Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

UiTM Tawar syarat paling minimum














Tawar syarat paling minimum


APABILA Universiti Teknologi Mara ( UiTM) tegas mempertahankan hak institusi itu hanya untuk Bumiputera, ramai pihak kurang senang dan menganggap ia prejudis kepada kaum lain.

Namun, yang nyata, walaupun pelbagai cabaran dihadapi, UiTM tetap teguh dengan nawaitu membantu membela nasib Bumiputera mendapat pendidikan tinggi terbaik di negara ini.


Sejak ditubuhkan pada 1956, dengan nama Dewan Latihan Rida, produk kelahiran UiTM ada di mana-mana sahaja, sama ada sektor kerajaan atau swasta malah ramai yang menerajui dunia korporat hasil produk universiti itu.


Pada usia UiTM menjangkau 54 tahun, angka yang dianggap dalam golongan warga emas, tetapi ia terus melakar pelbagai kejayaan dalam matlamat memartabatkan pendidikan anak bangsa.


Kini, UiTM melangkah setapak lagi dengan program membantu Bumiputera miskin dan gagal mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan untuk meneruskan pengajian.


Naib Canselor UiTM, Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata, pengenalan program itu antara tanggungjawab terbaru institusi itu membantu Bumiputera mendapat pendidikan tinggi dan peluang kedua kepada golongan sasaran.








Beliau berkata, skim itu membabitkan mereka yang dikategorikan miskin, sama ada di bandar atau luar bandar serta gagal mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan tapi berminat menyambung pengajian.


"Atas rasa tanggungjawab itu, kami membuka pintu seluas-luasnya kepada golongan berkenaan dengan syarat dan kelayakan paling minimum.


"Syaratnya mudah, miskin dan mahu belajar. Ia bukan mahu mencari publisiti murah, tetapi memikul amanah membangunkan anak bangsa.

"Tidak salah memberi peluang kedua kepada golongan yang gagal itu kerana universiti bukan medium menyalurkan ilmu akademik semata-mata malah membentuk peribadi," katanya.


Dikenali dengan nama Mengubah Destini Anak Desa, program itu umpama mengembalikan tunjang asas UiTM membantu golongan miskin membina masa depan.


Katanya, dua peluang itu untuk pengajian di peringkat pra atau kursus keusahawanan selama enam bulan bagi yang bekerja.


Menurutnya, jika lulus pengajian pra, mereka berpeluang mengikuti pengajian diploma dan ijazah manakala program keusahawanan mendedahkan mereka ilmu keusahawanan.

"Pilihannya mudah, jika berminat belajar, sambung pengajian dan jika bekerja tapi masih belajar, ambil program kedua. Ia fleksibel dan disesuaikan dengan kehendak masing-masing.


"Untuk melaksanakan usaha ini, kami akan menghantar tenaga kerja UiTM termasuk pensyarah ke luar bandar bagi mengenal pasti golongan sasaran.


"Hasilnya ramai yang mahu (belajar) dan membuktikan mereka ingin membaiki diri," katanya.


Dr Sahol Hamid yakin program itu akan mencapai matlamatnya kerana gagal sekali tidak semestinya gagal untuk selama-lamanya.


"Ada manusia yang bijak gagal masuk universiti, mungkin keluarga miskin atau masalah lain, tetapi mereka tetap tidak berputus asa bekerja dan mengambil kursus luar kampus.


"Ada pula gagal sebab malas belajar tapi kemudiannya timbul kesedaran untuk membaiki diri.


"Justeru, jangan mudah menghukum dan lebih baik memberi mereka peluang kedua," katanya.


Sejak ditubuhkan, UiTM mengeluarkan lebih 400,000 graduan, satu rekod bagi sebuah universiti Bumiputera terbesar di negara ini.


Katanya, walaupun berbangga dengan pelbagai pencapaian di peringkat tempatan dan antarabangsa, UiTM tetap tidak lupa peranannya sebagai institusi pendidikan unggul dengan meneroka bidang baru.


"Semua institusi mempunyai cabarannya sendiri, yang pasti, UiTM berdiri gagah memperkasakan pendidikan kepada anak bangsa.


"Jika bukan UiTM membela nasib mereka, siapa yang boleh membantu?" katanya.

sumber, klik sini,mymetro

TENTANG CINTA PATAH HATI

TENTANG CINTA PATAH HATI

Alhamdulillhirabbila'lamin, hari ini dapatlah saya mencoret sesuatu di teratak maya ini. Saya memohon maaf kepada teman-teman kerana sejak akhir-akhir ini saya  tidak berkesempatan menjejaki teman-teman secepat mungkin. namun jika Allah beri rezeki, saya sempat singgah sebentar membaca coretan teman-teman.

Entry kali ini, saya meminjam tajuk lagu Saujana, Patah Hati. Jom kita baca liriknya.

PATAH HATI


KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
RUPA HILANG SERI
MANAKAH MANISNYA
KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
MADAH TAK BERLAGU
MANAKAH GIRANGNYA
PATAH HATI
JANGAN TERDAMPAR SEPI
JANGAN TERSUNGKUR MATI
PATAH HATI
JANGAN LEBURKAN MIMPI
JANGAN MEMAKAN DIRI
BUKANKAH TUHAN CIPTAKAN MALAM
UNTUK BERADU MENANTI SIANG
BUKANKAH TUHAN TITISKAN HUJAN
MENANTI LIMPAH KEMARAU PANJANG
LAGU: HAFIZ HAMIDUN
LIRIK: FEDTRI YAHYA
sumber: anasaujana klik sini.

Tahniah untuk lagu ini yang menduduki tempat pertama, carta Nasyid di Ikim.fm pada 25 April 2010.

Kepada buat sahabat dan anak-anak yang sedang dilanda musibah. Pelbagai bentuk musibah yang melanda bukanlah bermakna Allah benci kepada kita. Ada di antara kita dilanda musibah kemiskinan, jatuh bankrap, diserang penyakit, hilang keupayaan, anak dan ahli keluarga yang sakit, musibah harta benda, musibah maruah diri, kesempitan perasaan, kesempitan wang, dibuang kerja, kehilangan insan tersayang ...

Hati yang terluka, perlu diubat. Usah dibiar melarat. Usah biarkan ia semakin parah. Hingga patah hati..

Perpisahan Suami Isteri

Buat yang bergelar Miss J, semoga tabah jua.  Terpisah dan terlerainya kasih sayang antara dua jiwa yang diikat dengan ikatan suci, sebuah pernikahan, yang berwali dan bersaksi, penuh adat dan adab. Biarlah robohnya istana cinta itu jua secara beradab.

buat yang kehilangan insan tersayang, tabah dan tabah... Allah tahu yang terbaik buat kita. Lebih-lebih lagi Miss J yang mempunyai anak-anak yang perlu dibesarkan...

Perpisahan itu amat perit dirasa. Mungkin ia perit untuk masa ini, namun punya kebaikan untuk masa depan. Lebih baik sakit sekarang, dari nyawa jadi taruhan. Lihat berita hari ini, seorang lagi isteri meninggal dunia.
“Kanak-kanak terbabit mengadu kepada datuk dan nenek mereka mengenai pertengkaran ibu dan ayah. Bimbang berlaku kejadian tidak diingini, nenek kanak-kanak terbabit membuat laporan polis pada jam 1 petang semalam,” katanya.

Menurut Zainal, berdasarkan aduan itu, polis menjalankan siasatan dengan berkunjung ke rumah suami isteri terbabit, tetapi mendapati ia berkunci. Selepas menyedari ada sesuatu yang tidak kena, polis memecahkan pintu dan menemui mayat seorang wanita di dapur.

“Polis juga menemui sebilah pisau, dipercayai digunakan untuk menikam mangsa. Mangsa ditemui dengan kesan tikaman di dada kiri. Suspek berusia 30-an kini diburu bagi membantu siasatan,” katanya.


Berita lanjut, Klik sini.

Cinta Ditolak

Buat yang ditolak cintanya, langit biru sangat indah untuk kita nikmati. Udara segar dan kehijauan alam masih luas untuk kita terokai. Bunga-bunga  di taman masih banyak yang mekar di jambangan berduri. Benar, kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum. Benar, cinta hadir tak kenal siapa. Namun terimalah jua hakikat, cinta tak boleh dipaksa. Cinta jua bukan bersifat kasihan.

Sedikit Petikan Berita,
Drama memujuk remaja tersebut berlangsung selama sejam sebelum seorang anggota bomba bertindak pantas menarik pelajar tersebut selepas memberinya air minuman.

Difahamkan, remaja berkenaan bertindak demikian kerana tertekan akibat diejek oleh rakan-rakannya selepas dua pelajar perempuan di sekolah tersebut menolak cintanya.


sumber : klik sini


Kejadian di atas mengingatkan saya pada beberapa pelajar lelaki saya yang patah hati. walaupun tidak terjadi seperti di atas, namun hati yang patah sukar di ubati.

Percayalah,apabila seseorang menolak cintamu, bukanlah bermakna dirimu tidak kacak, bukan bermakna dirimu tidak cantik. Dirimu punya kekuatan dan kelebihan yang tersendiri. Kalau tidak masakan, di antara jutaan telur ketika persenyawaan berlaku, dirimu sahaja yang berjaya terzahir di dunia ini setelah melalui perjalanan yang sukar.

Mungkin ada sebab lain yang sukar untuk dijelaskan, yang kadang kala tidak semua akan faham, mengapa seseorang gadis itu menolak cinta seorang pemuda. Mutiara itu letaknya di laut dalam. Di dalam bekas yang terpelihara....

apabila cintamu ditolak, bukan bermakna hidupmu telah berakhir.Masih ramai yang sayangkan kamu. sayang dengan tulus, tanpa minta apa-apa balasan. Ibumu, bapamu, cikgumu. Andai ibu telah tiada, ayah telah pergi, segan bertemu cikgu, namun jangan sesekali segan bertemu Allah selalu...

Ketika diri terasa tiada siapa yang menyayangi, renunglah dalam diri. Kita masih ada Dia yang Maha Esa. Yang sentiasa dekat di sisi, dekat di hati.

Yang pasti, cinta itu di hati. Cinta itu suci. Manusia sahaja yang mencemarkannya.

Oleh hal yang demikian,  Usah patah hati, hingga binasa diri.




Bekas pelajar yang pernah dirotan...

Bekas pelajar yang pernah dirotan.
..Sentuhan Rasa...

0ponteng

diri
Sumber gambar kartun ini, klik sini.


Saya tertarik dengan diskusi  di antara DJ radio Ikim.fm bersama pendengarnya pada pagi 15 April 2010. Saya tidak mengikuti dari awal diskusi itu. Namun sempat mendengar ulasan dj yang bertugas tentang Pendapat pakar yang ditemuramah oleh Ikim.fm, dalam isu pelajar memecahkan cermin cikgunya. Prof. Dr. Mohamed Hatta Shaharom menyatakan kejadian ini mungkin berpunca dari diri cikgu itu sendiri dan juga pelajar itu.

Pelbagai respond yang dikatakan oleh pemanggil. Respond daripada pemanggil yang pernah didenda,ibubapa dan cikgu yang melalui sendiri pengalaman-pengalaman bersama pelajarnya turut ada. Hati saya tersentuh dengan pengalaman mereka semua. Namun ada seorang pemanggil berkongsi pengalamannya sendiri.

Respond En A.

En A menyatakan, Kenalpasti pemakanan. Sumber pemakanan yang halal lagi thoyyiba penting dalam pembinaan hati dan diri yang baik. sumber makanan ini dapat membantu membina anak-anak yang terang hati dan berkelakuan baik.

Secara ringkas luahan hati En J;

“Dulu di sekolah,saya pernah membuat macam-macam perangai langgar disiplin. Pernah juga calarkan kereta cikgu.’’

“Guru disiplin pernah memanggil ibubapa saya ke sekolah. Ibubapa saya beritahu kepada cikgu,”Cikgu rotanlah anak saya”.

"Saya marah pada cikgu saya,"

“ SPM saya teruk sangat,. kemudian saya terfikir kenapa cikgu sibuk nak mendisiplinkan saya..."

"Rupa-rupanya cikgu nak menjadikan saya sebagai insan”

"Alhamdulillah saya dah ubah diri disebabkan rotan cikgu. Sehingga hari ini cikgu saya tidak tahu saya sudah Berjaya ke menara gading.

Hikmah Di sebalik Kepayahan

Hikmah  Di sebalik Kepayahan



Memulakan Langkah Itu payah. Perit kan..Kita tak kalah bila berada di bawah. Sepuluh kali jatuh, sepuluh kali bangun, itu jua bukan kekalahan. Hanya apabila sekali jatuh,tak mau dah nak bngun-bangun, maka itulah kekalahan.

Saya melihat anak kecil yang baru berjalan. Pasti banyak kali anak kecil itu terjatuh sebelum berjaya berjalan seperti biasa. Apabila dah 'dapat kaki ' pasti anak kecil itu tak mahu duduk diam kan. Hilang sudah saat kepayahannya memulakan langkah.



"Kasihan saya lihat cikgu. Mesti payah kan cikgu?" soal Zati. Wajahnya kelihatan amat simpati. Di sisinya, Sheera dan Lani   berusaha menolak kerusi roda saya menaiki jalan yang agak berbukit itu dari dewan sekolah.

Seorang pelajarar saya membantu memegang kerusi roda bagi mengimbangkan kerusi roda di sebelah kanan. Manakala seorang di sebelah kiri. Seorang pula menjinjing beg. Saya sendiri  berusaha mengawal kerusi roda dari terbelok-belok dan terundur ke belakang agar ia seimbang. Maklum kawasan di situ agak tinggi.

Al Fatihah untuk Allahyarhamah Cikgu Siti Hajar

Al Fatihah untuk Allahyarhamah Cikgu Siti Hajar



Pada pagi Jumaat yang hening ini, terasa sebak di dada...
Al Fatihah untuk Allahyarhamah Cikgu Siti Hajar, Felda Sri Pagi, Jengka 17...
Bekas Guru Sandaran Tidak Terlatih di SMK Jengka Pusat 2..

Walaupun saya tak kenalinya, hanya mendengar kisahnya, saya tahu allahyarhamah seorang yang kuat dan tabah. Penyakit kanser payudara tidak mengenal siapa.

Bercerita tentang kanser payudara, saya telah melihat individu yang menderita penyakit kanser payudara, yang tabah dan cekal harungi dugaan ini. Alhamdulillhirabbilalamin kerana saya berkesempatan mengenali mereka. Kekuatan mereka sumber motivasi saya, Insya Allah...

Senarai Tugas GBK

SENARAI TUGAS
SENARAI TUGAS KAUNSELOR
1. MENYEDIAKAN RANCANGAN TAHUNAN PROGRAM DAN AKTIVITI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH..
2. MENGENALPASTI KEPERLUAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
3. SEKOLAH MELALUI KAJIAN KEPERLUAN, SOALSELIDIK, TEMU BUAL DAN PERBINCANGAN DENGAN PELAJAR, GURU,PENTADBIR,KAKITANGAN SEKOLAH,IBU BAPA DAN BEKAS PELAJAR.
4. MERANCANG, MENGAWALSELIA DAN MENGEMASKINI REKOD DAN INVENTORI PELAJAR.
5. MENGUMPUL, MENYEDIA, MENYEBAR MAKLUMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING KELOMPOK DAN TUNJUKAJAR. INSTRUCTIONAL) YANG MERANSANG PERKEMBANGAN PELAJAR SECARA OPTIMUM.
6. MERANCANG,MELAKSANA DAN MENGAWALSELIA PERKHIDMATAN KAUNSELING INDIVIDU SECARA PROFESIONAL DAN BERETIKA.
7. MERANCANG,MELAKSANA, MENGAWALSELIA AKTIVITI KEMAHIRAN BELAJAR UNTUK SEMUA PELAJAR.
8. MERANCANG, MELAKSANA, MENGAWALSELIA SERTA MENILAI PROGRAM DAN AKTIVITI PEMBERIAN MAKLUMAT SESUAI DENGAN PENAWARAN PAKEJ PENSIJILAN TERBUKA DAN KEPERLUAN IPT
9. MERANCANG, MELAKSANA, MENGAWALSELIA DAN MENILAI PROGRAM DAN AKTIVITI PENDIDIKAN PENCEHAGAN DADAH, INHALAN, ROKOK DAN ALKOHOL.
10. MERANCANG MELAKSANA, MENGAWALSELIA DAN MENILAI PROGRAM DAN AKTIVITI UNTUK EMNYEDIA DAN MENDEDAHAKAN PELAJAR KEPADA PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DALAM LUAR NEGARA.
11. MERANCANG, MELAKSANA, MENGAWALSELIA DAN EMNILAI PROGRAM DAN AKTIVITI PERKHIDMATAN KONSULTASI DAN RUJUKAN BERHUBUNG BIMBINGAN DAN KAUNSELING, KERJAYA DAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH.
12. MERANCANG, MELAKSANAKAN, MENGAWALSELIA DAN MENILAI PROGRAM DAN AKTIVITI KONFERENS DENGAN IBI BAPA, GURU, KAKITANGAN BUKAN GURU DAN AGENSI KERAJAAN DAN BUKAN KERAJAAN YANG TERLIBAT DALAM PROSES PENDIDIKAN DAN PERKEMBANGAN PELAJAR.
13. MEMBUAT PENILAIAN AKTIVITI, MODUL, MODEL, INSTRUMEN DAN PENDEKATAN SECARA MENYELURUH BAGI MENINGKATKAN MUTU DAN PROFESIONALISMA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH.
14. MERANCANG, MENYELARAS DAN MENILAI SUMBER DAN BAHAN RESOS PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING.
15. MENJADI URUSETIA KEPADA JAWATANKUASA PENYELARAS PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING.
16. MENJADI PENGGERAK UTAMA DALAM PROGRAM LATIHAN DALAMAN BAGI MeNYEBARKAN PENINGKATAN PROFESIONALISMA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH.
17. MEMBERI KHIDMAT KAUNSELING KRISIS KEPADA PELAJAR, GURU, KAITANGAN DAN IBU BAPA YANG MEMERLUKANNYA.
18. MENJADI PERSONEL PERHUBUNGAN SERANTA SEKOLAH DENGAN AGENSI-AGENSI LUAR YANG BERKAITAN.
19. MENJADI AHLI JAWATANKUASA EX-OFICIO DALAM JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH.
20. MENJADI AHLI JAWATANKUASA DALAM MAJLIS PERANCANG SEKOLAH, DISIPLIN SEKOLAH DAN JAWATANKUASA LEMBAGA/BADAN PENGAWAS SEKOLAH.
21. MENJADI PENYELAERASW DALAM PROGRAM MENTO-MENTE SEKOLAH
22. MENJADI PENYELARAS DALAM PROGRAM-PROGRAM PENGEMABNAGAN PELAJAR SEPERTI KOLOKIUM, MOTIVASI, KEM JAYA DIRI DAN KURSUS KETATANEGARAAN.

Antara IPTA atau IPTS

Antara IPTA atau IPTS

Alhamdulillahirabbil’alamin. Syukur pada Allah, kerana mengetahui ada di antara bekas pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam yang baru berlalu. Begitu jua ada yang sederhana sahaja. Apapun, peluang untuk melanjutkan pelajaran samada dalam bidang akademik mahupun kemahiran di Institusi Pengajian Tinggi tertentu dan masih terbuka luas. Samada di IPTA atau IPTS, pilihan di tangan calon…

Permohonan ke IKBN, sila klik sini

Permohonan ke Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi, klik sini.

Kepada anak Felda, mereka boleh memohon kursus-kusus di bidang berikut:

Klik sini, 

 

57 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2012 & 2013

Ikuti ulasan Dr Sapora Sipon ini , antara IPTA atau IPTS

SAYA berusia 19 tahun dan baru tamat tahun asasi dalam bidang sains di universiti swasta. Saya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda perakaunan, tetapi pada masa sama, saya juga mendapat tawaran daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam diploma perakaunan. Saya tidak tahu mahu pilih yang mana.

Hati saya lebih ke universiti swasta, tetapi keluarga lebih suka jika saya menyambung pelajaran di IPTA kerana lebih dekat dengan mereka. Saya bingung memikirkannya. Bantulah saya Dr.

Gadis bingung
Melaka

Belajar di IPTA atau universiti swasta mempunyai kekuatan masing-masing. Sering kali wujud konflik antara anak dengan keluarga tentang pilihan di mana untuk melanjutkan pelajaran dan juga jenis kerjaya. Perspektif berbeza adalah punca utama kepada konflik ini. Apa yang boleh dilakukan ialah mencari titik pertemuan dari perbezaan perspektif ini. Dalam konteks dilema adik, perbincangan terbuka antara adik dan keluarga dapat membuka ruang kepada setiap pihak untuk melihat dan memahami perspektif kedua-dua pihak. Seterusnya, mengambil keputusan terbaik demi manfaat semua.

Perbincangan boleh bermula dengan menjelaskan mengapa adik suka belajar di universiti swasta. Perbincangan perlu lebih fokus dengan menerangkan kelebihan pilihan berbanding dengan apa yang adik tidak pilih. Contohnya, mengapa adik lebih suka kepada universiti swasta. Adakah kerana ia menawarkan program sarjana muda berbanding diploma ditawarkan IPTA itu?

Terangkan juga kebaikan lain yang adik peroleh jika ke universiti pilihan. Contohnya, dari segi kewangan, adakah adik akan mendapat pembiayaan? Bagaimana pula dengan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang ditawarkan? Adakah program yang adik akan ambil ini diiktiraf pihak yang berkaitan? Adalah lebih baik jika adik tunjukkan bukti seperti maklumat bercetak dalam bentuk brosur, untuk menguatkan hujah pilihan. Lihat sebab utama mengapa keluarga lebih suka adik belajar di universiti tempatan.

Jika faktor jarak yang menyebabkan mereka mahu adik belajar di IPTA, adik boleh rasionalkan bahawa tidak semestinya jika adik tidak belajar di IPT yang dekat dengan mereka, adik tidak boleh sentiasa berhubung dengan mereka.


Dalam perbincangan, adik perlu juga mendengar sudut pandangan keluarga mengenai pilihan mereka. Mereka juga ada rasional tersendiri.

Hujah yang baik boleh mempengaruhi pandangan orang lain untuk bersetuju kepada pilihan kita. Mungkin itu yang boleh adik lakukan itu memberi keyakinan kepada keluarga untuk bersetuju dengan pilihan mengambil program sarjana muda perakaunan di universiti swasta. Jika gagal mempengaruhi keluarga untuk bersetuju dengan pilihan, adik masih lagi berpeluang melanjutkan pelajaran mengikut pilihan mereka. Apa pun, Dr sentiasa mendoakan adik akan berjaya cemerlang dalam apa pun kursus yang adik ceburi. Selamat berjaya

sumber Prof Dr Sapora Sipon:klik sini.


Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .