Informasi, Kaunseling Kerjaya, Peperiksaan, Cinta, Remaja, Keluarga, Motivasi, OKU,

Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam Tahun 2018

Anda Sedang Belajar Undergraduate Pendidikan?Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam Tahun 2018 sedang dibuka.Sila klik gambar ini untuk info lanjut.

PERMOHONAN KE IKBN AMBILAN JULAI 2018

Lepasan SPM Jom Mohon Jom Masuk IKBN 2018 Mohon Lalu UPU 2018 Segera. Sila klik gambar ini untuk info lanjut.

UPU 2018

UPU 2018 2 HARI SAHAJA LAGI PERMOHONAN UPU 2018 AKAN DITUTUP

ANUGERAH BIASISWA SURUHANJAYA SEKUIRITI 2018

Lepasan STPM? lepasan Matrikulasi KPM? Jom Mohon ANUGERAH BIASISWA SURUHANJAYA SEKUIRITI 2018. Sila klik gambar ini untuk info lanjut.

Biasiswa Yayasan Bank Rakyat PPBU 2018 Diploma Vokasional

Anda sedang mencari biasiswa? Berita gembira untuk anda yang sedang belajar diploma vokasional, kemahiran dan diploma. Jom Mohon Biasiswa Yayasan Bank Rakyat PPBU 2018. Sila klik gambar ini untuk info lanjut.

KERJAYA PERGURUAN

Lepasan SPM Jom Mohon Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di IPG KPM. Sila klik gambar ini untuk info lanjut.

Sistem e-MAS UPU

Sistem e-MAS UPU 2016. Semak Syarat Kemasukan ke IPTA ILKA. Sila klik gambar ini untuk info lanjut.

Surat Cinta Suami

Surat Muhasabah Cinta Seorang Suami Kepada Isterinya. Sila klik gambar ini untuk info lanjut.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

2018/10/20

Pertandingan Amalan Baik Unit HEM Kementerian Pendidikan Malaysia 2018: Mohon bantuan netizens likes Video Arau Buddyz Team

Pertandingan Amalan Baik Unit HEM Kementerian Pendidikan Malaysia 2018: Mohon bantuan netizens likes Video Arau Buddyz Team

SIMPOSIUM HEM 2018 TERENGGANU


Assalamualaikum dan selamat malam. Saya dengan ini memohon bantuan rakan-rakan guru sekalian untuk meng klik likes kepada video kami yang tak seberapa ini, https://youtu.be/6SQCrJl4tI4 kerana kami menyertai Pertandingan Amalan Baik Unit HEM Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2018. 



Segala bantuan pihak tuan puan kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. Hanya Allah yang dapat membalasnya. 

Sekian, wassalam.  

   https://youtu.be/6SQCrJl4tI4 

Terima kasih, semua.
Share:

2018/08/14

CSR KE LOMBOK OLEH PEKA KPM



TEAM CSR PEKA Pasca Trauma Gempa akan menggerakkan team bersama team sukarelawan Universitas Hamzanwadi untuk membantu mangsa gempa bumi Lombok
Sebarkan untuk bantuan sumbangan kepada seluruh rakan rakan kita di Malaysia buat saudara kita di Lombok
Untuk info sumbangan, boleh klikwww.wasap.my/60177073289/sumbanganlombok
Share:

2018/08/12

LAWATAN SAMBL BELAJAR RUMAH PUTRA KE MUZIUM LEMBAH BUJANG KEDAH

LAWATAN SAMBL BELAJAR RUMAH PUTRA KE MUZIUM LEMBAH BUJANG KEDAH







Alhamdulillah 😊saya menyaksikan terbit mentari di ufuk timur.Allahu Akbar.😍Terasa betapa beharganya nikmat pancaindera penglihatan.Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yg kamu dustakan?
Pagi ini kami beraktiviti riadah dan tadabbur alam di Homestay di Pantai Murni,Yan.Kem ini telah lama Puan Siti Hajar Penasihat Rumah PUTRA rancangkan bagi menghargai atlet-atlet rumah sukan PUTRA kami yang bertungkus lumus mendapatkan Johan untuk sukan sekolah kami awal tahun dahulu.
Bagi kami,menunaikan janji untuk anak murid kami adalah penting untuk menjayakan program ini.Agar mereka lebih bermotivasi dalam pembelajaran di sekolah nanti.
Oleh itu,kami membawa anak-anak atlet kami ke Program Lawatan Sambil Belajar ke Yan, Kedah.
Alhamdulillah semalam telah membawa mereka melalui Muzium Lembah Bujang dan melihat Tapak Sejarah Arkeologi Sungai Batu,Lembah Bujang,Kedah. 😬
Share:

2018/08/05

PERMOHONAN KE KKTM OGOS 2018

✅PERPER
PERMOHONAN KE KKTM OGOS 2018





Cepat cepat peluang kedua kepada lepasan sekolah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi lagi di Institusi Latihan Kemahiran Awam😬Permohonan ke ILP dan KKTM.Rebutlah peluang ini ya anak-anak.
🍄Contoh artikel saya dalam web blog saya;
Share:

2018/08/04

PERMOHONAN KE ILP OGOS 2018 DIBUKA SEKARANG



Cepat cepat peluang kedua kepada lepasan sekolah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi lagi di Institusi Latihan Kemahiran Awam😬Permohonan ke ILP dan KKTM.Rebutlah peluang ini ya anak-anak.
Share:

2018/07/21

Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2019/2020 kini telah dibuka.

Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2019/2020 kini telah dibuka.





Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2019/2020 kini telah dibuka. Kepada semua calon SPM 2018 yang berkenaan. Sila ambil tindakan segera atau berjumpalah kaunselor anda untuk bimbingan halatuju seterusnya...

Share:

2018/06/16

TIP TEMUDUGA UNIVERSITI AWAM SIRI 1

TIP TEMUDUGA UNIVERSITI AWAM SIRI 1





Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tahniah kepada anak-anak lepasan KMPh yang telah berjaya dipanggil menghadiri temuduga ke Universiti Awam. 

Di sini, saya cuba kongsikan beberapa tips temuduga. Dalam banyak cara, temuduga universiti benar-benar tidak berbeza daripada temuduga pekerjaan yang biasa di mana ianya:

  • Ia  bukan seperti kaedah sains sebenar yang tepat.
  • Semua penemuduga membuat pertimbangan berdasarkan APA YANG MEREKA LIHAT DAN APA YANG MEREKA DENGAR.  Bagi mereka, kelayakan akademik telah dipertimbangkan dan anda telah sebaik sahaja anda dipilih untuk ditemuduga.
  • TANGGAPAN PERTAMA adalah sangat penting. Anda perlu bersedia tentang perkara ini dalam fikiran apabila anda bersedia untuk temuduga universiti anda untuk memastikan anda melakukan apa yang anda boleh untuk mencipta imej atau impression yang betul di mata penemuduga.


Secara umumnya, di dalam satu-satu temuduga , lebih kurang sebanyak 90% daripada komunikasi dinyatakan secara bukan lisan, jadi anda perlu amat peka tentang kesan bahasa badan anda dan bagaimana untuk menggunakannya untuk member kelebihan kepada  anda.

Selain daripada itu, kajian-kajian tentang kursus, program dan institusi yang anda pohon adalah juga penting daripada segi pengetahuan untuk lebih yakin menjawab soalan-soalan berkaitan ketika temuduga.

Di galakkan juga membaca panduan-panduan untuk menghadapi temuduga daripada internet atau buku-buku dalam pasaran.



ADI, di sini  saya cuba disenaraikan  beberapa tip untuk bersedia dalam menjalani sesi temuduga dan panduan  tentang perkara-perkara  yang SEPATUTNYA dibuat dan yang TIDAK BOLEH dibuat ketika temuduga.

BUAT

KETIKA DATANG DAN PERSEDIAAN DI BILIK MENUNGGU



  • Sampai awal. Di cadangkan lebih kurang ½ jam lebih awal kerana kadang-kadang anda perlu mengisi borang-borang khas selain daripada menunggu giliran. Ia juga memberikan anda masa untuk menenangkan diri anda.
  • Pastikan anda telah buang air kecil,air besar atau tidak dalam keadaan dahaga atau lapar. Kesan-kesan biologi ini juga akan mengganggu anda terutamanya ketika anda masih gugup atau berdebar ketika dalam bilik temuduga selepas itu.
  • Pakai pakaian yang SESUAI DAN SELESA. Sila semak atau buat kajian tentang kod pakaian universiti  atau kolej berkenaan secara umum tetapi anda mesti memakai pakaian yang FORMAL. Saya akan ulas tentang pakaian formal dalam entri yang lain.


CARA ANDA BERPAKAIAN AMAT MEMPENGARUHI TANGGAPAN PERTAMA(FIRST IMPRESSION) PARA PENEMUDUGA.




Contoh pakaian-pakaian formal untuk temuduga bagi sektor kerajaan



  • Semua dokumen seperti sijil dan sebagainya mesti disusun dengan teratur dalam album atau folder yang sesuai.
  • Menggunakan briefcase yang bersaiz sederhana  dan ringkas akan membuatkan anda nampak lebih professional , teratur dan yakin. Pastikan anda tahu kedudukan setiap dokumen di dalambriefcase anda.
  • Mesti bawa pen kerana agak tidak elok jika anda meminta pinjam pen yang menunjukkan anda tidak bersedia.



KETIKA MEMASUKI BILIK TEMUDUGA
  • Ketuk pintu dan tunggu panggilan/diarahkan masuk. Sekiranya ada kakitangan yang membukakan pintu, ucapkan terima kasih.


KETIKA MELANGKAH MASUK DAN SEBELUM DUDUK

  • Sebaik sahaja masuk, dengan segera tengok kedudukan para penemuduga, pandang kearah mereka dan berikan salam atau ucapan selamat  dengan suara yang mereka boleh dengar.
  • Biasanya mereka akan mempersilakan anda untuk pergi ke kerusi untuk anda duduk. Minta izin  untuk duduk jika mereka tidak berkata-apa sambil berdiri memandang mereka.

KETIKA SEDANG DUDUK DAN DI TEMUDUGA

  • Setelah anda duduk, dengan perlahan dan teratur anda keluarkan folder dokumen/sijil anda dan dengan sopan anda bangun semula dan serahkannya kepada para penemuduga.Kadang-kadang mereka terus minta daripada anda tetapi anda mesti melakukannya dengan tenang, teratur dan sopan.


  • BAHASA - jika penemuduga memulakan sesi dengan bahasa Inggeris, seboleh-bolehnya anda dikehendaki menjawab atau berkomunikasi dengan bahasa yang sama.Yang penting anda boleh menjawab atau menerangkan sesuatu dengan tenang dan yakin kerana ia akan menutupi kelemahan anda dari segi tatabahasa dan sebagai. Sekiranya, tiada sebarang bahasa yang disarankan, saya cadangkan anda berkomunikasi dengan mana-mana bahasa yang anda selesa untuk mengelakkan penggunaan bahasa rojak. Untuk membuatkan anda lebih bersedia, latihan bersama kawan-kawan atau ahli keluarga adalah amat-amat digalakkan untuk melancarkan pertuturan anda ketika temuduga sebenar.
  • Elakkan slang yang keterlaluan jika menggunakan Bahasa Inggeris jika tujuannya untuk menunjukkan anda lebih baik kerana ia mungkin menimbulkan pandangan yang agak pelik atau lucu dikalangan penemuduga melainkan ia memang semulajadi.

TIP-TIP UMUM YANG PENTING

  • KEDUDUKAN(POSITIONING) duduk anda. Berhati-hati dengan kedudukan anda, pastikan anda duduk tegak (condong ke hadapan sedikit membantu untuk mewujudkan satu gambaran kesungguhan).


  • SENYUM-ia adalah cara yang paling mudah untuk membuat kesan yang positif.
  • Tunjukan ketegasan dan keyakinan anda dengan bahasa(pergerakan) tangan yang sesuai.
  • Pastikan hubungan mata yang baik sepanjang temuduga. Ini menunjukkan anda berminat apa yang ditanya atau yang diperkatakan oleh penemuduga.
    • Mengekalkan ungkapan/gerakan minima  berminat - mengangguk dan membuat isyarat yang positif, sebagaimana yang sesuai. Jika sesuai atau ada kesempatan, anda boleh menyatakan persetujuan anda secara lisan.

    JANGAN
    • NAMPAK GELISAH  di tempat duduk anda, bermain dengan rambut anda atau barang kemas. Jangan “meletup”/membunyikan jari-jari  anda.
    • NAMPAK pemalas di kerusi anda dan melihat ke bawah atau ke atas tanpa memberikan perhatian
    • Melipat tangan anda di dada anda - ia akan membuat anda kelihatan dijaga dan tidak mesra
    • Memberi tumpuan kepada hanya seorang anggota panel temuduga - pastikan anda menangani semua penemuramah


  • Terlalu yakin sehingga menjengkelkan penemuduga. Kekal tenang, yakin dan sentiasa nampak dan berkomunikasi secara sopan sepanjang sesi.

KETIKA MENINGGALKAN PARA PENEMUDUGA

  • Senyum dan ucapkan terima kasih. Bangun dengan tertib dan boleh bersalaman jika keadaan sesuai. Jangan lupa minta secara sopan folder dokumen anda dan masukkan perlahan-lahan ke dalam briefcasedan melangkah keluar dengan  sopan.
Saya juga sedar  bahawa situasi temuduga  boleh menjadi agak  menekan tetapi disebabkan  kesilapan bahasa-bahasa badan dengan mudah ia boleh mengorbankan tumpuan dan ketenangan anda untuk  menjawab soalan-soalan dengan baik.

Seboleh mungkin, cuba untuk elakkan ini berlaku  kerana setiap soalan baru ditanya, anda boleh menggunakan  panduan ini dengan segera  untuk menangani semula bahasa badan anda - duduk sedikit lurus, memberi senyuman, untuk megekalkan hubungan mata dan hanya kemudian untuk menjawab setiap soalan seterusnya.

  • Ambil masa yang secukupnya untuk anda bertenang sebelum menjawab. Kadang-kadang penemuduga tidak menilai APA yang anda jawab tetapi BAGAIMANA anda menjawab. 
  • Kebiasaannya setiap penemuduga ada tugas masing-masing yang khusus yang akan memerhati, menilai dan  member setiap  prestasi anda semasa ditemuduga. BAHASA BADAN ialah satu daripadanya.
Seperti perkara-perkara atau kemahiran-kemahiran lain penggunaan bahasa badan yang baik adalah kemahiran yang boleh  dipelajari dan dengan mengamalkannya, ia  akan membuat ia lebih mudah.

Selain daripada itu, persediaan yang baik terlebih dahulu dan keyakinan tentang bagaimana ada dapat menjawab soalan-soalan yang ditanya  harus memberi anda lebih sedikit ruang untuk memberi tumpuan kepada juga mewujudkan tanggapan yang yang meyakinkan  bukan lisan semasa temu duga anda.

SELAMAT BERSEDIA DAN BERJAYA!

Share:

2018/05/19

Contoh Interview Video Resume UKM

Contoh Interview Video Resume UKM





Di era persaingan kerja yang semakin ketat seperti ketika  ini, pemohon dituntut untuk lebih kreatif dalam menyampaikan permohonan pekerjaan agar mendapat perhatian daripada pihak majikan. Salah satu yang boleh dilakukan untuk tampil beda adalah membuat video resume atau ringkasan CV sebagai alternatif untuk menyertai CV yang dihantar.

Agar video resume tersebut benar-benar membuat anda berbeza, tentu harus dibuat semenarik mungkin. Sehingga, bakal majikan atau penemuduga (jika anda menghantar video resume kepada pihak universiti) menjadi terkesan dengan kompetensi yang anda miliki.

Anak-Anak KMPh. Dateline hantar video resume  UKM semakin hampir. Ada yang kena hantar tarikh akhir pada 25/05/2016.

Contoh video resume UKM:

Muhamad Yusmadi bin Md Yusuf

https://youtu.be/EEB7Rn1H9r4


Raja Nur Ezzah binti Raja Iskandar

http://www.google.com/url?q=http://m.youtube.com/watch%3Fv%3DGEViyCRh2Vs&sa=U&ved=0ahUKEwim_fmHh-bMAhXBJpQKHYfqCqsQtwIICzAA&usg=AFQjCNGikAcz5LKM3Q06QghNwoE8oxRYFQ

Share:

2018/04/11

Tahniah Anggota PGU selamatkan mangsa luncur udara yang hilang

Tahniah  Anggota PGU  selamatkan mangsa luncur udara yang hilang




Anggota PGU puas dapat selamatkan mangsa hilang


Ucapan tahniah kepada Anggota PGU PDRM kerana dapat menyelamatkan mangsa hilang ketika meluncur udara di Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Petikan daripada Berita Harian Online:


ANGGOTA Pasukan Gerakan Udara PDRM yang bertanggungjawab menyelamatkan mangsa yang hilang, semalam. (Dari kiri): Pemerhati Udara, Koperal Muhamad Rizal Zainudin; Juruterbang, ASP Muhammad Jeffri Jaafar dan Juruterbang, ASP G Devindran.

KUALA KUBU BHARU: "Kami gembira dan puas kerana dapat menemui mangsa dan menyelamatkannya. Sudah menjadi tugas kami untuk menjaga keselamatan dan menyelamatkan nyawa," kata juruterbang helikopter Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan G Devindran.
Beliau bersama seorang lagi juruterbang, Asisten Superintendan Muhammad Jeffri Jaafar dan Pemerhati Udara, Koperal Muhamad Rizal Zainudin adalah tiga kru helikopter jenis Eurocopter AS355 yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat Mohamad Rosely Azli, 53, yang hilang ketika melakukan aktiviti luncur udara di Taman Millenium di sini, petang tadi.
Mangsa ditemukan ketika helikopter terbabit terbang menghala ke arah Bukit Fraser untuk melakukan pencarian pada jam 3.30 petang.
"Ketika terbang ke arah utara dari Stadium Millenium pada ketinggian 300 meter, kami terlihat payung terjun digunakan mangsa di kawasan berhampiran kaki bukit sebelum melihatnya duduk sambil melambai-lambaikan tangan.
"Kami rasa lega kerana nampak mangsa dalam keadaan selamat dan berpatah balik mengambil anggota bomba di subtek (pusat operasi sementara) di Stadium Millenium sebelum kembali ke lokasi menaikkan mangsa.
"Sebagai anggota penyelamat, kami gembira kerana dapat menyelamatkannya. Akhirnya dia dapat disatukan semula dengan keluarganya selepas 24 jam hilang," katanya.
Katanya, lebih menarik apabila kerja menyelamat Mohamad Rosely dilakukan bersama dua anggota bomba dengan salah seorangnya yang turun ke bawah dan mengikat mangsa sebelum menariknya ke dalam helikopter menggunakan teknik 'winching'.
Pasukan PGU PDRM yang berpangkalan di Pangkalan Udara Sungai Besi itu adalah antara tiga helikopter SAR yang terbabit dalam operasi itu bersama dua lagi helikopter, masing-masing milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Share:

2018/04/10

Hilang di celah kepulan awan ketika Luncur udara

Hilang di celah kepulan awan ketika Luncur udara





HULU SELANGOR: Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas gagal mendarat ketika melakukan aktiviti luncur layar di Taman Millenium, Kuala Kubu Bharu, di sini, semalam.
Mangsa yang hanya dikenali sebagai Mohamad Rosely Azli, 53, berasal dari Cheras, dilaporkan hilang selepas melakukan terjunan dari Bukit Batu Pahat di Kuala Kubu Baru jam 2.30 petang semalam.
Rosely yang juga ahli Kelab Luncur Udara Kuala Kubu Baru (KKB) melakukan aktiviti itu bersama tujuh rakan lain dari kelab itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Penolong Penguasa Bomba Kamil Hamadan, berkata mangsa bersama rakan melakukan penerjunan dua kali dan selamat mendarat di Padang Millenium pada jam 2 petang.
Bagaimanapun, katanya, selepas itu mangsa bersama tujuh lagi rakannya melakukan terjunan kali ketiga di Bukit Batu Pahat, namun hanya tujuh daripada mereka berjaya mendarat.
Mengikut pengadu yang juga rakan mereka, ketika yang lain sudah mendarat, mangsa masih kelihatan berlegar-legar di udara dipercayai dibawa angin kuat.
"Mangsa semakin tinggi memasuki kepulan awan dan hilang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kamil berkata, rakan mangsa cuba menghubunginya melalui radio tetapi mangsa tidak menjawab panggilan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kubu Baru, Superintendan R Supramaniam, mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
"Mangsa dilaporkan gagal membuat pendaratan kerana tiba-tiba angin kencang membawanya naik ke ketinggian kira-kira 1,200 meter dan hilang," katanya.
Sehingga jam 8 malam tadi, pasukan pencari dan penyelamat (SAR) terdiri daripada polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) masih gagal menemui mangsa.
Usaha mencari mangsa disambung jam 8 pagi ini.
Sumber: Berita Harian Online
Share:

2018/04/07

BUAT PEMINAT ASASI UNIVERSITI



BUAT PEMINAT ASASI UNIVERSITI








Cikgu dapat banyak pertanyaan berkaitan program Asasi Universiti Awam. Apa yang penting, program Asasi Universiti ini perlu dimohon melalui UPU

Cikgu copy info ini dari group telegram ke blog ini bagi memudahkan anak-anak murid cikgu membaca dan membuat penilaian sendiri.

Jika terima Asasi Universiti sila lihat dahulu kursus apa yang diingini untuk sarjana muda/ bacelor. Jangan tersilap langkah kerana ada asasi hanya universiti itu sahaja & ada asasi yang boleh mohon ke universiti yang lain selepas tamat belajar.


Asasi biasanya ditawarkan kepada pelajar Bumiputera. Bagaimanapun, terdapat enam kursus Asasi ditawarkan kepada bukan bumiputera.

Program pengajian yang terbuka kepada Bumiputera dan Bukan Bumiputera
  • Asasi Pengajian Islam UM
  • Asasi Sains Pertanian UPM
  • Asasipintar UKM
  • Asasi Pengurusan UUM
  • Tahmidi USIM
  • Semua Asasi UPNM

Asasi dibentuk khusus untuk persediaan pelajar untuk menghadapi kurikulum di universiti. Terdapat dua jenis kursus dalam program Asasi, iaitu jenis 'terbuka' dan 'tertutup'. 

Terbuka: Diiktiraf oleh universiti lain untuk meneruskan pengajian ijazah sarjana muda. 

Contoh:

Ringkasan:

UM: boleh mohon ke universiti lain 

UITM : boleh mohon ke universiti lain

UKM ; Kecuali Asasi PINTAR


Tertutup: Hanya diiktiraf oleh universiti yang menawarkan asasi dan tidak kepada universiti lain. Contoh:

UNIMAS : TIDAK BOLEH. Layak untuk kursus di UNIMAS sahaja

UPM: TIDAK BOLEH. Layak untuk kursus di UPM sahaja

USIM 

UPNM : TIDAK BOLEH. Layak untuk kursus di UPNM sahaja

UKM: TIDAK BOLEH. Layak untuk kursus di UKM sahaja

UIAM: TIDAK BOLEH. Layak untuk kursus di UIAM sahaja.

ASASI UNISZA

ASASI UMT

ASASI UMS



Asasi biasanya ditawarkan kepada pelajar Bumiputera. Bagaimanapun, terdapat enam kursus Asasi ditawarkan kepada bukan bumiputera.


PROGRAM UNTUK PEMOHON BUMIPUTERA DAN PEMOHON BUKAN BUMIPUTERA

Program pengajian yang terbuka kepada Bumiputera sahaja
  • Semua Program Asasi di UiTM
  • Semua Program Asasi UIAM
  • Asasi Sains UM;
  • Asasi UNIMAS 
  • Asasi UMS
Program pengajian yang terbuka kepada Bumiputera dan Bukan Bumiputera

Asasi Pengajian Islam UM
Asasi Sains Pertanian UPM
Asasipintar UKM
Asasi Pengurusan UUM
Tahmidi USIM

Semua Asasi UPNM

Jika anda tersilap pilih asasi dan tidak sesuai untuk lanjutan sarjana muda/bacelor akan menyesal di kemudian hari. 

Belajar di Kolej Matrikulasi KPM KLIK DI SINI sebagai jalan selamat untuk anda boleh memohon pelbagai kursus di peringkat Ijazah Sarjana Muda di IPTA nant.

Sila hubungi ke pusat asasi yang dipohon untuk maklumat lanjut. 


Jika anda klik UPU Online pada pautan https://online.mohe.gov.my/upu/epanduan/kodprogram/cariProgram.php
anda akan temui 35 kursus asasi. Manakala 5 lagi kursus asasi di USIM disebut sebagai TAMHIDI

Sekian terima kasih.
Share:

Welcome

Welcome

Halatuju Kerjaya

kaunseling kerjaya (481) Halatuju (357) selepas SPM (350) kerjaya (275) Kerjaya Kemahiran dan Teknikal (130) IPT (113) selepas STPM (80) IPTA (71) dunia ICT (62) Kerjaya Aliran Sains (61) akademik (58) Selepas Matrikulasi (57) Kerjaya Pendidikan (55) Institusi Kemahiran (53) kerjaya perguruan (46) STPM (45) Halatuju Selepas STPM (44) Matrikulasi (44) Halatuju Selepas Matrikulasi KPM (41) sekolah (40) ILKA (39) Minat Kerjaya (35) IPTS (33) Institut Latihan Kemahiran Awam (33) Kerjaya Kejuruteraan (31) Selepas UPSR (31) Terkini Lepasan Sekolah dan Mahasiswa (28) Kerjaya Kesihatan (27) UPU (27) Matrikulasi KPM (24) Aliran Agama dan Pendidikan Islam (22) Kolej Matrikulasi Premier (22) MARA (22) Panduan Temuduga (22) Selepas PT3 (21) Tingkatan 6 (21) TEVT (20) Halatuju Selepas PT3 (19) Jom Masuk U (18) Kolej Vokasional (18) UPSR (17) politeknik (17) Kerjaya Keusahawanan (16) Kerjaya Vokasional (16) Sijil Kemahiran Malaysia (16) Halatuju selepas PMR (15) Kerjaya Akauntan (15) Kolej Matrikulasi Teknikal (15) Sains dan Inovasi (15) Selepas Peperiksaan (15) Vokasional (14) Institusi Kemahiran MARA (13) Kerjaya OKU (13) ADTEC (12) IKBN (12) Sekolah Berasrama Penuh (12) kerjaya separa perubatan (12) sains teknologi (12) Siswazah (11) Kerjaya Automatif (10) Kerjaya Perajurit (10) Cara-cara Menjadi Seorang Guru (9) Kerjaya Aliran Seni (9) Kerjaya Kejuruteraan dan Pesawat (9) Kerjaya Pertanian (9) Pameran Pendidikan (9) Politeknik Premier (9) kerjaya paramedik (9) pra-U (9) sains astronomi (9) Jururawat (8) SKM (8) Tingkatan 1 (8) Universiti (8) Haluan Kerja Pendidikan (7) Kolej Komuniti (7) Sains (7) Universiti Luar Negara (7) KKTM (6) KMPh (6) Kerjaya Jurumasak (6) Kerjaya Kewangan (6) Kerjaya Pemprosesan Makanan (6) Kerjaya Perubatan (6) Kolej Kemahiran Tinggi MARA (6) MEdSI (6) SDH (6) Sekolah Dalam Hospital (6) CIAST (5) GLC (5) IKM (5) ILJTM (5) ILP (5) Kerjaya Jururawat (5) Kolej FELDA (5) MRSM (5) Politeknik Metro (5) Program Ijazah Luar Negara (5) Universiti Kolej Swasta (5) Akademi Binaan Malaysia (4) Asasi IPTA (4) Kerjaya Juruterbang (4) Kerjaya Perakaunan dan Ekonomi (4) Kerjaya Perundangan (4) Pengajar Vokasional (4) SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR PRORAM MATRIKULASI KPM (4) Sekolah Harian (4) Sekolah Teknik (4) Sekolah Vokasional (4) Selangkah ke UiTM (4) Senarai IKBN (4) Akademi Laut Malaysia (3) Campus Life (3) Diploma Vokasional Malaysia KPM ILP (3) IKIP (3) INSPEN (3) INSTITUT KEMAHIRAN MARA (3) Institusi Latihan Pengajar Vokasioanal (3) Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (3) KTD (3) Kerjaya ICT (3) Kerjaya Pentadbiran (3) Kerjaya Perhotelan (3) Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (3) Program Sijil (3) SBP (3) SITC-MPSI-IPSI-UPSI (3) SMKA (3) STAM (3) UniSZA (3) Asrama Semai Bakti FELDA (2) Guru OKU (2) ICAM (2) IKIP Advanced Skills Centre (2) INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (2) Institusi Pendidikan MARA (2) Institut Kemahiran Baitulmal (2) Institut Penilaian Negara (2) Karnival Pendidikan MARA (2) Kerjaya Arkitek (2) Kerjaya Kimpalan (2) Kerjaya Konstabel (2) Kerjaya Pembersihan (2) Kerjaya Penyelidik (2) Kerjaya Pereka Fesyen dan Jahitan (2) Kolej Pertanian Malaysia (2) Kolej Teknologi Darulnaim (2) Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga (2) Latihan Industri (2) MPV (2) Maktab Koperasi Malaysia (2) PETRONAS (2) Panduan Pemilihan IPTS (2) Pengajian Separuh Masa (2) Perodua (2) Program Diploma (2) Sekolah KRK (2) Sekolah Kelas Rancangan Khas (2) Sekolah Menengah Agama (2) Skim Latihan Kemahiran FELDA (2) Tingkatan3 (2) i-MAS-C-U (2) APICTA (1) Asrama 1Malaysia (1) Bekerja Sambil Belajar (1) CIDB (1) GiatMARA (1) Guru KEMAS (1) IIUM Higher Education (1) IKB (1) INSTEP (1) Industri Maritim (1) Insititut Teknikal Jepun Malaysia (1) Institut Kraf Negara (1) Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (1) JMTI (1) KIST (1) KIST Aviation Academy (1) KUIN (1) Kerjaya Bomba dan Penyelamat (1) Kerjaya Kartunis (1) Kerjaya Maritim (1) Kerjaya Matematik (1) Kerjaya Pelaut (1) Kerjaya Penerbangan (1) Kerjaya Polis (1) Kerjaya Profesional (1) Kerjaya Sains Aktuari (1) Kerjaya Sokongan (1) Kolej Islam Sains dan Teknologi (1) Kolej PTPL (1) Kolej Pengajian Islam Johor (1) Kolej Poly-Tech MARA (1) Kolej Profesional MARA (1) Kolej Twintech (1) LUCT (1) Latihan 1Malaysia (1) MARDI (1) MARSAH (1) MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA (1) MRSM Ulul Albab (1) Maktab Tentera Diraja (1) NATC (1) NIOSH (1) Oversea (1) PLPP Bangi (1) PROGRAM PERSEDIAAN DIPLOMA UTHM (1) Pinjaman Boleh Ubah IPTA (1) Pinjaman Pelajaran (1) Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang (1) Pusat Latihan 1Malaysia (1) Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi (1) Pusat Pemulihan OKU (1) Restu College (1) SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TENTERA DARAT (1) SENARAI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (1) Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (1) Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (1) Sekolah Rancangan Khas Pahang (1) Senarai Penaja (1) Tenaga Pengajar Kemahiran (1) Timur Tengah (1) Tingkatan 2 (1) Tingkatan 4 (1) Tingkatan 5 (1) UNITEN (1)

My Blog List

Pautan Pendidikan

Pautan Pendidikan

Antibuli

Eduwebtv

THESTAR

NST

MMAIL