Che Liyana 'Izzati Che Rosli dari SMK Jengka
2 Pahang antara Pelajar Cemerlang STPM 2012 Peringkat Kebangsaan
TahniahChe Liyana 'Izzati Che Rosli dari SMK Jengka
2, Bandar Tun Razak Jengka, Maran atas kejayaan cemerlang anda.
STPM 2012 Pahang atasi nasional
KUANTAN 18 Mac - Pahang berjaya mengatasi
pencapaian peringkat nasional dalam keputusan Sijil Tinggi Persekolahan
Malaysia (STPM) 2012 yang diumumkan hari ini apabila mencatat kelulusan
penuh sebanyak 96.51 peratus berbanding 94.44 peratus di peringkat
nasional.
Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Pahang, Rosdi Ismail berkata, sebanyak
2,435 calon daripada 2,523 yang menduduki peperiksaan mendapat kelulusan
penuh dengan sekurang-kurangnya satu mata pelajaran lulus penuh.
"Peratus kelulusan ini menunjukkan peningkatan sebanyak 2.69 peratus
berbanding pencapaian sebanyak 93.82 peratus pada tahun lalu.
By Puan Ummi Saturday, January 12, 2013
Halatuju, Halatuju selepas PMR, kaunseling kerjaya, kerjaya, Kerjaya Kemahiran dan Teknikal, Kerjaya Keusahawanan, Maran, Pahang, PPD Maran, selepas PMR, SMK Jengka 2
TAKLIMAT KE KOLEJ VOKASIONAL CHENOR MARAN
PROGRAM SELEPAS PMR UBK SMK JENGKA 2 2012
Taklimat Kemasukan Ke Kolej Vokasional Chenor
Taklimat disampaikan Kaunselor Kolej Vokasional Chenor
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nampaknya begitu ramai yang berminat untuk memohon mungkin disebabkan
oleh Sekolah Vokasional telah dinaiktaraf menjadi kolej dan pendidikan
sehingga Diploma. Samada soalan di blog cikgukaunseling.com mahupun daripada para pelajar SMKLH sendiri.
Bahkan ada pelayar yang meminta saya membuat artikel berkaitan Kolej Vokasional. Saya minta maaf saya tak dapat penuhi hajat itu memandangkan saya perlu utamakan komitmen utama saya terhadap core business saya di sekolah di mana saya Allah hantarkan saya.
Bagaimanapun, pelayar dan pelajar yang hendak mengetahui Konsep Kolej Vokasional, bagi calon PMR 2012 di SMK Jengka 2, Unit Bimbingan Kaunseling telah pun mengadakan taklimat berkaitan khas untuk lepasan PMR 2012. Kiranya gambar Program Selepas PMR pada entry ini adalah entry tertangguh saya. Takpelah yang penting Laporan Program Selepas PMR SMK Jengka 2 telah pun saya dan rakan-rakan setugas hantar kepada Puan Pengetua Cemerlang SMK Jengka 2, Puan Hajah Wan Maimun Bt Wan Nawi.
Bagi yang ingin tahu Kolej Vokasional sila ikuti Konsep Kolej Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia, sila klik muat turun di sini bagi mengetahui lebih lanjut. Artikel disediakan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia, Hj Ahmad Tajudin Bin Jab.
Ada juga pelajar yang bertanya ke manakah halatuju selepas SPM KLIK DI SINI bagi yang mengambil aliran teknikal? Salah satunya, adalah Aliran Teknikal Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia di sini.
SM Teknik Pertanian Chenor merupakan sebuah sekolah berasaskan teknik
dan vokasional yang menumpukan kepada pertanian dan satu-satunya sekolah
pertanian di negeri Pahang. Sekolah ini telah banyak melahirkan ramai
usahawan dan tenaga teknikal berkaitan bidang pertanian.
Kini Sekolah Teknik Pertanian Chenor telah dinaik taraf menjadi KOLEJ VOKASIONAL CHENOR.
Sedikit info menarik sistem pembelajaran di Kolej Vokasional bagi Aliran SKM ialah dari sistem pembelajarannya. Sistem pembelajaran dan masa juga berubah menjadi 8.00 pagi hingga 5.00
petang dan pengenalan sistem semester.
Tidak rugi pun masuk Kolej
Vokasional ini. Ok, cuba buat kiraan dari segi usia. Kebiasaannya
pelajar akan menamatkan SPM pada usia 17 tahun dan masuk ke IPT usia 18
tahun. Sambung pelajaran di IPT untuk peringkat Diploma 3 tahun dan
tamat pada usia 21 tahun.
Berbanding mengambil peringkat Diploma di
Kolej Vokasional usia 16 tahun selama 4 tahun dan tamat pada usia 20
tahun. Walaupun jurang masa hanya setahun tetapi dari segi kos masa dan
belanja dapat dikurangkan.
Ramai yang tidak menyedari, sekolah ini merupakan antara
sekolah yang banyak menyumbang pelajar-pelajar yang berjaya dalam bidang
akademik dan teknikal pertanian. Usaha pihak sekolah dalam memajukan
potensi diri pelajar amat baik dan satu kebanggaan bagi daerah Maran
sendiri. Dengan adanya kemahiran-kemahiran pertanian dan perladangan,
kita percaya dapat melahirkan ramai tenaga penting untuk kemajuan
negara kita.
Hari Koperasi Jengka 2 2012 kembali Lagi
Panorama SMK Jengka 2
Pintu Masuk SMK Jengka 2
Assalamualaikaum dan selamat sejahtera. Kepada para pelajar, ibubapa, keluara SMK Jengka 2 mari kita meriahkan Hari Koperasi Jengka 2.
Hari Koperasi SMK Jengka 2 kembali lagi.
Hari : Rabu, Khamis dan Jumaat
Tarikh : 27,28 dan 29 Jun 2012
Keratan Akhbar: SMK Jengka 2 Catat Kejuaraan Kejohanan Bola Sepak MSSM Daerah Maran
MARAN 30 Mac - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka 2 muncul juara
Kejohanan Bola Sepak Bawah 15 Tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah
Malaysia (MSSM) Daerah Maran selepas menewaskan SMK Jengka 6 dengan
jaringan 5-2 dalam perlawanan akhir baru-baru ini.
Naib Pengerusi Jawatankuasa Pengelola kejohanan, Abdul Rahman Ahmad
berkata, kemenangan itu merupakan satu sejarah tersendiri buat SMK
Jengka 2 kerana muncul juara buat tahun ketiga berturut-turut.
''Keseluruhannya tahun ini 16 pasukan dari sekolah menengah daerah Maran
berentap bagi memilih juara, sekali gus mewakili daerah Maran ke
peringkat negeri.
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .