PERMOHONAN KE TINGKATAN SATU PROGRAM ASRAMA 1MALAYSIA (A1M) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2016
PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU PROGRAM ASRAMA 1MALAYSIA (A1M) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2016
Sukacita dimaklumkan permohonan kemasukan murid Tingkatan Satu ke Program Asrama 1Malaysia (A1M) akan dibuka mulai 15 Oktober 2015 hingga 4 Disember 2015.
Permohonan ke A1M adalah dibuka kepada semua murid Tingkatan 1 Tahun 2016 yang bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Bantuan Kerajaan di seluruh negara. Murid-murid calon UPSR Tahun 2015 boleh memohon Program Asrama 1 Malaysia ini.
Permohonan Ke PraUniversiti KPM- Majlis Sukan Negara MSN
PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM PRAUNIVERSITI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - MAJLIS SUKAN NEGARA (KPM - MSN)
SESI AKADEMIK 2014/2015
SELAMAT DATANG ,
Sabtu, 08 Februari 2014
Temuduga Ke ASBF Asrama Semai Bakti FELDA Sesi 2014
Temuduga Kemasukan Ke ASBF Sesi 2014 adalah pada 2 Disember 2013 (Isnin)
Di lampiran adalah adab berpakaian ketika menghadiri temuduga dan senarai semak dokumen calon temuduga
Sila muat turun:
Kemasukan Ke Asrama Semai Bakti FELDA Boleh mula disemak bermula 27
November 2013 di http : // asbfonline.felda.net.my . Sebarang pertanyaan
boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Menengah & Rendah FELDA : 03 -
21912054
Permohonan ke Tingkatan 1 MRSM Tahun 2014
Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 1 Maktab Rendah Sains MARA Bagi Tahun 2014
>> Semenanjung Malaysia
>> Sabah & Sarawak
Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tahun 6 2013 Warganegara Malaysia yang layak untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 tahun 2014.
Bagi pengambilan Tingkatan 1 ini, MRSM menyediakan empat program seperti berikut;
- MRSM Biasa – melaksanakan program Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM).
- MRSM Ulul Albab – Sistem Pendidikan MRSM Ulul Albab
ini merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan
bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun selain mata
pelajaran teras seperti yang sedia ada di MRSM.
- MRSM IGCSE – Program Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) diperkenalkan untuk menambah nilai (value-add)
SPMRSM sedia ada yang menawarkan pensijilan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM). Sijil Cambridge IGCSE merupakan kelayakan peperiksaan yang
berprofil tinggi dan bereputasi cemerlang serta diiktiraf di kebanyakan
universiti di peringkat antarabangsa.
- MRSM Ulul Albab dan IGCSE – Program yang dilaksanakan ini menggabungkan program Ulul Albab dan program IGCSE.
SYARAT UMUM KE MRSM
- Warganegara Malaysia.
- Ibu atau bapa warganegara Malaysia.
- Pelajar sekolah Bumiputera dan bukan Bumiputera tahun enam yang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan di Semenanjung Malaysia.
- Memperolehi keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2013.
- Lulus Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
- Lulus temuduga.
SYARAT KHAS
MRSM Biasa
- Memenuhi syarat umum.
MRSM Ulul Albab
- Memenuhi syarat umum.
- Pelajar tahun enam yang menuntut di Sekolah Rendah Agama Negeri atau Sekolah Rendah Agama Rakyat.
- Berkebolehan membaca Al-Quran dengan baik dan mempunyai minat dalam bidang agama.
- Lulus ujian hafazan dan tulisan jawi.
- Pemohon mestilah memilih MRSM Gemencheh atau MRSM Kepala Batas
sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara online.
MRSM IGCSE
- Memenuhi syarat umum.
- Pemohon berkebolehan menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.
- Lulus ujian comprehension.
- Pemohon mestilah memilih MRSM Tun Abdul Razak atau MRSM Batu Pahat
atau MRSM Baling atau MRSM Alor Gajah sebagai pilihan pertama semasa
mengisi borang permohonan secara online.
- Yuran peperiksaan dan kos pembelian buku IGCSE akan ditanggung oleh
ibu bapa yang berkemampuan mengikut perkiraan kriteria yang ditetapkan.
MRSM Ulul Albab & IGCSE
- Memenuhi syarat umum.
- Mempunyai minat dalam bidang agama.
- Berkebolehan menguasai bacaan Al-Quran dan Bahasa Inggeris dengan baik.
- Lulus ujian hafazan, tulisan jawi dan comprehension.
- Pemohon mestilah memilih MRSM Kota Putra sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara online.
- Yuran peperiksaan dan kos pembelian buku IGCSE akan ditanggung oleh
ibu bapa yang berkemampuan mengikut perkiraan kriteria yang ditetapkan.
Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
- Pemohon akan menduduki UKKM dalam bulan Disember 2013.
- UKKM Tingkatan 1 mengandungi 3 aspek utama iaitu Matematik, Sains dan Sikap.
Pemilihan
- Selain syarat am dan khas, keutamaan akan diberikan kepada calon yang berikut :
- Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta pasukan pakaian seragam.
- Berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dari sekolah pedalaman dan luar bandar.
- Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pelajaran (SBP dan SBPI) tidak akan ditawarkan ke MRSM.
- Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.
- Keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.
Isi Borang Online
- Permohonan perlu dibuat secara online di website MARA http://www.mara.gov.my(Sila guna Internet Explorer)
- Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam
borang permohonan online dan memastikan borang tersebut berjaya dihantar
secara online.
- Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak.
- Pemohon mestilah menghantar cetakan borang tersebut serta dokumen yang berkaitan ke alamat berikut :
- Permohonan ke Tingkatan Satu,
Pengarah,
Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah),
Tingkat 19,
Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan Raja Laut,
50609 KUALA LUMPUR.
Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup akan ditolak.
Tarikh tutup permohonan online 27 November 2013
Tarikh akhir borang bercetak 4 Disember 2013.mr
Terima kasih kepada:
Permohonan ke Asrama Semai Bakti FELDA (ASBF) Ting 1 2014
Permohonan Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 ke Asrama Semai Bakti FELDA (ASBF) Sesi Persekolahan Tahun 2014
Syarat-syarat kelayakan kemasukan pelajar tingkatan 1 ke Asrama Semai Bakti FELDA (ASBF)
Buat semua warga FELDA
Permohonan Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 ke Asrama Semai Bakti FELDA (ASBF) Sesi Persekolahan Tahun 2014
Bagi pemohon-pemohon yang berminat boleh melayari laman web http://asbonline.felda.net.my/
sehingga 24/11/2013 sahaja bagi membuat permohonan. Bersama-sama kita meningkatkan ilmu pendidikan
anak-anak kita bagi memastikan mereka mendapat permulaan yang baik
dalam kehidupan yang penuh dengan cabaran ini.
SUMBER : FELDA.NET.MY
SELEPAS UPSR PERMOHONAN KE SEKOLAH KAWALAN , KELAS KAWALAN DAN KELAS RANCANGAN KHAS TAHUN 2014
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada para ibu bapa dan guru Tahun 6, Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan ke Sekolah Kawalan, Kelas Kawalan
dan Kelas Rancangan Khas Tahun 2014, boleh dibuat di Laman Web Rasmi
Kementerian Pendidikan Malaysia bermula 01 September 2013 (Ahad)
sehingga 15 Oktober 2013 (Selasa).
SEMSAS Kuantan Raih Emas di International Environment Project Olympiad Turki
EMPAT orang murid daripada pasukan Sekolah Menengah Sains Sultan Haji
Ahmad Shah (Semsas) Young Scientist dari Kuantan, Pahang berjaya menempa
nama sebagai pemenang pingat emas pertama dari Malaysia di pertandingan
International Environment Project Olympiad (INEPO) edisi ke-21 di
Istanbul, Turki, baru-baru ini.
By Puan Ummi Saturday, April 13, 2013
Aliran Agama dan Pendidikan Islam, Halatuju, kaunseling kerjaya, pra-U, SBP, sekolah, Sekolah Berasrama Penuh, selepas SPM, Tingkatan 6
BORANG PERMOHONAN TINGKATAN 6 KISAS SMAP LABU 2013
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada
LEPASAN SPM yang berhasrat menyambung ke Tingkatan 6 di KISAS dan SMAP Labu, cepat mohon segera. Kedua-dua buah sekolah ini adalah antara skolah terbaik STPM di Malaysia.
Semakan Keputusan SBP 2013
dan Cetakan Tawaran Tingkatan 1
Semakan Keputusan Sekolah Berasrama Penuh 2013
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Para pelajar dan ibu bapa/ penjaga yang ingin menyemak keputusan permohonan SBP 2013 bagi Tingkatan 1 secara online anda boleh mula menyemak pada 16 Disember 2012 semalam.
UPSR SBP hanya menawarkan tempat kepada 7,657 pelajar cemerlang
Artikel ini telah disiarkan di akhbar Kosmo secara offline dan online pada 20 Nov 2012. Hanya pada hari ini penulis blog berkesempatan memuat naik artikel ini di blog ini.
Artikel ini adalah sebagai sumber rujukan online penulis blog, dalam menjalankan tugas hakiki pada masa akan datang, InshaAllah.
Segala permohonan dan pertanyaan berkaitan SBP sila hubungi pihak berkaitan. Sekian terima kasih.
SBP hanya menawarkan tempat kepada 7,657 pelajar cemerlang
KUALA LUMPUR -
Sebanyak 45,054 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR) cemerlang tahun ini terpaksa berebut kekosongan sebanyak 7,657
kekosongan di 107 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) pada tahun 2013 di
seluruh negara.
SELEPAS UPSR SEKOLAH ASRAMA PENUH VS HARIAN
HARI ini (18/11/2012) seramai 517,139 calon yang menduduki Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR) lalu bakal menerima keputusan masing-masing,
sekali gus menjawab persoalan mengenai tahap kemampuan mereka dalam
peperiksaan berkonsep akademik.
Bagi calon terbabit, harapan bukan saja memperoleh keputusan
cemerlang malah memberi kelegaan kepada ibu bapa yang mengharapkan anak
mereka meraih kejayaan terbaik.
Bagi ibu bapa, pasti mengatur perancangan supaya anak mereka memperoleh
tempat di sekolah berasrama penuh yang berprestij serta mempunyai rekod
pencapaian cemerlang.
By Puan Ummi Thursday, September 13, 2012
Aplikasi Pangkalan Data Murid, dunia pendidikan, kaunseling kerjaya, kerjaya, SBP, sekolah, Sekolah Berasrama Penuh, selepas PMR, Selepas UPSR
PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH
TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 TAHUN 2013
PERMOHONAN SECARA ONLINE KEMASUKAN MURID
KE TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4
DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH,
KPM BAGI TAHUN 2013
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Berita baik untuk ibu bapa dan murid Tahun 6.
Permohonan Secara Online
Kemasukan Murid Ke Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4) di
Sekolah Berasrama Penuh, KPM Bagi Sesi 2013 akan dibuka pada 15
September 2012 dan tarikh tutup permohonan pada 31 Oktober 2012.
Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) akan mula membuka permohonan Tingkatan 1 dan
Tingkatan 4 bagi sesi persekolahan 2013 ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
serta Sekolah Kawalan, SMKA, KAA dan KRK di bawah Jabatan Pelajaran
Negeri (JPN) bermula 15 September 2012.
Murid Tahun 6 atau Darjah 6 yang sedang menduduki UPSR 2012, dan berminat untuk memasuki Tingkatan 1 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) pada tahun 2013 adalah dipelawa untuk membuat permohonan secara online sekarang.
Mereka yang berminat untuk ke KISAS di Klang, atau ke SMAP Labu di Negeri Sembilan atau ke SMAP Kajang,
sila ambil maklum terhadap sebarang pengumuman yang dilakukan di laman
web KPM. Permohonan dilakukan secara online.
Aliran SBP
Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan dua aliran Sekolah Berasrama Penuh
iatu Aliran Sains dan Aliran Agama. Ketika ini terdapat 43 buah SBP
aliran Sains dan 14 buah SBP aliran Agama di seluruh negara.
PROSEDUR KEMASUKAN KE SBP TINGKATAN 1 (SATU)
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .