Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label Sejarah Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Sejarah Pendidikan. Show all posts

Permohonan Ke UPSI Lepasan STPM/Setaraf Ambilan Februari 2014

Permohonan Ke UPSI  Lepasan STPM/Setaraf Ambilan Februari 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kerjaya pendidikan semakin menjadi pilihan generasi muda hari ini. Jika zaman saya dahulu tidak ramai yang meminati bidang ini. UPSI sebagai institusi yang telah dibina sejak tahun 1922 sangat sarat dengan sejarah. Bangunan yang menyimpan momen-momen sejarah negara masih terpulihara hingga kini. Semangat anak-anak Ibu Kandung Suluh Budiman merentasi zaman. 

Pengunjung boleh baca sejarah SITC , klik di sini.
 Tip temuduga MEDSI di sini.

 Permohonan Kemasukan Ke UPSI bagi Lepasan STPM/Setaraf Ambilan Februari 2014



 Adalah dimaklumkan permohonan kemasukan ke UPSI bagi calon-calon lepasan STPM/Setaraf untuk program Ijazah Sarjana Muda ambilan Februari 2014 kini telah dibuka. Maklumat permohonan adalah seperti butiran berikut :-
Semua calon adalah dinasihatkan untuk membaca dengan teliti semua maklumat yang terdapat pada iklan kemasukan. Sila rujuk syarat kemasukan pada laman sesawang UPSI dan buat pilihan yang tepat mengikut keputusan STPM/Serataf dengan anda.

 Harap maklum dan semoga berjaya!

Senarai Institut Kemahiran MARA

           Senarai Institut Kemahiran MARA

Sejarah Institusi


     Menyedari hakikat bahawa kemajuan orang Bumiputera khususnya orang Melayu, masih jauh ketinggalan dari setiap sudut ekonomi, pelajaran, kemahiran dan sebagainya berbanding bangsa - bangsa lain di negara ini, maka para cendekiawan Melayu ketika itu telah berusaha menjana fikiran rakyat Melayu maju. Justeru itu lapangan kemahiran ketukangan industri juga tidak ketinggalan diberi ruang untuk dilaksanakan.

     Bagi merealisasikan hasrat kerajaan, MARA telah menubuhkan SEKOLAH LATEHAN KEMAHIRAN MARA, di sebidang tanah seluas 5 ekar di Jalan Hang Tuah, Bandar Melaka, Melaka ( Lokasi tersebut dijadikan Kolej Profesional MARA ). Ia merupakan SEKOLAH LATEHAN KEMAHIRAN MARA yang pertama di Malaysia. Ia telah dibuka dengan rasminya oleh Y.A.B Tun Haji Abdul Razak Bin Dato Husein, Perdana Menteri Malaysia Kedua pada bulan Oktober 1968.



Tokoh Guru Kebangsaan Hari Guru

Tokoh Guru Kebangsaan Hari Guru


Anugerah tokoh Guru diperkenalkan semenjak tahun 1972.  Anugerah ini menjadi lambang pengiktirafan kerajaan terhadap pengorbanan, kewibawaan serta sumbangan mereka sepanjang tempoh perkhidmatan.  Sehingga tahun lalu, seramai 127 pendidik dan bekas pendidik sudah dianugerahkan pingat tersebut semenjak 1975 berdasarkan kriteria khusus yang ditetapkan.

Antara kriteria itu ialah calon mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang di bilik darjah, sumbangan cemerlang kepada profesion keguruan dan pendidikan, pembabitan aktif dalam kegiatan luar bilik darjah serta khidmat masyarakat, di samping kecemerlangan dalam bidang lain.


Tokoh Hari Guru Negeri Pahang 2013 Datuk Abdul Hamid Md Shah

Tokoh Hari Guru Negeri Pahang 2013  
Datuk Abdul Hamid Md Shah



Datuk Abdul Hamid Md Shah dianugerahkan Tokoh Hari Guru Negeri Pahang sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Pahang di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Pekan, Pahang.





 Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Menteri Besar Pahang, YAB Datuk Seri Diraja Haji Adnan Yaakub.

 Sumber; http://abihulwa.blogspot.com/


Kolej Vokasional Dato Lela Maharaja Rembau Negeri Sembilan

Jom Kenali Kolej Vokasional,
Kolej Vokasional Dato Lela Maharaja Rembau Negeri Sembilan

SMVDLM  telah 100% menjadi Kolej Vokasional Dato' Lela  Maharaja, Rembau.



 Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja 2013


Lencana Sekolah  

Sejarah Logo Sekolah Vokasional Pertanian-SMTDLM

Visi  Kolej
KVDLM menerajui aliran vokasional pertanian di Malaysia.
Misi Kolej
Bermuafakat melahirkan insan mapan melalui pendidikan bersepadu dan berkualiti.
Dasar Kualiti Kolej
Kami warga KVDLM dengan penuh iltizam akan menumpukan tenaga dan usaha kami untuk membangunkan potensi pelajar.
Kolej ini merupakan salah sebuah dari 4 buah kolej vokasional KPM  yang
menawarkan diploma vokasional pertanian dengan pilihan  kursus kemahiran  pertanian seperti Hortikultur Hiasan , Lanskap, Pengurusan Perniagaan, Agroindustri Tanaman, Agroindustri Ruminan, Agroindustri Poultri, Akuakultur , Pemprosesan Hasil Pertanaian dan Mekanisasi Agro.. 

Sejarah SITC (SULTAN IDRIS TRAINING COLLEGE)

Sejarah SITC (SULTAN IDRIS TRAINING COLLEGE)

 Foto 1 : Bangunan Suluh Budiman
Sumber; Muzium Pendidikan Nasional


 Foto 2 :  Gambar Bangunan Surau SITC yang juga dipanggil Surau Pak Aris suatu masa dahulu dan Gambar Panggung Wayang/ Gimnasium SITC.
Sumber; Muzium Pendidikan Nasional

 

Foto 3: Gambar Ramai Murid-murid Tua Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) 1933-1950
Bersama Penguasa Pelajaran Brunei pada tahun 1960.


Sultan Idris Training College, aerial view (c.1920).
 (Source: Arkib Negara Malaysia) 

Pelajar-pelajar SITC segak berbaju Melayu sedang menuju ke 
Masjid Tanjong Malim untuk menunaikan Solat Jumaat
Sumber: Facebook Alumni Suluh Budiman


Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merupakan salah sebuah daripada institut pengajian tinggi awam mempunyai kenangan manis dalam lipatan sejarah pendidikan negara ini. 

Secara kronologinya, perkembangan UPSI melalui tiga era, iaitu era SITC (29 November 1922 - 1957), era MPSI (1957 - 1987) dan era IPSI (21 Februari 1987 - April 1997). Tiga era ini juga memperlihatkan wadah generasi pendidik yang dilahirkan oleh institusi ini dalam tempoh 75 tahun. 

Tanggal 1 Mei 1997 bermulalah lembaran barunya sebagai sebuah universiti, apabila universiti ini diperbadankan di bawah Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997 menerusi Warta Kerajaan P.U (A) 132 & 133 yang bertarikh 24 Februari 1997.



Penubuhan SITC

Sultan Idris Training College adalah merupakan antara pusat pengajian yang tertua di Negara kita Malaysia. Pembukaan ini telah dinyatakan dalam hasil laporan R.O Winstedt yang menjadi Penolong Pengarah Negeri-Negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada masa itu 1916.


 Laporan ini dibuat setelah beliau membuat lawatan ke Jawa dan Filipina dalam mengkaji sistem pelajaran negara tersebut. Berikutan itu beliau telah bercadang menubuhkan maktab pada tahun 1917. Beliau juga telah menyuarakan cadangan ini dan pada 10 Mei 1917. 


Tanjung Malim Bandar Proton Pesat membangun

  Tanjung Malim Bandar Proton Pesat membangun


Stesen Keretapi Tanjung Malim suatu ketika dahulu.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 
Apabila disebut Tanjung Malim, jika ditanya pada generasi warga emas, terutama warga pendidik, kebanyakan mereka amat berbangga menyebut Oh Tanjung Malim yang ada SITC tu ya? Kamu tahu tak SITC tu sabuah institusi pendidikan yang hebat pada zaman kami?
Pesan pensyarah kami juga, warga SITC, perlu saling bantu membantu kerana warga SITC adalah Anak Ibu Kandung Suluh Budiman.
 
Begitulah antara kisah-kisah lisan naratif yang saya dengar. 

Jika dahulu ada seorang lelaki tua dari Negeri Sembilan bernama Pak Aris bersama basikal dan kamera besarnya akan bercerita tentang SITC, MPSI, IPSI dan hingga ke era UPSI. 

Tanjung Malim yang terletak di lembah berhampiran sungai, sayup memandang keindahan langit dan bumi bersatu, berlatar belakangkan tulang belakang Semenanjung Malaysia sarat dengan momen sejarah. 
Di entry ini, sila klik readmore, saya ada muat naik sejarah SITC-MPSI-IPSI-UPSI.

 Kini Tanjung Malim semakin pesat membangun bersama cadangan pembangunan Tanjung Malim Sebagai Hab Automatif nasional.
 
Perak, Proton bangunkan Tanjung Malim sebagai hab automotif nasional

IPOH - Kerajaan negeri Perak akan membangunkan semula kawasan Tanjung Malim sebagai hab industri automotif nasional di bawah perancangan gagasan Perak Amanjaya yang akan memberi impak yang lebih besar kepada pembangunan negeri dalam tempoh lima tahun.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, kerajaan negeri kini menggerakkan semula inisiatif itu, yang sebelum ini hampir tidak berjaya, menerusi beberapa siri mesyuarat dan pertemuan bersama-sama pengurusan Proton.





Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .