Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label personaliti. Show all posts
Showing posts with label personaliti. Show all posts

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan, Blog ini cuba memaparkan sejarah tokoh awal tanahair berdasarkan namanya ada disebut dari silibus Mata Pelajaran Sejarah. Misalnya, Tok Kenali. 



Di dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 Bab 2,  Topiknya ialah Nasionalisme di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua. Di dalam Sub Topik Bab 2, kita dapati akhbar, majalah dan novel sebagai penggerak kesedaran kebangsaan. Saya hendak sentuh di sini berkaitan Majalah Pengasuh. 

Berdasarkan Buku Teks Tingkatan 5. MAJALAH Pengasuh , Pengarangnya:Dato’ Nik Mohamad :

ANTARA ISU YANG DIPERJUANGKAN MAJALAH PENGASUH

•Membincangkan soal penafsiran Islam yang progresif bagi kemajuan ummah
•Menggalakkan pendidikan di kalangan orang Melayu
•Memperluas ilmu dalam semua bidang
•Memberikan pentafsiran kepada persoalan orang Islam
•Menggesa orang Melayu menjauhkan diri daripada sifat buruk

Di sini mari kita kenali pengasas Majalah Pengasuh, Tok Kenali  selaku pendorong dan pengasas majalah Pengasuh yang diterbitkan bagi pertama kalinya pada tahun 1918.
Pertama kali saya membaca namanya dalam Buku teks Sejarah semasa Tingkatan 4 dulu, saya cuba mencari artikel berkaitan beliau di perpustakaan sekolah.


Subhanallah Ismail Clement Bicara Mata

Subhanallah Ismail Clement Bicara Mata 



Subhanallah. Kuatnya semangat seorang saudara seMuslim saya ini. Walaupun lumpuh seluruh tubuhnya, dan kini telah berada di sebuah pusat perlindungan orang tua namun beliau seorang yang positif dalam hidup. Semangat dan positifnya beliau ingin saya jadikan aspirasi kehidupan saya, InshaAllah.

Petikan Harian metro:

Seluruh tubuhnya lumpuh, hanya kepala boleh digerakkan dan dia berbicara menggunakan kerdipan mata dibantu teknologi komputer, namun kegigihan Ismail Clement Abdullah, 50, berjuang untuk meneruskan kehidupan wajar menjadi contoh kepada insan lain.


Tokoh Guru Kebangsaan Hari Guru

Tokoh Guru Kebangsaan Hari Guru


Anugerah tokoh Guru diperkenalkan semenjak tahun 1972.  Anugerah ini menjadi lambang pengiktirafan kerajaan terhadap pengorbanan, kewibawaan serta sumbangan mereka sepanjang tempoh perkhidmatan.  Sehingga tahun lalu, seramai 127 pendidik dan bekas pendidik sudah dianugerahkan pingat tersebut semenjak 1975 berdasarkan kriteria khusus yang ditetapkan.

Antara kriteria itu ialah calon mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang di bilik darjah, sumbangan cemerlang kepada profesion keguruan dan pendidikan, pembabitan aktif dalam kegiatan luar bilik darjah serta khidmat masyarakat, di samping kecemerlangan dalam bidang lain.


Peace Mobile Telefon Pintar Oleh Zakir Naik

Peace Mobile Telefon Pintar Oleh Zakir Naik

Ulama cipta aplikasi telefon pintar Islam





Aplikasi telefon pintar Islam ciptaan penceramah terkenal Dr Zakir Naik yang dilancarkan minggu lalu.

Bantu amal budaya Islam dalam kehidupan

RIYADH: Satu telefon pintar bercirikan Islam, “Peace Mobile” yang dilancarkan pada minggu terakhir Ramadan lalu, adalah satu aplikasi media berguna yang menggabungkan al-Quran dengan sains moden.

Telefon pintar itu dicipta Dr Zakir Naik, seorang penceramah umum Islam dan perbandingan agama terkenal di peringkat antarabangsa. 


Tokoh Hari Guru Negeri Pahang 2013 Datuk Abdul Hamid Md Shah

Tokoh Hari Guru Negeri Pahang 2013  
Datuk Abdul Hamid Md Shah



Datuk Abdul Hamid Md Shah dianugerahkan Tokoh Hari Guru Negeri Pahang sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Pahang di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Pekan, Pahang.





 Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Menteri Besar Pahang, YAB Datuk Seri Diraja Haji Adnan Yaakub.

 Sumber; http://abihulwa.blogspot.com/


Profil Tokoh Hari Guru Kebangsaan Ke-42

Profil Tokoh Hari Guru Kebangsaan Ke-42


TOKOH Guru Kebangsaan 2013 dari kiri) Rabiah Johari, Wan Hamzah Wan Daud, Noor Rezan Bapoo Hashim, Jacob Mathews dan Freida Mohd. Pilus gembira menerima anugerah yang disampaikan oleh Muhyiddin Yassin dalam Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Ke-42 di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan

 PROFIL TOKOH GURU KEBANGSAAN 2013


INFO
Sambutan Hari Guru Ke-42

  • 1 Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan.
  • 3 Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan.
  • 1 Anugerah Tokoh Guru Sekolah.
  • Pelancaran Kad 1Guru Bank Simpanan Nasional-Yayasan Guru Malaysia Berhad (BSN-YGMB) untuk guru nikmati potongan harga.
  • Pameran Pendidikan pada 14 hingga 19 Mei di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Seremban, Negeri Sembilan.
    419,000 guru dijangka layak nikmati kemudahan kad kredit dengan kadar faedah 8.8 peratus berbanding 16 peratus.

Profil Tokoh Hari Guru Kebangsaan Ke-42

SEREMBAN 16 Mei - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan anugerah tertinggi pendidikan negara sempena perayaan Hari Guru peringkat kebangsaan Ke-42 di Stadium Tertutup Nilai dekat sini malam ini.

Penerima anugerah tersebut ialah Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim (Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan); Rabiah Johari, Wan Hamzah Wan Daud, Jacob Mathews (Tokoh Guru Kebangsaan) dan Datuk Freida Mohd. Pilus (Tokoh Guru Sekolah Swasta Kebangsaan).



Ustaz Rujhan Mohamed Razali telah meninggal dunia Al Fatihah

Ustaz Rujhan Mohamed Razali 
telah meninggal dunia Al Fatihah



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya telah mendapat khabar berita dukacita pada Jumaat, 8 Mac 2013 semalam. Namun hanya pada petang ini baru sempat saya nukilkan di blog ini.

Allahyarham Ustaz Rujhan Hj Razali telah kembali ke rahmatullah pada jam  tengah hari Jumaat semalam.  Mohon kita sama-sama hadiahkan  Al-Fatihah untuknya. Al fatihah.



Allahyarham Ustaz Rujhan Hj Razali seorang penceramah bebas berasal dari Jerantut, Pahang. Semasa di SMK Jengka 2, pernah GPK 1 SMK Jengka 2, Ustaz Abdul Rahim membuat kutipan derma untuk allahyarham yang sedang terlantar sakit ketika itu. Allahyarham kerap memberi ceramah di SMK Jengka 2.


JIWAKU TAK PERNAH CACAT CIKGU HUZAIRE

JIWAKU TAK PERNAH CACAT CIKGU HUZAIRE


Pahang Paralimpiad 2012


Sukan Paralampiad 2012 Di Kuantan, Pahang.


Petikan Akhbar Harian Metro 2010 Jiwaku Tidak Pernah Cacat

Sedikit latar belakang Cikgu Huzaire

ANUGERAH GURU CEMERLANG OKU KEBANGSAAN SEMPENA HARI GURU 2010. ANUGERAH KHAS SEMPENA HARI GURU PERINGKAT NEGERI PAHANG 2005.
 ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2008. 
ANUGERAH GURU INOVATIF KATEGORI GURU KURANG UPAYA PERINGKAT NEGERI PAHANG 2009.

BANGKIT selepas kecewa ternyata mencetuskan semangat baru yang jitu sehingga berjaya melonjakkan dirinya setanding insan normal walaupun dia berstatus orang kurang upaya (OKU).


Zainun pendidik sejati, Kaki lumpuh bukan halangan,

Zainun pendidik sejati

Kaki lumpuh bukan halangan


 
Buatlah suatu kebaikan yang terus

hidup, walaupun setelah kita mati



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sedikit petikan dari artikel sepenuhnya di bawah:

“Kesakitan yang diberikan Allah ini menguji saya untuk bersabar dan reda dengan ketentuan-Nya. Selagi saya mampu bernafas di dunia ini, selagi itulah saya ingin berbakti dengan ilmu yang ada kerana ia adalah amanah kepada saya.

Bagi Zainun, hanya kakinya yang lumpuh tetapi anggotanya yang lain masih lagi mampu bergerak untuk menyumbangkan khidmat seperti guru normal.



“Anak murid adalah penawar hati saya. Kadang-kadang mereka ada bertanya kenapa saya menggunakan kerusi roda. Tapi lama-kelamaan mereka sudah mula faham dengan situasi saya," katanya yang tidak dikurniakan cahaya mata.

InshaALLAH, Puan Zainun, lama kelamaan anak murid kita takkan bertanya lagi kepada kita, kenapa kita berkerusi roda. (Semoga beliau membaca entry ini)

Ikuti lanjut kegigihan wanita tabah ini, petikan dari Berita Harian.

Zainun pendidik sejati, Kaki lumpuh bukan halangan


WALAUPUN berstatus guru kurang upaya (OKU) dan hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda akibat lumpuh kedua-dua belah kaki sejak 2006, seorang guru Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Duyong, Zainun Abdul Jalil, 46, dari Melaka, masih terus bertekad menggagahkan diri hadir ke sekolah untuk mengajar anak murid tercinta.



Raut wajahnya sentiasa ceria, melayan kerenah anak murid yang disayangi walaupun hakikatnya beliau menanggung kesakitan. Bagi wanita berhati waja ini, selagi hayat dikandung badan, selagi itu beliau melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang guru sebaik mungkin demi mencorak masa depan yang sempurna buat pelajarnya.

“Kesakitan yang diberikan Allah ini menguji saya untuk bersabar dan reda dengan ketentuan-Nya. Selagi saya mampu bernafas di dunia ini, selagi itulah saya ingin berbakti dengan ilmu yang ada kerana ia adalah amanah kepada saya.

Mengajar seakan sudah sebati dalam diri saya dan ini adalah pekerjaan saya sebelum menghidap penyakit ini,” katanya ketika ditemui RATU, baru-baru ini.



Katanya, bukan setakat anak murid memberi beliau semangat untuk terus hidup, kehadiran suami di sisi, Nor Haime Abdul Rahim, 47, memberi suntikan yang lebih hebat kerana pengorbanan beliau yang sanggup mendukungnya setiap kali masuk ke dalam kereta. Malah, mereka berdua mengajar di sekolah yang sama.



Kadang-kala, akibat terlalu lama duduk di atas kerusi roda, pinggangnya akan sakit, namun digagahkan juga kerana tidak mahu mengganggu proses pembelajaran di dalam kelas.



Zainun lumpuh selepas berlaku komplikasi pada tulang belakangnya ketika rawatan susulan bagi masalah ketumbuhan dalam perut. Beliau disahkan doktor menghidap penyakit Spinal Hematoma, yang menyebabkan seseorang itu tidak boleh berjalan dan sejak itu, sebanyak lapan pembedahan sudah dilaluinya.
Wanita yang terbabit dalam dunia pendidikan sejak 1989 ini sudah banyak kali berpindah sekolah, antaranya SK Rancangan Suan Lamba dan SK Sungai Anib di Sabah, manakala di Melaka pula ialah SK Limbongan dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Tijah.




Katanya, sebelum ini, beliau mampu untuk berjalan dan bergiat aktif dalam sukan bola baling, selain terbabit dalam aktiviti kebudayaan di sekolah.



“Saya akur dengan ujian yang diberikan oleh Allah walaupun terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda dan dibantu oleh suami. Anak murid saya juga seakan memahami dengan kepayahan saya ketika mengajar di sekolah,” katanya.



Menurut wanita cekal ini, beliau memulakan tugas sebagai guru selepas bercuti lama sejak Ogos, tahun lalu dan bertekad untuk meneruskan kerjaya itu dengan mengajar murid Tahun Tiga dan Enam untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris.



Tiada perkara yang paling menggembirakan dirinya selain menerima keputusan daripada doktor yang membenarkannya untuk kembali mengajar selepas lima tahun terlantar sakit.

Jauh di sudut hati, Zainun menaruh harapan untuk kembali sembuh dan berjalan seperti biasa walaupun doktor sudah mengesahkan peluang untuk beliau sembuh dari lumpuh amat tipis.



Namun, itu juga bukan halangannya untuk terus menyumbang bakti. Bagi Zainun, hanya kakinya yang lumpuh tetapi anggotanya yang lain masih lagi mampu bergerak untuk menyumbangkan khidmat seperti guru normal.



“Anak murid adalah penawar hati saya. Kadang-kadang mereka ada bertanya kenapa saya menggunakan kerusi roda. Tapi lama-kelamaan mereka sudah mula faham dengan situasi saya," katanya yang tidak dikurniakan cahaya mata.



Guru Besar SK Seri Duyong, Aminah Aman, berkata beliau kagum dengan semangat yang dipamerkan oleh Zainun dalam mencurah bakti sebagai pendidik.



“Memang kecekalan dan kegigihannya tidak mampu ditandingi orang biasa, malah beliau juga tidak pernah mengambil cuti rehat khas yang diperuntukkan untuk setiap guru selama tujuh hari dalam setahun,” katanya.



Katanya, Zainun turut aktif dalam kokurikulum dengan mengendalikan aktiviti public speaking dan coral speaking untuk muridnya menyertai pertandingan mewakili sekolah.

Bob Lokman; Masa menangis

Bob Lokman; Masa menangis


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Artikel ini disalin daripada Metro Ahad, 22/5/2011.




MEMETIK kata-kata Bob Loqman, 47, dalam bukunya yang bertajuk Aku, Isabella dan Tok Kenali:

“kita yang sentiasa dalam kesibukan dengan nikmat dan candu dunia kadangkala terlupa bahawa kita setiap hari diziarahi malaikat maut. Maut yang tidak mengenal usia, bukan syarat tua atau muda.’ Rintihnya lagi: ‘masa untuk menangis sudah tiba selepas panjang masanya aku ketawa.’

Bob atau nama penuhnya, Muhammad Hakim Loqman, yang kini berada dalam ‘alam baru’ kehidupannya, tidak pernah mengatakan menjadi anak seni itu salah, namun keadaan sekeliling boleh ‘melemas’ dan ‘menenggelamkan’ mereka menjadi alpa pada janji mereka kepada Yang Maha Esa.


Sejak kecil Bob diasuh dengan ilmu agama yang secukupnya. Meningkat usia remaja, dihantar ke sekolah Arab, Maahad Hamidiah di Kajang dan menghabiskan pengajian hingga ke peringkat Empat Senawi. Menyedari ada yang memandang sinis dengan perubahan hidupnya itu, Bob tidak berkecil hati sebaliknya terus memanjatkan doa agar Allah SWT menetapkan hatinya.


Rabu lalu, wartawan SELEBRITI, NOR AKMAR SAMUDIN, bertandang ke kediamannya di Saujana Akasia, Sungai Buloh. Bob dengan nada yang cukup tenang menceritakan lembaran baru hidupnya.


KESEDARAN paling besar untuk berubah datang ketika saya terlantar di hospital, menjalani pembedahan dalam perut akibat ulser. Bersebelahan katil saya ada seorang pesakit. Siangnya dia ceria, lalu saya berbual-bual dengannya. Pada sebelah malamnya dia sudah tiada, pergi buat selama-lamanya.


Ya Allah! 'Aku pula macam mana? Entah bila pula aku akan menyusulnya'. Perasaan cuak dan takutkan kedatangan maut membuatkan hati tidak tenteram. Persediaan saya untuk menghadap Allah SWT, belum cukup, semuanya serba kekurangan.

Tiba-tiba saya teringat, apa gunanya rumah dan kereta besar kerana bila mati kita akan tinggalkan segala di dunia ini melainkan kain kapan dan amalan yang baik. Kejadian itulah menjadi titik baru dalam hidup saya. Setiap orang mesti melakukan perubahan dalam hidup dan perubahan yang berlaku pada saya terjadi secara perlahan-lahan iaitu sejak tiga tahun lalu tetapi tiada yang tahu. Selain peristiwa yang saya ceritakan tadi, saya mula terasa hendak berubah selepas berkahwin kali kedua (Norelawati Daud, 33).



Perkahwinan pertama saya hanya bertahan enam tahun. Kemudian saya hidup menduda selama enam tahun, barulah bertemu jodoh semula dengan isteri baru ini. Tetapi ketika itu saya masih berlakon dan rasa untuk berubah itu tidaklah begitu kronik. Kemudian saya diserang penyakit ulser sehingga saya terpaksa dibedah. Keadaan itu membuatkan hati saya semakin kuat mencari hala tuju yang betul dalam hidup ini.
Selepas menghadapi kematian pesakit sebelah katil dan penyakit saya pulih, saya mula mendaki tangga masjid dan mendengar kuliah agama. Daripada situ saya berjumpa ramai ustaz dan mendalami ilmu agama dengan mereka. Perlahan-lahan saya masuk tarikat dan menyertai pergerakan Islam. Sejak itu, orang mula panggil saya mengajar dan memberi ceramah agama walaupun ilmu di dada belum cukup. Namun ustaz-ustaz yang saya berguru dengan mereka menggalakkan saya menerima jemputan itu kerana kata mereka sambil belajar dan mengajar, Allah SWT akan menambahkan ilmu kepada kita. Untuk berubah ke arah kebaikan bukan senang, banyak rintangan. Apabila saya mengambil keputusan berhenti berlakon, bapa saya pun risau, bimbang anak isteri saya tak makan. Dugaan datang lagi, tiba-tiba tawaran berlakon datang mencurah dan kalau dicongak bayarannya dalam RM48,000. Alhamdulillah, saya mendapat isteri yang memahami perjuangan saya dan minta saya menolak tawaran itu. Kemudian masalah lain pula datang apabila rumah yang saya diami sekarang kena potong bekalan elektrik.

Tawaran berlakon datang lagi. Sekali lagi isteri mengingatkan niat saya untuk berubah dan hampir seminggu kami bergelap. Saya juga bercadang menjual banglo ini yang dibeli ketika saya masih berlakon kerana tidak mampu duduk di rumah besar ini. Saya merancang dengan wang hasil jualan banglo ini saya akan membeli sebidang tanah di pinggir kota, buat rumah dan tinggal di sana. Dapatlah saya belajar agama dan berzikir untuk menguatkan iman. Namun Allah SWT itu sudah menyediakan ‘perancangan’ lain untuk saya di mana selepas itu saya mendapat banyak jemputan mengadakan ceramah, menjual buku, kitab dan apa saya yang halal untuk menyara anak isteri. Alhamdulillah, Allah SWT memberikan rezeki dari jalan yang diredai-Nya dan saya sekeluarga dapat terus menetap di banglo ini. Sekarang saya berceramah di seluruh negara mengajar ilmu Tauhid dengan mengambil contoh kehidupan saya sendiri. Apabila saya ingin mengubah cara hidup, saya tak kata bidang lakonan itu salah. Apa yang salah adalah rencah-rencah di dalamnya. Sebaik saja kita keluar rumah tengok perempuan tidak bertudung sudah berdosa tetapi masyarakat menganggap ia perkara biasa dan bukan kesalahan besar. Bertudung adalah wajib.
Saya tak salahkan pelakon tetapi keadaan sekeliling menjadikan bidang lakonan itu nampak tidak betul. Disebabkan itu, saya tidak boleh meneruskan kerjaya lakonan kerana timbul konflik dalam diri. Saya belajar agama tetapi masih hendak berlakon dan pada waktu sama, saya tak tahu sama ada rezeki yang saya dapat itu halal atau haram. Apabila kita tidak pasti kedudukan rezeki yang kita dapat itu, macam mana ia dikira syubhah iaitu perkara yang tidak diketahui hukumnya oleh orang ramai, yang masih samar-samar halal atau haramnya. Ada kala tiba waktu solat, produksi masih membuat penggambaran, jadi di manakah keberkatan rezeki yang kita cari? Pada bulan puasa pula, ramai yang mengabaikan tanggungjawab mereka. Dalam usaha membentuk diri sendiri ke jalan kebaikan, kita kena mencorakkan masyarakat sekali. Misalnya, saya tak boleh melarang anak-anak saya daripada bercampur gaul dengan masyarakat. Jadi kita kena mengajak sama masyarakat untuk berubah, barulah kita akan mendapat persekitaran yang sihat kerana kita saling menyokong ke arah kebaikan. Apabila belajar, saya kena beramal dengannya. Sejak kecil saya memang sudah ada asas agama. Apabila kita belajar ilmu Allah SWT, kita akan tahu kenapa kita dilahirkan dan apa janji kita pada-Nya. Saya berdakwah di serata tempat termasuk ke sarang judi dan tempat orang main burung. Saya ke sana tidak lama, dapat bercakap sekejap dengan mereka pun jadilah. Saya akan bercakap mengenai hidup dan mati kerana setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Barangkali ada yang mempersoalkan sejauh mana perubahan saya ini akan berkekalan. Pada saya itu semua kuasa Allah SWT, untuk berbuat kebaikan pasti datang godaan. Justeru kita kena berusaha menguatkan iman di dada. Seiring dengan perubahan, pasti ada ujian-Nya. Pun begitu Allah SWT akan memberi ujian kepada setiap hamba-Nya mengikut kemampuan mereka tetapi ramai yang tak tahan, tak sabar dan tidak reda. Artis misalnya, asyik menjadi perhatian masyarakat sekeliling. Tak seronoklah kalau hanya memandu kereta kecil, hendak juga melaram dengan kereta mewah. Godaan yang macam itulah ada sesetengah artis yang sudah berubah gagal mempertahankan iman mereka. Iblis dan syaitan akan terus memainkan peranan mereka. Semuanya berlaku kerana terlalu mengikut kehendak duniawi dan terpaksa patuh kepada pandangan masyarakat.

Jangan jadikan rumah besar dengan pagar tinggi satu kemegahan kerana rumah yang berkat apabila tetamu boleh datang sampai ke muka pintu rumah kita. Untuk menambahkan lagi keberkatan itu, apabila ada kelapangan ajaklah rakan dan jiran tetangga bertandang ke rumah serta jamu mereka dengan rezeki yang kita ada. Sekiranya tidak sibuk, saya mengadakan tazkirah di rumah dengan mengajak jiran berdekatan mendengarnya sebagai saling ingat mengingati. Ada juga artis yang datang mendengar ceramah saya di masjid di mana saya pernah nampak Adam AF dan Wahid Senario. Apabila M Rajoli meninggal dunia, ramai pengarah drama mahu saya menggantikan tempat Allahyarham. Ilmu agama M Rajoli sangat hebat dan saya belum sampai ke tahap itu. M Rajoli terus berlakon kerana imannya sangat kuat dan mampu menepis segala godaan duniawi. Saya pula perlu belajar lagi untuk menguatkan keimanan saya terhadap Allah SWT. Saya tidak memandang rendah kepada sesiapa pun kerana urusan ibadah kita, hanya Allah SWT yang tahu. Rahmat Allah SWT terhadap hamba-Nya sangat luas dan kita tidak mampu membalasnya. Nikmat bernafas dan mata melihat pun sudah cukup besar. Kita mesti belajar mengenali Allah SWT dan barulah kita berasa takut dengan-Nya. Sebenarnya sejak dulu, saya tak minat berlakon tetapi saya terpaksa melakukannya demi mencari rezeki. Saya juga menulis lirik lagu dan pernah dapat royalti hampir RM100,000. Tetapi selepas kemunculan ramai penulis lirik, saya tinggalkan bidang itu. Kini, semua yang saya lakukan dulu tinggal sejarah. Mengenai Awie yang melahirkan rasa tidak puas hatinya pada saya baru-baru ini, saya tak marah. Kami kawan lama dan Awie seorang yang sangat baik hati. Emak bapa dia pun orang baik-baik. Apabila saya berubah, saya mahu mengajak Awie sekali kerana saya sayangkannya. Apabila kita menganjur atau mengadakan konsert, banyak dosanya.
Jadi saya mahu mengajak Awie belajar agama dengan guru agama bertauliah berpandukan al-Quran dan kitab lama di Shah Alam. Tetapi Awie tidak jawab panggilan saya sehinggalah ceritanya keluar dalam akhbar. Saya tak kisah dan saya pasti kalau berjumpa dengannya nanti, kami tetap boleh ketawa bersama. Bukan saja Awie malah ada juga ustaz yang memperlekehkan perubahan saya ini, jadi apalah sangat saya hendak ambil hati dengan komen Awie itu. Berjuang untuk agama tidak semestinya kita terpaksa mengangkat senjata tetapi ia adalah perjuangan hati. Saya dalam proses menulis buku Mendaki Nafsu yang sudah siap 30 peratus. Ia cerita mengenai perjuangan manusia menukar nafsu amarah ke nafsu kamil (kebaikan).

Kalau kita hendak tahu sama ada hidup kita di dunia ini berkat atau tidak, tengoklah siapa yang datang pada hari kematian kita dan siapa yang menghantar kita ke kubur.

Mungkin ramai yang ‘menghantar’ tetapi dalam ramai itu, ada juga yang tidak tahu membaca al-Fatihah. Jadi, macam mana mereka mahu sedekahkan al-Fatihah kepada si mati. Kita menziarahi orang mati untuk mengambil iktibar. Kita mahu ke ke syurga Allah SWT yang tiada ternilai itu dan bukan ke neraka-Nya yang menyediakan seksaan amat berat. Justeru, bersedialah secukupnya sebelum kembali ke sisi-Nya.”

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .