CMS aplikasi bina laman web
Bangun laman web guna CMS
ADA yang mengatakan mudah untuk membangunkan laman sesawang dengan menggunakan CMS. Boleh tuan jelaskan perkara ini.
- Stanggi, Penang.
Bangun laman web guna CMS
CMS adalah singkatan bagi Content Management System iaitu sebuah
aplikasi web yang digunakan untuk membangunkan sesebuah laman atau
gerbang web mengikut kerangka-kerangka pembangunan web yang telah
disediakan.
CMS lebih kepada aplikasi pengarangan berkenaan kandungan dalaman bagi sesebuah laman web.
Apakah Perisian Terbuka?
APABILA berbincang berkenaan dengan perisian sumber terbuka, ramai yang mengaitkannya dengan perisian percuma.
Ia jauh sekali berbeza kerana perisian sumber terbuka atau open source mempunyai teori, model dan falsafahnya yang tersendiri.
Namun begitu, perisian berasaskan sumber terbuka ini sebahagiannya bercirikan perisian percuma.
Konsep perisian percuma dan perisian yang berasaskan komuniti sumber terbuka ini dimulakan oleh Richard Stallman.
Seterusnya, ia dikembangkan lagi dengan lebih spesifik dan tersusun dari segi konsep, perlesenan, perkongsian kod sumber, proses pembangunan perisian dan sebagainya oleh Bruce Perens dan Eric Raymond dalam tahun 1998.
Konsep perisian percuma yang diperkenalkan oleh Richard Stallman adalah perisian tersebut diedar secara percuma kepada sesiapa sahaja.
Konsep perisian sumber terbuka yang dipelopor oleh Bruce Perens dan Eric Raymond pula merujuk kepada perisian yang dibangunkan secara konsep yang sama diketengahkan oleh Richard Stallman.
Perisian berasaskan sumber terbuka merupakan perisian komputer yang boleh didapati dalam bentuk kod sumber asal dan para pengguna dibenarkan mempelajari, mengubah dan menambah baikan kod sumber perisian komputer tersebut.
Bagi definisinya yang lebih terperinci lagi boleh didapati di alamat URL, http://opensource.org. Ia jelas menunjukkan ciri-ciri lesen yang perlu dipenuhi oleh sesebuah perisian komputer untuk mencapai kepada status perisian berasaskan sumber terbuka ini.
Sedikit informasi daripada website Kementerian Pelajaran Malaysia:
| |
|
Pada tahun ini, Hari Perisian Sumber Terbuka (HPST) KPM 2011 akan diadakan pada 8,9 dan 10 September 2011 di Terengganu Trade Center (TTC Kuala Terengganu). HPST pada kali ini akan dihoskan oleh Kerajaan Negeri Terengganu.Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik dan berinformasi akan diadakan sempena HPST KPM 2011.
Bersempena HPST KPM 2011, KPM bersama MAMPU akan menganjurkan pertandingan OpenOffice.org di peringkat kebangsaan yang akan dibuka penyertaannya kepada semua sekolah di Malaysia. Usaha ini diadakan bagi memperkenal dan memperluaskan lagi penggunaan OSS dan seterusnya menggalakkan persaingan di peringkat nasional dalam penggunaan perisian OpenOffice.org di sekolah-sekolah di Malaysia.
|
Maklumat lanjut pertandingan ini sila layar
i http://apps.moe.gov.my/oss/
Di antara ciri-ciri lesen perisian berasaskan sumber terbuka yang dikodkan adalah berkenaan dengan pengedaran semula perisian, kod sumber, perjalanan kerja pembangunan, integriti pemunya asal kod sumber dan tiada unsur-unsur diskriminasi ke atas sesebuah kumpulan atau individu.
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .