Info Intipati Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
KUALA LUMPUR: Berikut ialah intipati Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025:
* Kementerian Pendidikan berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam
kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringat
menengah atas (Tingkatan 5) menjelang 2020.
Muat Turun PBS KBSM Tingkatan 1
Kebersihan Tandas sekolah diberi penarafan
Doa Masuk tandas
Mulai tahun ini, Kementerian Pelajaran dengan
kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memperkenalkan
Penarafan Kebersihan Tandas Sekolah dalam usaha mengamalkan budaya
tandas sekolah bersih terutama kepada golongan pelajar.
Bantuan Baucar Buku 1Malaysia Bagi Pelajar KPM Tahun 2013
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Artikel dipetik daripada Siaran KPM. Sekian terima kasih.
Bantuan Baucar Buku 1Malaysia Dan Pelaksanaan Bantuan Baucar Buku 1Malaysia
Bantuan RM100 Sesi 2013 Untuk Pelajar Sekolah Menengah
Majlis Penyerahan Bantuan RM100 Sesi 2013 Untuk Pelajar
Sekolah Menengah Kebangsaan Lepar Hilir
YB. Encik Mohd.Shohaimi Bin Jusoh
YB. Encik Mohd.Shohaimi Bin Jusoh
telah datang ke SMK Lepar Hilir bagi merasmikan
Majlis Penyampaian Bantuan RM100 Sesi 2013.
Majlis telah diadakan pada Hari Selasa, 22/1/2013 di
Dewan Bestari, SMK Lepar Hilir, Felda Lepar Hilir 1, Gambang, Kuantan, Pahang.
Berikut adalah pekeliling mengenai pembayaran bantuan RM100 kepada
pelajar sekolah sesi 2013. Ini merupakan berita baik kepada semua pelajar.
Info Sistem Pengurusan Kualiti Sekolah (SPSK)
LATAR BELAKANG
SPSK adalah singkatan bagi Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti. Tumpuan
utama dalam SPSK adalah pemantapan dari segi pengurusan dan pelaksanaan
proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di sekolah seluruh
negeri Selangor. SPSK didokumenkan berdasarkan kepada prosedur kualiti
MS ISO 9001:2008 dengan matlamat menyediakan semua sekolah di negeri
Selangor ke arah sekolah bertaraf dunia.
By Puan Ummi Friday, December 28, 2012
Bidang Perkhidmatan UBK, civil servant, ILKA, IPT, kaunseling kerjaya, kerjaya, KPT, Pekeliling Awam, Selepas Matrikulasi, selepas SPM, selepas STPM, TEVT, UPU
Pekeliling Prosedur Pengurusan Permohonan Ke IPTA, TEVT & ILKA
Berikut ialah link Surat Pekeliling Prosedur Pengurusan
Permohonan Kemasukan Ke IPTA, TEVT (Politeknik) & ILKA (Institut
Latihan Kemahiran Awam) Sesi Akademik 2013/2014.
Sarana PIBG dan Sarana Sekolah
Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025 yang telah
dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak pada
11 September,2012 mengandungi 11 anjakan utama iaitu :
1. Menyediakan akses sama rata untuk pendidikan berkualiti dengan standard antarabangsa;
2. Memastikan setiap pelajar fasih dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris;
3. Membangunkan rakyat Malaysia yang dipacu nilai murni;
4. Menjadikan perguruan sebagai profesion pilihan;
5. Memastikan pemimpin sekolah berprestasi tinggi di setiap sekolah;
6 Memperkasakan Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah untuk menyelesaikan isu mengikut keperluan;
7. Memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat untuk meningkatkan kualiti pembelajaran di seluruh Malaysia;
8. Menambah baik keupayaan penyampaian dan kapasiti kementerian;
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, masyarakat dan sektor swasta;
10. Memaksimumkan kemenjadian pelajar bagi setiap ringgit yang dibelanja;
11. Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban umum.
Berita Harian Online 11 September,2012
Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (13 Tahun)
Sumber gambar : Kementerian Pelajaran
Memahami inspirasi Kerajaan
Kerajaan telah memperuntukan sejumlah dana yang besar untuk pembangunan pendidikan negara dalam bajet 2013 sebanyak 38.7 bilion
bagi memastikan hasrat dan inspirasi pembangunan modal insan dapat
direalisasikan sepertimana yang diperincikan dalam 11 anjakan Pelan
Pembangunan Pendidikan (PPP) bagi tempoh 13 tahun akan datang. Memahami
inspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju
berpendapatan tinggi memerlukan komitmen dan kerjasama padu setiap warga
pendidik masyarakat , badan sukarela dan badan korporat memikul
tanggungjawab secara kolektif memajukan pendidikan anak-anak bagi
mendepani cabaran alaf modenisasi yang menuntut keprihatinan semua
pihak.
Prasarana pendidikan
Kementerian Pelajaran telah menyediakan prasarana pendidikan secara
gratis kepada pelajar-pelajar melalui pelupusan yuran peperiksaan PMR,
SPM dan STPM dan buku teks bagi meringankan beban ibu bapa dan
penjaga.Situasi seperti ini tidak berlaku di negara negara lain yang
terpaksa menanggung perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka setiap
smester bermula.Keistimewaan dan kemudahan ini sepatutnya disyukuri
oleh setiap ibu bapa terutama mereka yang mempunyai bilangan anak yang
ramai. Zaman persekolahan kita dulu terpaksa membelanjakan tidak
sedikit wang ringgit bagi memenuhi keperluan pelajaran. Saya masih
ingat semasa di Tingkatan Satu SM Kamil Pasir Putih dalam tahun 1970
bapa saya tidak mampu menyediakan yuran bulanan sebanyak RM7.50
menyebabkan saya mengambil keputusan pindah ke Sekolah Menengah Tok
Janggut(aliran Melayu).Begitulah peritnya derita yang di alami generasi
dahulu berbanding sekarang yang mendapat banyak kemudahan untuk
meneruskan kesinambungan pendidikan mereka.
Sarana PIBG dan Sarana Sekolah
Selama dua hari berturut-turut (10-11 Disember,2012) berlangsung Sarana
PIBG dan Sarana Sekolah anjuran Pejabat Pelajaran Wilayah Keramat
bersama Pejabat Pelajaran Wilayah Sentul di Auditorium Tan Sri Rafie
Mahat Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan (JPWP) bagi membincangkan
Anjakan ke 9 PPP iaitu Bekerjasama dengan Ibu bapa, masyarakat dan
sektor swasta.Wacana ilmiah ini dihadiri kebanyakan Pengetua/Guru Besar
dan YDP PIBG sekolah Rendah dan Menengah Zon Keramat dan Sentul.
Pengetua dan PIBG perlu berganding bahu merangka program dan aktiviti
memajukan sekolah sebagai sebuah institusi yang disegani . Peranan PIBG
membantu sekolah dalam bidang yang dibenarkan seperti termaktub dalam
pekeliling KPM bil.5/2001Batas dan Bidang Kuasa PIBG. Kesefahaman dan
keselarian tugas antara pihak sekolah dan PIBG menjadi indikator
kemajuan sekolah kerana salah satu ciri kecemerlangan ialah mengekalkan
hubungan yang harmoni bersandarkan konsep keikhlasan dan kepercayaan
(sincerity and trustworthy) untuk melihat pencapaian anak-anak dalam
pembelajaran di sekolah .
Tugas Pengetua
Peranan Pengetua selaku pemimpin,pengurus dan pentadbir menjadi cermin
kemajuan sekolah. Kegagalan mengurus dan mentadbir merencat pembangunan
pendidikan anak-anak . Tugas Pengetua ialah membentuk budaya sekolahnya
menjadi sebuah organisasi yang unggul dan berwibawa melalui kerjasama
padu setiap warga. Justeru Pengetua perlu memiliki ilmu dan kemahiran
memimpin, mengurus dan mentadbir bagi memperkasa sumber manusia untuk
mencapai matlamat organisasi yang ditetapkan.
Sebagai seorang
pentadbir,Pengetua bertanggungjawab secara instruksional memantau proses
Pengajaran dan Pembelajaran (PdanP) secara berkesan yang menjadi "Core
business" atau sasaran tahunan yang ditetapkan Kementerian Pelajaran
disamping pelbagai tugas tugas lain yang perlu dilaksanakan dengan
bijaksana,penuh hikmah dan tuntas. Kejayaaan atau kemunduran sesebuah
sekolah mempunyai kaitan langsung dengan gaya kepimpinan Pengetua
sebagai peneraju utamanya .
SISTEM PELAPORAN L4 PERKHIDMATAN
BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH
PULAU PINANG TAHUN 2012
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pekeliling ini saya muat naik di sini sebagai kemudahan saya membuat rujukan. Sekian terima kasih
PROSES KERJA PENGISIAN PELAPORAN, PENGUMPULAN
& PERUMUSAN DATA
Langkah 1
Langkah 2
Pengumpulan/pemindahan
data dibuat secara berpusat di peringkat PPD masing-masing secara dalam talian
menggunakan kaedah ‘file protocol
transfer’ (ftp) yang disediakan/dibimbing oleh Jurulatih Utama/Pentadbir Sistem
Pelaporan L4. Tempoh masa pengumpulan data : 01-06 November 2012.
Langkah 3
Perumusan data oleh JU/Pentadbir Sistem akan bermula pada 07 November 2012. Jika pihak sekolah masih
GAGAL menghantar data sehingga tarikh tersebut pihak JU atau Pentadbir Sistem akan menghubungi terus pihak Pengetua atau
Guru Besar untuk tindakan segera.
Sumber;
Kaunseling JPN Pulau Pinang
TEKS UCAPAN YAB TPM MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA DI MAJLIS PELANCARAN LAPORAN AWAL PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
TEKS UCAPAN
YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI
MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
DI MAJLIS PELANCARAN LAPORAN AWAL
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
PADA 11 SEPTEMBER 2012; PUKUL 9.15 PAGI;
BERTEMPAT DI PUSAT KONVENSYEN KUALA LUMPUR
Sila muat turun teks ucapan
di sini.
Sumber; Website Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia
Ucapan Penuh Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 - 2025
KEMAJUAN DAN KEJAYAAN
Sistem pendidikan di Malaysia telah menempa banyak kemajuan sepanjang
lebih lima dekad yang lalu. Hasil daripada Laporan Razak (1956),
kemudiannya Laporan Rahman Talib (1960), Laporan Jawatankuasa Kabinet
(1979), penggubalan Akta Pendidikan 1996, sehinggalah yang terakhir
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010), sistem pendidikan kita
telah mencatat beberapa kejayaan yang membanggakan.
Enrolmen murid pada peringkat pendidikan rendah, termasuk di sekolah
swasta, telah mencapai tahap hampir sejagat, iaitu 96 peratus (%)
berbanding hanya 40% pada tahun 1950.
Kadar enrolmen pada peringkat
menengah rendah pula telah mencapai 91%, dan menengah atas 82%.
Peningkatan yang signifikan dalam enrolmen disusuli oleh peningkatan
dalam pencapaian murid. Kadar literasi remaja telah meningkat daripada
88% pada tahun 1990 kepada kadar hampir sejagat sebanyak 99% masa kini.
Kadar literasi dewasa juga telah meningkat secara mendadak, iaitu
daripada 52% semasa negara mencapai kemerdekaan kepada 93% pada tahun
2010. Kesemua pencapaian ini amat membanggakan kita.
By Puan Ummi Sunday, September 09, 2012
civil servant, dunia pendidikan, Format SPM, KSSR, memoir seorang guru, PBS, Pekeliling Awam, PMR, sejarah, SPM
Kurikulum Silibus Baharu Subjek Sejarah Sekolah Menengah
Muhyiddin Yassin diiringi Omar Mohd. Hashim melawat Galeri Sejarah
selepas merasmikannya sebelum Mesyuarat Tahunan Majlis Ke-57
Persatuan
Sejarah Malaysia di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur. - BERNAMA
Kurikulum baharu subjek Sejarah
KUALA LUMPUR 6 Sept. - Tan Sri Muhyiddin Yassin
berkata, kerajaan sedang merangka kandungan baharu kurikulum Sejarah
dalam silibus sekolah menengah sebagai sebahagian daripada usaha memupuk
semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda.
Timbalan Perdana Menteri berkata, pendekatan itu juga dibuat selari
dengan keputusan kerajaan menjadikan
subjek Sejarah sebagai
matapelajaran wajib lulus bagi mendapatkan
Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) mulai
tahun depan.
Katanya, perkara itu juga sesuai dengan keputusan kerajaan memperkenalkan Sejarah pada peringkat sekolah rendah mulai 2014.
MERDEKA HAYATI DAN
HARGAILAH NILAI KEMERDEKAAN
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 55
REMAJA, HAYATI DAN HARGAILAH NILAI KEMERDEKAAN
Malaysia
telah banyak memperoleh kejayaan dan berada pada landasan yang tepat
untuk mencipta kecemerlangan hasil kemerdekaan yang diraih sejak 1957.
Kemerdekaan telah berjaya memberikan kita mutu kehidupan yang selesa dengan pelbagai peluang yang terbuka luas.
Negara
kita telah mampu membina kedudukan yang kukuh dalam semua bidang, sama
ada politik, ekonomi mahupun sosial agar generasi akan datang dapat
menikmati kehidupan yang lebih baik. Rakyat Malaysia bertanggungjawab
untuk memelihara dan meneruskan kesinambungan usaha -usaha yang telah
dijayakan oleh generasi terdahulu.
Kesemua
pihak yang mempunyai kepentingan di negara ini, daripada pemimpin,
tenaga kerja kerajaan, swasta, mahupun golongan profesional, buruh,
petani dan belia, mempunyai tanggungjawab penting untuk mewarnakan dan
mencorakkan masa depan Malaysia hasil kemerdekaan yang dikecapi.
Golongan
muda khususnya, tidak sepatutnya lupa akan pengorbanan generasi
terdahulu untuk memerdekakan negara ini selepas dijajah ratusan tahun
lamanya. Menghayati sejarah perjuangan bangsa menjadi satu tugas penting
manakala usaha memupuk semangat cinta akan negara perlu diteruskan.
Remaja perlu belajar bersungguh-sungguh agar menjadi orang yang berguna
hingga boleh memberi khidmat dan sumbangan kepada negara.
SPSK PK 13 - KAUNSELING
1. OBJEKTIF
Prosedur ini bertujuan untuk memastikan 100% murid mendapat
Perkhidmatan Bimbingan daripada Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam
Perkhidmatan Bimbingan, Kemahiran Belajar, Perkhidmatan Bimbingan
Kerjaya, Perkhidmatan Pembangunan Diri Murid dan Perkhidmatan Bimbingan
Motivasi, melainkan dalam hal-hal yang bukan kawalan pihak sekolah.
2. SKOP
Prosedur ini digunakan dalam semua Pengurusan dan Perkhidmatan
Bimbingan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling supaya dapat membantu
pengurusan diri murid dalam menghadapi proses pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih berkesan.
3. RUJUKAN
3.1. Manual Prosedur Kualiti
3.2. Buku Rekod Perkhidmatan Guru Bimbingan dan Kaunseling
3.3. Surat Pekeliling Ikhtisas/ Surat Siaran
Bila anda mencari-cari dimana nak muat turun borang SPSK 2012, SILA
KLIK WEBSITE TEMENGGONG IBRAHIM GIRLS SCHOOLS BATU PAHAT
Pekeliling Awam Pool, Pencen,
Akta Pencen (pindaan) 2008 Diluluskan, Pencen Dilanjut Kepada 58 Tahun
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Dewan Rakyat hari ini meluluskan
pindaan Akta Pencen 1980 yang diberi nama Akta Pencen (Pindaan) 2008
yang membolehkan umur persaraan kakitangan awam dilanjutkan daripada 56
tahun kepada 58 tahun, berkuatkuasa 1 Julai ini.
Akta berkenaan
membabitkan pegawai dan kakitangan yang bekerja sepenuh masa,
bagaimanapun pegawai yang berkenaan diberikan pilihan untuk bersara pada
umur persaraan wajib pada umur 55 atau 56 tahun seperti yang dipilihnya
sebelum 1 Julai.
Dewan Rakyat juga meluluskan Rang Undang-undang Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) 2008.
Rang Undang-undang itu akan membabitkan perbelanjaan tambahan kepada kerajaan tetapi jumlahnya belum lagi dapat ditentukan.
Timbalan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd Johari Baharum berkata
berdasarkan kajian terperinci yang dilaksanakan pada 2001 apabila umur
persaraan dilanjutkan daripada 55 tahun kepada 56 tahun, lanjutan umur
berkenaan tidak memberi kesan kepada pengangguran.
"Pelaksanaan
ini juga tidak ada tujuan politik. Kalau ada tujuan politik kita dah
lakukan sebelum pilihan raya. Lagipun ia hanya membabitkan 31,000
peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam sedangkan jawatan kosong yang
ada ialah sebanyak 200,000. Peluang pekerjaan tidak terjejas," katanya
semasa menggulung perbahasan rang undang-undang berkenaan di sini,
Khamis.
Beliau berkata kerajaan juga akan menimbangkan umur persaraan dilanjutkan kepada 60 tahun secara berperingkat.
Katanya
umur persaraan berkenaan dianggap tidak menimbulkan masalah kerana
ramai lagi kakitangan yang boleh bertugas dengan umur berkenaan dan
terdapat anggota polis yang dipanggil semula untuk bekerja kerana mereka
mempunyai kepakaran yang tidak ada pada pegawai yang sedia ada.
"Pada
sesi akan datang saya akan buat taklimat khas dengan pegawai pencen
dengan Anggota Parlimen dan Yang Berhormat boleh cadangkan yang lebih
baik pada masa akan datang. Saya telah menjelaskan harapan supaya tidak
menghampakan hasrat kerajaan di sebalik keputusan melanjutkan tempoh
perkhidmatan mereka”.
Beliau berkata anggaplah ini bukan tempoh makan gaji tetapi peluang keemasan untuk memberi jasa kepada rakyat dan negara.
Yang
Dipertua Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebelum menangguhkan
persidangan berkata setakat ini beliau berpuas hati dengan perjalanan
dewan dan ia boleh dipertingkatkan lagi sekiranya beberapa insiden yang
Anggota Parlimen sendiri maklum tidak berlaku.
"Berdasarkan
pandangan kita bersama, saya menaruh harapan yang menggunung tinggi
supaya pada masa akan datang kita akan dapat memperbaiki kelemahan.
Kalau ada jarum yang patah jangan simpan dalam peti, kalau ada silap dan
salah marilah sama-sama kita perbaiki," katanya.
Beliau juga mengucapkan Selamat Hari Gawai dan Kaamatan terutamanya kepada Anggota Parlimen dari Sabah dan Sarawak.
Tiga Rang Undang-undang diluluskan pada sidang Dewan Rakyat kali ini yang bermula 28 April lepas dan tamat hari ini.
Sidang dewan ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.
BERNAMA:29 Mei 2008
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .