Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label rasa hati. Show all posts
Showing posts with label rasa hati. Show all posts

InshaALLAH Sakit Itu OK, OKU Pun OK

InshaALLAH Sakit Itu OK, OKU Pun OK



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم



Segala puji bagi Allah. Kita memuji, meminta pertolongan dan memohon keampunan daripadaNya. Kita juga memohon perlindungan kepada Allah daripada kejahatan dan kejelekan amal perbuatan kita. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk tiada siapa yang dapat menyesatkannya dan barangsiapa yang tersesat tiada siapa yang dapat memberinya petunjuk. Selawat dan salam kepada Nabi kita Nabi Muhammad saw , keluarga , para sahabat serta pengikut setia.

InshaALLAH Sakit Itu OK, OKU Pun OK. Tak payah berdukacita. Buat apa bersedih, kerna kesedihan hanya akan menghancurkan semangat. Kesedihan dan dukacita bisa membunuh jiwa. Bahkan ia bagaikan pembunuh senyap kepada manusia. 

Percayalah. Rahmat Allah terlalu luas buat kita. InshaALLAH.

Dunia ini sangat luas untuk kita telusuri dan nikmati. Tidak dapat mengembara ke sebuah negara, pun tak ape, kan sekarang dah ada perkhidmatan internet samada di TM, broadband dan jalur lebar. :). Di hujung jari je, kita dah boleh mengembara ke sesebuah negara, kan? He he sekadar melawak....

Saya berpendapat begini, sebab berdasarkan pengalaman saya sewaktu menjadi penghuni wad hospital dan menjadi pendengar kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh pesakit lain. Maaf, di sini saya bukan untuk menunjuk-nunjuk. Cuma ingin berkongsi pengalaman, yang sedikit sahaja sebenarnya, saya kongsikan di ruang cyber.

PENGALAMAN ADALAH GURU TERBAIK KITA



Pelajar Tingkatan 3 Pandu Laju Pensyarah Maut

Pelajar Tingkatan 3 Pandu Laju Seorang Pensyarah Maut

Kemalangan Maut : Pelajar Tingkatan 3 Langgar Pensyarah dan Anak @ Kangar Perlis


Al Fatihah Untuk Allahyarham  Mohd. Azmir Aziz, (gambar kecil di bawah), 32.
 Semoga rohnya ditempatkan bersama hamba Allah yang beriman dan bertaqwa
 serta dicucuri rahmat oleh Allah SWT. Amin. 
Allahyarham seorang pensyarah di Kolej Matrikulasi Pahang, Kuantan.

Kemalangan maut ini berlaku 2 September lalu.
 Maaf berita ini hanya dapat dimuat naik di sini pada petang ni atas sebab tertentu.

Salam takziah untuk kelaurga allahyarham.



AMINAH melihat keadaan kedai runcitnya yang rosak teruk selepas dirempuh sebuah kereta Honda Civic di Kangar semalam.

Maut angkara pemandu cuai

KANGAR - Tindakan seorang remaja berusia 15 tahun yang memandu kenderaan ibunya untuk bersiar-siar bersama rakannya mengundang  padah apabila dia melanggar dua beranak yang menunggang motosikal sebelum merempuh sebuah kedai runcit di Jalan Abi Tok Hashim di sini kelmarin.

Kejadian pukul 3.30 petang itu mengakibatkan penunggang motosikal tersebut, Mohd. Azmir Aziz, (gambar), 32, meninggal dunia 10 jam kemudian manakala anaknya, Mohd. Adam Haris Wajdi, 7, cedera parah. Pemandu kereta jenis Honda Civic itu dan rakannya pula cedera ringan.

Isteri Penagih Dadah Boleh Tuntut Cerai

Isteri penagih dadah boleh tuntut cerai - Mufti

  

Dadah itu Pemusnah Bahagia, 

Kerananya

Keluarga huru hara 

Pasangan kekasih hilang cinta,

Isteri hilang kasih suami tercinta,

Anak-anak rindukan belaian bapa,

HIV AIDS melalui suntikannya,

Ibubapa yang tua renta,

Hanya mengalirkan air mata

Pabila 

Anak yang disayang dan dimanja

Akhirnya tewas di tangan musuh durjana

Menjadi bangkai bernyawa

.....Hilang sudah...
....punah
....musnah

pemuda harapan bangsa

pemudi  tiang negara.

Dadah itu musuh kita,

Musuh Bangsa.

Musuh Negara


 (Puisi Oleh Cikgukaunseling.com)

 Dadah adalah satu-satunya masalah kesihatan dan sosial paling rumit yang sedang dihadapi oleh negara. Masalah ini mula diperkatakan sejak tahun 70-an.

Ikuti petikan di bawah dari akhbar Utusan berkaitan fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Negeri Kedah, Datuk Paduka Syeikh Abd Majid Mohd Noor.


JITRA 12 Mei - Isteri yang bersuamikan penagih dadah, pesakit AIDS dan pembawa virus HIV dibenarkan menuntut cerai daripada suami mereka.

Mufti Negeri Kedah, Datuk Paduka Syeikh Abd. Majid Mohd. Noor berkata, isteri berhak menuntut fasakh daripada suami yang menagih dadah dan menghidap penyakit AIDS selepas mendapat pengesahan doktor dia tidak boleh dirawat atau dipulih.

Selamat Tinggal, SMKJP2

Selamat Tinggal, SMKJP2






   Terima Kasih, Tuhan
   Atas izinMu
   Di SMKJP2
   Saya beroleh kebaikan, kesihatan
   ...dan pemulihan

Dari on wheel chair
ke walker frame

  Terima Kasih, teman
  Di SMKJP2
  Saya beroleh persahabatan, pertolongan
  ..... dan pengertian.

  Terima kasih, tuan
  Di SMKJP2
  Saya beroleh perhatian, bantuan
  ..... dan kejayaan.

  Terima kasih, semua
  Di SMKJP2
  Yang banyak meninggalkan
  kenangan
  pahit manis dunia pendidikan

Selamat Tinggal, SMKJP2.

Entry Santai Petang Jumaat

Entry Santai Petang Jumaat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar semua?

Aduhai. sorry bebanyak coz lamenye saye tak hupdate. Seriusli saya tak sempat nak hapdet blog sejak dua menjak nih. Nak bagi alasan apa erk?

Line ternet potong stim? Erm, mungkin kot. Bila line ternet macam biskut chipsmore, kejap ada, kejap takde,baik-baik tengah buat posting, kemudian sedang upload gambar, tetiba, line putus, aduh, lebih baik buat bende lain kan.

Lagipun sejak dah takde broadband ni, payah juga nak hapdate blog. At least dulu, masa ada broadband, senang kat mana2 nak hapdet. Macam, hapdet dalam kereta sambil tunggu anak balik sekolah, pun dah ok. Sekarang seminggu sekali pun aduhai, bercinta sungguh. 

Kalau waktu cuti pula, masa untuk my family pula. 

Uih. Banyaknya alasan saya kan?

Blog Warga SMKJP2

OKlah. Sebenarnya saya sangat gembira. Perkembangan pelajar dan guru SMKJP2 yang mempunyai blog sudah semakin ramai. Saya teropong kat FB mereka (students). Saya harap mereka dapatlah kiranya tinggalkan komen dan link pada entry  ini ya. toksah malu2 erk.

Di SMKJP2, Alhamdulillah, saya telah dikurniakan nikmat kesihatan. Selain persekitaran hijau yang banyak membantu pemulihan bagi orang yang menghidap penyakit fizikal, (mungkin gas oksigen dan udara bersih yang banyak), faktor rakan sekerja yang supportive Alhamdulillah membantu perkembangan positif saya.

Jadi, saya harap rakan-rakan sekerja, dan para pentadbir serta para pelajar SMKJP2, yang ada blog, silakanlah tinggalkan link di entry/ post saya ni ya. Saya sangat gembira, ramai pelajar SMKJP2 (SMK Jengka Pusat 2) yang mempunyai blog. Sekali lagi, buat para pelajar, tak payah malu lah ya, nak publish url blog u all kat sini.

Oh Ya, pagi tadi setelah membantu mana yang patut dalam Program Tahsin Solat, di dewan sekolah(Unit Bina Insan SMKJP2- Majlis Agama Islam Pahang) saya ke PKGBP.

Erm, sangat menarik persembahan blog Unit B&K SMK Jengka Pusat.

Ops. Dah pukul 2.10 petang. Nanti lepas ni ada program kat sekolah. Oklah. Setakat ni dulu lah erk. Maaf ye, kalau entry kali ni saya guna bahasa pasar je. Sekian, wassalam.

Teratai dan Kolam

Teratai dan Kolam



Bunga Teratai (Nelumbium nelumbo Druce)


Di dalam kolam itu
teratai tak kan layu
selagi dia mahu
teguh membiar biduk lalu.


Teratai melihat langit biru
melihat daratan nan menghijau
melihat alam yang terbentang luas


...........................Lalu
Teratai ingin....


Ingin mengembara
di alam ciptaan Tuhan
mengembangkan 
potensi dirinya ciptaan Tuhan
yang juga ada
pada sekuntum teratai di dalam kolam....


Teratai,
sedarlah dirimu,
tak kan dapat terbang
setinggi enggang di angkasa
hatta setinggi pipit pun
takkan mungkin dapat
terbang setingginya
selagi...
di kolam lah tempat dirimu.


Kolam oh kolam
meski di situ sahaja tempatmu teratai


TAHUKAH KAU WAHAI TERATAI?


Biar sekuntum teratai
di dalam kolam
Engkau tetap ada manfaatnya.


Lihat...
Lihat...
Lihat...


                         Khasiat Teratai :Biji :
- Gangguan penyerapan makanan (malabsorbtion).
- Diare karena badan lernah, radang usus 
- Muntah-muntah.
- Keputihan, perdarahan pada wanita.



Tunas biji teratai:
- Demam, rasa haus.
- Jantung berdebar, gelisah.
- Muntah darah.




Di dalam kolam itu
di atas dedaun teratai
ada sang katak memanggil hujan

' Ong... Ong...Ong.."

Hujan yang turun 
memenuhi kolam
sehingga melimpah air ke tebing
............   bagaikan air mata
yang tidak berhenti
dari tubir mata

Oh Teratai

Hujan yang turun
Membasahi Bumi
bukankah Itu Rahmat Ilahi?

p/s: Agaknya, sanggup ke taratai duduk di Blackpool? 
Mentang-mentanglah kolam tu pool,:).
Uh, uh... tak sanggup rasanya. Jauh sangat nun di sana.
 Lagipun di Blackpool mana ada teratai, he he. 
Jom tengok pemandangan di Blackpool Beach.


Blackpool Beach, Britain, kredit to, Ruhil, From Sheffield to Batu Pahat,



CONTEST SELAMAT HARI GURU, CIKGU!

CONTEST SELAMAT HARI GURU, CIKGU! 




Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada petang ini, saya ingin mengambil kesempatan menyertai sebuah pertandingan sempena Hari Guru 2011 yang dianjurkan oleh Encik Shah, pemilik blog  http://www.abgshah.com/.

 CONTEST SELAMAT HARI GURU, CIKGU!
Oleh Dunia Cikgu Kaunseling. 
Sebuah Karya bertajuk, 
Terima kasih, cikgu.


Diadaptasi daripada pengalaman Dunia Cikgu Kaunseling semasa sesi kaunseling. 
Watak di sini bukan  menggunakan nama sebenar. 



Pagi itu, hujan turun renyai-renyai. Seorang pelajar perempuan, Enon  sedang menikmati sekeping biskut.  Tadi, sewaktu bertemu guru yang berada di Bilik Kesihatan tersebut, Enon mengadu sakit perut, pedih.  

Apabila ditanya adakah sudah mengambil sarapan pagi, jawab Enon , dia tidak suka ambil sarapan pagi.

Lalu, Cikgu Onah telah  memberikannya sekeping biskut keping oatmeal dan segelas air susu Green Tea Colustrum.  Kebetulan Cikkgu Onah memang sudah menyediakan stok makanan tersebut. Ini memandangkan ada di antara pelajar yang  datang berjumpanya, mengadu sakit perut. Apabila diberi susu dan sekeping biskut, sakit perut mereka hilang lalu mereka dapat meneruskan pembelajaran mereka seperti biasa.

Selesai makan, Enon menyapukan Minyak angin jenama Minyak Angin Ambar Kenanga yang disediakan oleh Cikgu Onah. Kemudian, Enon meletakkan minyak tersebut ke tepi katil.

Manakala Cikgu Onah memerhatikan Enon dari tempat duduknya. Cikgu Onah yang sedang mengenalpasti akan penyakitnya, samada benar-benar sakit atau tidak,  kemudian menghampiri  Enon.

"Saya telefon penjaga kamu, ya Enon?" tanya Cikgu Onah.

"Erm, takpelah cikgu. Tak perlulah. Saya sakit sikit je. Mungkin saya sakit perut sebab pagi tadi tak sarapan. Malam tadi masa ibu panggil makan pun, saya tak lalu makan," ujar Enon.

"Kalau begitu, kamu kena balik ke kelas. Kamu tak boleh berehat lama-lama di bilik kesihatan ini," ujar Cikgu Onah.

"Tapi, saya pening sangat cikgu," Enon memicit-micit kepalanya. Bau minyak kapak melatari ruang sickbay khas untuk pelajar perempuan itu.  

"sekarang pukul 9.20. Kamu rehat 10.20 kan?"

"Ya, cikgu,"

"Waktu rehat nanti, kamu keluar rehat. Makan dan minum di kantin Busu, ya",

"InshaAllah, cikgu," jawab Enon, sedikit ceria di wajahnya.

Itu adalah kali pertama Enon masuk meminta minyak angin di Bilik kesihatan tersebut. Bermakna, pertama kali Cikgu Onah menemui Enon secara personal.

Memerhatikan gaya tubuh pelajar berkenaan, Cikgu Onah merasakan perlu untuknya mengadakan sedikit temubual dengan Enon.

Diringkaskan cerita, setelah Enon kelihatan sihat sedikit, sebelum waktu rehat tiba, Cikgu Onah menembual Enon. 

Setelah proses mengenali pelajar terbabit sebagaimana panduan kaunseling individu,  Enon akhirnya berkongsi cerita hatinya.

MENGAPA IBU DAN AYAH MEMBUANG KAMI, CIKGU?

"Mengapa ibu buat kami begini, cikgu? Mengapa ayah meninggalkan kami begitu sahaja, cikgu? Adakah sebab adik saya cacat, lalu kami dibuang?" 

"Enon, kita tidak tahu mengapa ibu dan ayah Enon buat begitu pada Enon dan adik Enon.  Walaupun ibu ayah enon membuang Enon dan adik, sekurang-kurangnya mereka tidak membiarkan enon dan adik begitu sahaja, kan? Ayah tinggalkan juga surat beranak Enon dan adik,"

"Tapi, itu bermakna mereka membuang kami, cikgu,''

"Mereka mungkin terpaksa buat begitu, Enon. Mungkin sebab ibu dan ayah Enon sudah bercerai, lalu ibu buntu hendak menyara Enon dan adik, atau saja mungkin mereka hidup miskin dan melarat. Mereka tinggalkan kamu berdua di surau itu mungkin besar harapan mereka agar kamu berdua ditemui orang baik-baik yang sudi memelihara kamu," terang Cikgu Onah.

"Sampai hati ibu dan ayah tinggalkan kami begitu saja. Bukankah adik saya baru berusia 8 bulan ketika itu, terlalu kecil untuk dibiarkan sendirian dengan si kakak ini yang hanya berusia 3 tahun untuk menjaganya?"

"Enon, sekarang enon sudah berusia berapa tahun?" tanya Cikgu Onah, cuba mengajak Enon berfikir.

"15 tahun, cikgu,"

"Ha, dah 15 tahun pun Enon hidup di dunia ni. Sudah besar remaja Enon. Adik, berapa tahun?"

"13 tahun, cikgu," jawan enon lagi.

"Cuba enon lihat. Sepanjang 15 tahun ini, tolak 3 tahun tempoh enon bersama ibu dan ayah, Enon sudah menikmati kehidupan yang baik, kan?"

"Ya, cikgu. Saya ada ibu angkat yang baik hati, ada adik-adik yang ramai di asrama anak yatim kami....,"

"Enon rasa susah tak selama hidup ini?"

"Tak, cikgu. Cuma ...,"

"Cuma pa, Enon?" tanya Cikgu Onah pabila melihat Enon mula memberhentikan bicara.

"Cikgu, saya seperti ada yang tak puas dalam hidup ini. Iaitu ibu, ayah kandung di sisi seperti keluarga orang lain," lemah tutur bicara Enon.

Kemudian Cikgu Onah meminta Enon membuat satu lukisan. Ia bagaikan satu terapi untuk Enon. Enon kelihatan ceria dengan hasil lukisan ringkas itu.


DOA ANAK SOLEH/ SOLEHAH 

''Sebagai tanda kita anak yang solehah, selalulah kita panjatkan doa kepada Allah SWT agar ibu ayah kita diampunkan doasanya oleh Allah. Semoga dengan doa anak yang soleh dan solehah ini, Enon dapat berjumpa dnegan ibu ayah Enon di syurga kelak," tutur Cikgu Onah.

"Ini kerana, Di antara amalan yang diajar oleh Islam untuk kita membalas jasa ibu bapa adalah dengan kita mendoakan kesejahteraan ke atas mereka,"

"Walaupun ibu ayah buang saya cikgu?" tanya Enon lagi.

"Ya walaupun ibu ayah berbuat tidak baik kepada kita, kita mesti memaafkan mereka. Kerna jasa mereka  sangat besar dalam mengandung dan melahirkan kita dengan penuh susah payah,"

"Walaupun saya cuma anak angkat tapi kasih sayang ibu di rumah anak yatim itu melebihi segalanya. Saya sedar cikgu, sebenarnya saya dikelilingi oleh insan yang mulia hatinya.  Ibu angkat dan  kawan-kawan yang senasib yang saling membantu,"

"Ibu dan ayah mungkin tidak mampu menjaga saya dan adik. Saya sekarang faham cikgu, kerna ibu dan ayah saya saya  kini disini, kerna mereka juga  saya melihat keindahan bulan dan matahari. aSya hari ini tidak hidup melarat,"  bicara Enon dengan linangan air mata.
HARGAI APA YANG KITA ADA KINI, USAH DITANGISI MASA LALU KITA, KERNA HIDUP KITA CUMA SEBENTAR UNTUK TERUS BERDUKACITA

Setelah beberapa ketika proses provokasi, dan proses menolong bantu berjalan, sampai ketikanya, akhirnya Enon meluah bicara,

"Betul kata cikgu, hidup kita cuma sebentar untuk kita terus meratapi masa lalu kita. Yang penting, kita harus menghargai kehidupan yang kita kecapi sekarang, kan cikgu?"

"Hmm macam tulah anak murid saya.

"Yang penting, Enon tumpu dan fokus pada pelajaran ya. PMR dah semakin dekat....,"
," tutur Cikgu Onah.

"Terima kasih, cikgu. Terima kasih sebab cikgu memberikan saya panduan dalam kehidupan ini," Enon mencium tangan Cikgu Onah sewaktu sesi kaunseling itu berakhir. 

"Oh iya, cikgu. Terima kasih susu yang cikgu berikan tadi tu. Alhamdulillah perut saya tak mem memulas lagi," kata Enon sambil menjijit beg sekolah. 

Izinkan saya akhiri entry ini dengan kad ucapan mengandungi Puisi  Guru Oh Guru Karya Allahyarham Usman Awang. 



Sekian.....





 

Wacana Pengenalan Bersama Bro Wacana

Wacana Pengenalan Bersama Bro Wacana






Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah pada hujung minggu ini, saya mengambil kesempatan menyertai satu entry daripada seorang bloggers, Pembawa Wacana, "Berkenalan dengan bloggers baru".


Siapa Saya? Saya, seorang cikgu. Panggil saja Sis Ma. Saya suka menulis sejak dari sekolah rendah. Beberapa buah novel telah saya hasilkan. Namun novel tu saya peramkan je, :) ntah kat mana sekarang tak tahulah. 


Saya suka menulis. Apa sahaja yang melintas di depan saya, terlintas di fikiran, saya tuliskan. Mungkin sebab saya dahulu bersekolah menengah di Perlis, keluarga di selatan tanahair. Kemudian di Negeri Sembilan. 

Kalau naik bas dari Kangar- Johor Bahru, tempoh perjalanan paling kurang ialah 17 jam. Maklumlah masa tu PLUS belum siap sepenuhnya. Masa pengembaraan di negeri orang, membuatkan saya tertarik dengan setiap sosiao budaya sesebuah keluarga, komuniti dan masyarakat di situ.

Jadinya, penulisan saya tu selalunya cacamarba, bahasa slanga pun macam-macam. Selalunya membuatkan kawan-kawan sekolah saya yang membaca cerita saya, pasti akan merasa bengang. sebab cerita saya memaksa mereka memikirkan ending kisah tersebut.


Apabila dah bersuami dan beranak pinak, hobi tu masih berjalan seperti biasa hinggalah tragedi menimpa saya. Lalu suami saya memasangkan perkhidmatan wireless sekitar tahun 2006 itu yang membolehkan saya yang waktu itu 'bed ridden' untuk menulis dan mencari maklumat berkaitan penjagaan ibu hamil bagi wanita yang mengalami masalah saraf tunjang tulang belakang.

Mula menceburkan diri dalam dunia internet (wordpress selfhosting dan joomla) pada tahun 2006, atas tunjuk ajar sifoo saya. Tetapi  saya hanya membuat blog pada tahun 2008.  Kemudian blog khas berkaitan cikgukaunseling itu saya delete dari dashboard atas sebab tertentu.


Kemudian, pada tahun 2009, saya memulakan balik blog cikgubimbingan-kaunseling.blogspot.com.  Alhamdulillah pada April 2011,  cikgubimbingan-kaunseling.blogspot.com telah mempunyai domain sendiri, http://www.cikgukaunseling.com/. 

Blog ini saya wujudkan  atas rasa rindu terhadap dunia pendidikan sebagai Cikgu Bimbingan Kaunseling sepenuh Masa. Permintaan bekas-bekas pelajar saya di SMK Sultan Abdul Jalil, Kluang, Johor dan sebahagian kecil di SMK Bandar Tun Razak, Keratong, Pahang (terutama Kelas 2M, yang pernah saya menjadi Guru Tingkatan mereka, dan kelas 1K beberapa tahun dahulu). 

Selain memudahkan saya membuat rujukan dalam menjalani sesi-sesi kaunseling samada kaunseling kerjaya, kaunseling individu dan kemahiran belajar, bersama pelajar saya.

Namun, saya tidak dapat blogwalking ke blog-blog lain. Mungkin sebab itu, blog ini sepi. Di bawah ialah printscreen profile blog ini, yang wujud kembali pada Ogos 2009, dan telah dilihat sebanyak 452 kali sejak itu. Terima kasih buat semua yang sudi menjenguk blog ini ya.





Ringkas kata, dengan berblog saya mendapat banyak manfaat. Alhamdulillahhirabbil'alamin, mungkin itulah antara hikmah di sebalik musibah yang menimpa diri saya.



 Sekian, wassalam.

Terima Kasih semua

Terima Kasih semua

http://cikgubimbingan-kaunseling.blogspot.com/


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Alhamdulillahirabbilalamin, syukur ke hadarat Ilahi kerna hari ini saya masih dipanjangkan usia oleh Allah SWT.

Pada pagi yang cerah ini, alhamdulillah, internet di rumah saya kembali berfungsi. saya cuba curi sedikit masa untuk mengemaskini blog ini.

Saya ada mendapat maklum balas, daripada para pelayar blog yang kecil ini, untuk mengetahui siapakah gerangan empunya pemilik blog ini. Ada juga kawan-kawan yang bertanya, tiada kisah diri saya di sini dicatatkan.

Terima kasih atas keprihatianan itu. 

Saya rasa, tiada apa yang menarik tentang kisah hidup saya yang dapat saya nukilkan di sini. Samada kerjaya, kehidupan dan sebagainya. tambahan pula, sesuai dengan url blog ini, biarlah ia mencakupi ruang tugas hakiki saya, meskipun kini saya hanya sebagai pemerhati sahaja. Sekurang-kurangnya dengan adanya blog ini, saya dapat meluahkan rasa rindu saya pada bidang yang saya cintai.

Bidang pendidikan bimbingan dan kaunseling ini, tidak asing bagi saya. Ini adalah kerana, ayahanda saya merupakan salah seorang penggerak awal bidang Kaunseling di sekolah menengah di daerahnya. Melihat kepada tugas-tugas, dan tanggungjawab ayahanda, saya jadi jatuh cinta pada bidang kaunseling ini.

Kali ini, saya ingin menceritakan sedikit perkembangan diri saya. 

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi di atas penambahbaikan keadaan fizikal diri saya. Alhamdulillahirabbila'alamin.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir sekolah, khususnya Encik Yahya Bin Awang yang sentiasa memebri ruang dan peluang untuk saya berkhidmat sebagai Guru Bimbingan Kaunseling walaupun dalam status perjawatan saya kini (pool), seterusnya kepada Encik Nasaharuddin Bin Mohd Rashid yang kini telah berada di IAB,

Seterusnya kepada Encik Ismail yang kini merupakan GPK 1 SMK Jengka Pusat 2, Encik  Abdul Latif Bin Mat Ali, GPK HEM SMKJP2, Encik Muhamad Asri Bin Musa, GPK Ko-ku SMKJP2.

Juga kepada semua rakan-rakan guru dan semua staf sokongan dan juga pekerja cleaner SMKJP2 yang sering membantu menolak kerusi roda saya pada tahun lepas dan sokongan moral. Khususnya Puan Nazila Fauzai, Puan Selmah, Puan Sharifah Hendon, Puan Hajah Mariah, Makcik Ne, Puan Hajah Arbayah, Noor dan lain-lain lagi.

Tidak lupa juga kepada pelajar-pelajar SMKJP2 yang sudi membantu saya menolak kerusi roda saya, khusunya pelajar 5A, 5B, 5C DAN 5D 2010.

Seterusnya, rakan-rakan blogger yang banyak berkongsi pengalaman, Encik Zacky, blognya klik sini, Tuan haji Rozali, Fida, Puan Werdah, Encik Pie, dan lain-lain lagi terima kasih....


Cikgu Huzairie, terima kasih atas perkongsian pengalaman dan ilmu. Dengan bertukar-tukar fikiran begitu, saya dapat mengetahui cara-cara menjalani kehidupan sebagai OKU. Terus terang pada awalnya saya blur juga bagaimana melalui kehidupan sebagai guru Berkerusi roda, namun SYUKURlah Allah membantu.

Menjadi OKU juga bukanlah beban pada orang lain, melainkan kita sendiri yang merasa kita sebagai beban. Hidup ibarat roda. Ada masa kita di atas. Ada masa kita di bawah. Benar kata Kak Werdah, kita yang perlu bangkit kembali.

Dan saya mengerti, masa lalu, samada kejayaan cemerlang saya dalam pelajaran atau pengalaman indah dalam kerjaya, ia bukan untuk ditangisi atau di bangga, sebaliknya, dunia waktu inilah yang perlu saya hadapi dengan lebih tabah dan cemerlang.

Segala kerjasama tuan-tuan dan puan-puan serta anak-anak pelajar semua sangat dihargai.

Dan yang terkahir tetapi sangat bermakna, buat semua sahabat saya yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan saya, menghulurkan bantuan kewangan dan moral, biarpun kita beratus batu jauhnya, hanya Allah yang dapat membalas budi baik kalian.

Buat keluarga saya dan suami tercinta, semoga Allah merahmati keluarga besar kita. Amin.

Di sini saya sertakan beberapa keping gambar kenangan;


Hadiah daripada Pengetua pada ramadhan yang lalu, sila klik, 
Selamat Tinggal Ramadhan, klik sini.

En Nasha sewaktu memberi motivasi kepada pelajar harapan SMKJP2
 2010 yang lalu, terima kasih atas jemputan beliau untuk saya sertai program itu.

Pelajar yang menolong membersihkan Bilik Kesihatan.


Dunia Cikgu Kaunseling membantu menguruskan permohonan pelajar ke IPTA.
 Sila klik entry sebelum ini, Cara Menggunakan Aplikasi i-MAS-C-U , klik sini

Contoh slip No Pin BSN.


Program Selepas PMR. Para pelajar membuat kraftangan, 
sila klik entry sebelum ini, Kerastangan vs Kraftangan, sila klik sini.


Majlis Bacaan Yasin yang diadakan setiap pagi Jumaat.

Sekian wassalam

Salam AidilAdha dan Selamat Bercuti Sekolah

Salam AidilAdha dan Selamat Bercuti Sekolah




Assalamu'alaikum w.b.t kepada pelayar muslim teratak ini & Selamat Sejahtera kepada semua pelayar teratak Dunia Cikgu Kaunseling ini. 

Sempena perayaan Aidil Adha yang bakal menjelang tidak lama lagi, Dunia Cikgu Kaunseling ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua rakan-rakan Muslim followers dan add teratak Dunia Cikgu Kaunseling ini. 

Mohon maaf zahir batin atas segala keterlanjuran kata dan perbezaan pandangan seandainya wujud sepanjang kewujudan Dunia Cikgu Kaunseling di alam blogspehere. 

Dunia Cikgu Kaunseling  juga ingin mengucapkan Salam Aidil Adha kepada Tuan Pengetua, En Yahya Bin Awang, Semua Guru Penolong Kanan SMKJP2, semua Ketua Bidang, Guru Kaunselor SMKJP2, Guru Cemerlang, Ketua Panitia,  rakan-rakan guru SMK Jengka Pusat 2, Staf Sokongan SMKJP2, Pekerja-pekerja Pencuci yang selalu membantu saya, Makcik Ne dan rakan-rakannya, Pengusaha Kantin SMKJP2, Busu sekeluarga dan staf keselamatan sekolah.


Begitu juga kepada semua pelajar SMK Jengka Pusat 2. Semoga anda mengisi cuti sekolah yang panjang ini dengan aktiviti berfaedah. Kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 juga diucapkan selamat maju jaya dalam peperiksaan SPM 2010. Terima kasih atas ingatan anda terutama pelajar Tingkatan 5A, 5B dan 5D di atas jemputan jamuan akhir tahun.


Sekian, terima kasih.


Wassalam.

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .