Sejarah Pahlawan Dato' Bahaman di Pahang
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan, Blog ini cuba memaparkan sejarah tokoh awal tanahair berdasarkan dari silibus Mata Pelajaran Sejarah. Misalnya, Dato’ Bahaman Pahlawan Pahang.
Kepada para pelajar yang bakal menduduki Peperiksaan PMR, Topik di Tingkatan 2 juga adalah salah satu topik yang perlu diambil berat.
Pada entry ini akan memaparkan nota ringkas berbentuk NOTA MINDA oleh
cikgukaunseling.com berdasarkan sub topik 7.7 dalam bab 7, Sejarah Tingkatan 2. (Bab 7.7 Dato’ Bahaman Pahlawan Pahang (Buku Teks m/s: 179-181)
Adalah dinasihatkan bahawa anda harus
menyemak jawapan dengan merujuk kepada buku teks sebagai panduan.
Dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 2:
BAB 7 – PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN BANGSA.
-
British campur tangan di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah telah menggugat sistem politik, ekonomi dan sosial penduduk tempatan
-perubahan dalam sistem pentadbiran menyebabkan sultan kehilangan kedaulatan dan pembesar hilang kuasa. Info lanjut sila
klik di sini.
Dalam muka surat 179 hingga 181 ada dicatatkan berkaitan Tokoh Pahlawan Pahang ini.
Berikut adalah sebahagian petikan dari teks tersebut:
(i) Latar belakang
-nama sebenarnya Abdul Rahman bin Imam Noh
-dianugerahi gelaran Orang Kaya Dato’ Setia Perkasa Pahlawan
Semantan
-diberikan anugerah kerana kegagahan dan keberanian beliau dalam perang saudara di Pahang dan Perang Klang di Selangor
Artikel di bawah pula adalah berdasarkan sumber di website dan blog, berdasarkan kepercayaan saya kepada penulis blog berkenaan. Tentang keabsahannya, penulis blog tidaklah mengetahui. Namun ia tetap dimuatnaik di sini sebagai pengetahuan am.
Sebagai generasi pewaris pasca-merdeka, memang kita tidak pernah merasai keperitan hidup dalam penjajahan dan seksaan. Sejarah mengajar kita erti kedewasaan, kematangan dalam bertindak, belajar dari kesilapan dan mengisi erti nikmat kemerdekaan ini dengan sebaik-baiknya, jika kepada Muslim, untuk kebaikan dunia dan akhirat.
Sejarah tidak akan berulang. Tetapi retorik sejarah, sering berulang. Sejak dari pelbagai Tamadun Bangsa di dunia. Oleh itu, kita harus menghayati sejarah demi masa depan gemilang.
Usah kita sia-siakan pengorbanan para pahlawan yang rela berkorban apa sahaja. Mereka, datuk nenek moyang kita. Telah banyak darah yang tumpah, harta yang dilabur dan peluh yang lelas mereka, sejak zaman kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka pada 1511 dahulu.
Al fatihah kita hadiahkan untuk Pahlawan Dato' Bahaman,
Mat Kilau, Mat Lela, Tok Janggut, Tok Jelai, Tok
Ku Paluh dan semua pahlawan Pahang dan Malaysia yang beragama Islam, samada nama mereka tercatat dalam sejarah atau tidak.
Gambar Dato' Bahaman
Gambar di atas dipetik daripada blogger akuanakpahang, di sini. Gambar ini
dikatakan gambar Datuk Setia Jaya Semantan Tok Bahaman. Kesahihan gambar ini adakah
wajah sebenar beliau tidak dapat dipastikan. Namun menurut sumbernya
mengatakan gambar ini adalah wajah Dato' Bahaman. Wa'allahhualam.
BIODATA