Tingkatan Enam
Syarat Ke Tingkatan 6 Pra U
Para pelajar yang telah tamat pengajian menengah atas dan telah menduduki
peperiksaan SPM boleh meneruskan pengajian ke tahap pendidikan tinggi.
Pengajian Tingkatan 6 mengambil masa dua tahun (Tingkatan 6 Bawah dan
Tingkatan 6 Atas). Pelajar yang layak akan menerima surat tawaran dari
Jabatan Pendidikan Negeri.
Terdapat dua jurusan yang ditawarkan di
Tingkatan 6:
Pada akhir Tingkatan 6, pelajar akan dinilai melalui peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.
SEMAKAN KELAYAKAN\
Calon SPM2011 boleh menyemak kelayakan kemasukan ke Tingkatan 6 Bawah mulai 25 April 2012 melalui :
1. Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia www.moe.gov.my
Link untuk buat semakan:
2. SMS (MOE [space] 6 [space] NO.KP@ANGKAGILIRAN) hantar ke 15888
Tarikh pendaftaran pelajar baru Tingkatan 6 Bawah tahun ini adalah pada 8hb Mei 2012.
Pelajar yang berjaya boleh mencetak surat tawaran dengan ”klik hantar” selepas permohonan berjaya dipaparkan dan membawanya bersama semasa mendaftar.
Dokumen yang perlu dibawa :
i). Surat Tawaran ii). Keputusan SPM 2011
iii). Kad Pengenalan iv). Sijil Kelahiran v). Sijil Berhenti Sekolah
Pelajar yang sedang menunggu tawaran daripada UPU juga perlu melapor diri dahulu di
sekolah yang ditetapkan.
PROGRAM PLKN FASA 2 & 3
Calon-calon yang
sedang
mengikuti Program
Latihan Khidmat
Negara
(PLKN)
Fasa 2 dan Fasa 3 hendaklah mendaftarkan diri di sekolah yang ditempatkan tidak lewat dari 7 hari
bekerja.
Bagi pelajar telah
mendaftar ke tingkatan 6 tidak dibenarkan mengikuti Program Latihan Khidmat
Negara
(PLKN)
sehingga tamat STPM 2013. Pelajar dinasihatkan membuat permohonan penangguhan
kepada pihak Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN).
Pelajar yang telah ditawarkan tempat di Kolej Matrikulasi tidak akan
ditawarkan tempat di Tingkatan 6 bawah. Jika pelajar berkenaan menolak
tawaran kemasukan ke Kolej Matrikulasi dan ingin masuk ke Tingkatan 6,
mereka perlulah membuat permohonan.
Soalan Lazim:
Adakah perlu memohon untuk masuk ke T6 Bawah selepas keputusan SPM diumumkan?
Tidak perlu.
Lepasan SPM yang layak dan mencukupi syarat ke tingkatan enam bawah
akan ditawarkan secara automatik. Semakan boleh dilakukan melalui laman web KPM. Semua maklumat tawaran termasuk sekolah yang ditempatkan akan dinyatakan.
Syarat Kelayakan Ke Tingkatan 6
Berikut
adalah info mengenai syarat-syarat kelayakan untuk kemasukan ke
Tingkatan Enam Bawah di Sekolah Menengah Kerajaan bagi tahun
2012.
(Berdasarkan Lampiran Syarat Kelayakan Kemasukan Murid Ke Tingkatan Enam Bawah tahun-tahun lepas)
SYARAT AM
a) Lulus
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian
bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
b) Berumur di antara 17 hingga 20 Tahun. ( 21 Tahun bagi calon mengulang ) pada
1 Januari tahun 2012
Syarat-Syarat Kemasukan (Mengikut Jenis Sekolah)
- Sekolah Menengah Harian (SMK)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan
- Sekolah Berasrama Penuh (Agama) di KISAS dan SMAP Labu
Syarat-Syarat Mengikut Jenis Calon
- Permohonan Rayuan Daripada Calon Sekolah Kerajaan
- Permohonan Daripada Calon Persendirian/Sekolah Swasta
- Permohonan Mengulang Tingkatan Enam Atas
- Permohonan Calon SPM Ulangan 2011 Untuk Masuk Tingkatan Enam Atas 2012
Syarat Mengikut Jenis Sekolah Dan Jurusan
Kemasukan ke Sekolah Menengah Kerajaan
- Pelajar dari Sekolah Menengah Harian kerajaan.
- Memenuhi syarat untuk memasuki salah satu daripada jurusan yang disediakan seperti di bawah.
Jurusan Kemanusiaan
- Calon mesti memperolehi TIGA kepujian dan jumlah mata gred tidak melebihi 8 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik . Tiap-tiap satunya hendaklah daripada kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:
| Kumpulan | Mata Pelajaran |
| I | Bahasa Melayu |
| II | Bahasa Inggeris |
| III | Kesusasteraan Melayu / Kesusasteraan Inggeris |
| IV | Sejarah |
| V | Geografi / Pendidikan Seni Visual |
| VI | Pendidikan Islam / Pendidikan Moral |
| VII | Matematik / Matematik Tambahan |
| VIII | Sains / Sains Tambahan / Applied Science |
| IX | Salah Satu Mata Pelajaran Teknik / Vokasional / Mata Pelajaran Vokasional (MPV) |
| X | Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran Dan Al Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah |
| XI | Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Bahasa Cina / Bahasa Tamil |
| XII | Sains Pertanian / Perdagangan / Prinsip Perakaunan / Ekonomi Asas / Ekonomi Rumah Tangga / Pengetahuan Sains Sukan | | |
- Calon-calon
yang memperolehi jumlah mata gred 9 hingga 12 unit bagi TIGA mata
pelajaran terbaik daripada TIGA kumpulan yang berlainan seperti tercatat
di atas, layak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah dengan syarat
terdapat kekosongan tempat di negeri berkenaan.
Jurusan Sains
- Calon
mesti memperoleh sekurang- kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah
matagred yang tidak melebihi 18 unit. Tiap-tiap satunya hendaklah dalam
kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:
| Kumpulan | Mata Pelajaran |
| I | Matematik / Matematik Tambahan |
| II | Fizik |
| III | Kimia |
| IV | Biologi |
| V | Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Elektrik &Elektronik/ Rekacipta / Teknologi Kejuruteraan / Teknologi Maklumat /Pengajian Agroteknologi / Pengurusan Makanan / Pengajian Pakaian. |
Kemasukan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan
- Pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama atau Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan.
- Memenuhi syarat untuk memasuki salah satu daripada jurusan yang disediakan seperti di bawah.
Jurusan Agama
- Calon mesti LULUS dalam mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi/ Bahasa Arab(Komunikasi).
- Calon
juga mesti memperoleh TIGA kepujian dan jumlah mata gred tidak melebihi
14 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik. Tiap-tiap satunya hendaklah
daripada kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:
| Kumpulan | Mata Pelajaran |
| I | Bahasa Melayu |
| II | Bahasa Inggeris |
| III | Kesusasteraan Melayu / Kesusasteraan Inggeris |
| IV | Sejarah |
| V | Geografi / Pendidikan Seni Visual |
| VI | Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran Dan Al Sunnah |
| VII | Matematik / Matematik Tambahan |
| VIII | Sains / Sains Tambahan / Applied Science |
| IX | Salah Satu Mata Pelajaran Teknik / Vokasional / Mata Pelajaran Vokasional (MPV) |
| X | Pendidikan Syariah Islamiah |
| XI | Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) |
| XII | Sains Pertanian / Perdagangan / Prinsip Perakaunan / Ekonomi Asas / Ekonomi Rumah Tangga / Pengetahuan Sains Sukan |
- Calon-calon
yang memperolehi jumlah mata gred 15 hingga 18 unit bagi TIGA mata
pelajaran terbaik daripada TIGA kumpulan yang berlainan seperti tercatat
di atas, layak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah dengan syarat
terdapat kekosongan tempat di negeri berkenaan.
Jurusan Sains
- Bagi
calon SMKA dan SABK aliran agama, penawaran ke jurusan Sains di Sekolah
Menengah Harian akan diutamakan bagi calon yang memperoleh jumlah
mata gredtidak melebihi 12 unit bagi tiga mata
pelajaran terbaik daripada tiga kumpulan yang berlainan.
Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (Agama) di KISAS dan SMAP Labu
- Pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama atau Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan.
- Memenuhi syarat untuk memasuki salah satu daripada jurusan yang disediakan seperti di bawah.
Jurusan Agama
- Calon mesti mendapat KEPUJIAN sekurang-kurangnya C dalam mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi/ Bahasa Arab (Komunikasi).
- Calon
juga mesti memperoleh TIGA kepujian dan jumlah mata gred tidak melebihi
12 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik. Tiap-tiap satunya hendaklah
daripada kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:
| Kumpulan | Mata Pelajaran |
| I | Bahasa Melayu |
| II | Bahasa Inggeris |
| III | Kesusasteraan Melayu / Kesusasteraan Inggeris |
| IV | Sejarah |
| V | Geografi / Pendidikan Seni Visual |
| VI | Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran Dan Al Sunnah |
| VII | Matematik / Matematik Tambahan |
| VIII | Sains / Sains Tambahan / Applied Science |
| IX | Salah Satu Mata Pelajaran Teknik / Vokasional / Mata Pelajaran Vokasional (MPV) |
| X | Pendidikan Syariah Islamiah |
| XI | Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) |
| XII | Sains Pertanian / Perdagangan / Prinsip Perakaunan / Ekonomi Asas / Ekonomi Rumah Tangga / Pengetahuan Sains Sukan |
- Calon-calon
yang memperolehi jumlah mata gred 12 hingga 14 unit bagi TIGA mata
pelajaran terbaik daripada TIGA kumpulan yang berlainan seperti tercatat
dalam 2(A), layak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah dengan syarat
terdapat kekosongan tempat di negeri berkenaan.
Jurusan Sains
- Bagi
calon SMKA dan SABK aliran agama, penawaran ke jurusan Sains di Sekolah
Menengah Harian akan diutamakan bagi calon yang memperoleh jumlah
mata gred tidak melebihi 12 unit bagi tiga mata
pelajaran terbaik daripada tiga kumpulan yang berlainan.
Soalan: Bagaimana mengira nilai wajaran unit mata kognat?
Rujuk jadual di bawah
| Gred SPM sebelum 2009 |
Gred SPM 2009 keatas |
Nilai Mata Gred (Kognat) |
| 1A |
A+ dan A |
1 |
| 2A |
A- |
2 |
| 3B |
B+ |
3 |
| 4B |
B |
4 |
| 5C |
C+ |
5 |
| 6C |
C |
6 |
| 7D |
D |
7 |
| 8E |
E |
8 |
| 9G |
G |
9 |
Soalan: Adakah sebarang
panduan untuk saya memilih kombinasi mata pelajaran di tingkatan enam
supaya ia sejajar dengan cita-cita saya (boleh digunakan apabila memohon
untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi)?
Berikut
adalah cadangan kombinasi mata pelajaran untuk calon agar
bersesuaian apabila ingin melanjutkan pelajaran kelak. Ia SEBAGAI
PANDUAN UMUM sahaja, maklumat yang lebih jelas boleh diperolehi dari
Guru Bimbingan Kaunseling & Kerjaya di sekolah masing-masing
BIL
|
JENIS KURSUS |
KOD MATA PELAJARAN |
SUBJEK PILIHAN |
| 1 |
Bahasa/Sastera |
900 |
Pengajian Am |
| 910 |
Bahasa Melayu |
| 911 |
Bahasa Cina |
| 912 |
Bahasa Tamil |
| 920 |
Literature in English |
| 922 |
Kesusasteraan Melayu |
|
|
|
|
| 2 |
Agama/Arab |
900 |
Pengajian Am |
| 913 |
Bahasa Arab |
| 930 |
Syariah |
| 931 |
Usuluddin |
|
|
|
|
| 3 |
Sains sosial |
900 |
Pengajian Am |
| 940 |
Sejarah |
| 942 |
Geografi |
| 944 |
Ekonomi |
|
|
|
|
| 4 |
Undang-undang |
900 |
Pengajian Am |
| 920 |
Literature in English |
| 940 |
Sejarah |
| - |
M/pelajaran lain |
|
|
|
|
| 5 |
Pengurusan Perniagaan/Perakaunan |
900 |
Pengajian Am |
| 944 |
Ekonomi |
| 946 |
Pengajian Perniagaan |
| 948 |
Perakaunan |
| 950 |
Mathematics S |
|
|
|
|
| 6 |
Sains aktuari |
900 |
Pengajian Am |
| 950/ 954 |
Mathematics S/ Mathematics T |
| - |
M/pelajaran lain |
|
|
|
|
| 7 |
Sains Matematik |
900 |
Pengajian Am |
| 954 |
Mathematics T |
| - |
M/pelajaran lain |
|
|
|
|
| 8 |
Sains Komputer |
900 |
Pengajian Am |
| 950/954 |
Mathematics S/ Mathematics T |
| 958 |
Perkomputeran |
| - |
M/pelajaran lain |
|
|
|
|
| 9 |
Sains Fizik/ Kejuruteraan |
900 |
Pengajian Am |
| 954 |
Mathematics T |
| 960 |
Physics |
| 962 |
Chemistry |
| 10 |
Sains Hayat/ Perubatan/Farmasi |
900 |
Pengajian Am |
| 954 |
Mathematics T |
| 962 |
Chemistry |
| 964 |
Biology |
|
|
|
|
| 11 |
Sains sukan |
900 |
Pengajian Am |
| 966 |
Sains Sukan |
| - |
M/pelajaran lain |
|
|
|
|
|
|
| 12 |
Kesenian |
900 |
Pengajian Am |
| 970 |
Seni Visual |
| - |
M/pelajaran lain |
Syarat Mengikut Jenis Permohonan
(Permohonan Rayuan Daripada Calon Sekolah Kerajaan)
- Mereka yang memenuhi syarat di atas tetapi tidak mendapat tawaran ke Tingkatan 6.
- Mereka yang tidak memenuhi syarat di atas tetapi aktif di dalam penglibatan kokurikulum perlu memenuhi syarat berikut;
- Membuat rayuan ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan melalui pengetua sekolah asal murid dengan menggunakan borang T6BKK.
- Pertimbangan kelonggaran akan hanya mengambilkira penglibatan kegiatan kokurikulum pemohon dalam bentuk rekod bertulis.
- Umur calon tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang daripada 17 tahun pada 1 Januari tahun semasa.
- Mendapat
sokongan penuh daripada pengetua sekolah di mana murid mengambil
peperiksaan SPM, termasuk perakuan rekod disiplin yang baik.
- Kelulusan Jabatan Pelajaran Negeri tertakluk kepada kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang dipohon.
- Semua rayuan yang diterima lewat daripada (Tarikh Ditetapkan Kemudian) tidak akan dipertimbangkan.
- Rayuan
yang berasaskan sebab-sebab lain seperti kesihatan, keadaan sosio
ekonomi atau perakuan azam dan kesungguhan tidak akan dipertimbangkan.
Dalam kes seperti itu, calon dinasihatkan supaya mengambil semula
peperiksaan SPM.
Permohonan Daripada Calon Persendirian/Sekolah Swasta
- Calon
persendirian/swasta SPM 2011 yang memohon memasuki Tingkatan Enam Bawah
2012 hendaklah menggunakan Borang T6BCP dan mengemukakannya ke Jabatan
Pelajaran Negeri berkenaan.
- Permohonan yang diluluskan hendaklah memenuhi syarat-syarat kelayakan Sekolah Dan Jurusan seperti di atas.
- Masih terdapat kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang dipohon.
Permohonan Mengulang Tingkatan Enam Atas 2012
- Calon
sekolah kerajaan yang telah menduduki peperiksaan STPM 2011 tetapi
ingin mengulang belajar di Tingkatan Enam Atas
hendaklah membuat permohonan melalui pengetua sekolah. Jabatan Pelajaran
Negeri berkenaan hendaklah mempertimbangkan permohonan berdasarkan
syarat-syarat berikut:-
- Umur tidak melebihi 21 tahun pada 1 Januari 2012;
- Memperoleh
keputusan STPM 2011 bagi dua mata pelajaran dengan keputusan lulus
sebahagian (Gred C-, D+ dan D) atau mendapat satu mata pelajaran lulus
penuh (Gred A, A-, B+, B, B-, C+ dan C) dan satu mata pelajaran lulus
sebahagian;
- Masih berkesempatan untuk mendaftarkan diri bagi mengambil peperiksaan STPM 2012 sebagai calon sekolah;
- Masih terdapat kekosongan tempat belajar di sekolah yang mempunyai Tingkatan Enam dalam negeri berkenaan; dan
- Mendapat sokongan dan persetujuan pengetua sekolah pusat Tingkatan Enam asal murid berdasarkan rekod disiplin murid.
- Kelulusan bolehlah diberi terus oleh Jabatan Pelajaran Negeri jika pemohon memenuhi semua syarat di atas.
- Tarikh tutup permohonan adalah tiga minggu selepas tarikh keputusan STPM diumumkan.
Permohonan Calon SPM Ulangan 2011 Untuk Masuk Tingkatan Enam Atas 2012
- Calon
yang telah memperoleh kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu SPM
Ulangan 2011 bolehlah memohon masuk ke Tingkatan Enam Atas 2012 dengan
memohon terus ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
- Kelulusan permohonan hendaklah memenuhi semua syarat berikut :
- Umur tidak melebihi 21 tahun pada 1 Januari 2012.
- Memenuhi
syarat kelayakan akademik seperti di atas; ATAU Bagi calon sekolah
kerajaan yang memohon atas kelonggaran syarat dengan rekod kegiatan
kokurikulum yang cemerlang, permohonan perlu dihantar melalui pengetua
sekolah di mana calon mengambil peperiksaan SPM.
- Masih
terdapat kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang dipohon
berdasarkan pakej mata pelajaran yang diikuti di sekolah asal.
- Calon-calon
hendaklah mengemukakan rekod persekolahan bahawa mereka telah belajar
di Tingkatan 6 Bawah 2011 di sekolah persendirian / swasta.
- Tarikh tutup permohonan adalah (Rujuk PPD) selepas pengumuman keputusan peperiksaan SPM Ulangan 2011.
Permohonan Pertukaran Sekolah
- Dalam Negeri – mengikut tatacara biasa dan diputuskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
- Antara
Negeri – pemohon perlu melapor diri terlebih dahulu di sekolah pusat
Tingkatan Enam di mana murid telah ditempatkan, dan membuat permohonan
pertukaran antara negeri melalui Pengetua sekolah tersebut seperti
biasa. Keputusan adalah dibuat oleh Jabatan Pelajaran Negeri yang
menerimanya.
- Permohonan hendaklah disertakan bersama satu salinan
dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan:
- Surat tawaran ke Tingkatan Enam Bawah;
- Keputusan SPM 2011;
- Kad pengenalan;
- Sijil Kelahiran; dan
- Jurusan dan pakej mata pelajaran yang diambil
- Semua pertukaran sekolah hendaklah menggunakan borang seperti Akta Pendidikan 1996 P.U. (A) 275 Jadual Ketiga.
- Dalam
kes di mana calon telah berpindah lebih awal dari surat tawaran
dikeluarkan. JPN yang menerima akan mengesahkan kelayakan dan membuat
penempatan segera.
Permohonan Pertukaran Jurusan
Dibuka untuk permohonan pada 21-25 Mei dan 18-23 Jun 2012 dengan menggunakan borang RTJT6.
Soalan: Sekiranya ingin menukar jurusan yang ditawarkan. Bagaimanakah caranya?
- Permohonan
pertukaran jurusan dari Jurusan Sains ke Kemanusiaan atau sebaliknya
hendaklah dikemukakan melalui Pengetua kepada Jabatan Pelajaran Negeri
berkenaan.
- Pihak Jabatan Pelajaran Negeri hanya dibenarkan memberikan kelulusan jika permohonan itu:
- Mendapat sokongan Pengetua; dan
- Calon berkenaan didapati layak masuk ke jurusan yang dipohon mengikut syarat-syarat yang ditetapkan di atas.
- Pastikan
alasan yang diberikan untuk bertukar jurusan adalah kukuh dan boleh
diterima oleh Panel Jawatankuasa Rayuan. Alasan "Tidak Berminat" dan
seumpamanya tidak diterima.
- Calon mesti berjumpa dengan Guru Kaunseling untuk dibuat penilaian berkaitan kerjaya.
- Calon dikehendaki mengisi inventori minat kerjaya.
- Dapatkan pengesahan Guru Kaunseling.bagi menyokong permohonan untuk ke jurusan yang dipohon.
- Hantar kedua-dua borang yang telah lengkap (RTJT6 dan VPI) ke Jabatan Pelajaran Negeri melalui sekolah masing-masing. Patuhi tarikh tutup yang ditetapkan bagi penghantaran dokumen.
- Walau
bagaimanapun, kelulusan bergantung kepada kekosongan tempat belajar
dalam jurusan yang berkenaan. Keputusan kelulusan sama ada berjaya atau
tidak harus dimaklumkan kepada pemohon dalam masa 2 minggu daripada
tarikh permohonan.
- Permohonan pertukaran jurusan boleh dibuat mengikut waktu yang telah ditetapkan (Diberitahu Kelak).
Maklumat
- Maklumat di atas diperolehi daripada Surat TKP(OP) Syarat-syarat Kemasukan Murid Ke Tingkatan Enam Bawah 2010 http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/pemberitahuan/2010/1269241875.pdf dan Lampiran Syarat Kelayakan Kemasukan Murid Ke Tingkatan Enam Bawah 2010. http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/pemberitahuan/2010/1269241960.pdf
Sebarang Pertanyaan dan persoalan sila kemukan kepada:
- Jika
mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pengambilan kemasukan ke
Tingkatan 6, sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri yang terdekat atau
mana-mana sekolah yang ada menawarkan kelas Tingkatan 6.
- Sebarang
pertanyaan juga boleh dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran melalui
Pn. Norchahaya Abd. Ghani di talian 03 8884 9456 atau En.Md.Jamal
Hj.Bongkek 016 220 8322 atau En.Selamon Kosrin 03 8884 9352 dan no. faks
03 8888 6673.
-
-