Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label Halatuju selepas PMR. Show all posts
Showing posts with label Halatuju selepas PMR. Show all posts

PERMOHONAN KE SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DAN KOLEJ VOKASIONAL 2014

PERMOHONAN KE SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DAN 
 KOLEJ VOKASIONAL 2014 

PERMOHONAN KE KOLEJ VOKASIONAL DAN
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Syarat Kemasukan Murid Ke Kolej Vokasional / SMT

Para pelajar yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2013 adalah dipelawa untuk memohon ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik seluruh Malaysia bagi sesi pengambilan tahun 2014 

Syarat Umum.
i. Warganegara
ii. Tingkatan Tiga Tahun 2013
iii. Sihat dan Sesuai Fizikal
iv. Bebas daripada Penyakit Kronik



Kerjaya Pereka Fesyen Halatuju Selepas PMR Dan SPM

Kerjaya Pereka Fesyen Halatuju Selepas PMR Dan SPM

Assalamualaikum dan sleamat sejahtera. Anak-anak didik saya ada bertanya kerjaya bidang jahitan. KhusuS buat pelajar Calon PMR 2013 dan Calon SPM 2013, semoga entry ini membantu anak-anak membuat penilaian yang tepat berkaitan minat kerjaya anda.

         Kerjaya Pereka Fesyen mengaplikasikan teknik artistik pada produk rekaan, pakaian dan promosi pakaian. Mereka berperanan dalam menentukan pemilihan pakaian yang baik menggunakan tekstur produk yang berkualiti. Salah satu bidang kerjaya yang memerlukan kreativiti seseorang individu itu adalah bidang seni reka fesyen. Dunia fesyen sentiasa berubah mengikut perkembangan masa. Pada hari ini kita boleh melihat pelbagai jenis fesyen direka bentuk dan dicipta.
 
Bidang ini sebenarnya bukanlah bidang yang menjadi monopoli kaum wanita, sebaliknya lelaki turut mengambil bahagian dan mewujudkan beberapa nama besar seperti yang dilihat pada hari ini. Ramai pereka fesyen lelaki yang terkenal dan berjaya, dalam dunia fesyen masa kini sama ada di Malaysia bahkan di peringkat antarabangsa.

Selain itu, bidang ini juga dianggap antara kerjaya yang glamor. Bidang ini dikatakan mampu memberi pendapatan lumayan serta tidak mengecewakan. Pihak media terutamanya memberikan peluang meluas kepada para pereka fesyen baru untuk menonjolkan bakat di majalah-majalah serta saluran televisyen. 

Orang ramai mudah tertarik kepada kerjaya ini kerana sifatnya mudah dilihat orang ramai. Trait personaliti memang berkaitan bidang kerjaya glamor ini. Pereka fesyen boleh dikategorikan sebagai golongan ekstrovert iaitu suka mencari perhatian, gemar sesuatu yang mencabar dan mencari pekerjaan baru.

              Saya tahu, ramai rakan di luar sana yang boleh menyatakan beberapa lagi jenis kerjaya berkaitan bidang jahitan. Semoga dengan post saya kali ini, para graduan yang baru keluar dari mana-mana institut latihan kemahiran boleh memilih arah tuju kerjaya mereka. Ingin saya rumuskan di sini tentang beberapa jenis kerjaya dalam bidang jahitan:
  1. Jurujahit
  2. Jurupotong
  3. Pengurus syarikat
  4. Tenaga pengajar
  5. Pembekal
  6. Pereka Fesyen
  7. Pensyarah
  8.  Pengilustrasi fesyen
  9.  Penyelaras warna
  10.  Pelukis grafik atau batik
  11. Penyelia Jurupakaian Gred N17 Di Sektor Kerajaan
  12.  Menceburi bidang keusahawanan fesyen dan pakaian
Anggaran Gaji

  • Sektor Awam (RM) :
  • Sektor Swasta (RM) : 2,000.00 ++
Tahap Pendidikan
  • Sijil Kemahiran Malaysia
  • Diploma Kemahiran Malaysia
  • Diploma Reka Bentuk Pakaian / setaraf
  • Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Pakaian / setaraf
  • Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk dan Seni (Reka Bentuk Pakaian) / setaraf
 Kelayakan
Pendidikan

2 atau 4 tahun ijazah dari kolej atau universiti dalam kursus rekaan fesyen, perniagaan fesyen atau yang berkaitan dengannya.

Pengalaman

Lebih kurang 7 tahun bekerja sebagai pelatih, penolong pereka dan pereka junior.

Kemahiran

Kebolehan menjahit, melukis dan kemahiran sketching, tahu menggunakan komputer terutama CAD atau computer assisted design.
 

Karier

Penolong pereka dan pengurus fesyen

Contoh Institusi

Semakan Ke ILP 2013 Diploma Vokasional Malaysia Lepasan PMR 2012

Semakan Ke ILP 2013 Diploma Vokasional Malaysia Lepasan PMR 2012

APLIKASI SEMAKAN TAWARAN KE INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Aplikasi Semakan Tawaran ke Institut Latihan Perindustrian, Kementerian Pendidikan Malaysia, boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia bermula 18 Jun 2013 (Selasa) sehingga 31 Julai 2013 (Rabu).


Semakan Temubual ke Institut Latihan Perindustrian (ILP) 2013

Semakan Temubual ke Institut Latihan Perindustrian (ILP) 2013

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Susulan entry saya sebelum ini, Permohonan ke ILP Bagi lepasan PMR 2012, DI SINI.

Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Temubual ke Institut Latihan Perindustrian (ILP) 2013, boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia bermula 03 Jun 2013 (Isnin) sehingga 09 Jun 2013 (Ahad).


Permohonan Diploma Vokasional Malaysia di Institut Latihan Perindustrian Lepasan PMR

Permohonan Diploma Vokasional Malaysia di Institut Latihan Perindustrian Lepasan PMR

Sila klik gambar untuk melihat senarai Kursus Diploma Vokasional Malaysia di Institut Latihan Perindustrian untuk lepasan PMR 2012



Permohonan ke Program Diploma Vokasional Malaysia di Institut Latihan Perindustrian

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Petikan daripada website rasmi KPM. Sukacita dimaklumkan bahawa Aplikasi Permohonan ke Program Diploma Vokasional Malaysia di Institut Latihan Perindustrian boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia bermula 13 Mei 2013 (Isnin) sehingga 29 Mei 2013 (Rabu). 

Permohonan dibuka kepada Lepasan PMR 2012. Anda  yang berminat bolehlah terus memohon sekarang ya. Jangan nanti tarikh sudah ditutup baru nak mohon. Program ini sangat menarik. Saya difahamkan program selama 4 tahun ini dijalankan di ILP. Program diploma beserta Kemahiran dari Tahap 1-4 ini bagi saya sangat menarik.


Kolej Vokasional Dato Lela Maharaja Rembau Negeri Sembilan

Jom Kenali Kolej Vokasional,
Kolej Vokasional Dato Lela Maharaja Rembau Negeri Sembilan

SMVDLM  telah 100% menjadi Kolej Vokasional Dato' Lela  Maharaja, Rembau.



 Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja 2013


Lencana Sekolah  

Sejarah Logo Sekolah Vokasional Pertanian-SMTDLM

Visi  Kolej
KVDLM menerajui aliran vokasional pertanian di Malaysia.
Misi Kolej
Bermuafakat melahirkan insan mapan melalui pendidikan bersepadu dan berkualiti.
Dasar Kualiti Kolej
Kami warga KVDLM dengan penuh iltizam akan menumpukan tenaga dan usaha kami untuk membangunkan potensi pelajar.
Kolej ini merupakan salah sebuah dari 4 buah kolej vokasional KPM  yang
menawarkan diploma vokasional pertanian dengan pilihan  kursus kemahiran  pertanian seperti Hortikultur Hiasan , Lanskap, Pengurusan Perniagaan, Agroindustri Tanaman, Agroindustri Ruminan, Agroindustri Poultri, Akuakultur , Pemprosesan Hasil Pertanaian dan Mekanisasi Agro.. 

Kolej Vokasional ERT Setapak

Kolej Vokasional ERT Setapak

Kolej Vokasional SMV-ERT Setapak 


Kolej Vokasional ERT Setapak
Jalan Genting Kelang, Setapak, 53300 KL


1) Telefon: 03-4149 5578
2) Faks: 03-4149 4899
3) Email: whe0001@gmail.com

SMV-ERT Setapak tawar kursus diploma


INFO
 

Kolej Vokasional SMV-ERT Setapak
  • Menyediakan 15 bengkel untuk empat kursus
  • Mempunyai dua restoran kursus seni kulinari
  • Program keusahawan buka dua pusat asuhan kanak-kanak
  • KV ERT Setapak mempunyai 388 pelatih

Kuala Lumpur: Transformasi Bidang Vokasional di bawah kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menyaksikan Sekolah Menengah Vokasional Ekonomi Rumah Tangga (SMV-ERT) Setapak, Jalan Genting Klang, di sini, meningkat fungsinya.



Ia kerana bermula awal tahun ini, Kementerian Pelajaran mewujudkan Kolej Vokasional (KV) di kawasan sama di bawah pentadbiran di SMV itu yang menawarkan kursus peringkat diploma selain sekolah vokasional harian biasa. 



PELUANG KEDUA LEPASAN PMR PENERAJU UNTUK KERJAYA KEMAHIRAN VOKASIONAL

PELUANG KEDUA LEPASAN PMR PENERAJU UNTUK KERJAYA KEMAHIRAN VOKASIONAL

PENERAJU BUKA RUANG UNTUK BAKAT BESAR TAPI TERCICIR

KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Ketika ini puluhan ribu pelajar lepasan
Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) sedang
berdebar-debar menantikan surat tawaran ke Institusi pengajian Tinggi Awam
mahupun swasta. 

Bagi yang cemerlang keputusannya, tentulah tidak timbul sebarang kegusaran.
Namun, bagi yang cukup-cukup makan atau yang memang tidak bernasib baik
dalam bidang akademik, hasrat menyambung pelajaran mungkin dianggap sebagai
igauan semata-mata. 


Apatah lagi jika kemampuan kewangan keluarga agak terbatas. Bagaimana pula
jika ada yang seusia mereka benar-benar keciciran sekolah sejak tingkatan empat
lagi? 


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata,
berdasarkan statistik yang diperolehnya, menunjukkan bahawa anak dalam
lingkungan umur 15-16 tahun yang menyambung pelajaran ke tingkatan empat dan
lima adalah jauh lebih rendah daripada jumlah populasi umur itu. 


Daripada purata populasi 1.076 juta orang, hanya 832,000 sahaja yang
menyambung ke tingkatan empat dan lima. Bermakna lebih 244,000 orang tidak
menyambung ke tingkatan empat dan lima. 


"Kita pasti daripada jumlah 244,000 ini, ada yang menyambung pelajaran di
sekolah bukan kerajaan, akan tetapi kita juga pasti bahawa sebahagian besar
daripada jumlah ini adalah benar-benar tercicir dari sekolah," katanya. 


Cara Rayuan Ke Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional 2013

Cara Rayuan Ke Sekolah Menengah Teknik
 dan Kolej Vokasional 2013







Assalamualaikum dan selamat sejahtera. (Entry ini telah dipubish pada 12/1/2013 dan akan menjadi sticky psot sehingga 23/1/2013) 

Apa khabar semua? Ramai pelajar Tingkatan 4R SMKLH  datang berjumpa saya bertanyakan tentang Permohonan Ke Sekolah Vokasional.  Sebagaimana yang telah diketahui sebelum ini, permohonan telah ditutup pada 30.12.2012. Boleh rujuk entry sebelum ini, Permohonan ke Sekolah Menengah Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional 2013 di sini.

Kepada pelajar SMK Jengka 2 yang telah menghadiri Aktiviti Program Selepas PMR, Anjuran Unit Bimbingan Kaqunseling SMK Jengka 2,  Taklimat Kemasukan Ke Kolej Vokasional Chenor, Maran telah pun diadakan pada Oktober 2012 lalu. 

Begitu juga bekas pelajar saya di SMK Jengka Pusat 2(KLIK DI SINI), yang saya temui sewaktu cuti sekolah tempoh hari, yang mencapai keputusan PMR sangat sederhana dan telah pun memohon Sekolah Vokasional dan Kolej Vokasional KPM. 

Terima kasih kerana anak-anak pelajar masih mengikuti perkembangan blog CIKGUKAUNSELING.COM ini seperti dahulu. Terima kasih atas sokongan anak-anak pelajar dan sahabat-sahabat guru di SMKJP2.

Para pelajar yang berminat aliran Vokasional termasuk Sijil Kemahiran Malaysia di Kolej Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah memohon secara online di website Kementerian Pelajaran Malaysia. Kini anak-anak pelajar boleh buat semakan. Bagi yang memohon bersama dengan saya tempoh hari, tahniah ya  telah berjaya dalam permohonan anda. Gunakan peluang dan ruang yang ada untuk mengasah ilmu kemahiran yang ada sebagai bekalan masa hadapan anda.
Pemilihan bagi kemasukan ke Sekolah Menengah Vokasional, Sekolah Menengah Teknik  dan Kolej Vokasional adalah di bawah keputusan Jawatan kuasa Pemilihan Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia. Keputusan tersebut adalah muktamad. 

Tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang gagal, janganlah gundah.

Calon yang gagal tetap diberi peluang membuat rayuan, bergantung kepada kekosongan.
Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran, mereka boleh membuat rayuan. Rayuan boleh dibuat terus kepada Sekolah Menengah Teknik atau Kolej  Vokasional yang berkenaan. 


Sila klik Senarai Sekolah Menengah teknik dan Vokasional di Malaysia di sini

Kaedah membuat rayuan ke SMK Teknik, SM Vokasional dan Kolej Vokasional adalah mudah, tidak sesukar seperti rayuan ke SBP dan MRSM. 

Ok, para pelajar khususnya para pelajar Tingkatan 4R SMK Lepar Hilir yang berminat sila ikut langkah-langkah berikut.



TAKLIMAT KE KOLEJ VOKASIONAL CHENOR PROGRAM SELEPAS PMR

TAKLIMAT KE KOLEJ VOKASIONAL CHENOR MARAN 
PROGRAM SELEPAS PMR UBK SMK JENGKA 2 2012


Gambar Suasana di Kolej Vokasional Chenor dari website http://www.smtchenor.bptv.edu.my/



Gambar Program Selepas PMR SMK Jengka 2 2012,
 Taklimat Kemasukan Ke Kolej Vokasional Chenor 
Taklimat disampaikan Kaunselor Kolej Vokasional Chenor


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nampaknya begitu ramai yang berminat untuk memohon mungkin disebabkan oleh Sekolah Vokasional telah dinaiktaraf menjadi kolej dan pendidikan sehingga Diploma. Samada soalan di blog cikgukaunseling.com mahupun daripada para pelajar SMKLH sendiri.

 Bahkan ada pelayar yang meminta saya membuat artikel berkaitan Kolej Vokasional. Saya minta maaf saya tak dapat penuhi hajat itu memandangkan saya perlu utamakan komitmen utama saya terhadap core business saya di sekolah di mana saya Allah hantarkan saya.

Bagaimanapun, pelayar dan pelajar yang hendak mengetahui Konsep Kolej Vokasional, bagi calon PMR 2012 di SMK Jengka 2, Unit Bimbingan Kaunseling telah pun mengadakan taklimat berkaitan khas untuk lepasan PMR 2012. Kiranya gambar Program Selepas PMR pada entry ini adalah entry tertangguh saya. Takpelah yang penting Laporan Program Selepas PMR SMK Jengka 2 telah pun saya dan rakan-rakan setugas hantar kepada Puan Pengetua Cemerlang SMK Jengka 2, Puan Hajah Wan Maimun Bt Wan Nawi.

Bagi yang ingin tahu Kolej Vokasional sila ikuti Konsep Kolej Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia, sila klik muat turun di sini bagi mengetahui lebih lanjut. Artikel disediakan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia, Hj Ahmad Tajudin Bin Jab.


Ada juga pelajar yang bertanya ke manakah halatuju selepas SPM KLIK DI SINI bagi yang mengambil aliran teknikal? Salah satunya, adalah Aliran Teknikal Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia  di sini.

SM Teknik Pertanian Chenor merupakan sebuah sekolah berasaskan teknik dan vokasional yang menumpukan kepada pertanian dan satu-satunya sekolah pertanian di negeri Pahang. Sekolah ini telah banyak melahirkan ramai usahawan dan tenaga teknikal berkaitan bidang pertanian.

Kini Sekolah Teknik Pertanian Chenor telah dinaik taraf menjadi KOLEJ VOKASIONAL CHENOR.

Sedikit info menarik sistem pembelajaran di Kolej Vokasional bagi Aliran SKM ialah dari sistem pembelajarannya. Sistem pembelajaran dan masa juga berubah menjadi 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan pengenalan sistem semester. 

Tidak rugi pun masuk Kolej Vokasional ini. Ok, cuba buat kiraan dari segi usia. Kebiasaannya pelajar akan menamatkan SPM pada usia 17 tahun dan masuk ke IPT usia 18 tahun. Sambung pelajaran di IPT untuk peringkat Diploma 3 tahun dan tamat pada usia 21 tahun. 

Berbanding mengambil peringkat Diploma di Kolej Vokasional usia 16 tahun selama 4 tahun dan tamat pada usia 20 tahun. Walaupun jurang masa hanya setahun tetapi dari segi kos masa dan belanja dapat dikurangkan. 

       Ramai yang tidak menyedari, sekolah ini merupakan antara sekolah yang banyak menyumbang pelajar-pelajar yang berjaya dalam bidang akademik dan teknikal pertanian. Usaha pihak sekolah dalam memajukan potensi diri pelajar amat baik dan satu kebanggaan bagi daerah Maran sendiri. Dengan adanya kemahiran-kemahiran pertanian dan perladangan, kita percaya dapat melahirkan ramai tenaga penting untuk kemajuan negara kita.



SEMAKAN TAWARAN KE SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DAN KOLEJ VOKASIONAL TAHUN 2013

SEMAKAN TAWARAN KE 
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DAN KOLEJ VOKASIONAL TAHUN 2013





SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN KE KOLEJ VOKASIONAL DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TAHUN 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran Kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Tahun 2013 boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia bermula 11 Januari 2013 (Jumaat).




SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TENTERA DARAT (SPPTD)

INFO SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TENTERA DARAT (SPPTD)



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Artikel saya sebelum ini berkaitan SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TENTERA DARAT (SPPTD) telah diserang hackers. Saya harap artikel di blog ini, tidaklah diserang. Ini kerana blog ini diwujudkan bukanlah berorientasikan keuntungan tetapi sebagai kemudahan untuk saya dan pelajar-pelajar saya membuat rujukan.

Kepada lepasan PMR, antara halatuju kerjaya dan cita-cita anda ialah, anda boleh melanjutkan pelajaran di SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TENTERA DARAT (SPPTD).

 Pelajar-pelajar LELAKI lepasan PMR untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang vokasional selama 2 tahun di Sekolah Pertukangan Perantis Tentera Darat (SPPTD), Port Dickson, Negeri Sembilan. Sebuah sekolah berasrama penuh, lengkap dengan semua kemudahan yang disediakan secara percuma. Anda juga akan diberikan elaun bulanan dan setelah tamat pengajian, anda akan diberikan pekarjaan yang tetap dalam Angkatan Tentera Malaysia.  


 Berikut ialah info pengambilan Perantis  pada tahun 2009 yang lalu, yang boleh kita ambil sebagai panduan:

PERMOHONAN KE SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TENTERA DARAT (SPPTD)


Halatuju selepas PMR

Halatuju Selepas PMR (bahagian 1)




Myraudhatulukhuwah memerhatikan pelbagai reaksi pelajar yang mengambil keputusan peperiksaan PMR.

Suatu hal yang sering menjadi dilema ialah,

"Ke Mana Saya Selpas PMR, Cikgu?'

"Keputusan PMR saya7A 1B, adakah sekolah kita tawarkan aliran Sains cikgu?"

"PMR saya just cukup makan je cikgu. Saya nak jadi mekanik. Boleh ke saya teruskan belajar di sekolah ini? atau saya terus ke Giat Mara?"

Saya tidak pasti. Saya cuma beranggapan ramai pelajar lepasan PMR  yang masih dalam dilema untuk menetukan ke mana hala tuju mereka selepas PMR. Tanggapan awal myraudhatulukhuwah ini berdasarkan pengalaman dalam bidang pendidikan.

Mahu memilih aliran sains atau sastera? Teknik, MPV (Mata Pelajaran Vokasional di sekolah harian biasa) atau Vokasional di Sekolah Menengah Vokasional?  Atau perdagangan? Atau teruskan berada di aliran agama tulen tanpa mengambil Biologi dan Kimia bagi pelajar aliran agama penuh?

Belum lagi bab mata pelajaran yang hendak diambil. Hendak ambil mata pelajaran apa? Matematik tambahan? Biologi? Lukisan Kejuruteraan? Prinsip Akaun? Perdagangan?


Percayakah pelajar bahawa pemilihan tersebut akan banyak memberikan kesan kepada jalan-jalan yang akan mereka tempuh untuk mencapai cita-cita mereka?


Keputusan peperiksaan PMR  adalah penting untuk  menjadi kayu ukur bidang apakah yang akan pelajar ambil semasa dalam Tingkatan 4. Aliran dan mata pelajaran yang pelajar ambil semasa di Tingkatan 4 akan menentukan bidang kerjaya pelajar akan datang.

Misalnya, jika pelajar itu ingin menjadi doktor, mestilah ada kelulusan yang baikd alam mata pelajaran Biologi. Jika ingin menjadi jurutera, salah satu mata pelajaran yang perlu diambil ialah Lukisan Kejuruteraan selain Fizik.

Jika ingin menjadi kadhi atau mufti, pelajar itu pula mestilah mempunyai kelulusan yang baik dalam aliran agama. Oleh itu, selepas PMR, pelajar itu mesti mengambil mata pelajaran yang bersesuaian dengan cita-citanya,  seperti Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Syariah Islamiah dan Pendidikan Al Quran dan As Sunnah.

Bagi pelajar lepasan PMR yang ingin mengambil aliran agama, pelajar berkenaan mestilah mempunyai asas dalam Bahasa Arab peringkat PMR. Selain kesinambungan mata pelajaran yang telah diambil semasa Tingkatan 1 lagi (iaitu aliran agama diambil sejak Tingkatan 1).

Setiap pelajar ada menyimpan hasrat dan cita-cita dan impian masing-masing. Mahu jadi apa 7 atau  8 tahun akan datang.

Menjadi seorang doktor perubatan atau jurutera, atau akauntan, ahli farmasi, arkitek, peguam, guru, jururawat, kerani dan sebagainya.

Untuk memahami tentang minat kerjaya dan mengenali personaliti anda, eloklah anda melakukan Ujian Personaliti Sidek Noah (Iventori Minat kerjaya, dan Iventori Personaliti Sidek).

Jika anda masih keliru dengan iventori ini, sila bertemu secara bersemuka dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling anda di sekolah. Ingat, usah malu berjumpa guru. Jadikan guru sebagai mentor anda dan teman.

Sekian

Di sini myraudhatulukhuwah sertakan artikel yang dipetik dari Utusan malaysia, Disember 2009 sebagai rujukan tambahan. Sumber, klik sini.

Hala Tuju Selepas PMR
Oleh Suliati Asri

ADA yang menangis gembira, ada yang sedih, meraung atau sekadar berdiam diri di sudut sunyi selepas menerima keputusan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR), Khamis lalu. Mereka yang lulus cemerlang pasti sudah mencongak sekolah asrama penuh atau tingkatan empat aliran sains, sastera dan perdagangan.

Bagi yang gagal, adakah perlu mengulang semula atau mencari peluang lain yang berbentuk kemahiran atau teknikal? Ke arah mana hala tuju mereka selepas ini? Ketika inilah kebijaksanaan memilih penting kerana jika tersilap, ia akan memberi kesan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), malah peluang ke menara gading.

Jika minat untuk belajar masih membara, teruskan perjuangan ke tingkatan empat atau sekolah asrama penuh. Namun, jika semangat belajar tinggal nyawa-nyawa ikan, lebih baik memilih bidang lain yang ada kaitan dengan kemahiran atau teknikal.

Penolong Pengarah Unit Kaunseling, Sektor Kaunseling dan Disiplin, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran, Raja Mazlan Raja Shahdan, berkata ketika ini pelajar tiada masalah menentukan aliran atau sekolah yang diinginkan untuk meneruskan pembelajaran di tingkatan empat. Beliau berkata, semua pelajar tahu untuk memilih kesesuaian aliran berdasarkan kecenderungan diri atau minat kerana kementerian sudah memberi panduan kepada mereka selepas selesai menempuhi peperiksaan PMR.

"Selepas peperiksaan PMR, pelajar digalakkan mengikuti kursus untuk mengetahui kecenderungan mereka sama ada akademik atau kemahiran.

"Selepas mendapat keputusan PMR, pelajar sudah tahu hala tuju mereka, tetapi sebarang pemilihan perlu mengambil kira keputusan yang diperoleh," katanya.

Kata Raja Mazlan, kebanyakan masyarakat berpendapat bahawa minat adalah sangat penting dalam membuat keputusan kerana jika berminat, pelajar mampu melakukan yang terbaik.

"Itu benar. Jika pelajar terbabit cenderung kepada kemahiran, dia sepatutnya mengambil bidang itu. Namun, ia juga bergantung kepada keputusan peperiksaan. Ini kerana untuk meneruskan pelajaran di sekolah teknik, ada subjek yang disyaratkan untuk lulus cemerlang, antaranya Kimia dan Fizik. Jika memenuhi syarat terbabit, peluang itu terbuka luas. Tapi jika sebaliknya, mereka perlu akur dan mengambil pilihan lain," katanya.

Apa yang penting, katanya, pelajar perlu berjumpa dan berbincang dengan guru kaunseling bagi mengelak membuat pilihan salah.

Mengulas mengenai keengganan pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang mengambil aliran sains atau mana-mana aliran yang dipilih pihak sekolah berdasarkan keputusan mereka, menurut Raja Mazlan, pelajar boleh membuat pertukaran, tetapi mengikut kekosongan yang ada."Perkara ini memang banyak berlaku terutama pelajar Melayu yang takut mengambil aliran sains walaupun memperoleh keputusan cemerlang.

"Jika tiada kekosongan dan pelajar tetap enggan ke aliran sains, mereka perlu memohon bertukar ke sekolah lain yang menawarkan aliran sastera atau perdagangan," katanya.

Untuk mewujudkan kelas mengikut aliran yang dikehendaki, minimum dalam satu kelas itu adalah 15 pelajar.Bagaimanapun, katanya, perkara berkenaan jarang berlaku kerana sebaik saja pelajar memulakan sesi persekolahan, mereka sekali lagi perlu mengikuti sesi orentasi khas.

"Sepanjang orentasi ini, pelajar akan diperkenalkan dengan semua subjek dan aliran satu persatu supaya mereka boleh memilih mengikut kesesuaian, keputusan dan minat. Pihak sekolah akan menentukan kelas yang bersesuaian mengikut keputusan mereka. Tetapi mereka masih boleh memilih apa yang mereka mahu," katanya

Apabila pelajar sudah faham dengan semua subjek yang ada, mereka sekali lagi mengikuti sesi orentasi sebelum membuat keputusan.Ia dilakukan supaya mereka benar-benar faham dengan aliran yang bakal mereka ambil dan hala tuju masa depan.

"Justeru, dilema menentukan aliran atau sekolah untuk meneruskan pembelajaran di tingkatan empat, sepatutnya tidak berlaku," katanya.

Menurutnya, dalam menentukan hala tuju pelajar, Kementerian Pelajaran bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerusi program Jom Masuk U untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar terutama tingkatan empat hala tuju selepas peperiksaan SPM.

"Mereka digalakkan mengunjungi pameran pendidikan yang diadakan. Ini membolehkan mereka merancang hala tuju dan pengkhususan yang sesuai dengan aliran yang mereka ambil," katanya

Mengenai keputusan PMR yang diumumkan Khamis lalu, beliau berkata bagi pelajar yang cemerlang, ini adalah permulaan ke arah masa depan lebih gemilang, tetapi jangan terlalu gembira kerana halangan seterusnya ialah SPM.

Sementara itu, keputusan PMR 2009 yang diumumkan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimudin Mohd Dom, meningkat apabila seramai 28,188 pelajar memperoleh A bagi semua mata pelajaran berbanding 26, 378 tahun lalu.

Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini ialah 2.83 berbanding 2.78 tahun sebelumnya. Manakala jumlah calon luar bandar yang mendapat semua A ialah 4,775 berbanding 4,345 pada 2008.Pada tahun ini, 87,936 pelajar melepasi tahap minimum A,B,C,D berbanding 88,565 tahun sebelumnya dan pelajar yang mendapat semua E pula adalah 123 orang daripada 159 pada tahun lepas.Untuk pelajar istimewa pula, daripada 134 yang mengambil peperiksaan itu tahun ini, tujuh orang mendapat semua A. Pelajar istimewa, Siti Raihan Abdul Nasir dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Syed Ahmad Kuala Nerang, Kedah, yang rabun, berjaya memperoleh 9A.

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Teknik/ Vokasional 2011

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Teknik/ Vokasional 2011

Assalamualaikum kepada pelayar Muslim teratak ini dan selamat sejahtera semua.

Kepada para pelajar yang telah menduduki peperiksaan PMR pada 2010, myraudhatulukhuwah ingin memaklumkan jika pelajar berminat mengambil aliran teknikal dan vokasional, di Sekolah Menengah Vokasional (SMV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) pada 2011, bahawa permohonan masih dibuka.

Sila layari website http://esptv.moe.gov.my bagi membuat permohonan secara online.

Pelajar boleh mendapat bantuan Guru Bimbingan Kaunseling di sekolah anda.

Di sini, myraudhatulukhuwah muatnaik sebahagian makluman tersebut untuk kemudahan pemilik blog ini membuat rujukan.

Permohonan Kemasukan ke sekolah Teknik/  Vokasional 2011


Pelajar-pelajar yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 adalah dipelawa untuk memohon ke Sekolah Menengah Vokasional (SMV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) bagi sesi pengambilan tahun 2011.

Syarat-syarat Umum:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.

  • Pemohon hendaklah berada di Tingkatan 3 dan telah menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2010.

  • Dilahirkan dalam tahun 1995 atau selepasnya.

  • Sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal. Bebas dari penyakit lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy) yang serius dan sebagainya. (Penyakit-penyakit ini akan membahayakan terutama semasa menjalankan kerja amali).

  • Tidak rabun warna bagi semua program Teknikal, Vokasional dan Kemahiran yang berkaitan Elektrik dan Elektronik.

Cara Memohon:

  • Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web: http://esptv.moe.gov.my atau datang sendiri (walk-in) ke SMV/SMT berhampiran

  • Tarikh bermula permohonan pada 4 Oktober 2010.

Mengubahsuai Pilihan Permohonan:

  • Setiap permohonan boleh diubahsuai sehingga 26 November 2010.

Rayuan Kemasukan:

  • Sekiranya permohonan tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan terus melalui online atau terus ke SMV/SMT yang berkenaan mulai 1 Disember 2010.

Kemudahan Asrama:

  • Kemudahan asrama disediakan di semua SMV/SMT kecuali SMV Kuching, Sarawak, tertakluk kepada had yang ditetapkan.

Muat Turun Borang

Bagi pemohon yang tidak dapat membuat permohonan secara online, sila muat turun Borang berkaitan Kemasukan ke SMV/SMT 2011 di bawah:


  • Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke SMV/SMT berkenaan. Tarikh akhir penghantaran Borang Kemasukan ialah 26 November 2010.

Permohonan dan maklumat lanjut sila kunjungi laman web Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik / Vokasional 2011.

Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Sekolah Menengah Teknik yang berhampiran atau Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03-8884 5154 / 5067 / 5088 / 5084 / 5092.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan untuk ke Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional 2011 belum dimaklumkan lagi.

Muat Turun Dokumen Panduan

Update pada 3 Disember 2010.


Oleh kerana ada pertanyaan, tentang bilakah keputusan akan keluar.  keputusan ke Sekolah Menengah Teknik Sesi 2011 telah diketahui.


Semakan Tawaran Kemasukan Ke Sekolah Menengah Vokasional Dan Teknik Tahun 2011 telah dibuka bermula 01 Disember 2010 (Rabu) melalui laman webKementerian Pelajaran Malaysia. Sila klik sini, untuk maklumat lanjut. Sekian terima kasih

Ke Mana Selepas PMR

Ke Mana Selepas PMR



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada para pelajar, Peperiksaan PMR sebenarnya amat penting dalam kamus kehidupan anda sebagai seorang pelajar. Oleh itu, bersedialah dari sekarang agar masa yang ada dapat anda manfaatkan sebaiknya.

Sedarkah anda, betapa pentingnya PMR ini? Iya, PMR penting kerana  selepas PMR adalah detik  penting bagi menentukan halatuju anda pada masa hadapan.

Ini kerana ia menentukan bidang kerjaya yang akan anda ceburi pada masa hadapan bergantung kepada subjek yang anda ambil untuk sijil terbuka di tingkatan 4 dan 5.

Selepas mendapat keputusan PMR, Para pelajar hendaklah berbincang dengan ibubapa masing-masing tentang halatuju pelajar selepas PMR. Penentuan aliran selepas ini merupakan keputusan terpenting yang perlu dibuat kerana pelajar  akan meneruskan pembelajaran pelajar di Tingkatan 4 dan 5.

Samada dalam aliran Sains Tulen, Sastera, Vokasional mahupun Perdagangan. 

Sebagaimana yang kita sedia maklum, Sijil SPM  sebagai tiket untuk anda melanjutkan pelajaran diperingkat Institusi Pengajian Tinggi.

Penentuan dan ketetapan pemilihan subjek adalah tertakluk kepada kenyataan dan pekeliling berikut:

CONTOH ALIRAN

Contoh pilihan mata pelajaran murid aliran sains dan murid aliran agama sains


Aliran Sains

1.     Bahasa Melayu
2.     Bahasa Inggeris
3.     Matematik
4.     Sejarah
5.     Pendidikan Moral
6.     Fizik
7.     Kimia
8.     Biologi
9.     Matematik Tambahan
10.     Prinsip Akaun


Mata pelajaran tambahan

1.    Bahasa Tamil
2.    Kesusasteraan Tamil

Aliran Agama Sains                

1.   Bahasa Melayu
2.    Bahasa Inggeris
3.    Matematik
4.    Sejarah
5.    Fizik
6.    Kimia
7.    Biologi
8.   Matematik Tambahan
9.   Pendidikan Quran dan Sunnah
10. Pendidikan Syariah Islamiah

    
Mata pelajaran tambahan


1.     Bahasa Arab


1. KE MANA ANDA SELEPAS PMR

a.SEKOLAH MENENGAH HARIAN
( Sekurang-kurangnya lulus mendapat 1D)

b.SEKOLAH MENENGAH BERASRAMA PENUH

c.MAKTAB RENDAH SAINS MARA

d.SEKOLAH MENENGAH BERASRAMA PENUH SWASTA YAYASAN SAAD

e.MAKTAB TENTERA DIRAJA
( Lulus dan mendapat 7A bagi pelajar lelaki dan 8A bagi pelajar perempuan serta aktif kokurikulum)


f.SEKOLAH PERTUKANGAN PERANTIS TENTERA DARAT

g.SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
(Lulus dan mendapat sekurang-kurangnya mendapat 3A)

h.SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL

(Lulus dan mendapat sekurang-kurangnya 3C)


i.BEKERJA
(mengikut kelulusan yang ada)
2. UMUR- 16 tahun ke atas
- Pelajar sekolah bantuan penuh kerajaan atau pelajar sekolah swasta/calon persendirian

3. KELAYAKAN

- Sekurang-kurangnya lulus D satu mata pelajaran
- 7A bagi pelajar lelaki dan 8A bagi pelajar perempuan serta aktif menyerta kegiatan ko-kurikulum di sekolah.

-Sekurang-kurangnya LULUS 3A dalam mata pelajaran yang ditetapkan
-Sekurang-kurangnya LULUS 2C dalam mata pelajaran yang ditetapkan
-Mengikut pekerjaan yang ditawarkan


4. KELEBIHAN MEMILIH SEKOLAH BERASRAMA PENUH
4.1 Berpeluang mengikuti pelajaran dengan lebih selesa dengan jumlah pelajar 25 orang dalam satu kelas
4.2 Tinggal diasrama dengan bayaran yang paling minima
4.3 Kemudahan dewan belajar, ibadah, makan dan riadah disediakan.
4.4 Rawatan kesihatan 24 jam dan percuma
4.5 Waktu belajar yang sistematik dan tersusun
4.6 Pemberian wang saku kepada pelajar yang datang dari keluarga
kurang mampu.

5.0 RUMUSAN
5.1 Peluang memilih sekolah yang baik dan selesa adalah bergantung kepada kelayakan PMR yang anda miliki
5.2 Lebih cemerlang keputusan anda lebih banyak pilihan untuk anda
5.3 Peluang sentiasa terbuka kepada anda tepuk dada tanya selera, sekolah bagaimanakah yang anda idamkan

Artikel di bawah ini diambil dari Harian Metro DAN Utusan Malaysia

Kenal pasti minat, bakat

Oleh Faizatul Farlin Farush Khan

SEMUA orang mempunyai pekerjaan idaman tetapi tidak semua dapat mencapai cita-cita asal mereka. Kebanyakannya ingin menjadi doktor, jurutera, peguam, arkitek, guru, pensyarah atau penyanyi. Mungkin kerana pekerjaan ini antara yang paling popular.

Namun harus diingat, di dalam dunia ini banyak lagi pekerjaan lain tidak kurang menarik dan mampu menjadi sumber pendapatan.

Kita mesti membuka lebih banyak pilihan dan tidak kecewa jika terlepas peluang mencapai cita-cita asal. Mungkin peluang yang ada di depan mata boleh digunakan untuk dijadikan sumber pendapatan.

Sebelum itu, kita perlu mengenal pasti minat dan kecenderungan selain bakat. Jika seseorang itu jenis yang sayangkan kanak-kanak dan bercita-cita menjadi guru tetapi tidak berjaya, mungkin alternatif lain yang boleh dibuat dengan membuka taska atau tadika.

Dengan itu, secara tidak langsung cita-cita untuk berdampingan dengan kanak-kanak dan mendidik mereka dari awal untuk menjadi insan yang berguna tercapai.

Walau apapun bidang yang anda ingin ceburi, yang paling utama adalah minat mendalam terhadap apa yang anda lakukan. Dengan minat, pekerjaan dapat dilaksanakan dengan bersemangat dan lebih baik. Anda perlu ingat pekerjaan tidak seharusnya dibuat separuh jalan atau untuk dua tiga tahun tetapi mengambil masa yang panjang.

Minat yang mendalam membantu anda lebih maju dalam bidang dipilih selain tidak rasa kepenatan, terutama jika membuat keputusan untuk berniaga. Jangan buka taska jika anda tidak suka atau tidak tahan dengan kanak-kanak, hanya kerana ingin mengaut keuntungan. Bekerja bukan semata-mata untuk wang tetapi ia perlu membuat anda gembira.

Namun demikian, ada juga orang yang mempunyai minat yang berubah-ubah dan dipengaruhi persekitaran seperti pulangan ekonomi, suasana tempat kerja dan motivasi kerja.

Apa yang penting anda perlu mengenal pasti minat dan sifat diri anda yang sesuai memajukan diri dalam kerjaya. Ini kerana manusia terbahagi kepada enam kelompok personaliti berbeza seperti realistik, bersikap menyelidik, artistik, sosial, keusahawanan dan konvensional.

Wartawan contohnya termasuk dalam kategori sosial, iaitu golongan yang berminat kepada manusia dan suka bertemu orang tanpa mengira kelas. Sementara kerjaya guru, yang lazimnya diminati kaum wanita sangat bersesuaian dengan fitrah mereka yang lemah-lembut, keibuan dan bersikap memujuk.

Masa yang paling sesuai bagi memupuk minat dalam mencapai cita-cita adalah selepas tingkatan tiga iaitu selepas tamat peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Ini kerana selepas PMR, pelajar akan menjurus bidang tertentu seperti sains tulen, sastera atau perdagangan berdasarkan pencapaian akademik dan minat.

Ibu bapa juga seharusnya memainkan peranan membantu anak untuk mencapai cita-cita atau pekerjaan yang sesuai dengan jiwa dan personaliti mereka dengan cara mengambil berat.

Antara yang harus ditekankan kepada anak mengenai pemilihan cita-cita ialah faktor minat, bakti dan gaji yang diterima. Ini kerana remaja lazimnya mengalami alam fantasi sebelum menyedari hakikat sebenar.

Perancangan jangka pendek iaitu sekitar usia 18 sehingga 25 sangat penting kerana pada peringkat ini, remaja masih belajar dan menimba pengalaman. Sementara perancangan jangka panjang akan menentukan status dan masa depan.

TIP Enam kelompok personaliti

Anda mesti membuka lebih banyak pilihan dan tidak kecewa jika terlepas peluang mencapai caita-cita awal. Mungkin peluang yang ada di depan mata boleh digunakan untuk dijadikan sumber pendapatan.

Kenal pasti minat dan kecenderungan selain bakat yang ada.

Walau apapun bidang yang anda ingin ceburi, yang paling utama adalah minat yang mendalam terhadap apa yang anda lakukan. Dengan minat, pekerjaan dapat dilaksanakan dengan bersemangat dan lebih baik. .

Minat yang mendalam akan membantu anda untuk lebih maju dalam bidang yang dipilih selain tidak terasa kepenatan atau bosan dengan apa yang anda laukan setiap hari.

Selain itu, kenal pasti sifat diri anda yang sesuai untuk memajukan diri dalam kerjaya. Ini kerana manusia terbahagi kepada enam kelompok persolanliti berbeza seperti realistik, bersikap menyelidik, artistik, sosial, keusahawanan dan konvensional.

Masa yang paling sesuai bagi memupuk minat dalam mencapai cita-cita adalah selepas tingkatan tiga iaitu selepas tamat peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Ini kerana selepas PMR, pelajar akan menjurus bidang tertentu seperti sains tulen, sastera atau perdagangan berdasarkan pencapaian akademik dan minat mereka.

Antara yang harus ditekankan kepada anak-anak mengenai pemilihan cita-cita ialah faktor minat, bakti dan gaji yang diterima. Ini kerana remaja lazimnya mengalami alam fantasi sebelum menyedari hakikat sebenar.

- Perancangan sangat penting untuk mencapai kerjaya idaman. Perancangan jangka pendek iaitu sekitar usia 18 sehingga 25 tahun sangat penting kerana pada peringkat ini remaja masih belajar dan menimba pengalaman. Sementara perancangan jangka panjang akan menentukan status dan masa depan seseorang.

Sumber: Harian Metro 24.11.2006

Hala Tuju Selepas PMR  
Oleh Suliati Asri 
 
ADA yang menangis gembira, ada yang sedih, meraung atau sekadar berdiam diri di sudut sunyi selepas menerima keputusan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR), Khamis lalu. Mereka yang lulus cemerlang pasti sudah mencongak sekolah asrama penuh atau tingkatan empat aliran sains, sastera dan perdagangan.

Bagi yang gagal, adakah perlu mengulang semula atau mencari peluang lain yang berbentuk kemahiran atau teknikal? Ke arah mana hala tuju mereka selepas ini? Ketika inilah kebijaksanaan memilih penting kerana jika tersilap, ia akan memberi kesan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), malah peluang ke menara gading.

Jika minat untuk belajar masih membara, teruskan perjuangan ke tingkatan empat atau sekolah asrama penuh. Namun, jika semangat belajar tinggal nyawa-nyawa ikan, lebih baik memilih bidang lain yang ada kaitan dengan kemahiran atau teknikal.

Penolong Pengarah Unit Kaunseling, Sektor Kaunseling dan Disiplin, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran, Raja Mazlan Raja Shahdan, berkata ketika ini pelajar tiada masalah menentukan aliran atau sekolah yang diinginkan untuk meneruskan pembelajaran di tingkatan empat. Beliau berkata, semua pelajar tahu untuk memilih kesesuaian aliran berdasarkan kecenderungan diri atau minat kerana kementerian sudah memberi panduan kepada mereka selepas selesai menempuhi peperiksaan PMR.

"Selepas peperiksaan PMR, pelajar digalakkan mengikuti kursus untuk mengetahui kecenderungan mereka sama ada akademik atau kemahiran.

"Selepas mendapat keputusan PMR, pelajar sudah tahu hala tuju mereka, tetapi sebarang pemilihan perlu mengambil kira keputusan yang diperoleh," katanya.

Kata Raja Mazlan, kebanyakan masyarakat berpendapat bahawa minat adalah sangat penting dalam membuat keputusan kerana jika berminat, pelajar mampu melakukan yang terbaik.

"Itu benar. Jika pelajar terbabit cenderung kepada kemahiran, dia sepatutnya mengambil bidang itu. Namun, ia juga bergantung kepada keputusan peperiksaan. Ini kerana untuk meneruskan pelajaran di sekolah teknik, ada subjek yang disyaratkan untuk lulus cemerlang, antaranya Kimia dan Fizik. Jika memenuhi syarat terbabit, peluang itu terbuka luas. Tapi jika sebaliknya, mereka perlu akur dan mengambil pilihan lain," katanya.

Apa yang penting, katanya, pelajar perlu berjumpa dan berbincang dengan guru kaunseling bagi mengelak membuat pilihan salah.

Mengulas mengenai keengganan pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang mengambil aliran sains atau mana-mana aliran yang dipilih pihak sekolah berdasarkan keputusan mereka, menurut Raja Mazlan, pelajar boleh membuat pertukaran, tetapi mengikut kekosongan yang ada."Perkara ini memang banyak berlaku terutama pelajar Melayu yang takut mengambil aliran sains walaupun memperoleh keputusan cemerlang.

"Jika tiada kekosongan dan pelajar tetap enggan ke aliran sains, mereka perlu memohon bertukar ke sekolah lain yang menawarkan aliran sastera atau perdagangan," katanya.

Untuk mewujudkan kelas mengikut aliran yang dikehendaki, minimum dalam satu kelas itu adalah 15 pelajar.Bagaimanapun, katanya, perkara berkenaan jarang berlaku kerana sebaik saja pelajar memulakan sesi persekolahan, mereka sekali lagi perlu mengikuti sesi orentasi khas.

"Sepanjang orentasi ini, pelajar akan diperkenalkan dengan semua subjek dan aliran satu persatu supaya mereka boleh memilih mengikut kesesuaian, keputusan dan minat. Pihak sekolah akan menentukan kelas yang bersesuaian mengikut keputusan mereka. Tetapi mereka masih boleh memilih apa yang mereka mahu," katanya

Apabila pelajar sudah faham dengan semua subjek yang ada, mereka sekali lagi mengikuti sesi orentasi sebelum membuat keputusan.Ia dilakukan supaya mereka benar-benar faham dengan aliran yang bakal mereka ambil dan hala tuju masa depan.

"Justeru, dilema menentukan aliran atau sekolah untuk meneruskan pembelajaran di tingkatan empat, sepatutnya tidak berlaku," katanya.

Menurutnya, dalam menentukan hala tuju pelajar, Kementerian Pelajaran bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerusi program Jom Masuk U untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar terutama tingkatan empat hala tuju selepas peperiksaan SPM.

"Mereka digalakkan mengunjungi pameran pendidikan yang diadakan. Ini membolehkan mereka merancang hala tuju dan pengkhususan yang sesuai dengan aliran yang mereka ambil," katanya

Mengenai keputusan PMR yang diumumkan Khamis lalu, beliau berkata bagi pelajar yang cemerlang, ini adalah permulaan ke arah masa depan lebih gemilang, tetapi jangan terlalu gembira kerana halangan seterusnya ialah SPM.

Sementara itu, keputusan PMR 2009 yang diumumkan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimudin Mohd Dom, meningkat apabila seramai 28,188 pelajar memperoleh A bagi semua mata pelajaran berbanding 26, 378 tahun lalu.Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini ialah 2.83 berbanding 2.78 tahun sebelumnya. Manakala jumlah calon luar bandar yang mendapat semua A ialah 4,775 berbanding 4,345 pada 2008.Pada tahun ini, 87,936 pelajar melepasi tahap minimum A,B,C,D berbanding 88,565 tahun sebelumnya dan pelajar yang mendapat semua E pula adalah 123 orang daripada 159 pada tahun lepas.Untuk pelajar istimewa pula, daripada 134 yang mengambil peperiksaan itu tahun ini, tujuh orang mendapat semua A. Pelajar istimewa, Siti Raihan Abdul Nasir dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Syed Ahmad Kuala Nerang, Kedah, yang rabun, berjaya memperoleh 9A. 


 

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .