Permohonan Diploma Seni Mushaf Restu College
Pendaftaran Program Diploma Seni Mushaf
untuk Sesi 2012-2014
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada para pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, InshaAllah antara prospek kerjaya anda selepas Peperiksaan SPM ialah anda boleh melanjutkan pengajian ke Kolej Restu dalam Bidang Diploma Seni Mushaf.
Pada post ini dijelaskan juga hala tuju kerjaya anda selepas melanjutkan pengajian dalam Diploma Seni Mushaf di Kolej Restu.
Selain itu, Program Diploma Perbankan Islam turut ditawarkan di Kolej Restu. Kepada lepasan SPM 2011, khususnya calon SPM 2011 di SMK Jengka Pusat 2 dan SMK Jengka 2, rebutlah peluang keemasan ini.
Restu College merupakan Institusi Pengajian Tinggi Swasta. Kolej ini didaftarkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) [KPT (JPS) 600-03/849(07)]
Hak untuk menubuhkan kolej telah diberikan kepada Restu Holdings Sdn Bhd bagi pihak Restu Foundation.
Kolej Restu terletak di Shah Alam, Selangor.
BIASISWA KEPADA YANG LAYAK!
5 BIASISWA oleh Restu Yayasan masih dibuka!! Sila hubungi 03-55119001/2/3 (ext 261) atau e-mel untuk enquiries@restucollege.edu.my untuk pendaftaran.
Kemudahan
Kolej Restu beroperasi di Kompleks Taman Seni Islam Selangor yang terletak di Pusat Bandar Shah Alam serta dilengkapi dengan kemudahan bilik kuliah, studio, auditorium, perpustakaan, makmal komputer, galeri seni, surau, kafeteria dan asrama.
Lokasi premis Kolej Restu terletak berdekatan dengan kemudahan awam seperti pengangkutan awam (Bus Rapid, Seranas), Masjid Negeri Shah Alam, Perpustakaan awam Raja Tun Uda Shah Alam, Muzium Shah Alam, Galeri Seni, Taman Rekreasi, Pasaraya, bank dan lain-lain.
Program Diploma Seni Mushaf

















