Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label akademik. Show all posts
Showing posts with label akademik. Show all posts

Become A Pilot at KIST Aviation Academy

Become A Pilot at KIST Aviation Academy





  Kumpulan pelatih Akademi Penerbangan KIST bersama pesawat di lokasi latihan di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. 
Sumber gambar kredit kepada Utusan Malaysia


Assalamualaikum dan selamat sejehtera. Apa khabar para pelayar blog ini? Kepada para pelajar calon SPM 2013 khususnya di SMK Lepar Hilir, Gambang, Kuantan dan lepasan sekolah yang masih terfikir-fikir tentang kerjaya anda, eloklah anda  membuat  renungan kembali dan muhasabah ATAU checklist matlamat hidup anda.

Ada pelajar saya yang bertanyakan cara menjadi juruterbang. Bagi yang berminat untuk menjadi juruterbang, dan mempunyai kelayakan apa kata kita baca entry ini iaitu berkaitan KISTAA. KISTAA ni akronim bagi KIST Aviation Academy, terletak di Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Oh iya entry entry saya berkaitan kemasukan ke IPTA atau ke IPTS di blog ini, adalah secara percuma dan tiada bayaran daripada mana-mana pihak. Penulisan di sini adalah sebagai kemudahan untuk saya membuat rujukan dalam menjalankan tugas hakiki saya di bidang pendidikan. Selain itu, blog ini sebagai medium pendidikan kerjaya saya bersama pelajar saya khasnya dan pelayar blog umumnya.
Maklumat Lanjut Sila Hubungi:

Naib Canselor USIM Profesor Dato’ Dr. Asma Ismail dikurniakan Darjah Kebesaran oleh DYMM Sultan Kedah

 Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Profesor Dato’ Dr. Asma Ismail dikurniakan Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) oleh DYMM Sultan Kedah


 Naib Canselor USIM Profesor Dato’ Dr. Asma Ismail dikurniakan Darjah Kebesaran oleh DYMM Sultan Kedah


SEREMBAN 5 Feb. 2013 - Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Datuk Dr. Asma Ismail dikurniakan Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Anak Bukit, Alor Setar, baru-baru ini.


Bantuan Baucar Buku 1Malaysia Bagi Pelajar KPM Tahun 2013

Bantuan Baucar Buku 1Malaysia Bagi Pelajar KPM Tahun 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Artikel dipetik daripada Siaran KPM. Sekian terima kasih.
 
Bantuan Baucar Buku 1Malaysia Dan Pelaksanaan Bantuan Baucar Buku 1Malaysia


TEKNIK MEMBUAT NOTA RINGKAS

TEKNIK MEMBUAT NOTA RINGKAS


BERIKUT disenaraikan teknik membuat nota ringkas dalam salah satu kaedah pembelajaran yang boleh para pelajar amalkan. 
Ia boleh diubahsuai mengikut kesesuaian dan keadaan para pelajar masing-masing :
  1. Pilih satu tajuk dan baca nota.
  2. Faham kandungan secara umum untuk menentukan fakta atau pokok persoalan .
  3. Baca dan garis fakta.
  4. Baca dan cuba fahamkan kaitan antara fakta yang digariskan dengan nota asal .
  5. Keluarkan fakta dan salin pada kertas lain.
  6. Faham fakta dan kaitannya dengan keseluruhan fakta daripada tajuk itu .
  7. Susun fakta ( jika perlu ).
  8. Cuba tulis semula fakta-fakta tanpa melihat fakta-fakta yang telah ditulis dahulu .
  9. Bandingkan apa yang kamu tulis.
  10. Ulang hingga kamu puas hati.
  11. Ulang membaca fakta , jika ada masa.
  12. Simpan dengan baik untuk tujuan ulang kaji.
  13. Mulakan tajuk baru dan lakukan proses no. 1 hingga no. 12 , sehingga habis kesemua tajuk dalam sukatan pelajaran.
Kunci kejayaan dalam menghasilkan catatan yang baik ialah perbendaharaan kata

Ia akan menolong kamu memahami apa yang dibaca dan menulis semula dalam bentuk ayat yang pendek, lengkap dan bernas.

Cara-caranya ialah:

  1. Gunakan perkataan sendiri dan bukannya menyalin ayat-ayat yang dipetik daripada karanga asal.
  2. Isinya mestilah disusun dengan teratur dan mengandungi perkara-perkara yang penting sahaja.
  3. Buat garisan dan tanda-tanda di bahagian yang penting bagi menarik tumpuan apabila membaca.
  4. Gunakan simbol-simbol yang kamu dapat faham.
  5. Tinggalkan satu ruangan kosong di tepi sebelah kiri untuk dicatat sebarang tambahan atau isi penting.

Peluang Kedua Lepasan SPM, STPM masuk IPTA

Peluang Kedua Lepasan SPM, STPM masuk IPTA


Utusan Malaysia, MELAKA 16 Mei - Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di negeri ini yang gagal mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berpeluang melanjutkan pelajaran melalui saluran khas yang disediakan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB) dengan kerjasama UiTM menganjurkan Jelajah Destini Anak Bangsa 1Malaysia akan memberi peluang kepada pelajar memohon masuk melalui saluran khas yang disediakan pada 24 Mei ini. 

Ketua Komunikasi Korporat UiTM Cawangan Melaka, Muhammad Anwar Fahmi Abdullah berkata, program itu menjelajah di Parlimen Masjid Tanah, Jasin dan Bukit Katil bermula pukul 8 pagi.

Menurutnya, di setiap lokasi, konvoi tersebut memberi penerangan kepada lepasan SPM dan STPM mengenai peluang mereka melanjutkan pelajaran melalui program khas Pra-Diploma iaitu Pra-Perdagangan dan Pra-Sains.

Bagi Lepasan SPM di Pahang, anda  Boleh memohon di UiTM Pahang

Sila rujuk entry Dunia Cikgu Kaunseling sebelum ini, Lepasan SPM Pra Diploma UiTM Program Mengubah klik di sini
http://www.cikgukaunseling.com/2012_03_01_archive.html#3482498069554765075

Bersama-sama ini dilampirkan borang-borang berkaitan untuk memohon kemasukan MDAB.


  
Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) yang boleh didapati sendiri di:- 

Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA)
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang
26400 Bandar Tun Abdul Razak Jengka Pahang, Malaysia
Telefon: 09-4602196/2190/2197/2198/2106
Faks: 09-4602208

Lepasan SPM Pra Diploma UiTM Program Mengubah Destini Anak Bangsa

Peluang Kedua Lepasan SPM Prog Pra Diploma UiTM


Program Mengubah Destini Anak Bangsa UiTM

Adalah dimaklumkan, permohonan ke program Pra Diploma MDAB telah dibuka. Sekiranya berminat, hendaklah memohon dengan kadar segera.

Penubuhan program MDAB (Mengubah Destini Anak Bangsa) adalah bertujuan untuk memberi pendidikan kepada anak-anak miskin Melayu dan Bumiputera yang berpendapatan (gaji kasar) ibubapa kurang dari RM2,000 sebulan.

Pelajar yang lulus dalam MDAB layak ditawarkan ke program Diploma mengikut syarat-syarat kemasukan yang telah ditetapkan oleh UiTM.

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA sahaja 

Keputusan penawaran oleh UiTM adalah MUKTAMAD

Syarat-syarat kemasukan ke program PD002 (Pra Diploma Perdagangan):

1) Lulus SPM dengan minima 3 kredit termasuk Bahasa Melayu/Malaysia

2) Lulus Matematik/Matematik Tambahan
3) Lulus Bahasa Inggeris

Syarat-syarat kemasukan ke program PD007 (Pra Diploma Sains):

1) Lulus SPM dengan minima 3 kredit termasuk Bahasa Melayu/Malaysia
2) Kredit Matematik/Matematik Tambahan
3) Lulus Bahasa Inggeris
4) Lulus salah satu (1) matapelajaran berikut: Fizik, Kimia, Biologi, atau Sains Tambahan
Umur pemohon hendaklah tidak melebihi 23 tahun semasa tarikh permohonan.



Maklumat Program

Pra-Perdagangan (PD002)
1 semester / 6 bulan


Brosur Pra Perdagangan klik di sini

Info Program
Program ini memberi tumpuan kepada asas Bahasa Inggeris dan Matematik

Peluang Melanjutkan Pelajaran:


Setelah tamat program ini, calon-calon boleh melanjutkan pengajian ke program diploma yang ditawarkan oleh fakulti di UiTM  seperti Fakulti Pengurusan Perniagaan, Fakulti Pentadbiran dan Undang-Undang, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan, Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat, Fakulti Perakaunan, Fakulti Pengurusan Maklumat dan Fakulti Komunikasi & Pengajian Media.

Pra-Sains (PD007)1 hingga 2 semester / 6 hingga 12 bulan  

Brosur Pra-Sains (PD007) klik di sini

Info Program 
 Program ini memberi tumpuan kepada asas Sains dan Matematik. Kursus-kursus yang ditawarkan adalah Biologi, Kimia, Fizik, Matematik dan Bahasa Inggeris

Peluang Melanjutkan Pelajaran


 Calon yang lulus program ini akan diserapkan ke program Diploma yang berasaskan Sains dan Teknologi

  • Fakulti Pengurusan Maklumat
  • Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik
  • Fakulti Pengurusan Dan Teknologi Pejabat
  • Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan (Bagi Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan )
  • Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (melalui proses temu duga)
  • Fakulti Komunikasi dan Pengajian
    Media
    (melalui proses temu duga)
  • Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi
    (melalui proses temu duga)


Setelah tamat program ini, calon-calon boleh melanjutkan pengajian di mana-mana program diploma berasaskan sains dan teknologi yang ditawarkan oleh fakulti di UiTM seperti Fakulti Sains Gunaan, Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Farmasi, Fakulti Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Seni Bina, Fakulti Perancangan & Ukur, Fakulti Sains Komputer & Matematik dan Fakulti Sains Sukan & Rekreasi.




Permohonan
  • Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) yang boleh didapati sendiri di:-
Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA)
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang
26400 Bandar Tun Abdul Razak Jengka Pahang, Malaysia
Telefon: 09-4602196/2190/2197/2198/2106
Faks: 09-4602208
  • Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimajukan sendiri atau dihantar ke alamat berikut:-
Sekretariat
Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB)
Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA)
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang
Lintasan Semarak
26400 Bandar Tun Abdul Razak Jengka
Pahang Darul Makmur 




Bagi Rakyat Terengganu (Bumiputera), Borang ini boleh didapatkan daripada Cik Raslina Mohamed  Nor  (Koordinator unit MDAB, Bilik KP06 - Blok Intelek) atau En. Mohd Nasrul Mizan (Penolong Pendaftar, Bahagian Pentadbiran).

*Pihak UiTM berhak menolak permohonan/menarik balik surat tawaran sekiranya maklumat yang diberikan didapati palsu.

Bersama-sama ini dilampirkan borang-borang berkaitan untuk memohon kemasukan MDAB.

Borang Permohonan Mengubah Destini Anak Bangsa UiTM Johor sila klik di sini 

 Borang Permohonaan klik di sini
• Borang Pengesahan Pendapatan, klik di sini

Pautan:
• Facebook Unit MDAB UiTM (Terengganu) – Kampus Dungun


GRED SPM
sebelum 2010 mulai 2010
- A+
1A A
2A A-
3B B+
4B B
5C C+
6C C
7D D
8E E
9G G
   










TAKWIM PEPERIKSAAN AWAM TAHUN 2012

TAKWIM PEPERIKSAAN AWAM TAHUN 2012 
 


UPSR
Ujian Bertulis : 11 September - 13 September 2012 (Selasa - Khamis)


PMR
Ujian Bertulis : 9 Oktober - 11 Oktober 2012 (Selasa - Khamis)
                      15 Oktober - 16 Oktober 2012 (Isnin - Selasa)

SPM
Amali
                       : 5 November 2012 - 6 Disember 2012
Ujian Bertulis

STPM
Ujian Lisan :  19 November 2012 (sistem tahunan) - 294 Hari bermula 30 Januari 2012
Ujian Bertulis : 5 November 2012 (sistem penggal) - 280 hari bermula 30 Januari 2012

STAM
Ujian Lisan : 9 - 12 Julai 2012 & 16 - 19 Julai 2012
Ujian Bertulis : 16 - 18 Oktober 2012 & 22 - 23 Oktober 2012 (Isnin - Selasa)


SPM Ulangan
Ujian Lisan
                     : 12 - 13 Jun 2012 (Isnin - Selasa)
Ujian Bertulis


* Tarikh-tarikh berkenaan adalah  tertakluk kepada pindaan.

Takwim Peperiksaan 2012 di Malaysia

Takwim Peperiksaan 2012 di Malaysia

TAKWIM PEPERIKSAAN TAHUN 2012

UPSR
Ujian Bertulis 11- 13 September 2012 (Selasa hingga Khamis)

PMR
Ujian Bertulis 9-11 Oktober 2012 (Selasa hingga Khamis)

15 - 16 Oktober 2012 (Isnin hingga Selasa)

SPM
Amali

Ujian Bertulis


5 November - 6 Disember 2012 

STPM
Ujian Lisan
Ujian Bertulis


19 November 2012 (sistem tahunan) - 294 hari bermula 30 Januari 2012

5 November 2012 (sistem penggal) - 280 hari bermula 30 Januari 2012 [baharu]

STAM
Ujian Lisan 9-12 Julai 2012 & 16 - 19 Julai 2012
Ujian Bertulis 16 - 18 Oktober 2012 & 22 - 23 Oktober 2012 (Isnin - Selasa)

SPM (ULANGAN)
Ujian Lisan Khusus Calon Persendirian(ULKCP)

Ujian Bertulis




12 - 13 Jun 2012 (Isnin hingga Selasa)

* Tarikh-tarikh yang dinyatakan adalah tertakluk kepada pindaan.
Sebarang pertanyaan berkaitan takwim peperiksaan bolehlah menghubungi talian berikut:
UPSR : 03 - 8884 3382
PMR : 03 - 8884 3394
SPM : 03 - 8884 3330
STAM : 03 - 8884 3340
Peperiksaan Luar Negeri : 03 - 8884 3346


Anda juga boleh melayariLaman Web Rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia atau Majlis Peperiksaan Malaysia untuk maklumat lanjut.

Format Baru Mata Pelajaran Sejarah Mulai 2013

Format Baru Pentaksiran Mata Pelajaran Sejarah Mulai Tahun 2013


Arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia tentang pelaksanaan pentaksiran peperiksaan SPM mulai tahun 2013 bagi mata pelajaran Sejarah iaitu terdapat satu penambahan kertas baru iaitu Kertas 3 (1249/3) yang berbentuk tugasan.

Berikut adalah format baru mata pelajaran Sejarah SPM mulai tahun 2013 :

FORMAT PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN SEJARAH MULAI TAHUN 2013
Bil
Perkara
Kertas 1 (1249/1)
Kertas 2 (1249/2)
Kertas 3 (1249/3)
1
Jenis Instrumen
Objektif
Subjektif
Tugasan
2
Jenis Item
Aneka Pilihan
Struktur & Esei
Tugasan
3
Bilangan Soalan
40 soalan
Bahagian A (Struktur)

4 soalan wajib
40 markah
(10 markah setiap soalan)


Bahagian B (Esei)

7 soalan pilihan
Jawab 3 soalan
60 markah
(20 markah)
1 Tugasan

Nota :

Tema/tajuk umum dimaklumkan kepada calon satu bulan sebelum tarikh peperiksaan bagi Kertas 3.

Tajuk tugasan serta panduan menjawab diberi pada hari peperiksaan
4
Pemberatan
30%
50%
20%
5
Jumlah Markah
40
100
100
6
Tempoh Ujian
1 jam
2 jam 30 minit
3 jam
7
Konstruk
Mengingati
Memahami
Menganalisis
Mengingati
Memahami
Mengaplikasi
Menganalisis
Menilai
Menjana idea
Memahami
Mengaplikasi
Menganalisis
Menilai
Menjana idea
Nilai
8
Cakupan Konteks
Sukatan Pelajaran Tingkatan 4 & 5
9
Aras Kesukaran
Sesuai dengan tahap pembelajaran Sejarah murid di hujung Tingkatan Li

Sila Rujuk:

Format baharu pentaksiran SPM Pelajaran Sejarah

Format baharu pentaksiran SPM Sejarah

Gambar
Calon SPM 2011 dari Pelajar SMK Jengka Pusat 2
sedang khusuk mendengar taklimat Kem Komandan semasa Kem Perkampungan Ilmu selama 3 hari 2 malam sebagai Pecutan Akhir Menghadapi SPM 2011.

Mulai 2013, mata pelajaran Sejarah akan menjadi subjek wajib lulus sebagai syarat untuk layak mendapat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selain mata pelajaran Bahasa Melayu.

Subjek Sejarah akan mula diperkenalkan dalam SPM Ulangan mulai tahun 2014.

Format pentaksiran mata pelajaran Sejarah akan menggunakan sukatan pelajaran sedia ada bermula dari tahun 2013 sehingga 2017. Bermula SPM 2018, ia akan menggunakan sukatan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah (SAPS)

Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah (SAPS)

Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah (SAPS) dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalam bagi setiap sekolah di Malaysia.

SAPS merupakan sistem baru yang dibangunkan secara atas talian yang dicapai oleh semua pihak termasuklah JPN, KPM , PPD dan sekolah.


Analisa yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan.

Data yang disimpan melalui SAPS boleh digunapakai oleh semua pihak terutamanya JPN, KPM dan PPD untuk membuat sebarang analisis.


Sekurang-kurangnya kerenah meminta data peperiksaan ke sekolah akan dapat diminimumkan. 

SAPS juga boleh dijadikan "Early Warning System" kepada pihak pengurusan melalui Analisis TOV ( Take Of Value ) , AR ( Artual Result ) dan ETR ( Expected Target Result ).

Guru kelas boleh mengakses sistem ini untuk memasukkan dan mengemaskini maklumat kelas, maklumat mata pelajaran dan data pelajar bagi kelas yang berada di bawah jagaannya.


 Guru kelas juga boleh memasukkan markah bagi setiap mata pelajaran mengikut peperiksaan yang ditetapkannya. Hasilnya, guru kelas dapat mengeluarkan analisis bagi setiap peperiksaan yang telah dijalankan.
SAPS boleh dicapai melalui PORTAL NKRA seperti berikut :



Jika rakan-rakan guru ingin mengetahui penggunaan SAPS dengan lebih lanjut, sila klik pada pautan di bawah



Rakan-rakan guru juga boleh mencari penyelesaian jika ada sebarang masalah yang dihadapi semasa menggunakan SAPS ini di artikel :

atas informasi lengkap ini.

Matrikulasi Teknikal Jengka Pahang Taklimat Halatuju Pelajar

Matrikulasi Teknikal Jengka Pahang Taklimat Halatuju Pelajar

7 OGOS  2011– Sebuah taklimat bertajuk 'Hala Tuju Pelajar' mengenai pusat pengajian selepas program matrikulasi telah diadakan di Dewan Ibnu Sina. Taklimat disampaikan oleh pensyarah jemputan, Prof .Madya Abdul Rani Othman, Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Dalam taklimat tersebut, beliau mempelawa para pelajar menyambung pelajaran di sana setelah tamat matrikulasi dengan kelayakan CGPA sekurang-kurangnya 2.0 dan mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET). Antara program yang ditawarkan ialah bidang Elektrikal, Elektronik, Mekanikal, Pembuatan, Sains Komputer, Teknousahawan dan Pengurusan Teknologi.

Contest Aku Berpuisi, Muhasabah Ramadhan, Syukur Merdeka,

Ingin Sertai, Contest Aku Berpuisi,




Pengenalan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.  Seni puisi tradisional merupakan salah satu khazanah bangsa yang sangat beharga. Seni yang indah ini disampaikan dalam gaya bahasa yang penuh maksud tersirat. Mungkin ramai yang kian melupakan warisan ini.

Bangsa Melayu juga kaya dengan kesusasteraannya. Lemah gemalai, liuk lintuk, barisan katanya.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada blogger, Mohamad Azhan kerana sudi menganjurkan pertandingan menulis puisi.

Contest Aku Berpuisi



Muhasabah Ramadhan, Syukur  Merdeka




Muhasabah Ramadhan,

Muhasabah Ramadhan, Syukur Ya Tuhan,

Bertemu kembali Bulan Ramadhan;

Bulan penuh keberkatan, penuh keistimewaan,

Diberi pahala, amalan dilipatgandakan.



Syukur Ramadhan, Syukur Alhamdulillah,

Usia kita masih dipanjangkan oleh Allah;

Untuk mengimarahkan Ramadhan dengan ibadah,

Solat wajib, puasa, dan solat sunat kerana Allah.



Hikmah ramadhan, hikmah berpuasa,

mengajar erti ketabahan, erti redha,

erti keimanan, menahan nafsu, lapar, dahaga;

erti kesusahan dan penderitaan, saudara seagama.



Di Bulan Ramadhan, Al Quran diturunkan,

Al Quran datang untuk memerdekakan;

Daripada perhambaan sesama makhluk yang diciptakan,

Kepada menjadi hamba Allah, Tuhan pencipta sekalian.





Muhasabah Ramadhan 1432 Hijrah ini,

Andainya Ini Ramadhan terkahir kali;

Layakkah diri ini,

Merebut singgahsana fiardausi Ilahi...


Syukur Merdeka,

54 Tahun Sudah,

Nikmat Merdeka Diraih;

Aman, bebas, maju tanah bertuah,

Terima kasih, ya Allah.



Merdeka ini, mahal harganya,

Airmata, darah, lelah telah tumpah;

Perjuangan pahlawan negara,

Membebaskan tanahair daripada cengkaman penjajah.



Merdekaku, menghalau penjajah kejam,


Merdeka kau, hisap dadah dan hidu gam;


Merdekaku, bangsaku, kuajar,


Merdekamu, kau belajar, kurang ajar.

Ayuh generasiku, ingatlah,

Tugas mengisi makna merdeka;

Itu lebih payah,

Dari perjuangan menuntut merdeka.



Demikian tadi, sedikit catatan saya untuk menyertai, Contest Aku Berpuisi anjuran http://www.mohamadazhan.com/2011/07/contest-aku-berpuisi-tarikh-akhir-16.html

Tag 3 orang kenalan blog :

Ashra, http://ashra-aulia.blogspot.com/

Linda, http://ibusumaiyah.blogspot.com/

Ros Putih, http://bungarosputih.blogspot.com/

Oleh kerana syarat penyertaan, kena tag 3 orang kenalan blog, saya men tag senarai blog di atas. Bagaimanapun, kepada semua yang berminat, sertailah contest penulisan puisi ini, seperti Kak Hanim, Aku Hiv Positif, Makcik Werdah dan Adik Chibi.
Tarikh Akhir penyertaan contest aku berpuisi ini ialah pada 16 Ogos 2011.


baca selanjutnya..



Ribuan terima kasih juga kepada para penaja hadiah pertandingan ini,  Warna dan Aku, klik sini.

Ribuan terima kasih kepada Saudara Miecyber, blog beliau di sini, juga penaja pertandingan, yang juga merupakan salah seorang follower teratak myraudhatulukhuwah ini.

Terima kasih juga kepada Kakak Zakie Purvit,  blog beliau http://zakiepurvit.blogspot.com/, di sini, kerna melalui blog beliau, di sini, saya mengetahui contest ini. Walaupun saya tidak di tag oleh beliau, sebagai salah seorang pecinta Sastera Melayu, saya akan sertai jua penulisan puisi ini.



Tajuk puisi myraudhatulukhuwah ialah, Muhasabah Ramadhan, Syukur  Merdeka.



Sempena bulan kemerdekaan ini, saya rasa, ada baiknya, saya sertakan sedikit beberapa puisi kesusasteraan Melayu, sebagai suatu catatan sejarah bangsa, yang akan diingati oleh generasi muda dan generasi akan datang.

Contoh Pantun Melayu Lama:


Dari Jawa ke Bangkahulu,



Membeli keris di Inderagiri;



Kawan ketawa ramai selalu,



Kawan menangis seorang diri.
...Pantun Nasib....







Pantai Lukut luas terbentang,



Teluknya penuh berbatu karang;



Ibarat melukut di tepi gantang,



Masuk tak penuh keluar tak kurang.
Gambar salah satu tempat bersejarah di Melaka, sumber, klik sini.

Kalau roboh Kota Melaka
Papan di Jawa hamba dirikan
Kalau sungguh bagai di kata
Badan dan nyawa hamba berikan.


Tafsiran pantun, "Kalau roboh Kota Melaka", agak berbeza daripada kebiasaan persepsi cinta teruna dara, boleh lihat di sini.

PUISI GURINDAM

Gurindam di bawah adalah salah satu karya agung Raja Ali Haji. Kumpulan gurindam yang dikarang oleh Raja Ali Haji dari Riau.

Dinamakan Gurindam Dua Belas oleh karena berisi 12 pasal, antara lain tentang ibadah, kewajiban raja, kewajiban anak terhadap orang tua, tugas orang tua kepada anak, budi pekerti dan hidup bermasyarakat.

Gurindam pasal yang kesepuluh:


Dengan bapa jangan durhaka,
supaya Allah tidak murka.



Dengan ibu hendaklah hormat,
supaya badan dapat selamat.



Dengan anak janganlah lalai,
Supaya boleh naik ke tengah balai.



Dengan isteri dan gundik janganlah alpa,


supaya kemaluan jangan menerpa.


Dengan kawan hendaklah adil
supaya tangannya jadi kafill.


Sedikit latar belakang Raja Ali Haji:



Raja Ali Haji hidup pada zaman Kerajaan Riau- Johor. Pada zaman kerajaan Riau-Johor pada zaman dulu memang ramai ulama pendatang di antaranya Habib Syaikh keturuan as-Saqaf, Syeikh Ahmad Jabarti, Syeikh Ismail bin Abdullah al-Minkabawi, Syeikh Abdul Ghafur bin Abbas al-Manduri dan ramai lagi.

Apabila Raja Ali Haji pulang dari Mekah beliau disuruh oleh saudara sepupunya itu mengajar agama Islam, (Raja Ali bin Raja Ja’far juga ikut belajar kepada Raja Ali Haji).



- Sumber Sejarah ini adalah daripada Koleksi tulisan Allahyarham Wan Mohd. Shaghir Abdullah. Maklumat Lanjut, latar belakang  Raja Ali Haji, sila klik Kota Gurindam, di Pulau Penyengat, Riau, klik di sini, dan klik di sini.
selamat berbuka puasa nanti, ya teman-teman.

Sekian, terima kasih, wassalam.

Zainun pendidik sejati, Kaki lumpuh bukan halangan,

Zainun pendidik sejati

Kaki lumpuh bukan halangan


 
Buatlah suatu kebaikan yang terus

hidup, walaupun setelah kita mati



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sedikit petikan dari artikel sepenuhnya di bawah:

“Kesakitan yang diberikan Allah ini menguji saya untuk bersabar dan reda dengan ketentuan-Nya. Selagi saya mampu bernafas di dunia ini, selagi itulah saya ingin berbakti dengan ilmu yang ada kerana ia adalah amanah kepada saya.

Bagi Zainun, hanya kakinya yang lumpuh tetapi anggotanya yang lain masih lagi mampu bergerak untuk menyumbangkan khidmat seperti guru normal.



“Anak murid adalah penawar hati saya. Kadang-kadang mereka ada bertanya kenapa saya menggunakan kerusi roda. Tapi lama-kelamaan mereka sudah mula faham dengan situasi saya," katanya yang tidak dikurniakan cahaya mata.

InshaALLAH, Puan Zainun, lama kelamaan anak murid kita takkan bertanya lagi kepada kita, kenapa kita berkerusi roda. (Semoga beliau membaca entry ini)

Ikuti lanjut kegigihan wanita tabah ini, petikan dari Berita Harian.

Zainun pendidik sejati, Kaki lumpuh bukan halangan


WALAUPUN berstatus guru kurang upaya (OKU) dan hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda akibat lumpuh kedua-dua belah kaki sejak 2006, seorang guru Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Duyong, Zainun Abdul Jalil, 46, dari Melaka, masih terus bertekad menggagahkan diri hadir ke sekolah untuk mengajar anak murid tercinta.



Raut wajahnya sentiasa ceria, melayan kerenah anak murid yang disayangi walaupun hakikatnya beliau menanggung kesakitan. Bagi wanita berhati waja ini, selagi hayat dikandung badan, selagi itu beliau melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang guru sebaik mungkin demi mencorak masa depan yang sempurna buat pelajarnya.

“Kesakitan yang diberikan Allah ini menguji saya untuk bersabar dan reda dengan ketentuan-Nya. Selagi saya mampu bernafas di dunia ini, selagi itulah saya ingin berbakti dengan ilmu yang ada kerana ia adalah amanah kepada saya.

Mengajar seakan sudah sebati dalam diri saya dan ini adalah pekerjaan saya sebelum menghidap penyakit ini,” katanya ketika ditemui RATU, baru-baru ini.



Katanya, bukan setakat anak murid memberi beliau semangat untuk terus hidup, kehadiran suami di sisi, Nor Haime Abdul Rahim, 47, memberi suntikan yang lebih hebat kerana pengorbanan beliau yang sanggup mendukungnya setiap kali masuk ke dalam kereta. Malah, mereka berdua mengajar di sekolah yang sama.



Kadang-kala, akibat terlalu lama duduk di atas kerusi roda, pinggangnya akan sakit, namun digagahkan juga kerana tidak mahu mengganggu proses pembelajaran di dalam kelas.



Zainun lumpuh selepas berlaku komplikasi pada tulang belakangnya ketika rawatan susulan bagi masalah ketumbuhan dalam perut. Beliau disahkan doktor menghidap penyakit Spinal Hematoma, yang menyebabkan seseorang itu tidak boleh berjalan dan sejak itu, sebanyak lapan pembedahan sudah dilaluinya.
Wanita yang terbabit dalam dunia pendidikan sejak 1989 ini sudah banyak kali berpindah sekolah, antaranya SK Rancangan Suan Lamba dan SK Sungai Anib di Sabah, manakala di Melaka pula ialah SK Limbongan dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Tijah.




Katanya, sebelum ini, beliau mampu untuk berjalan dan bergiat aktif dalam sukan bola baling, selain terbabit dalam aktiviti kebudayaan di sekolah.



“Saya akur dengan ujian yang diberikan oleh Allah walaupun terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda dan dibantu oleh suami. Anak murid saya juga seakan memahami dengan kepayahan saya ketika mengajar di sekolah,” katanya.



Menurut wanita cekal ini, beliau memulakan tugas sebagai guru selepas bercuti lama sejak Ogos, tahun lalu dan bertekad untuk meneruskan kerjaya itu dengan mengajar murid Tahun Tiga dan Enam untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris.



Tiada perkara yang paling menggembirakan dirinya selain menerima keputusan daripada doktor yang membenarkannya untuk kembali mengajar selepas lima tahun terlantar sakit.

Jauh di sudut hati, Zainun menaruh harapan untuk kembali sembuh dan berjalan seperti biasa walaupun doktor sudah mengesahkan peluang untuk beliau sembuh dari lumpuh amat tipis.



Namun, itu juga bukan halangannya untuk terus menyumbang bakti. Bagi Zainun, hanya kakinya yang lumpuh tetapi anggotanya yang lain masih lagi mampu bergerak untuk menyumbangkan khidmat seperti guru normal.



“Anak murid adalah penawar hati saya. Kadang-kadang mereka ada bertanya kenapa saya menggunakan kerusi roda. Tapi lama-kelamaan mereka sudah mula faham dengan situasi saya," katanya yang tidak dikurniakan cahaya mata.



Guru Besar SK Seri Duyong, Aminah Aman, berkata beliau kagum dengan semangat yang dipamerkan oleh Zainun dalam mencurah bakti sebagai pendidik.



“Memang kecekalan dan kegigihannya tidak mampu ditandingi orang biasa, malah beliau juga tidak pernah mengambil cuti rehat khas yang diperuntukkan untuk setiap guru selama tujuh hari dalam setahun,” katanya.



Katanya, Zainun turut aktif dalam kokurikulum dengan mengendalikan aktiviti public speaking dan coral speaking untuk muridnya menyertai pertandingan mewakili sekolah.

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .