pasti ada melalui satu fasa apabila mereka mulai
belajar meneroka dan bereksperimen. Salah satu daripadanya adalah dengan
melukis, menconteng dan melakar di dinding rumah.
Namun, ramai ibu bapa sering merujuk sesi meluahkan kreativiti dalam usaha menyampaikan isi hati itu sesuatu yang salah.
Sedangkan, menurut pakar psikologi, lukisan adalah saluran terbaik
untuk ibu bapa mengenali anak kecil mereka dan salah satunya melalui
kaedah dipanggil, ujian projektif.
Melalui kaedah ini, emosi kanak-kanak boleh dinilai
menggunakan lukisan dihasilkan misalnya, rasa tidak selamat digambarkan
melalui lukisan figura condong, berkepala kecil, bentuk raksasa atau
tanpa tangan dan kaki.
PTSD Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Setelah hampir 12 tahun dalam arena pendidikan psikologi/ perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, pelbagai kes klien telah GBK temui. Ini termasuklah berkaitan PTSD. Bagaimanapun jika ia sudah ke tahap PTSD dan masalah psikologi yang memerlukan pakar perubatan membantu pesakit, GBK biasanya merujukkan kes berkenaan ke hospital.
(Artikel ini adalah secara post automatic pada dinihari subuh. ) Posttraumatic
stress disorder (PTSD) adalah kecelaruan emosi berpanjangan yang
berlaku selepas seseorang berhadapan dengan sesuatu tragedi di dalam
kehidupan mereka. Trauma ini sangat menakutkan, mengancam nyawa dan
merbahaya kepada individu atau keluarga individu tersebut. Contoh trauma tersebut adalah seperti menjadi menjadi mangsa kemalangan, mangsa rogol, mangsa bencana alam seperti tsunami,
Apakah tanda-tanda yang membolehkan seseorang didiagnos sebagai mengidap PTSD? Pakar
psikiatri menggunakan DSM IV atau ICD 10 sebagai panduan untuk
mendiagnos seseorang dengan PTSD. Di antara kriteria PTSD adalah:
Betapa peritnya hidupku tanpa belaian kasih dan sayangmu sejak kecil tidak kurasa sentuhan jejarimu
Ke mana perginya dirimu ibu Terbiar sepi jiwa kerdilku hilangnya ehsan dirimu
apa salah dosa diriku terbuang tanpa pembelaanmu aku amanah. tiada disyukuri terbiar ku menangis hiba
Bukan intan permata yang kupinta hanya secebis kasihmu di rembang senja tiada kumengerti mengapa kau sekejam ini
Kulalui hidup tanpa kehadiranmu
Ibu ketahuilah suara ombak itu adalah suara tangisanku yang berlagu dan menanti kepulanganmu ibu Kumerindu kan sepohon kasihmu
Ibu kembalilah kepadaku semoga sinar hidupmu kan kembali gemilang bukan intan permata yang kupinta hanya secebis kasihmu
di rembang senja tiada ku mengerti mengapa kau sekejam ini
Kulalui hidup tanpa kehadiranmu
Ibu ketahuilah suara ombak itu adalah tangisanku yang berlagu dan menanti kepulanganmu ibu
Kumerindu sepohohon kasihmu
Ibu kembalilah kepadaku semoga sinar hidupmu kan kembali gemilang.
Betapa peritnya hidupku tanpa belaian kasih dan sayangmu sejak kecil tiada kurasa sentuhan jejarimu
Ke mana perginya dirimu ibu kau menghilangkan diri dariku terbiar sepi jiwa kerdilku hilangnya ehsan dirimu
Kupanjatkan doa padaMu Allah Ampunilah dosa ibu Selamatkanlah ia dari azabMu berilah petunjuk kepadaNya selalu
ulang Kupanjatkan doa padaMu Allah Ampunilah dosa ibu Selamatkanlah ia dari azabMu berilah petunjuk kepadaNya selalu Petikan Lagu Nasyid,"Rintihan Seorang Anak oleh Kumpulan Lambaian Kasih" Kebetulan siang tadi, myraudhatulukhuwah ada berurusan dengan salah seorang remaja belasan tahun yang dibesarkan di rumah kebajikan.Nampak genangan air matanya pada pertemuan kami. Tiba-tiba ingatan myraudhatulukhuwah melayang pada seni kata nasyid di atas, yang pernah dirakamkan sekitar tahun 90-an. (Maaf kalau salah). Senikata nasyid ini bagai gambaran jiwa remaja, rintihan seorang anak yang dibesarkan di rumah kebajikan. Syukur remaja ini tetap mendoakan kesejahteraan ibunya. Dan myraudhatulukhuwah sendiri berasa bersyukur dilimpahi kemewahan kasih sayang ibu bapa, guru-guru di sekolah rendah dan menengah. Dan semoga myraudhatulukhuwah dapat berkongsi kasih sayang untuk remaja ini juga.
Jom kita ikuti pandangan Dr Sapora Sipon dalam membantu pelajar ini. Antara cadangan Dr Sapora ialah;
"Untuk tidak mengulangi sejarah dibuang sekolah, adik mempunyai beberapa pilihan. Pilihan pertama ialah adik boleh turut mengikut kakak berpindah di tempat baru dan bersekolah di sana.
Selain itu, adik boleh tinggal di asrama sekolah. Minta bantuan kakak mencari sekolah yang boleh menempatkan adik di asrama. Adik juga boleh meminta pandangan guru pegawai bimbingan dan kaunseling di tempat sekolah adik mengenai masalah adik."
Nota Tambahan:
Tahniah kepada kakak adik ini yang prihatin dan sanggup berkorban demi adik-adik tersayang.
Cadangan saya kepada pelajar ini, antara langkah yang perlu diambil ialah selain seperti yang Dr Sapora cadangkan, eloklah pelajar ini juga berbincang dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah dan Guru Kelas.
Usah malu bertemu dan berjumpa guru secara peribadi. Bukankah malu bertanya, sesat jalan?Jadikan guru anda sebagai mentor dan sahabat.
Selain itu, eloklah pelajar ini mendapatkan pandangan Guru Kebajikan Pelajar dari segi bantuan kewangan. Contohnya, pelajar berjumpa dengan guru yang berkaitan biasiswa di sekolah pelajar dan memohon Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM).
Tujuan tabung ini ialah untuk membantu golongan ibu bapa murid yang berpendapatan rendah yang tidak berkemampuan untuk menghantar anak mereka ke sekolah. Untuk info lanjut, sila rujuk website KPM, klik sini.
Untuk layak mendapat Bantuan Tabung KWAPM ini pula, Kementerian Pelajaran memutuskan hanya murid yang berdaftar dengan eKasih akan menerima bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), mulai tahun 2011. Oleh itu, pelajar janganlah malu untuk berjumpa guru anda di sekolah,ya.
Maklumat lanjut sila klik, Hanya Pelaja Daftar e-kasih dapat bantuan, klik sini. Kementerian Pelajaran Guna data e-kasih, klik sini.
SOALAN;
SAYA remaja lelaki berusia 15 tahun. Pada 2008, ayah mengalami serangan angin ahmar. Ketika itu saya bersekolah dan tinggal bersama ibu bapa di utara. Ibu selalu menyusahkan saya dengan menyuruh menghantar dan menjemputnya di tempat kerja walaupun mempunyai kereta serta menyuruh ke pasar untuk membeli barangan dapur sehingga saya terpaksa ponteng sekolah disebabkan selalu lewat.
Sehinggalah saya dibuang sekolah dan ibu tidak mengetahui yang saya ponteng sekolah. Lantas, saya mengadu kepada kakak sulung yang bekerja di ibu kota agar membenarkan saya bersekolah dan tinggal bersama sehingga Penilaian Menengah Rendah (PMR) tamat. Kakak yang menjaga dan menitikberatkan hal pelajaran saya.
Baru-baru ini kakak dinaikkan pangkat dan bertukar tempat kerja di daerah lain dan saya harus bersekolah dan tinggal kembali bersama ibu bapa pada tahun depan.
Kakak juga buntu memikirkan hal saya kerana dia sangat bertanggungjawab terhadap adik-adik. Masalahnya, saya tidak mahu perkara ponteng sekolah berulang kembali sehingga terabai pelajaran. Ini kerana saya mudah berubah menjadi jahat walaupun tiada hasutan kawan kerana dikatakan sombong serta berlagak. Tolonglah saya menyelesaikan hal ini.
INSAN LEMAH,KL.
JAWAPAN;
TENTU sukar dan bukan mudah bagi ibu untuk menjalani kehidupan setelah ayah adik mengalami serangan angin ahmar. Kini ibu terpaksa menjaga dan mengurus kehidupan keluarganya. Apabila adik tidak memberitahu ibu keadaan sebenar iaitu ponteng sekolah, sudah pasti ibu akan berterusan menyuruh adik membantunya.
Adik beruntung mempunyai kakak yang bertanggungjawab terhadap adik-adiknya dan tidak bersikap lepas tangan. Adik perlu ingat jasa kakak yang sudah banyak membantu. Apabila kakak mendapat kenaikan pangkat, adik perlu memberi sokongan kerana membabitkan masa depannya.
Untuk tidak mengulangi sejarah dibuang sekolah, adik mempunyai beberapa pilihan. Pilihan pertama ialah adik boleh turut mengikut kakak berpindah di tempat baru dan bersekolah di sana.
Selain itu, adik boleh tinggal di asrama sekolah. Minta bantuan kakak mencari sekolah yang boleh menempatkan adik di asrama. Adik juga boleh meminta pandangan guru pegawai bimbingan dan kaunseling di tempat sekolah adik mengenai masalah adik.
"Tahniah, Nina. Nina dapat 8A dalam Percubaan PMR," "Alhamdulillah, terima ksih cikgu. Ini pun atas berkat bimbingan cikgu,juga," "Cikgu, kenapa cikgu tak terima ayah saya sebagai friend? Kan ayah saya dah add cikgu di mukabuku?" Soal Nina. "Nina, macam mana saya nak add ayah kamu.Saya cuma approve kawan-kawan saya dan pelajar saya sahaja. Kalau ibubapa atau penjaga pelajar, saya tak berani nak add. Silap haribulan pasangan masing-masing akan marah nanti. Jadi jodoh di alam maya...," jawab Cikgu Rohaini dengan lembut. "Alah, cikgu bukannya tak tahu, kan ayah saya single parent?"soal Nina lagi. "Saya tahu...Nina dulu kan dah story kat saya,mama Nina dah divorce dengan papa masa Nina berumur 11 tahun," "Dah tu? Nape cikgu tak approve je ayah saya di mukabuku tu? Atau ini adalah gambaran jawapan cikgu?" "Nina, saya tak bermaksud begitu. Macam yang saya cakap sebelum ni, mukabuku saya cuma untuk yangs aya kenali sahaja. Tidak mesti saya tak approve papa Nina, bermakna saya .. "Cikgu, cikgu tahu kan, Nina rindukan kasih sayang seorang ibu? Cikgu tahu kan, Nina harapkan ibu yang penyayang dan setia... "Cikgu tahu, Nina. Tapi beilah cikgu masa, ya," "Berapa lama,cikgu?" "Saya sudah terangkan dengan papa, Nina, Nina," "Kalau saya nak tahu juga?" "Nina, biarlah hal ini, kami selesaikan berdua sahaja ya?" "Cikgu, Nina harap sangat cikgu terima papa. Selama ni, Nina c cuma berdiam diri sahaja. Tapi kali ni, Nina rasa sudah terlalu lama cikgu belum jua memberi jawapan kepastian. "Tapi, baru 2 minggu, Nina. 2 minggu masih terlalu baru, Nina. Saya tidak mahu mengambil keputusan terburu-buru. Hal nikah kahwin bukanlah hal ringan, Nina. Perkara perkahwinan adalah melibatkan 2 hati bersatu di bawah lembayung rahmat Ilahi dinamakan pernikahan. Ikatan suci suami isteri ini menuntut seribu pengorbanan dan tanggungjawab. Ikatan ini juga diikat oleh 2 hati yang saling menyintai kerana Allah...," Belum sempat Cikgu Munirah melanjutkan bicara, Hanina sudah memotong kata, "Jadi, cikgu tidak menyintai papa?" "Bukan begitu Nina, Nina ingat tak masa perkhemahan kita di Pangkor dulu? Semasa saya bicarakan tentang cinta dengan Nani dan kawan perempuan yang lain?" "Ingat, cikgu. Cikgu ada jelaskan tentang hakikat cinta suci. Tentang kehormatan wanita....," "Ingat tak, bila Nina soal pada saya, mengapa cikgu tidak ada 'boyfriend'?" "Ingat cikgu dan saya pun ingat jawapan cikgu," "Jadi itulah jawapan saya sekarang. Bukan saya tidak suka papa Nina. Tetapi, atas panduan yang telah ditetapkan,. "Oh, jadi sebab tulah, cikgu memerlukan masa yang panjang ya cikgu?" "Pandai pun Nina. Macam nilah anak murid saya yang baik hati," "Cikgu, nak tengok sesuatu tak?" "Erm, apa dia, Nina?" "Cuba cikgu teka, siapa ni?" "Subhanallah. Cantiknya. siapa wanita ni? Eh ni, yang berdiri sebelahnya, macam ayah kamu? Dan baby girl bertopi pink ni, Nina?" "Betul tu cikgu. Itulah ibu saya cikgu," "Ibu kamu cantik sangat, Nina," "Buat apa cantik sahaja tapi tak setia dengan suami, tak bersyukur dengan apa yang ada. Tengok mama, sampai sekrang mana pernah contact kami jauh sekali nak jumpa kami. Padahal kami masih di sini...Cikgu pun cantik, apa?Kalau tak, masakan papa fall in love dengan cikgu? Papa susah nak terima wanita tau sejak divorce" "Nina, tak baik kamu berkata yang tidak baik tentang mama. Ingat ya Nina, walau macam manapun, mama dah berkorban untuk Nina dan adik-adik. Nina sendiri cerita kan, mama lahirkan Nina masa Nina baru 7 bulan dalam kandungan. Lepas tu Nina kena duduk dalam wad. Mama yang bersengkang mata siang malam menjaga Nina, kan? Papa masa tu sedang sambung pengajiannya kan?" "Ya, cikgu. Mama yang menjaga saya selama saya dalam wad NICU. 4 bulan saya dalam tu. Kemudian bila dah keluar wad, saya ada penyakit lain pula," "Besar pengorbanan mama, Nina. Jika mama berpisah dengan papa, itu antara mereka berdua. Mereka mungkin ada masalah mereka sendiri yang mana belum masanya Nina tahu. Mama menyepi diri, bukan bermakna mama tidak ingat Nina. Mungkin mama membawa diri ke oversea sebagai satu cara merawat hatinya yang luka, Nina. Kenangkanlah kembali pengorbanan mama. Saat melahirkan kamu, pasti dia telah bertarung nyawa. Selalulah berdoa pada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa mama. Doakan kebaikan untuk mama. Moga-moga suatu hari nanti Nina dapat bertemu mama kembali," "InsyaAllah, cikgu. Terima kasih cikgu atas nasihat cikgu. Cuma Nina terlalu rindukan kasih sayang seorang mama. kalaulah cikgu menjadi mama Nina," "Nina, dalam hidup kita ini, kadang kala ada impian kita yang tercapai, ada yang tercapai sebegitu pantas, ada yang agak lambat dan ada yang tidak tercapai di dunia ini. Mama Nina tetap mama yang terbaik dalam hidup Nina. Andai saya menjadi mama Nina, belum tentu saya boleh menjadi mama yang terbaik buat Nina. Namun walau apa pun, saya tetap sayangkan Nina. Sebab Nina, murid saya yang baik hati dan hormat guru," "Patutlah, papa kata cikgu terlalu istimewa. Papa kata sepanjang mengenali cikgu, Cikgu tidak pernah meminta hadiah apatah lagi barang-barang mahal. Cikgu, cantik, berpelajaran, keturunan baik-baik, beradab sopan. Kata papa, beruntung siapa yang mendapat cikgu sebagai isteri," "Nina, cinta bukan terletak pada wang mahu pun harta meskipun ada pepatah mengatakan, tiada wang tidak berguna juga cinta itu. Erm satu lagi pesanan penaja oleh Cikgu Munirah, usah memuji saya melambung tinggi. Kelak bila Nina tahu segala keburukan saya, Nina pasti kecewa. Bimbang kata nista pula yang kamu hamburkan pada cikgu. Cikgu garang tau. Nina tak takut ke kalau saya jadi ibu tiri Nina yang garang? Macam Bawang Putih Bawang Merah?" "Cikgu ni, ada-ada jelah," Mereka tertawa bersama ....bersambung....
Dalam kebudayaan Timur, masih ramai ibubapa yang menganggap anak-anak adalah milik orang tua. Khalil Gibran seorang sasterawan menulis;
“Anak hanya titipan Sang Pencipta”.
Anak itu bukan ditentukan oleh tangan orang tuanya. Anak-anak berhak memiliki kehidupannya sendiri. Namun sebagai orang tua, sebagai ibubapa, tentu sahaja peranan ibubapa sangat besar ertinya.
Sewaktu kecil dahulu, saya selalu mendengar orang-orang tua berkata,”Menjadi orang itu mudah. Sebab ‘orang-orang’ yang berdiri tegak di tengah sawah itu juga dipanggil orang. Tetapi menjadi manusia itu, kita mesti hidup mengikut aturan. Agama dijunjung, diamal dan budaya dikendung dan dikelek”.
Kata-kata itu dilontarkan sewaktu saya bertanya kepada pengasuh saya, “Apa itu?” Sambil menunjukkan ke tengah sawah yang tidaklah seluas seperti di Negeri Jelapang Padi.
Dalam soal pendidikan anak-anak, terdapat 4 pendidik yang sangat mempengaruhi mutu didikan anak-anak. Keempat-empat pendidik ini harus berganding bahu bertindak secara sepadu menyokong antara satu sama lain untuk melakar kejayaan pendidikan anak-anak.
Pendidik yang empat itu ialah:
1.Ibu Bapa
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasululluah SAW bersabda;
“Tidak ada seorang pun dilahirkan kecuali dalam keadaan fitrah (Suci). Kedua orang tuanya yang menjadikannya sebagai Yahudi, atau Nasrani atau Majusi”
(Riwayat Bukhari)
2.Guru-guru
Untuk mendalami selok belok ilmu pengetahuan agama(Ilmu Fardhu Ain) dan kemahiran hidup (Ilmu fardhu Kifayah), kita memerlukan bimbingan daripada guru-guru.
3.Rakan Taulan
Pergaulan banyak mempengaruhi anak-anak hinggakan jika ingin tahu perangai seseorang, maka lihat sahaja tingkah-laku kawan-kawan rapatnya.
Sabda Nabi Muhammad SAW:
“Manusia dipandang atas perjalanan kawannya. Maka hendaklah seseorang kamu memilih siapa yang perlu dia berkawan dengannya.”
(Riwayat Tirmizi)
4.Persekitaran
Persekitaran lingkungan dan kejiranan.
Sifat anak-anak yang mudah meniru dan mengambil contoh daripada kelakuan yang mereka lihat menjadikan mereka mudah terpengaruh dnegan keadaan sekeliling. Contohnya, anak-anak mudah mudah dipengaruhi oleh Suasana dalam rumahtangga dan persekitaran kejiranan kita.
Faktor media massa mutakhir ini, yang menjadi bahan bacaan, tontonan dan pendengaran anak-anak semakin mempengaruhi perkembangan emosi, pembelajaran dan gaya anak-anak masakini.
Di antara keempat-empat pendidik ini, ibubapalah yang berperanan penting dan paling berpengaruh terhadap corak perkembangan anak-anak mereka.
Firman Allah SWT, maksudnya:
“Wahai orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka….”.
(At –Tahrim: 6)
BUKAN SATU PILIHAN TETAPI KEWAJIPAN
Menyorot kepada perkara-perkara di atas, tugas mendidik anak-anak bukanlah lagi suatu pilihan tetapi suatu kewajiapan kepada para ibubapa. Pendidikan bukanlah hadiah daripada ibubapa kepada anak-anak tetapi amanah Allah kepada orang tua anak-anak.
Oleh hal yeng demikian, apabila ibubapa memahami bahawa besarnya impak lingkungan rumah dalam perkembangan anak-anak, maka ibubapa harus mempersiapkan anak-anak dan melindunginya dariapda sebarang bentuk kehinaan dan kehancuran.
Rumah adalah institusi pendidikan yang utama dan pertama sekali bagi setiap anak-anak. Persiapan benteng haruslah dilaksanakan dengan kawalan pada setiap sudut benteng dari diterobos oleh anasir yang merosakkan pembentukan murni jiwa tauhidic anak-anak.
Lihat petani yang sentiasa mencabut duri pada tanaman asing yang sentiasa mengganggu di antara tanaman yang ditanam dan dalam masa yang sama petani perlu sentiasa membuang benah yang menjadi musuh tanaman.
Kenapa petani itu perlu buat begitu?
Ya, pastinya petani itu mahu tanaman tersebut dapat tumbuh dengan subur dan berkembang dengan baik. Begitulah tamsilannya peranan ibubapa terhadap pendidikan anak-anak.
Kisah Abdul Malik Bin Marwan sewaktu menghantar anaknya kepada pendidik anaknya, beliau pernah berkata kepada pendidik anaknya, katanya;
“Ajarkanlah mereka kebenaran, sebagaimana engkau mengajar mereka membaca Al Quran, sentiasa biasakan mereka dengan akhlak yang baik, bicarakan kepada mereka dari syair-syair supaya mereka berani dan bersemangat, biasakan mereka duduk bersama orang-orang yang mulia dan ahli ilmu pengetahuan, dan jauhkanlah mereka dari bercampur baur dengan orang yang rendah budinya, sebab mereka itulah orang-orang yang paling buruk kelakuannya. Hormatilah mereka di hadapan ramai, dan cela mereka secara rahsia. Dan Pukullah mereka jika mereka berdusta, kerana dusta itu menarik kepada maksiat, dan maksiat pula menarik kepada api neraka”.
Sikap salafussoleh ini terhadap pendidikan anak-anak wajar dicontohi oleh ibubapa. Tanggungjawab bagi melahirkan kejayaan pendidikan anak-anak, samada kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik, kemantapan jatidiri dan sakhsiah serta kesimbangan emosi, seharusnya tidak diserahkan secara bulat-bulat kepada para cikgu dan sekolah sahaja.
Mengikut pandangan ahli psikologi, kanak-kanak dibesarkan mengikut di mana suasana anak itu berada.
Jika anak dibesarkan dengan celaan, dia belajar memaki.
Jika anak dibesarkan dengan permusuhan, dia belajar berkelahi.
Jika anak dibesarkan dengan cemuhan, dia belajar rendah diri.
Jika anak dibesarkan dengan penghinaan, dia belajar menyesali diri.
Jika anak dibesarkan dengan toleransi, dia belajar menahan diri.
Jika anak dibesarkan dengan dorongan, dia belajar percaya diri.
Jika anak dibesarkan dengan celaan, dia belajar memaki.
Jika anak dibesarkan dengan pujian, dia belajar menghargai.
Jika anak dibesarkan dengan perilaku yang baik, dia belajar keadilan.
Jika anak dibesarkan dengan rasa aman, dia belajar menaruh kepercayaan.
Jika anak dibesarkan dengan dokongan, dia belajar menyayangi dirinya.
Jika anak dibesarkan dengan kasih sayang dan persahabatan, dia belajar menemukan cinta dalam kehidupan…
oleh Dorothy Law Notle
Proses pendidikan anak-anak perlu sentiasa berterusan tanpa mengira waktu dan tempat. Pendekatan holistic dan bersepadu dari semua pihak diperlukan bagi memastikan acuan yang kita impikan menjadi kenyataan. Semua itu juga memerlukan ilmu kemahiran, ilmu tebat hidup, kerajinan, menjiwai fardhu Ain dan Fardhu Kifayah, memerlukan kaedah pengajaran yang betul, prinsip pendidikan yang amali lagi sihat , insyaAllah lahirlah seperti kata pepatah Melayu,”Jika jatuh ke laut, menjadi pulau. Jatuh ke hutan menjadi lading”.
Walaupun yang terlibat dalam proses pendidikan anak-anak ini melibatkan banyak pihak, namun yang pastinya, di bahu bapalah sebagai ketua keluarga akan dipertanggungjawabkan memikul amanat Allah yang akan dihisab nanti.
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .