Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label catatanku. Show all posts
Showing posts with label catatanku. Show all posts

Majlis Penghargaan Sukarelawan Guru Kelab Mahasiswa Paya Besar Kuantan

Majlis Penghargaan Sukarelawan Guru Kelab Mahasiswa Paya Besar Kuantan




Encik Mohd Shahar bin Abdullah sedang berucap.










Majlis Penghargaan Sukarelawan Guru Kelab Mahasiswa Paya Besar Kuantan telah dirasmikan oleh YB. Dato'  Md.Sohaimi Bin Haji Mohamed Shah, DIMP., AMP.

Majlis tersebut dianjurkan oleh Kelab Mahasiswa Paya Besar Kuantan sebagai menghargai guru-guru yang terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan bersama Kelab Mahasiswa Paya Besar Kuantan sepanjang tahun 2015 yang lalu. Walaupun saya telah tidak bertugas di SMK Lepar Hilir dan seorang guru Kaunselor lain telah bersara baru-baru ini, kami berdua tetap dijemput menghadiri majlis ini. Wakil dari PPD Kuantan turut hadir. Tn Cr Roslan pula mewakili JPN Pahang.


Tahniah Pemenang Educational Blogging 2013

Tahniah Pemenang Educational Blogging 2013


Senarai Pemenang Educational Blogging 2013

Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang Educational Blogging telah diadakan pada:

                      Tarikh: 13 November 2013
                      Jam: 8.00pm - 11.00pm
                      Lokasi: Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning, 
                      Kampus Sultan Abdul Jalil, Universiti Pendidikan Sultan Idris.


Kategori Sekolah



Johan; Klik untuk disini untuk lihat blog 
Naib Johan: Klik untuk disini untuk lihat blog 
Ketiga: Klik untuk disini untuk lihat blog 


 Kategori Sekolah Rendah

 

 Johan sila klik untuk disini untuk lihat blog 
 Naib Johan sila klik untuk disini untuk lihat blog 
Ketiga klik untuk disini untuk lihat blog


 Kategori Sekolah Menengah

 

 Johan sila klik di sini untuk lihat blog  
Naib Johan, Klik di sini untuk lihat blog 
 Ketiga sila klik d isini untuk lihat blog -

 Kategori IPTA/IPTS

 

Klik untuk disini untuk lihat blog 
 Klik untuk disini untuk lihat blog 
Klik untuk disini untuk lihat blog

KATEGORI TERBUKA

 

Klik untuk disini untuk lihat blog Dr Nor Liyana
 Klik untuk disini untuk lihat blog Mr Chang Hon Woon -
 Klik untuk disini untuk lihat blog Encik Kerul 

Terima kasih kepada penganjur iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris, Kementerian Pendidikan Malaysia, barisan jamaah hakim, para penaja dan kakitangan Unit ICT UPSI yang sangat prihatin membantu saya yang baru boleh berjalan ini. 

Alhamdulilllah ya Allah....Semuanya daripada Allah jua.

Educational Blogging 2013

Pusat ICT telah berjaya menganjurkan beberapa siri Program Hari ICT  yang merupakan program tahunan di UPSI. Pada tahun 2006, Perpustakaan dan Pusat ICT telah mengadakan buat kali pertamanya sambutan Bulan Membaca dan Hari ICT secara bersama. 


Melalui program ini, warga UPSI dan masyarakat sekitar Tanjong Malim telah mendapat  pendedahan kepada kepentingan pengetahuan dan ilmu, serta mengikuti perkembangan teknologi semasa dan peranan ICT untuk  kehidupan masa kini. Bermula hari ICT 2008, pertandingan educational blogging akan dijadikan acara tahunan pada Hari ICT UPSI bagi menggalakkan perkembangan blogging di Malaysia. 


Sejak itu, pertandingan 'Educational Blogging' telah sinonim dengan Hari ICT, Pusat ICT, UPSI yang menawarkan hadiah lumayan kepada semua pemenangnya.

Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang Educational Blogging telah diadakan pada:

                      Tarikh: 13 November 2013
                      Jam: 8.00pm - 11.00pm
                      Lokasi: Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning, 
                      Kampus Sultan Abdul Jalil, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Untuk makluman tuan/puan, pihak UPSI Tidak menyediakan sebarang penginapan dan kenderaan untuk pemenang hadir ke majlis ini.
Jamuan disediakan kepada pemenang sahaja.


Syarat-syarat penyertaan PDF Print E-mail
Blog yang hendak dipertandingkan mestilah boleh dicapai melalui Internet pada bila-bila masa.

Para peserta adalah bebas untuk menggunakan kreativiti sendiri termasuklah mendapatkan khidmat nasihat daripada para pakar di seluruh dunia
bagi membangunkan blog masing-masing yang tertakluk kepada syarat-syarat pertandingan.

Kandungan dalam blog mestilah bebas daripada malicious code, virus, pornografi, perkauman, kebencian, bahan yang diharamkan, politik atau isi
kandungan yang menyalahi undang-undang Malaysia.

Sebarang plagiarism yang terlibat dalam pembangunan blog adalah tanggungjawab peserta.

Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang pencerobohan intelektual atau hak cipta sekiranya peserta melanggar peraturan di atas.

Pihak penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan tanpa memberi sebarang sebab.

Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.

Pihak penganjur berhak meminda mana-mana syarat dan peraturan sekiranya perlu tanpa memaklumkannya kepada para peserta.

Pihak penganjur berhak meminda hadiah kepada nilai yang setara tanpa perlu mendapat persetujuan para peserta.

Borang penyertaan perlu dihantar sebelum tarikh tutup pertandingan.

Pemenang dimestikan hadir untuk mengambil hadiah pada hari penyampaian hadiah, jika tidak secara automatik hadiah tersebut akan dibatalkan

Penilaian Blog Terbaik
Blog yang menyertai pertandingan akan dinilai oleh jawatankuasa panel hakim yang dilantik oleh jawatankuasa  pertandingan.

 

Majlis Perpisahan Encik Ramly Kenangan Bersama Mantan GPK Koko

Kenangan Bersama Mantan GPK Koko Majlis Perpisahan Encik Ramly

 Majlis Perpisahan Encik RamlyKenangan Bersama Mantan GPK Koko


Pertemuan berlaku
Di penjuru matamu
Yang ungu lalu membiru

Pertemuan berlalu
Di penjuru dadaku
Yang sayu lalu terharu.
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan
Hidup adalah perubahan
Tak tau bagaimana lajunya putaran
Tapi roda selalu berputaran.

Dalam setiap perjalanan kita merantai kisah
suka duka
tangis tawa

Terima Kasih Followers Si Coklat SweetHeart

Terima Kasih Followers Si Coklat SweetHeart



Terima Kasih Followers Pertama Blog Intervensi 
http://prodtas.blogspot.com/ merangkap Bloggers Si Coklat.

Blog yang cute ada kucing yang comel. Jom Tengok blog SweetHeart di http://sunshine2mfsnnas.blogspot.com/


BUAH KELAPA BAKAR TEMERLOH

BUAH  KELAPA BAKAR TEMERLOH





Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pokok kelapa dikenali sebagai pohon 1001 guna dalam masyarakat kita. Dulu masa sekolah rendah, saya masih ingat guru Bahasa Melayu menyuruh kami membuat karangan berkaitan kegunaan pokok kelapa ini. 

Oklah tentang gamba di atas saya ambil di Temerloh, Pahang. Temerloh yang dikenali sebagai Bandar Ikan Patin dan  Titik Tengah Semenanjung Malaysia. Banyak keistimewaan Bandar Temerloh. Bumi Tok Gajah ini sangat dekat dengan leluhur saya suatu ketika dahulu. 

Buah kelapa bakar ini ada di Temerloh. Gerai menjual buah kelapa bakar di Temerloh. Ia terletak di tepi jalan dari exit Tol LPT Temerloh Menghala ke Bandar Temerloh, berhampiran simpang ke Kampung Lubok Kawah. Air kelapanya rasa enak. Sesuai untuk dijadikan juadah berbuka puasa.


Berbeza dengan kesegaran kelapa muda, rasa hangat air kelapa bakar dipercayai mampu meningkatkan daya tahan tubuh dan mengelakkan tubuh  masuk angin.


GAMBAR JEREBU DI KUANTAN JUN 2013

GAMBAR JEREBU DI KUANTAN JUN 2013
dan  Program Ziarah Ke Rumah Pelajar Yang Baru Kematian Ibu

 Al fatihah ..

Pejabat Felda Lepar Hilir 2, Gambang,  Kuantan, Pahang.  

Alhamdulillah semalam hari minggu. Hari cuti di Negeri Pahang Darul Makmur. 
Saya ambil kesempatan masa cuti itu untuk menziarahi seorang pelajar Tingkatan 5 di  SMK Lepar Hilir. Bersama-sama suami bagi membantu memudahkan perjalanan saya kerana saya tidak boleh memandu buat masa ini.

Alhamdulillah tertunai jua hajat saya untuk  Ziarah Ke Rumah Pelajar Yang Baru Kematian Ibu.  Pelajar ini bagi saya seorang yang rajin belajar dan sedia membantu guru apabila guru memerlukan bantuan.

Allahyrhamah ibu pelajar ini meninggal dunia pada Hari Ahad lepas setelah menderita pelbagai jenis penyakit seperti diabetis, Hipertensi, jantung, buah pinggang dan diagnosis terakhir Kanser Paru-paru Tahap 4. Marilah kita sama-sama hadiahkan Al Fatihah kepada allahyarhamah.

Gambar-gambar pemandangan sekitar Felda Lepar Hilir di bawah ini diambil semalam ketika jerebu sangat tebal menyelubungi bumi Kuantan...




 Keadaan berjerebu tebal di Felda Lepar Hilir 3, Gambang, Kuantan
 pada Hari Ahad, 23 Jun 2013 semalam.



JEREBU DI BANDAR KUANTAN


Wanita dan lelaki saling melengkapi

Wanita dan lelaki saling melengkapi

 



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ketika ini, musim cuti sekolah telah pun berlalu dan bakal tiba tidak lama lagi. Antara perkara yang sinonim dengan cuti sekolah ialah majlis kenduri perkahwinan. Acapkali juga menerima kad jemputan kahwin yang tertulis dengan pelbagai madah..

Sebuah karya yang sesuai untuk semua.. bagi yang bujang,boleh mengambil Iktibar.. bagi yang belum dan bakal berkeluarga, boleh belajar, bagi yang berkeluarga, perlu belajar.

Untuk suami.. renungkanlah...Untuk suami.. renungkanlah...

...Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia.Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah tidaklah setaqwa Aisyah pun tidak setabah Fatimah Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya Cita-cita menjadi solehah... Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama. Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya

Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya Isteri adalah murid kamu mursyidnya Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yg bengkok berhatilah meluruskannya..

Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana. Justeru kamu akan tersentak dari alpa Kamu bukanlah Rasulullah saw?......

Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah

Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin.

Untuk isteri renungkanlah...

Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw?.. Tidaklah setaqwa Ibrahim Pun tidak setabah Ayyub atau pun Segagah Musa.. apalagi setampan Yusuf.

Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang Punya Cita cita membangun keturunan yang soleh...

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama Suami menjadi pelindung kamu penghuninya Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya. Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya..

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt. Kerana memiliki suami yang tak segagah mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa. Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga, Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara.

Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah.. amin... Justeru itu wahai para suami dan isteri. Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya.

Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah.

Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha.

Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman.

DAN

Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar.




Blog Untuk Ibu Catatan di Bulan Rejab 1434

Blog Untuk Ibu Catatan di Bulan Rejab 1434


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah hari ini cuaca agak baik di sini. Entry 2 dalam 1 kali ini. 

Blog untuk ibuku:

http://memoirseorangguru.blogspot.com/

Semoga bekas anak-anak murid ibuku mendpaat manfaat dari kewujudan blog itu. Meskipun saya sudah lama tidak menolong ibu mengemaskini blog itu dek kesibukan saya, saya gembira dapat membantu ibu menjadi guru yang punya talian pendidikannya sendiri meski ibu termasuk warga usia emas.

Semoga Allah memberkati ibuku. Amin ya Rabbal Alamin.
Sedar tak sedar hari ini Bulan Rejab telah pun beberapa hari menguak tirainya. 

Marilah kita sama-sama membaca doa yang dititipkan dari lidah kekasih agung, yang telah lama pergi meninggalkan kita namun sang kekasih sebenarnya sangat rindukan kita, umatnya di akhir zaman, (sila klik di Salam Maulidur Rasul Rindu dan Cinta Rasululluah)

“Ya Allah
berkahilah kami di bulan Rajab dan Sya’ban serta pertemukanlah
kami dengan Ramadhan.”
(HR.Ahmad dan Ath-Thabrani)

Bulan Rejab adalah bulan istimewa. Bulan ini juga disebut oleh AL-Qur’an. Ianya adalah bulan untuk kita mengiatkan membajak, melatih nafsu dan berkorban bagi persediaan kita menghadapi bulan agung Ramadan dan Zulhijjah.



Bina Bahagia Ujian Tidak Datang Di Luar Kemampuan Kita

Bina Bahagia Ujian Tidak Datang 
Di Luar Kemampuan Kita



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Dalam kehidupan seorang manusia, kita tidak dapat lari dari masalah dan ujian kehidupan. Samada ujian itu berbentuk kesenangan mahupun kesusahan. Setiap orang, lain-lain dugaannya, kan? 

Tinggal lagi, bagaimana seseorang itu menguruskan ujian/ cobaan yang datang. 

Menguruskan masalah dengan bijaksana adalah suatu kemahiran dalam hidup. Pengurusan menghadapi masalah ini yang ada kalanya perlu dipelajari. Ia juga berkaitan dengan ilmu tebat diri.

 Apa kata mulai sekarang anda  tukarkan masalah dan halangan kepada  cabaran untuk berjaya mengatasinya?

Di dalam konteks seorang Muslim, dia perlu sentiasa berbaik sangka kepada Allah. bersikap positif dan optimis atas apa yang tertimpa ke atasnya. 

Perlu berfikiran rasional, samada dalam fikiran, tindakan dan dalam hati. Pengurusan menghadapi Dugaan perlulah sistematik. Ingat. Jika kita tidak dapat menguruskan masalah dalam kehidupan dengan baik, ia akan beri banyak kesan dalam kehidupan kita. Antaranya ia beri kesan negatif pada minda dan akal seterusnya kesihatan fizikal akan turut terjejas. Ini akan menyebabkan lahirnya kelompok manusia yang lemah.

SIKAP MANUSIA YANG SELALU DITEMUI APABILA SEDANG DIUJI

Apabila sedang diuji, hati memang rasa sakit. Tetapi sebagai Muslim juga, kita tak boleh cakap, 

"Kenapa aku yang menerima macam-macam musibah? Kenapa bukan orang lain? Kenapa bukan si A tu yang hidupnya senang je?"

Atau cakap begini,

"Kenapa aku yang kena kanser? Aku dah jaga kesihatan dengan baik. Aku begini begini.....bla bla...."

Atau cakap begini,

" Kenapa aku dapat suami yang zalim macam ni? Dah lah zalim, ada hati nak kahwin lagi. Kenapa si B tu dapat suami baik je?"

Dan bila ada orang berikan nasihat dan pandangan adalah tidak manis kita balas dengan kata-kata seperti:

"Kau senanglah. Kau boleh lah cakap. Kau tak rasa apa yang aku rasa. Kau tak kena apa yang aku kena,''

Sebaliknya, cubalah ucapkan, terima kasih. Saya faham bagi seseorang yang sedang dilanda rasa tertekan melampau, memang ia boleh marah balik orang yang cuba memberi ketenagan kepada yang sedang mengalami musibah. Kerana ketika itu seseorang itu sedang dalam keMURUNGAN dan irrational. 

Marilah kita hayati sabda mutiara untaian kata beharga pesanan Junjungan Rasululluah SAW terhadap insan yang diberi musibah:

“Tiada sesuatupun yang menimpa seseorang muslim dari susah hati, dukacita, penat dan penyakit yang berterusan, tidak pula dengan kesedihan dan kesakitan, hinggalah kepada tusukan duri, melainkan dengannya Allah hapuskan dosa hamba itu”


(Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

DOA 

Sebagai seorang Muslim, kita seharusnya berdoa kepada Allah supaya Allah berikan jalan penyelesaian terbaik terhadap setiap masalah yang kita hadapi.   Percayalah, InshaAllah nanti  InshaAllah masalah itu akan dapat diatasi. 

Bukankah sebagai seorang Muslim, doa itu senjata Orang Mukmin. Mari kita renungkan Ayat Al Quran yang mana Allah telah berfirman:

ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

Berdoalah kepadaKu, Aku akan kabulkan doa kalian. Sungguh orang-orang yang menyombongkan diri karena enggan beribadah kepada-Ku, akan dimasukkan ke dalam neraka Jahannam dalam keadaan hina dina” (Quran Surah Al Ghafir: Ayat 60)

Ayat ini juga menunjukkan bahwa Allah Maha Pemurah terhadap hamba-Nya, karena hamba-Nya diperintahkan berdoa secara langsung kepada Allah tanpa melalui perantara dan dijamin akan dikabulkan. Sungguh Engkau Maha Pemurah Ya Rabb…



Hari Kebangsaan Malaysia ke 54

Tema Hari Kebangsaan ke 54,



“1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera”


Link Gambar: sila klik  Jabatan Negara Muzium Malaysia, http://www.jmm.gov.my/ms/sambutan-hari-kemerdekaan-hari-malaysia-2011, di sini.

Sambutan Hari Kemerdekaan Negara Malaysia yang ke-54 tahun 2011 nieh akan diadakan pada 16hb 9 serentak dengan Hari Malaysia menggantikan 31hb 8 dimana hari tu atau bulan tu kita umat Islam di Malaysia mengerjakan ibadah puasa

Contest Aku Berpuisi, Muhasabah Ramadhan, Syukur Merdeka,

Ingin Sertai, Contest Aku Berpuisi,




Pengenalan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.  Seni puisi tradisional merupakan salah satu khazanah bangsa yang sangat beharga. Seni yang indah ini disampaikan dalam gaya bahasa yang penuh maksud tersirat. Mungkin ramai yang kian melupakan warisan ini.

Bangsa Melayu juga kaya dengan kesusasteraannya. Lemah gemalai, liuk lintuk, barisan katanya.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada blogger, Mohamad Azhan kerana sudi menganjurkan pertandingan menulis puisi.

Contest Aku Berpuisi



Muhasabah Ramadhan, Syukur  Merdeka




Muhasabah Ramadhan,

Muhasabah Ramadhan, Syukur Ya Tuhan,

Bertemu kembali Bulan Ramadhan;

Bulan penuh keberkatan, penuh keistimewaan,

Diberi pahala, amalan dilipatgandakan.



Syukur Ramadhan, Syukur Alhamdulillah,

Usia kita masih dipanjangkan oleh Allah;

Untuk mengimarahkan Ramadhan dengan ibadah,

Solat wajib, puasa, dan solat sunat kerana Allah.



Hikmah ramadhan, hikmah berpuasa,

mengajar erti ketabahan, erti redha,

erti keimanan, menahan nafsu, lapar, dahaga;

erti kesusahan dan penderitaan, saudara seagama.



Di Bulan Ramadhan, Al Quran diturunkan,

Al Quran datang untuk memerdekakan;

Daripada perhambaan sesama makhluk yang diciptakan,

Kepada menjadi hamba Allah, Tuhan pencipta sekalian.





Muhasabah Ramadhan 1432 Hijrah ini,

Andainya Ini Ramadhan terkahir kali;

Layakkah diri ini,

Merebut singgahsana fiardausi Ilahi...


Syukur Merdeka,

54 Tahun Sudah,

Nikmat Merdeka Diraih;

Aman, bebas, maju tanah bertuah,

Terima kasih, ya Allah.



Merdeka ini, mahal harganya,

Airmata, darah, lelah telah tumpah;

Perjuangan pahlawan negara,

Membebaskan tanahair daripada cengkaman penjajah.



Merdekaku, menghalau penjajah kejam,


Merdeka kau, hisap dadah dan hidu gam;


Merdekaku, bangsaku, kuajar,


Merdekamu, kau belajar, kurang ajar.

Ayuh generasiku, ingatlah,

Tugas mengisi makna merdeka;

Itu lebih payah,

Dari perjuangan menuntut merdeka.



Demikian tadi, sedikit catatan saya untuk menyertai, Contest Aku Berpuisi anjuran http://www.mohamadazhan.com/2011/07/contest-aku-berpuisi-tarikh-akhir-16.html

Tag 3 orang kenalan blog :

Ashra, http://ashra-aulia.blogspot.com/

Linda, http://ibusumaiyah.blogspot.com/

Ros Putih, http://bungarosputih.blogspot.com/

Oleh kerana syarat penyertaan, kena tag 3 orang kenalan blog, saya men tag senarai blog di atas. Bagaimanapun, kepada semua yang berminat, sertailah contest penulisan puisi ini, seperti Kak Hanim, Aku Hiv Positif, Makcik Werdah dan Adik Chibi.
Tarikh Akhir penyertaan contest aku berpuisi ini ialah pada 16 Ogos 2011.


baca selanjutnya..



Ribuan terima kasih juga kepada para penaja hadiah pertandingan ini,  Warna dan Aku, klik sini.

Ribuan terima kasih kepada Saudara Miecyber, blog beliau di sini, juga penaja pertandingan, yang juga merupakan salah seorang follower teratak myraudhatulukhuwah ini.

Terima kasih juga kepada Kakak Zakie Purvit,  blog beliau http://zakiepurvit.blogspot.com/, di sini, kerna melalui blog beliau, di sini, saya mengetahui contest ini. Walaupun saya tidak di tag oleh beliau, sebagai salah seorang pecinta Sastera Melayu, saya akan sertai jua penulisan puisi ini.



Tajuk puisi myraudhatulukhuwah ialah, Muhasabah Ramadhan, Syukur  Merdeka.



Sempena bulan kemerdekaan ini, saya rasa, ada baiknya, saya sertakan sedikit beberapa puisi kesusasteraan Melayu, sebagai suatu catatan sejarah bangsa, yang akan diingati oleh generasi muda dan generasi akan datang.

Contoh Pantun Melayu Lama:


Dari Jawa ke Bangkahulu,



Membeli keris di Inderagiri;



Kawan ketawa ramai selalu,



Kawan menangis seorang diri.
...Pantun Nasib....







Pantai Lukut luas terbentang,



Teluknya penuh berbatu karang;



Ibarat melukut di tepi gantang,



Masuk tak penuh keluar tak kurang.
Gambar salah satu tempat bersejarah di Melaka, sumber, klik sini.

Kalau roboh Kota Melaka
Papan di Jawa hamba dirikan
Kalau sungguh bagai di kata
Badan dan nyawa hamba berikan.


Tafsiran pantun, "Kalau roboh Kota Melaka", agak berbeza daripada kebiasaan persepsi cinta teruna dara, boleh lihat di sini.

PUISI GURINDAM

Gurindam di bawah adalah salah satu karya agung Raja Ali Haji. Kumpulan gurindam yang dikarang oleh Raja Ali Haji dari Riau.

Dinamakan Gurindam Dua Belas oleh karena berisi 12 pasal, antara lain tentang ibadah, kewajiban raja, kewajiban anak terhadap orang tua, tugas orang tua kepada anak, budi pekerti dan hidup bermasyarakat.

Gurindam pasal yang kesepuluh:


Dengan bapa jangan durhaka,
supaya Allah tidak murka.



Dengan ibu hendaklah hormat,
supaya badan dapat selamat.



Dengan anak janganlah lalai,
Supaya boleh naik ke tengah balai.



Dengan isteri dan gundik janganlah alpa,


supaya kemaluan jangan menerpa.


Dengan kawan hendaklah adil
supaya tangannya jadi kafill.


Sedikit latar belakang Raja Ali Haji:



Raja Ali Haji hidup pada zaman Kerajaan Riau- Johor. Pada zaman kerajaan Riau-Johor pada zaman dulu memang ramai ulama pendatang di antaranya Habib Syaikh keturuan as-Saqaf, Syeikh Ahmad Jabarti, Syeikh Ismail bin Abdullah al-Minkabawi, Syeikh Abdul Ghafur bin Abbas al-Manduri dan ramai lagi.

Apabila Raja Ali Haji pulang dari Mekah beliau disuruh oleh saudara sepupunya itu mengajar agama Islam, (Raja Ali bin Raja Ja’far juga ikut belajar kepada Raja Ali Haji).



- Sumber Sejarah ini adalah daripada Koleksi tulisan Allahyarham Wan Mohd. Shaghir Abdullah. Maklumat Lanjut, latar belakang  Raja Ali Haji, sila klik Kota Gurindam, di Pulau Penyengat, Riau, klik di sini, dan klik di sini.
selamat berbuka puasa nanti, ya teman-teman.

Sekian, terima kasih, wassalam.

Segmen Tauladan, Jom Ingat Pesanan Ibu, Ayah.

Segmen Tauladan, Jom Ingat Pesanan Ibu, Ayah.




Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat berpuasa buat semua Muslimin Muslimat yang melayari blog myraudhatulukhuwah. Apa khabar kawan-kawan followers myraudhatulukhuwah? Semoga dikurniakan eksihatan yang baik bagi memudahkan urusan ibadah.












Ganjaran Puasa Ramadhan
Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”













Riwayat Bukhari & Muslim


Kali ini, myraudhatulukhuwah ingin menyertai Segmen Tauladan, Jom Ingat Pesanan Ibu, Ayah, yang dianjurkan oleh



http://thesyafiqmokhtar.blogspot.com/2011/07/segmen-tauladan-jom-ingat-pesanan-ibu.html
SEGMEN TAULADAN : JOM INGAT PESANAN IBU AYAH


Pesan Ibu Ayah,

Pergi ke mana pun,

tinggal solat usah sekali,

kerana solat itulah sendi

tiang agama, kukuh sekali.




Pesan ibu ayah,


pergi ke mana pun

ini Bumi Tuhan

usah sekali dicemarkan

dengan maksiat mahupun kekotoran




Pesan ibu ayah


pergi ke mana pun

hidup mesti bersendi syariat

adat yang baik diikut

moga hidup kan selamat




Pesan ibu ayah


pergi ke mana pun

jagalah nama baik keluarga

jagalah akhlak dan budi

kerna yang baik itu budi

yang indah itu bahasa




Pesan ibu ayah


pergilah ke mana pun

di mana bumi dipijak

di situ, langit dijunjung.

Itulah antara pesanan-pesanan ibu ayah saya. Bagaimana pula dengan pesanan ibu ayah anda?

Jom, ramai-ramai meriahkan segmen tauladan ini.

Untuk itu, saya ingin men tag rakan-rakan followers:

1) http://akuhivpositif.blogspot.com/

2) http://ibusumaiyah.blogspot.com/

3) http://bulanjatuhkeriba.blogspot.com/

4) http://www.zulkbo.com/

5) http://azrinrahim.blogspot.com/

6)http://afidaanuar.blogspot.com/

7) http://atuk-phd.blogspot.com/

8) http://luahfikiran.blogspot.com/

9) http://permatainn.blogspot.com/

10) http://ilahihediya.blogspot.com/

11) http://warkahbersama.blogspot.com/

Kepada rakan-rakan lain yang nak join, silakanlah ke Blog Syafiq mokhtar untuk melihat syarat-syaratnya. Sekian, wassalam.

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .