Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label Murid Berkeperluan Khas. Show all posts
Showing posts with label Murid Berkeperluan Khas. Show all posts

Perkongsian Tentang Autisme

Perkongsian Tentang Autisme


Ciri-ciri secara ringkas anak autisme yang boleh dikenalpasti

PENYAKIT AUTISME

SEMAKIN ramai ibu bapa di Malaysia mempunyai anak yang disahkan mempunyai masalah autisme. Selain anak autisme digabung dengan hiperkatif, kesabaran dalam meladeni anak-anak autisme dan hiperaktif ini memerlukan kesabaran yang optimum.

Artikel berkaitan anak hiperaktif ada saya muatnaik di sini. Sila klik Jom rawat anak hyperaktif di sini. Anak autisme ini boleh didaftarkan OKU. Cara nak daftar ada saya terangkan di sini, cara Mendaftar dan Mohon Kad OKU.

Menurut Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM), setiap seorang daripada 150 kanak-kanak yang dilahirkan di seluruh dunia memiliki autisme dan dianggarkan 47,000 orang kanak-kanak di Malaysia menghidapnya.



Ada antara mereka memiliki tanda-tanda masalah autisme kronik dan ada yang baru sahaja di peringkat awal. 

Umur anak-anak tersebut turut berbeza; dari berumur 6 bulan hingga lewat 20-an.
Kadangkala, bukan sahaja pesakit autisme mendapatkan rawatan bahkan ibu bapa dan ahli keluarga mereka juga ekoran tekanan yang kuat gara-gara menjaga pesakit tersebut.

Sifat sabar ibu bapa dan ahli keluarga amat dituntut dalam memberi penjagaan terbaik buat pesakit autisme. 



Ingatlah bahawasanya Allah SWT sentiasa bersama mereka yang sabar. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 153:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar."

Kita harus reda akan ketentuan Ilahi. Maka, jika ada masanya kita merasakan sudah tidak dapat lagi bertahan dan perasaan putus asa mula menguasai, cepat-cepatlah kita ingat bahawa apa yang berlaku adalah ujian daripada Allah SWT. 

Baiklah mari kita lihat artikel ini seterusnya.

APAKAH AUTISME?
 
Autisme ialah gangguan pertumbuhan tumbesar seseorang dalam jangka masa panjang yang memberi kesan dalam pemikiran kanak-kanak dan dalam proses informasi. Ia berlaku kepada kanak-kanak di antara 1-2 orang dalam 1000 dan ia terjadi 4 kali lebih kerap di kalangan kanak-kanak laki-laki. Gejala – gejala ini selalunya berlaku sebelum kanak- kanak itu berumur 3 tahun tetapi ianya belum pasti lagi.
Secara ringkasnya, Autisme dikategorikan sebagai satu gangguan dimana kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial dan komunikasi (lisan dan bukan lisan), tingkah laku berulang-ulang serta obsesi melampau terhadap sesuatu objek yang berputar, contohnya kipas.

Mengikut statistik, nisbah seorang dalam setiap 150 kanak-kanak ( 1: 150) yang lahir menghidapi autisme. Bilangan kes ini meningkat sebanyak 30 peratus sejak 3 tahun yang lepas.

Sekaligus menjadikan isu ini menjadi kebimbangan dan tanda tanya buat segenap masyarakat dunia bagaimana perkara ini boleh meningkat dengan drastiknya dan apakah kesan langsung kepada penghidapnya.

Kenali Petanda Awal Autisme dan Kesan Langsung Kepada Tumbesaran Mereka…


Permohonan Murid Berkeperluan Khas Ke Ting 1 dan 4

Permohonan Murid Berkeperluan Khas Ke Ting 1 dan 4

APLIKASI PERMOHONAN MURID KE TINGKATAN 1 DAN 4 UNTUK MURID BERKEPERLUAN KHAS BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2013.



Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia akan memulakan proses pengambilan dan penempatan murid Pendidikan Khas ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi sesi persekolahan tahun 2013 .
Permohonan Penempatan Murid Pendidikan Khas ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi sesi persekolahan 2013 telah dibuka. Permohonan  melalui laman sesawang e-PKHAS. Permohonan dibuka dari  27 Ogos 2012 sehingga 22 Oktober 2012.

Panduan permohonan penempatan murid berkeperluan khas 

 Panduan permohonan penempatan murid berkeperluan khas ke tingkatan 1 sekolah menengah pendidikan khas, klik di sini

Sekolah Menengah Keperluan Khas untuk pemohon Tingkatan 1;

Tingkatan 1: Masalah Pendengaran di SMKP Persekutuan Pulau Pinang dan di SMKP Setapak.

Tingkatan 1: Masalah Penglihatan di SMKP Setapak

Tingkatan 1: Masalah Pendengaran/ Penglihatan/ Pembelajaran di Sekolah Program Pendidikan Khas Integrasi

Sedikit informasi Sekolah Program Pendidikan Khas Integrasi:

Program Pendidikan Khas Integrasi

Apa itu Program Pendidikan Khas Integrasi ?

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .