By Puan Ummi Sunday, September 22, 2013
IKM, ILKA, Institusi Kemahiran MARA, Institusi Pendidikan MARA, Institut Latihan Kemahiran Awam, kaunseling kerjaya, Kerjaya Kemahiran dan Teknikal, MARA, selepas SPM
PERMOHONAN KE IKM JANUARI 2014 PELUANG KEDUA LEPASAN SPM
Permohonan adalah terbuka kepada lepasan SPM
- Warganegara Malaysia
- Boleh membaca, menulis dan mengira DAN
- Memenuhi syarat khas kursus kemasukan seperti yang
ditetapkan oleh institusi berdasarkan kursus dan peringkat pengajian
yang dipohon
Permohonan dibuka secara online mulai 4 September 2013 sehingga 4 Oktober 2013
PANDUAN PENGGUNAAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IKM KKTM SECARA ONLINE
By Puan Ummi Saturday, August 31, 2013
Autisme, Halatuju, IKM, Institusi Kemahiran MARA, kaunseling kerjaya, Kerjaya Kemahiran dan Teknikal, sejarah, Sejarah Pendidikan, selepas SPM
Senarai Institut Kemahiran MARA
Sejarah Institusi
Menyedari hakikat bahawa kemajuan orang Bumiputera khususnya orang
Melayu, masih jauh ketinggalan dari setiap sudut ekonomi, pelajaran,
kemahiran dan sebagainya berbanding bangsa - bangsa lain di negara ini,
maka para cendekiawan Melayu ketika itu telah berusaha menjana fikiran
rakyat Melayu maju. Justeru itu lapangan kemahiran ketukangan industri
juga tidak ketinggalan diberi ruang untuk dilaksanakan.
Bagi merealisasikan hasrat kerajaan, MARA telah menubuhkan SEKOLAH LATEHAN KEMAHIRAN MARA, di sebidang tanah seluas 5 ekar di Jalan Hang Tuah, Bandar Melaka, Melaka ( Lokasi tersebut dijadikan Kolej Profesional MARA ). Ia merupakan SEKOLAH LATEHAN KEMAHIRAN MARA yang pertama di Malaysia. Ia telah dibuka dengan rasminya oleh Y.A.B Tun Haji Abdul Razak Bin Dato Husein, Perdana Menteri Malaysia Kedua pada bulan Oktober 1968.
By Puan Ummi Saturday, June 29, 2013
Borang Online, Halatuju, IKM, INSTITUT KEMAHIRAN MARA, kaunseling kerjaya, Kerjaya Kemahiran dan Teknikal, Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Muat Turun, selepas SPM
BORANG RAYUAN KEMASUKAN IKM/KKTM SESI JULAI 2013
Permohonan kemasukan ke Institut Kemahiran MARA ( IKM) & Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Sesi Julai 2013 adalah untuk lepasan SPM sahaja. Permohonan boleh dibuat melalaui UPU sahaja. Untuk ambilan Julai 2013. telah pun ditutup. Sila rujuk artikel sebelm ini, Permohonan UPU, IPTA, ILKA dan TEVT klik di sini.
Jualan No. Unik ID di BSN bagi Sesi Julai 2013 telah DIBUKA dari 7 JANUARI hingga 15 APRIL 2013 yang lalu.
Semakan keputusan institusi kemahiran MARA telah diumumkan pada hari ini 1 Jun 2013 melalui Laman Web
ataupun melalui laman web
Calon yang berjaya dikehendaki Klik Setuju Terima Dan Mencetak Surat Tawaran dan Dokumen lain-lain. Tempoh untuk memberi maklum balas adalah sehingga 9 Jun 2013.
Kepada anak-anak pelajar lepasan SPM SMK Lepar Hilir, KLIK DI SINI, SMK Jengka 2, dan SMK Jengka Pusat 2, KLIK DI SINI, semoga anda telah mempunyai halatuju jelas dalam menentukan kerjaya masa depan anda selepas SPM 2012.
CARA BUAT RAYUAN
Sekiranya calon tidak berjaya, sila cetak Borang Rayuan di Laman Web eKemahiran ataupun memuat turun naik di laman web BORANG RAYUAN dan faks ke 03-26914510 untuk membuat rayuan.
Sila muat turun BORANG RAYUAN KEMASUKAN IKM/KKTM di sini ya.
SAYA CUMA LULUS BAHASA MELAYU SPM KE MANA SAYA NAK PERGI, CIKGU?
Assalamualaikum
dan selamat sejahtera. Untuk lepasan SPM 2012 yang tidak memperolehi
banyak kredit, dan mungkin hanya lulus Bahasa Melayu sahaja, anda usah
dukacita ya. Peluang melanjutkan pengajian tetap ada.
Yang
Penting anda mesti ubah strategi hidup. Jika dahulu dengan kehidupan
cara orang yang menempah kegagalan, apakata mulai detik ini, tukarkan
gaya hidup anda kepada membina kecemerlangan dalam kehidupan peribadi
anda.
Kursus Sijil Teknologi Fabrikasi Logam Dan Sijil Teknologi Bekalan Air Dan Pembentungan Di IKM (Institut Kemahiran MARA) antara kursus yang baik untuk anda. elok anda mohon sekarang.
Kemasukan ke IKM/KKTM Sesi Julai 2013 telah DIBUKA di Laman Web ekemahiran seperti dibawah :-
Kita lihat syarat ke IKM Untuk kursus ini ya:
Syarat Memohon:
Syarat Am:
1) Warganegara
2) Bertaraf Bumiputera
3) Berumur 17 - 40 tahun
4) Sihat Tubuh Badan
Kelayakan: SPM/SPMV dengan LULUS subjek Bahasa Melayu
* untuk pemohon lelaki
* pengidap pemyakit lelah(ashtma) tidak layak momohon
* tidak rabun warna
By Puan Ummi Thursday, March 21, 2013
anak remaja, Halatuju, IKM, Institusi Kemahiran MARA, kaunseling kerjaya, kerjaya, MARA, Pendidikan Perkembangan Remaja, selepas SPM
SYARAT KE IKM SIJIL TEKNOLOGI BADAN BAIKPULIH KENDERAAN
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Untuk lepasan SPM 2012 yang tidak memperolehi banyak kredit, dan mungkin hanya lulus Bahasa Melayu sahaja, anda usah dukacita ya. Peluang melanjutkan pengajian tetap ada.
Yang Penting anda mesti ubah strategi hidup. Jika dahulu dengan kehidupan cara orang yang menempah kegagalan, apakata mulai detik ini, tukarkan gaya hidup anda kepada membina kecemerlangan dalam kehidupan peribadi anda.
Kursus Sijil Teknologi badan dan Baikpulih kenderaan antara kursus yang baik untuk anda.
Kemasukan ke IKM/KKTM Sesi Julai 2013 telah DIBUKA di Laman Web ekemahiran seperti dibawah :-
Kita lihat syarat ke IKM Untuk kursus ini ya:
Syarat Memohon:
Syarat Am:
1) Warganegara
2) Bertaraf Bumiputera
3) Berumur 17 - 40 tahun
4) Sihat Tubuh Badan
Kelayakan: SPM/SPMV dengan LULUS subjek Bahasa Melayu
* untuk pemohon lelaki
* pengidap pemyakit lelah(ashtma) tidak layak momohon
* tidak rabun warna
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .