SEMAKAN TAWARAN KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) DI INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN SWASTA (ILKS) AMBILAN JUN 2016
SEMAKAN TAWARAN KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) DI INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN SWASTA (ILKS) AMBILAN JUN 2016 mulai 6 Jun 2016 hingga 12 Jun 2016
Sila semak di http://www.moe.gov.my/
HADIAH SARJANA TERENGGANU YAYASAN TERENGGANU 2016
SYARAT PENGANUGERAHAN HADIAH SARJANA TERENGGANU YAYASAN TERENGGANU 2016
Adalah dengan sukacitanya memaklumkan bahawa Yayasan Terengganu sebagaimana lazimnya menganugerahkan hadiah kepada pelajar Terengganu lulusan IJAZAH SARJANA MUDA Kepujian KELAS PERTAMA di Institut Pengajian Tinggi Awam / Swasta yang di panggil Hadiah Sarjana Terengganu. Hadiah tersebut di Anugerahkan kepada pelajar yang telah tamat pengajian Tahun 2016.
Syarat-syarat pencalonan bagi Anugerah Sarjana Terengganu Tahun 2016 ialah :-
1. ANAK TERENGGANU
1.1 Ibu/bapa penjaga pelajar lahir di NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN, atau
1.2 Ibu/bapa pelajar telah bermastautin di Terengganu terus menerus tidak kurang dari sepuluh tahun dan mempunyai niat serta bukti-bukti yang menunjukkan akan tinggal tetap di Terengganu. (Sila lampirkan bersama surat bermastautin).
2. Kelulusan Ijazah kepujian Kelas Pertama dengan memperolehi keputusan PNGK sekurang-kurangnya 3.75 dan ke atas. (Pihak Yayasan Terengganu hanya menerima Salinan Transkrip yang Disahkan oleh Pihak Universiti / Pusat Pengajian yang tuan / puan ikuti sahaja)
3. Pelajar yang mengikuti pengajian sepenuh masa sahaja yang layak dipertimbangkan untuk penganugerahan.
4. Tanpa mengira badan penaja.
Sehubungan itu, tuan/puan boleh mendapatkan borang di sini. Permohonan yang lengkap diisi hendaklah di hantar terus ke Yayasan Terengganu sebelum 1 Disember 2016 sebagaimana alamat berikut:-
YAYASAN TERENGGANU
BANGUNAN YAYASAN,
JALAN SULTAN ISMAI,
20200 KUALA TERENGGANU.
Kempen Tabung Lot Iftar Ramadhan 1427 H Cakna Pelajar Asnaf KMPh 2016
Assalamualaikum
TABUNG LOT IFTAR MAHABBAH RAMADHAN 1437h CAKNA PELAJAR ASNAF KMPh 2016
SUMBANGAN IKHLAS UTK ANAK YATIM/OKU/KURANG BERKEMAMPUAN - PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI PAHANG 2016
Program ini diharapkan dapat memberi peluang kepada pensyarah dan staf KMPh khususnya dan masyarakat amnya yang prihatin untuk sama-sama membantu menderma.
Kepada alumni KMPh, program ini untuk kolej anak-anak juga, yang dulunya banyak memori telah terkenang dalam minda kita. Jom ajak kawan-kawan lain utk berikan sumbangan juga. Bole je kita beli phone mahal2, apa salahnya kita ikhlaskan hati dengan hanya mewakafkan RM50.
Jom kita berikan sumbangan. Semoga dengan sedikit pemberian yang kita berikan akan mendapat limpahan kasih sayang daripada Allah SWT.
Selain itu, program ini juga memberi pendekatan berkaitan aspek mensyukuri nikmat kasih sayang dan kekeluargaan yang dikurniakan Allah. Di samping itu, pensyarah dan staf juga dapat beramah mesra dengan pelajar-pelajar anak yatim KMPh dan berbuka puasa bersama mereka.
Anggaran pelajar :
300 orang
Kos Berbuka Puasa / Sumbangan:
RM500 x 26 hari Ramadhan = RM 13 000
Bilangan Lot ditawarkan :
260 lot
Nilai 1 lot : RM 50
Objektif Program:
1⃣Menghayati erti kasih sayang & kekeluargaan
2⃣ Mensyukuri nikmat pemberian Allah & bersifat qanaah
3⃣ Mengenali & menghargai golongan yang kurang bernasib baik
4⃣ Menghayati sunnah Rasulullah pada bulan Ramadhan yang penuh barakah.
5⃣ Memberi ruang & peluang kepada mereka yang ingin beramal jariah di bulan Ramadhan
6⃣ Membuat kebajikan dengan berbuka puasa bersama di samping mengagihkan sumbangan kepada anak2 yatim.
YB Dato/tuan/puan/encik/cik yang berminat untuk menyumbangkan sumbangan lot bagi tujuan tersebut sila hubungi nama-nama di bawah;
UST ISMAIL BIN JUSOH
UST UBAIDILLAH BIN ABDUL LATIF
PN SONITA BINTI SUDIN
PN ASMA’ BINTI AHMAD
Semoga dengan sumbangan2 ini dapat kita memeriahkan lagi Majlis Iftar Mahabbah bersama dengan pelajar-pelajar KMPh yang kurang berkemampuan atau dirinya atau ibubapanya OKU dan juga pelajar anak yatim.
Program ini memerlukan lagi sebanyak 240 lot belum terjual. JOM - segera kita bantu pelajar-pelajar KMPh yang memerlukan bantuan. Jom sama-sama kita merealisasikan program ini supaya berjalan dengan lancar.
*Wakil Alumni KMPh seperti di bawah;
Cik Sakinah 014 277 4785
En @ Cikgu Yusuf Sharif 013 900 5823
En Shamsul 019 929 4922
En Afiq Aizat 011-2541 6627
En Saipul 014 514 1940
Dr Farahana 013 9939 025 (batch 2005/2006)
Cik @ Cikgu Farahana 010 514 0830
Sumbangan melalui bank in:
Surau Kolej Matrikulasi Pahang
BANK ISLAM
06019010057704
Sila emailkan maklumat dan butiran bank in anda untuk program lot iftar mahabbah ramadhan KMPh 2016 ke:
lotiftarkmph2016@gmail.com
Selamat datang ke KPMh Sesi 2016 Buat anak2 didik saya di SMK Lepar Hilir
Selamat datang anak2 didik saya di SMK Lepar Hilir dan program2 di Kuantan ke Kolej Matrikulasi Pahang. Semoga Allah bersamamu. InshaAllah. Ingatlah harapan ayahbonda. Melangkah ke matrikulasi bukan tiket untuk bebas dari ayahbonda.
Sedikit gambar pada 7.15 pagi 5 Jun 2016 di Kolej Matrikulasi Pahang Gambang.
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .