Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label Pendidikan Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan Kesihatan. Show all posts

Program Aku Nak Sihat Untuk Remaja Daerah Kuantan

Program Aku Nak Sihat Untuk Remaja Daerah Kuantan





Alhamdulillah saya telah menghadiri Program Aku Nak Sihat.  Program ini adalah anjuran  Pejabat Kesihatan Kuantan dengan PPD Kuantan - Unit PPdA telah diadakan pada 25 September, Rabu lalu di Dewan Seri Bestari. Program termasuk bagaimana HIV AIDS merebak dan langkah pencegahan HIV AIDS.

Pelbagai ilmu yang diperolehi daripada program ini. melalui kerja kumpulan pula, ia dapat membina keyakinan dan keberanian para peserta.

Sebagai fasilitator untuk program ini, anak-anak buah saya terdiri dari pelajar SMK Sg Soi, SMK Paya Besar dan SMK Lepar Hilir.

Pesakit Kanser Menghadapi Hakikat Kesakitan

Pesakit Kanser Menghadapi Hakikat Kesakitan

Buatlah suatu kebaikan yang terus hidup walaupun setelah kita mati...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Di dalam kehidupan ini, setiap insan akan diuji, samada dengan ujian kesenangan mahupun kesusahan. Saya telah menemui beberapa insan di dunia ini yang tabah dan cekal hati meskipun menghidap kanser.
 Kehidupan perlu diteruskan. Kematian adalah suatu kepastian, samada disebabkan dengan penyakit, kemalangan, kebuluran atau peperangan atau apa sahaja. Kerana kita makhluk ciptaan Tuhan, kita tetap akan mati. Cuma bagi mereka yang diuji dengan kesakitan samada kesakitan disebabkan kanser, dan lain-lain penyakit yang biasanya dikatakan tiada harapan untuk hidup lama, sekurang-kurangnya kita telah dapat bersedia untuk menghadapi kematian apabila doktor memberitahu tentang status kesihatan kita. InshaAllah, Allah datangkan ujian kepada kita hamba ciptaanNya sebab Allah sayangkan kita. Biasanya manusia bila diuji dengan kesusahan dia akan lebih ingatkan Tuhan....
Apapun yang berlaku, kehidupan perlu diteruskan. Selagi nyawa dikandung badan, teruskan berbakti buat insan sejagat, biar sekecil zarah, bila dibuat kerana Tuhan InshaAllah ada pahala di sisi Tuhan buat bekalan insan ke alam baqa'... 

Di bawah ini adalah artikel Kesihatan yang saya petik Daripada Akhbar Berita Minggu

Bisikan Maut Pesakit Kanser

Sukar terima hakikat, bayang kematian dorong pesakit kanser bunuh diri 

Isu Shisha Keburukan dan Hukumnya Bagi Umat Islam

Isu Shisha Keburukan dan Hukumnya Bagi Umat Islam

Gambar Hiasan Contoh Shisa

Gambarajah menunjukkan mekanisme shisha.

  • Menggunakan shisha selama 30-60 minit adalah bersamaan dengan merokok satu pek rokok!
  • Shisha adalah sekurang-kurangnya sama bahaya dengan merokok.

Muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan shisha haram bagi umat Islam.  Selain menghisap shisha, muzakarah yang bersidang Rabu 24 Julai 2013 lalu, turut melarang umat Islam daripada menyediakan perkhidmatan menghisapnya atau apa-apa aktiviti berkaitannya. Di sini turut dimuatnaik berkaitan Apa Itu Shisa dan lain-lain berkaitan Shisha. Sekian, wassalam.

Muzakarah fatwa haramkan shisha

Adakah Emosi Anda Terganggu

Adakah Emosi Anda Terganggu


Adakah Emosi Anda Terganggu

Emosi adalah perasaan yang ditujukan kepada seseorang atau sesuatu. Ia juga adalah reaksi terhadap seseorang atau kejadian. Emosi dapat ditunjukkan ketika merasa senang mengenai sesuatu, marah kepada seseorang ataupun takut.

Semua manusia dikurniakan perasaan dan sebaliknya terbit pula satu elemen unik yang kerap kali kita dengar iaitu emosi. Namun apa itu emosi sebenarnya dan mengapa golongan wanita dan anak muda kebiasaannya dikatakan beremosi?

Kata ‘emosi’ diturunkan daripada bahasa Perancis, Èmotion, dari Èmouvoir, ‘kegembiraan’. Emosi lebih cepat berlalu daripada suasana hati. Sebagai contoh, bila seseorang bersikap kasar, manusia akan merasa marah. 


Puasa Pesakit Diabetes Type 2 Kawal hipoglisemia

Puasa Pesakit Diabetes Type 2 

Kawal hipoglisemia semasa berpuasa


Artikel kesihatan ini saya muatnaik di blog ini, kerana ada pelajar-pelajar saya yang menghidap pelbagai masalah kesihatan tetapi meminta dirahsiakan. Sebagai kaunselor pelajar, klien selesa berkongsi rahsia dengan saya termasuk penyakit klien. 

Artikel ini sebagai salah satu sumber rujukan dan panduan saya dalam memahami pengalaman kesakitan klien saya. Bagaimanapun klien biasanya selepas sesi kaunseling individu akan merujuk kepada pakar kesihatan terdekat.

Puasa Pesakit Diabetes Type 2 Kawal hipoglisemia semasa berpuasa

BAGI Rohimah Chewik, 57, dari Shah Alam, Selangor kedatangan bulan Ramadan dan Syawal setiap tahun antara detik-detik paling sibuk dalam rutinnya sebagai suri rumah.


Elak dehidrasi dengan air dan buah

Elak dehidrasi dengan air dan buah

Artikel kesihatan ini saya muatnaik di blog ini, kerana ada pelajar-pelajar saya yang menghidap pelbagai masalah kesihatan tetapi meminta dirahsiakan. Sebagai kaunselor pelajar, klien selesa berkongsi rahsia dengan saya termasuk penyakit klien. 


Mungkin kerana klien melihat secara fizikal saya yang berkerusi roda ketika  2011. Namun bagi saya, konsep teraputik dalam sesi kaunseling itulah yang menarik klien untuk lebih dekat dengan saya. 


Artikel ini sebagai salah satu sumber rujukan dan panduan saya dalam memahami pengalaman kesakitan klien saya. Bagaimanapun klien biasanya selepas sesi kaunseling individu akan merujuk kepada pakar kesihatan terdekat.

Air dan buah elakkan dehidrasi



SEMUA sedia maklum bahawa saat menjelangnya Ramadan umat Islam wajib berpuasa bermula dari terbitnya fajar hingga terbenam matahari. Namun, puasa bukan alasan untuk menjadi tidak produktif, lemah, lesu, dan berwajah kusam. 


Ya, berpuasa mempunyai kesan kepada tubuh. Apabila tubuh tidak mendapat makanan atau minuman buat jangka masa yang lama, ia pasti memberikan sedikit kejutan kepada sistem tubuh.


Isteri Penagih Dadah Mangsa HIV Disisihkan dan dihalau mertua

Isteri Penagih Dadah Mangsa HIV Disisihkan dan dihalau mertua

Hari ini, janSeorang janda kematian suami  dan anak kecilnya disahkan menghidap HIV lalu disisihkan masyarakat termasuk keluarga sendiri. Mereka berdua diasingkan di sebuah pondok kecil.

Penyakit itu dibawa oleh arwah suaminya seorang nelayan, seorang penagih dadah dan melanggan pelacur di negara jiran, Isteri tidak tahu suami ambil dadah hinggalah ketika arwah  nazak baru doktor beritahu punca penyakitnya.

Daripada kisah ini dapatlah diambil iktibar bahawa tidak semua pesakit HIV disebabkan sikap mereka tetapi juga disebabkan oleh sikap pasangan mereka.


Mangsa HIV kongsi kisah hidup

BACHOK – Dalam kemeriahan menyambut Ramadan, masih ada segelintir golongan disisihkan akibat beberapa faktor yang mungkin tidak diterima sesetengah pihak seperti penghidap HIV/ Aids.
Dihalau mentua selepas suami meninggal


KAKI TERSELIUH APA NAK BUAT?

KAKI TERSELIUH APA NAK BUAT?


 



 


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Antara pelajar yang datang berjumpa saya di Bilik Kaunseling di mana-mana saya bertugas ialah berkaitan kesihatan mereka. Antara kecederaan sukan yang dialami mereka ialah terseliuh kaki. Sebagai rawatan awal, saya sudahs ediakan first aid di bilik saya. 

Oleh itu, sedikit sebanyak saya perlu mengambil tahu berkaitan tip kesihatan dan rawatan kecemasan. Di sini saya kongsikan artikel berkaitan Terseliuh kaki.

Terseliuh kaki ketika berfutsal

BAGI penggemar permainan futsal khususnya anak-anak muda, mereka perlu berwaspada terhadap risiko kaki terseliuh.


Kecederaan ligamen buku lali adalah perkara biasa semasa bersukan seperti bermain bola sepak. Hampir 25,000 orang di seluruh dunia direkodkan mengalami masalah tersebut setiap hari. 


Jangka hayat wanita Malaysia kini 79 tahun - Kajian Ahli Akademik UiTM

Jangka hayat wanita Malaysia kini 79 tahun - Kajian Ahli Akademik UiTM

 



Kajian akademik terbaharu mendapati purata jangka hayat wanita Malaysia kini meningkat kepada 79 tahun berbanding 77 tahun yang dilaporkan dua tahun lalu manakala jangka hayat lelaki pula kekal di paras 77 tahun.

Dekan Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Dr. Khalid Yusof berkata, jangka hayat lelaki yang lebih pendek berpunca daripada kegagalan mereka mengamalkan cara hidup lebih sihat dan mudah terdedah kepada risiko pelbagai jenis penyakit.


Apa Itu Sindrom PMS remaja perempuan

Apa Itu Sindrom PMS remaja perempuan



Artikel ini dipetik dari Utusan Malaysia untuk kemudahan Dunia Cikgu Kaunseling membuat rujukan. Ini memandangkan, ada sesetengah pelajar menghadapi masalah sindrom ini.
Artikel ini sangat berfaedah kepada Dunia Cikgu Kaunseling dalam memberi bantuan awal kepada pelajar berkenaan. Sekian, terima kasih.

Apa Itu Sindrom PMS remaja perempuan



Soalan 

SAYA berusia 20 tahun, pelajar tahun satu jurusan Sains Kesihatan dan masih bujang. Sejak tahun lalu, saya mengalami sindrom pramenstruasi yang agak teruk, rasa mual dan muntah serta senggugut bermula tiga hari sebelum haid.

Pada bulan ini, saya juga mengalami simptom yang sama tetapi saya kerap berasa sedih, keseorangan, tidak dihargai dan kerap menangis kerana sedih melampau. Biasanya saya mengalami emosi sebegini selama seminggu sebelum haid. 

Saya pernah merujuk kepada doktor dan saya hanya diberikan ubat tahan muntah. Doktor juga mengatakan ia hanya perasaan biasa, tiada apa yang serius. Namun saya berasa sangat tertekan dengan keadaan ini. 

Simptom yang saya alami ini sangat mengganggu pelajaran, malah adakalanya saya tidak mampu berhadapan dengan orang. Adakah saya harus bertemu dengan pakar?
* Inna.

Jawapan

Bagi sebahagian besar wanita, sindrom pramenstruasi (PMS) sering menjadi mimpi buruk kerana biasanya sindrom ini membuat suasana hati menjadi tidak menentu.Wanita menjadi lebih sensitif jika sedang mengalami PMS. Masalah kecil dan biasa dianggap besar. Kesalahan kecil yang dilakukan orang lain di hadapannya biasa membuatnya menggerutu seharian. 


Gadis 12 Tahun Bangga Tiada Dara Kini HIV Positif

Gadis 12 Tahun Bangga Tiada Dara Kini HIV Positif






(Artikel ini disiarkan pada 7 Februari 2013 dan menjadi entry ke3 utama sehingga 19/4/2013)
Fakta Aids

 
* Aids bukan hanya penyakit lelaki homoseksual. Ia juga boleh menular daripada lelaki kepada wanita dan daripada wanita kepada lelaki.
* Kuman Aids memasuki ke dalam badan melalui darah, rembesan air mani atau lendiran faraj orang yang telah dijangkiti.



* Sebaik saja kuman Aids memasuki tubuh, ia menembusi sel-sel darah putih istimewa disebut sel T4 yang mengawal kita daripada bakteria yang menyebabkan penyakit.



* Selepas itu ia biasanya berehat. Dalam keadaan ini, pesakit berada dalam kategori penyakit Aids C.



* Kadang-kadang ada sesuatu yang 'membangunkan' semula kuman ini dan ia aktif semula. Dalam peringkat ini, pesakit dalam kategori Aids B. Daya melawan penyakitnya mula lemah.



* Peringkat terakhir penyakit ini ialah Aids A. Daya melawan penyakitnya musnah sama sekali. Selalunya ia membawa kepada tanda-tanda ungu pada kulit disebut Kaposi's Sarcoma, sejenis barah yang jarang berlaku.




KAJIAN beberapa penyelidik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di beberapa institusi yang menahan dan melindungi remaja, hampir tiga perempat peratus daripadanya mengaku mengadakan hubungan seks seawal usia 12 tahun. 
 
Pada tahun 2004 sahaja, 4.9 juta pengidap baru HIV dikesan. Ini bermakna , ada 10 orang pengidap baru bagi setiap minit. HIV di Malaysia dikesan bermula tahun 1986 seramai 3 lelaki manakala kes AIDS dan kematian 1 orang.Menjelang taun 2000, dalam tempoh 14 tahun, jumlahnya naik mendadak sebanyak 5107 bagi HI, manakal bagi kes AIDS ialah 1168.


Pada tahun 2004, 60,621 rakyat Malaysia dilaporkan positif HIV sejak kes pertama tahun 1986. Manakala pada tahun 2005, ia naik mendadak kepada 70559 HIV, 10663 AIDS, sementara yang mati kerana AIDS seramai 8179.  Lebih 80% daripada mereka yang mengidap HIV/AIDS adalah di bawah usia 39 tahun.


Berita yang disiarkan Metro Ahad,  Dah Kena HIV Sesal Tak Sudah. Usia mereka baru 12 dan 13 tahun dan masih bersekolah, tetapi kesucian diri diragut teman lelaki ekspres yang dikenali menerusi laman sosial popular, Facebook (FB).

Semuanya berlaku kerana perasaan ingin mencuba ilmu asmara yang diperoleh menerusi Internet dan FB dianggap jalan pintas untuk mendapat seberapa ramai kenalan lelaki dalam tempoh singkat tanpa pengetahuan ibu bapa.
Terpesona dengan pendapatan antara RM18,000 hingga RM20,000 sebulan hasil kegiatan sumbang bersama lelaki hidung belang tanpa mengira umur atau keturunan termasuk pelancong asing, Sally dan Tina menggunakan gambar seksi untuk menggoda kenalan FB.

Bagaimanapun, seronok hanya sekejap tetapi derita berpanjangan. Kini mereka yang menginjak usia 17 tahun menyesal tak sudah kerana kesilapan silam pada usia masih mentah.

Jika dulu mereka berbangga didampingi ramai lelaki, diulit kemewahan dan mampu memiliki gajet canggih yang menjadi idaman rakan sebaya, kini semuanya tidak berguna lagi selepas Sally disahkan dijangkiti HIV positif.





Rokok Elektronik Dipantau Kementerian Kesihatan

Rokok Elektronik Dipantau Kementerian Kesihatan


Tembakau adalah penyebab utama kematian 1 dalam 10 orang dewasa di seluruh dunia yang ianya bersamaan  5 juta kematian setahun. Kebanyakan kematian utama adalah disebabkan serangan penyakit jantung, penyakit yang berkaitan dengan pernafasan dan kanser. Penyakit saluran jantung tersumbat adalah penyebab utama kematian di Amerika Syarikat. Masih nak merokok lagi?

Kementerian Kesihatan pantau penjualan 'rokok elektronik'

 

BANGI: Kementerian Kesihatan memantau rapi penjualan rokok elektronik atau e-cigarette di pasaran bagi memastikan ia tidak menjejas kesihatan penggunanya, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. 

Petua atasi keinginan merokok

Petua atasi keinginan merokok



                                           Kaedah melawan keinginan merokok





Ingatlah berhenti merokok adalah suatu langkah yang terbaik yang pernah anda ambil dalam hidup anda. Ianya langkah yang bijak lagi menguntungkan bagi diri anda dan juga keluarga anda yang tercinta.

MEMBUAT KEPUTUSAN BERHENTI MEROKOK
Kenapa anda membuat keputusan untuk berhenti merokok?. Mengetahui semua sebab-sebab untuk berhenti merokok akan mendorong anda lebih bersemangat untuk berjaya. Terdapat banyak sebab dan faedah untuk membuang tabiat merokok. 
 
MELINDUNGI ORANG LAIN.
Apabila anda merokok, orang yang berada di sekeliling anda turut juga menyedut asap rokok yang datang dari rokok yang anda hisap. Ini dinamakan merokok secara pasif. Ia boleh menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung, penyakit saluran pernafasan dan penyakit lelah di kalangan bukan perokok ini sama seperti mereka yang merokok. Merokok secara pasif adalah berbahaya kepada kanak-kanak.


MENJADI TELADAN YANG BAIK.
Sekiranya anda mempunyai keluarga, anda menjadi contoh ikutan atau ” role model ” kepada ahli keluarga anda khususnya kepada anak-anak anda. Kanak-kanak lebih cenderung untuk merokok sekiranya salah seorang atau kedua-dua ibu bapa mereka merokok.


Remaja mudah terdedah HIV AIDS

Remaja mudah terdedah HIV AIDS




 


Pendedahan mengenai HIV, AIDS perlu dilaksanakan secara meluas bagi membasmi gejala tidak sihat itu berleluasa.




Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kelantan, Muhammad Shukri Salleh berkata, isu itu perlu diketengah dan dibincangkan dengan terperinci bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terutamanya golongan muda.






Katanya, masa remaja merupakan masa transisi dari masa kanak-kanak ataupun remaja awal kepada remaja akhir.



Sekolah Dalam Hospital Beri Harapan Baru

Sekolah Dalam Hospital Beri Harapan Baru
 Kepada Pesakit Muda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bagi saya secara peribadi, Sekolah Dalam Hospital telah memberi harapan baru kepada pesakit muda yang terpaksa menjadi penghuni wad hospital. 

Pesakit-pesakit ini yang juga merupakan murid dan pelajar sekolah terpaksa berehat seketika daripada menjalani rutin harian sebagai pelajar sekolah atas sebab-sebab perlu menjalani rawatan pemulihan dan kesihatan di wad hospital. Ada kalanya memakan masa berminggu-minggu bahkan ada berbulan-bulan. 

 Dalam tempoh menjadi pesakit di dalam wad, apabila diberi peluang menjalani proses pengajaran dan pembelajaran sekurang-kurangnya ia memberi harapan baru kepada anak-anak ini. Ia bagaikan terapi minda positif menjalani hari muka dengan lebih baik walaupun terpaksa merasai  kesakitan yang telah bercambah dan bersarang di dalam tubuh.

 Artikel-artikel berkaitan Sekolah Dalam Hospital pernah saya muatkan di blog wordpress saya.

Projek sekolah dalam hospital diterus

Sekolah Dalam Hospital yang dilancarkan oleh
 Y.A.B. Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 26 Julai 2011 di Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur.
Sumber Gambar : Website KPM

 


Keputusan Peperiksaan PMR Duhai Ibu bapa Terimalah Keputusan Anak Anda

Keputusan Peperiksaan PMR Duhai Ibu bapa Terimalah  Keputusan Anak Anda Dengan Positif



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari ini, Rabu, 19 Disember 2012, adalah hari yang dinanti-nantikan oleh semua calon PMR 2012. Bahkan dinantikan oleh para guru dan ibubapa. Jam 10.00 pagi tadi, semua calon PMR 2012 telah  memperolehi keputusan PMR di sekolah masing-masing. 



 Gambar Rajah Laluan Pendidikan di Malaysia


Keputusan peperiksaan PMR baru sahaja diumumkan dengan rasminya. Debaran ibu bapa dan calon-calon yang terlibat selama ini telah berakhir. Sememangnya telah menjadi adat di dalam peperiksaan, ada yang cemerlang dan ada yang kurang bernasib baik.

Kepada lepasan PMR 2012, 
khususnya kepada bekas anak-anak didik saya di
 SMK Jengka Pusat 2 dan SMK Jengka 2...

Tahniah buat pelajar-pelajar yang telah berjaya dengan cemerlang. Bagi pelajar Muslim, seeloknya, laksanakanlah Sujud Syukur di atas kejayaan anda. Untuk mengetahui kaedah melakukan Sujud Syukur, boleh baca entry, Cara Sujud Syukur kepada Allah di sini.

 Bagi mereka yang kurang cemerlang, jangan berputus asa dan teruskan berusaha untuk meningkatkan pencapaian di dalam peperiksaan-peperiksaan yang akan datang. Jadikan kekurangan PMR untuk tingkatkan usaha bagi pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang lebih penting dua tahun akan datang.

Walau bagaimanapun halatuju selepas SPM yang akan datang perlu dirancang dari sekarang berdasarkan minat dan potensi pelajar. Kepada para pelajar lepasan PMR 2012, dan bakal menjejakkan kaki ke Tingkatan 4 pada 2013, eloklah merujuk kepada kaunselor-kaunselor sekolah untuk memastikan pemilihan sekolah dan subjek di tingkatan 4 yang lebih sesuai.  

Kepada Calon PMR 2012 Di SMK Jengka 2, saya percaya, anda boleh menemui Cikgu Sabri hari ini di sekolah...

Kita percaya pagi tadi, ada calon yang stress hingga sakit perut dan tak lalu makan. 

Kita juga percaya ada ibubapa yang resah-gelisah kebimbangan takut anak yang diharapkan tidak dapat mencapai targetnya. Tidak mencapai target bermakna impian untuk menghantar anak-anak ke sekolah pilihan hati bakal berkecai.
Tidak kurang stress, takut, bimbang dan berdebar ialah guru yang "sebenar" guru


Keputusan Peperiksaan PMR Duhai Ibu bapa Terimalah  Keputusan Anak Anda Dengan Positif

Pada entri kali ini saya ingin fokus kepada ibubapa calon PMR. Jika ibubapa mempunyai perasaan tertekan dan bimbang menunggu keputusan PMR anak, itulah tandanya anda seorang ibubapa yang baik.

Manusia ini memang tidak terlepas daripada membuat perancangan dalam kehidupan. Sebagai ibu bapa, kadang-kala kita merancang segala yang terbaik demi keluarga dan anak-anak. 
 
Anak merupakan anugerah dan nikmat yang terbesar daripada Allah SWT kepada hamba-Nya. Mutiara hati bagi pasangan ibu-bapa ini akan menjadi saham dan membawa keuntungan yang berlipat kali ganda sekiranya mereka dididik dan di bentuk dengan baik serta menjadi anak yang soleh. Sebaliknya, jika mereka di abaikan tidak mustahil akan menjadi anak yang terbiar dan pada masa akan datang akan menjadi sampah kepada masyarakat dan negara.
  


Dalam masyarakat kita hari ini ramai ibubapa yang tidak kisah atau cakna tentang anak-anak mereka. Mereka sibuk, tiada masa berkualiti bersama anak dan mereka membiarkan persekitaran yang rencam dan ganas mendidik dan mentarbiah anak-anak mereka dan akhirnya mereka meninggalkan pewaris yang bangkrap akal budinya


Lalu, saya percaya, kita sudah tentu tidak ingin melahirkan pewaris yang bangkrup akal budinya.
Nasihat kami kepada ibubapa yang menerima keputusan anak-anak agar bertenang. Paling penting walau apa keputusannya terimalah dengan berlapang dada dan seadanya. 


Akui itulah kemampuan dan keupayaannya jika selama ini hasil keputusan setiap ujiannya setara pada standard itu. Jika selama ini anak kita hanya mendapat  1A sahaja dan keputusan besok mereka mendapat 3A atau 4A mereka sudah dianggap cemerlang kerana "go beyong" dari  kebiasaan mereka. 

Jangan sesekali mengutuk, berleter atau menunjukkan tanda kecewa dan kesedihan dalam saat mereka juga mungkin kecewa dengan pencapaian mereka. 



MEROKOK DAN PENGUATKUASAAN SIVIL

MEROKOK DAN  PENGUATKUASAAN SIVIL



Tahukah anda kajian mendapati sembilan daripada 10 perokok akan mendengar teguran dan menghormati hak orang yang tidak merokok jika ditegur dengan baik, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Dr Sallehudin Abu Bakar.
“Syaratnya kena tegur secara baik dan sopan. Jika ditegur dengan baik, perokok akan memadam­kan api rokok atau pergi ke ruang yang dibenarkan merokok. Malangnya di negara kita, perkara ini jarang dilakukan.

“Biasanya jika ada orang merokok di tempat awam, biasanya individu yang tidak merokok akan menjauhkan diri atau meninggalkan tempat berkenaan. Kaedah ini tidak akan menyedarkan perokok. Sebaliknya kitalah yang perlu tegur untuk mengingatkan perokok dan biasanya selepas ditegur, mereka akan memadamkan api rokok.





Kempen Haram Merokok Ditingkatkan

Kempen Haram Merokok Ditingkatkan


Tingkat kempen haram merokok


Putrajaya: Percanggahan pendapat berhubung fatwa mengatakan merokok adalah haram di sisi Islam menyebabkan umat Islam tidak memandang serius fatwa berkenaan.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha, berkata kesedaran mengenai bahaya rokok masih kurang dan tidak dipandang serius. 

 
“Mungkin kewujudan beberapa pendapat membuatkan mereka leka walaupun kesan buruk mengenainya dijelaskan dalam fatwa dan kempen anti merokok yang giat dijalankan kerajaan. Jadi, kita kena kerja kuat (untuk beri kesedaran).

“Mungkin Kementerian Kesihatan boleh melihat sejauh mana penjelasan diberikan dari aspek kesihatan kerana mereka (umat Islam) sendiri mahu lihat dari aspek kesihatan,” Datuk Othman Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
“Mungkin Kementerian Kesihatan boleh melihat sejauh mana penjelasan diberikan dari aspek kesihatan kerana mereka (umat Islam) sendiri mahu lihat dari aspek kesihatan,” katanya selepas merasmikan Seminar Pendidikan Fatwa Kesihatan 2012 anjuran JAKIM dan Kementerian Kesihatan, di sini semalam.

Merokok adalah haram


Boleh gemuk jika terlalu percaya nasib

Boleh gemuk jika terlalu percaya nasib

 

 



Penyelidik medapati mereka yang terlalu mempercayai tuah dan nasib dilaporkan lebih cenderung untuk mengalami masalah lebihan berat badan.  Penyelidik mendapati mereka yang meletakkan seluruh hidup mereka di tangan nasib berkemungkinan untuk tidak akan mengubah cara kehidupan mereka dalam sebarang tindakan, sehingga membawa kepada keadaan termasuk obesiti. 

Bagi Muslim, menilik nasib adalah satu perbuatan yang ditegah dan haram hukumnya. Sila rujuk entry sebelum ini. Horoskop Itu Perosak Akidah Umat Islam di sini.



Gemuk Lalu Diketepikan Sahabat

Gemuk Lalu Diketepikan Sahabat



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Artikel  ini saya petik daripada Ruangan Bersama Dang Setia Metro Ahad. Ia dimuatnaik di sini sebagai kemudahan untuk membuat rujukan dan renungan bersama. 

Para pelayar dijemput melayari artikel lama di blog ini : 

1) Hargai Diri Anda, klik di sini
2) Watak Sahabat Sejati, klik di sini
3) Siapa Yang Dikatakan Sahabat, klik di sini.

Cadangan saya, cuba Aira aktifkan diri dalam mana-mana kegiatan kokurikulum di sekolah. Menyertai mana-mana persatuan yang menggalakkan aktiviti sihat akan membantu meluaskan skop persahabatan Aira.

Menjadikan aktiviti senaman sebagai rutin harian anda amat digalakkan. Selain meningkatkan stamina, ia merangsang elemen kegembiraan dalam diri anda. 

KITA digalakkan melakukan senaman tiga kali seminggu untuk cara hidup yang sihat. Ia amat penting dalam penjagaan kesihatan kerana dalam masa yang sama apabila badan mengeluarkan peluh, selain untuk mengawal suhu badan, secara tidak langsung ia juga menjana kesihatan tubuh.

Peluh yang keluar daripada tubuh merupakan satu situasi yang normal tetapi sekiranya peluh keluar lebih banyak daripada yang diperlukan ia adalah tidak normal.

Antara petua mengelakkan badan berbau ketika berpeluh, gosoklah belakang telapak tangan anda ke ketiak anda setiap kali anda mandi.

Jangan sesekali mengunakan tapak tangan untuk sapu ketiak.

Kalau nak sapu sabun mandi, sapukan sabun kat belakang tapak tangan dan gosok ketiak guna belakang tapak tangan. 


Begitu juga kalau nak bubuh bedak kat ketiak, sila gunakan belakang tapak tangan.

Selain itu, boleh menggunakan Sabun Taharah sebagai sabun mandian anda. contoh petua tradisional nak hilangkan bau peluh ialah dengan menggunakan mentimun.



Ambil timun (mengikut anggaran) dan kisar sampai jadi jus.

- Kemudian, lumurkan jus timun tadi ke seluruh badan anda. Terutamanya pada bahagian ketiak.

- Biarkannya serap ke tubuh anda dalam beberapa minit sebelum membersihkannya atau mandi.

- Lakukan cara ini setiap 2 minggu sekali sampailah anda merasai hasilnya.

- Jika anda mengamalkan secara berterusan, ia bukan saja mampu menghilangkan bau badan. Malah dapat menyegarkan badan dan mengelakkan daripada terkena penyakit kulit.

Jika keadaan peluh berlebihan masih tidak selesai, anda perlu berjumpa doktor perubatan terdekat anda. Inilah biasanya yang saya cadangkan kepada klien saya yang menghadapi masalah peluh berlebihan. Untuk informasi perubatan berkaitan Peluh berlihan dan bau, sila ke blog Dr Zubaidi di sini


Diketepikan sahabat sebab gemuk

SAYA sering diketepikan oleh rakan sebaya kerana mempunyai susuk badan berisi dan mudah berpeluh. Malah, apabila keluar hujung minggu, rakan sering mengelak memaklumkan pada saya.

Apabila saya cadang ingin keluar bersama, mereka akan memberi alasan sibuk. Mulanya saya percaya dengan alasan diberi tetapi kebelakangan ini kerap terserempak mereka keluar bersama menyebabkan saya percaya disisih.

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .