Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label IKIP. Show all posts
Showing posts with label IKIP. Show all posts

Karnival Kemahiran Untuk Meningkatkan Kesedaran Belia Pada Peluang berasaskan kemahiran

Karnival Kemahiran Untuk Meningkatkan Kesedaran Belia Pada Peluang berasaskan kemahiran

 IKIP ADVANCED SKILLS CENTRE untuk anak-anak Pahang memiliki ilmu dan kemahiran tinggi.

PUTRAJAYA , 17 Sept (Bernama) - Penganjuran sulung Kebangsaan Karnival Kemahiran dan Ekspo 2013 di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) dari 26 Sept hingga 29 adalah selaras dengan aspirasi kerajaan untuk melengkapkan golongan muda dengan industri didorong kemahiran.Yang dianjurkan oleh Kementerian Sumber Manusia dan lapan kementerian lain yang berkaitan dengan pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TEVT ), karnival yang dijadualkan 8:00-6:00 , akan memberi manfaat kepada golongan belia, guru kaunseling , majikan dan ibu bapa.

Kerjaya Pereka Fesyen Halatuju Selepas PMR Dan SPM

Kerjaya Pereka Fesyen Halatuju Selepas PMR Dan SPM

Assalamualaikum dan sleamat sejahtera. Anak-anak didik saya ada bertanya kerjaya bidang jahitan. KhusuS buat pelajar Calon PMR 2013 dan Calon SPM 2013, semoga entry ini membantu anak-anak membuat penilaian yang tepat berkaitan minat kerjaya anda.

         Kerjaya Pereka Fesyen mengaplikasikan teknik artistik pada produk rekaan, pakaian dan promosi pakaian. Mereka berperanan dalam menentukan pemilihan pakaian yang baik menggunakan tekstur produk yang berkualiti. Salah satu bidang kerjaya yang memerlukan kreativiti seseorang individu itu adalah bidang seni reka fesyen. Dunia fesyen sentiasa berubah mengikut perkembangan masa. Pada hari ini kita boleh melihat pelbagai jenis fesyen direka bentuk dan dicipta.
 
Bidang ini sebenarnya bukanlah bidang yang menjadi monopoli kaum wanita, sebaliknya lelaki turut mengambil bahagian dan mewujudkan beberapa nama besar seperti yang dilihat pada hari ini. Ramai pereka fesyen lelaki yang terkenal dan berjaya, dalam dunia fesyen masa kini sama ada di Malaysia bahkan di peringkat antarabangsa.

Selain itu, bidang ini juga dianggap antara kerjaya yang glamor. Bidang ini dikatakan mampu memberi pendapatan lumayan serta tidak mengecewakan. Pihak media terutamanya memberikan peluang meluas kepada para pereka fesyen baru untuk menonjolkan bakat di majalah-majalah serta saluran televisyen. 

Orang ramai mudah tertarik kepada kerjaya ini kerana sifatnya mudah dilihat orang ramai. Trait personaliti memang berkaitan bidang kerjaya glamor ini. Pereka fesyen boleh dikategorikan sebagai golongan ekstrovert iaitu suka mencari perhatian, gemar sesuatu yang mencabar dan mencari pekerjaan baru.

              Saya tahu, ramai rakan di luar sana yang boleh menyatakan beberapa lagi jenis kerjaya berkaitan bidang jahitan. Semoga dengan post saya kali ini, para graduan yang baru keluar dari mana-mana institut latihan kemahiran boleh memilih arah tuju kerjaya mereka. Ingin saya rumuskan di sini tentang beberapa jenis kerjaya dalam bidang jahitan:
  1. Jurujahit
  2. Jurupotong
  3. Pengurus syarikat
  4. Tenaga pengajar
  5. Pembekal
  6. Pereka Fesyen
  7. Pensyarah
  8.  Pengilustrasi fesyen
  9.  Penyelaras warna
  10.  Pelukis grafik atau batik
  11. Penyelia Jurupakaian Gred N17 Di Sektor Kerajaan
  12.  Menceburi bidang keusahawanan fesyen dan pakaian
Anggaran Gaji

  • Sektor Awam (RM) :
  • Sektor Swasta (RM) : 2,000.00 ++
Tahap Pendidikan
  • Sijil Kemahiran Malaysia
  • Diploma Kemahiran Malaysia
  • Diploma Reka Bentuk Pakaian / setaraf
  • Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Pakaian / setaraf
  • Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk dan Seni (Reka Bentuk Pakaian) / setaraf
 Kelayakan
Pendidikan

2 atau 4 tahun ijazah dari kolej atau universiti dalam kursus rekaan fesyen, perniagaan fesyen atau yang berkaitan dengannya.

Pengalaman

Lebih kurang 7 tahun bekerja sebagai pelatih, penolong pereka dan pereka junior.

Kemahiran

Kebolehan menjahit, melukis dan kemahiran sketching, tahu menggunakan komputer terutama CAD atau computer assisted design.
 

Karier

Penolong pereka dan pengurus fesyen

Contoh Institusi

Kembara Pendidikan Negeri Pahang IKIP

Kembara Pendidikan Negeri Pahang IKIP


Kembara Pendidikan Negeri Pahang  IKIP

Tarikh : 22- 23 Jun 2012
Masa : 9.00 pagi - 6.00 petang
Tempat: Dewan Lama Majlis Daerah Rompin.

Aktiviti Menarik Menanti Anda.
  • Pameran Pendidikan.
  • Sesi Taklimat dan Pendidikan Kerjaya -
  •  Maklumat bidang pengajian yang ditawarkan di IKIP seperti Pengajian Islam, Pengurusan dan Perniagaan, Seni Lukis dan Seni Reka serta bidang Sains dan Teknologi.
  • Sesi temuduga Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang
  • Kuiz Minda
  • Cabutan Bertuah

Orang ramai, khususnya LEPASAN SPM,  dijemput hadir.

KAMPUS KOLEJ IKIP DI TAMAN GELORA KUANTAN




PETA KOLEJ IKIP DI KUANTAN

MENGAMATI MODEL KAMPUS INDUK... Dato' Sri DiRaja Adnan sedang menunjukkan sesuatu pada model kampus sambil diperhatikan oleh (dari kiri ke kanan) Dato' Prof Dr Zaleha, Dato' Saariah, Tan Sri Abdul Rashid, Dato' Dr Abdul Monir dan ahli Lembaga Pengarah, IKIP Education Sdn Bhd, Dato' Ti Lian Ker.   

Artikel di bawah (IKIP capai penarafan 5 bintang, IKIP bantu pelajar SPM pilih kursus ke IPT, Ikip teruskan program Jelajah Kembara Pendidikan) menggambarkan prestasi IKIP yang berkualiti tinggi dan dekat dengan masyarakat khususnya pelajar sekolah menengah.

*** Kampus Induk IKIP Sudahpun bermula kerja-kerja tapak. Pembinaan kampus induk Kolej Antyarabangsa IKIP ini di atas tanah seluas 6.3 hektar, dijangka siap dalam tempoh lima (5) tahun pada 2017 dengan mampu menampung pelajar 2,000 orang.
*** Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob mahukan usaha digerakkan bagi menjadikan Kolej Antarabangsa IKIP sebagai sebuah ‘full-fledged university’ (universiti sepenuhnya).
*** Boleh dijayakan sementelah Kolej Antarabangsa IKIP mempunyai keupayaan termasuklah adanya Lembaga Penasihat Akademik yang dianggotai oleh tokoh-tokoh termasuklah Dato’ Prof Dr Zaleha Kamaruddin, yang juga Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
*** Antara ciri-ciri utama kampus induk Kolej Antarabangsa IKIP yang sedang dalam pembinaan ini ialah bangunan-bangunan Canselori, dewan utama, sekolah-sekolah pengajian, pusat pelajar serta empat (4) blok asrama empat (4) tingkat. 

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .