LEPASAN SPM PERMOHONAN DIPLOMA KKTM KUANTAN KERJA DENGAN UMW
Future Career at UMW -
Diploma in Manufacturing Engineering (Industrial Automation & Robotic)
:tulip:
:tulip::tulip::tulip:assalamualaikum dan selamat petang.:tulip::tulip::tulip:
Mungkin ada sanak saudara yg memerlukan.
:heart:Program KKTM Kuantan
Diploma Manufacturing Engineering di KKTM Kuantan dgn jaminan pekerjaan di Syarikat UMW.
Utk Lepasan SPM syaratnya sekurangnya kredit Add Math,Physics and English.
Untuk lulusan sekolah agama yang ada STAM pun boleh mohon. Alhamdulillah. Dgn syarat lulus jredit dlm math, english and one of the subject Science stream or V&T or MPV or MPAV.
:gift_heart:Ppease go to UMW website:
Diploma dENGAN jaminan pekerjaan di Syarikat UMW. Ayuh mohon segera. Tarikh tutup permohonan 30 Mac 2017. Daftar masuk Sesi April 2017
Hari Terbuka KKTM Kuantan 2016
Perasmian oleh YB KKLW Dato' Ismail Sabri
KKTMKu .. COMMITMENT TO EXCELLENCE
KKTM is supported by highly qualified and specialized academic and management staff. Furthermore, with the state-of-the-art training equipment and peripherals, the students are equipped with adequate technical theories / concepts (know-why) and specialised skills and compentency (know-how) to contribute to their fullest in the workforce. KKTM also offer life-long education programmes particularly for skilled technicians to upgrade and acquire merit recognition qualification.
List of KKTM Kuantan Courses
Mechanical Manufacturing
Diploma in Manufacturing Engineering (Automotive Manufacturing)
Diploma in Manufacturing Engineering (Quality and Productivity)
Diploma in Manufacturing Engineering (Technology and Processing)
Diploma in Manufacturing Engineering (Industrial Automation and Robotic)
Diploma in Manufacturing Engineering (Manufacturing Design)
Sumber; klik di sini
Permohonan ke KPM (Kolej Profesional MARA) Sesi Januari 2017
Permohonan Online ke KPM Sesi Januari 2017 dibuka mulai 09 Sept 2016 hingga 14 Oktober 2016
Syarat kelayakan ke KPM, sila klik link ini http://apponline.mara.gov.my/upimonline/syarat_kemasukan/KPM.pdf
Kolej Profesional MARA ini, setakat ini yuran pengajian percuma. Antara kursus yang ditawarkan ialah Diploma Perakaunan.
Jangka masa program : 3 Tahun
Merupakan program diploma pertama yang diperkenalkan oleh KPM sejak Januari 2000. Program DIA bertujuan melahirkan para pelajar yang berkemahiran dalam bidang perakaunan dan kewangan. Program ini juga dapat membantu melahirkan tenaga profesional di kalangan pelajar Melayu Bumiputera dalam melengkapkan diri untuk sama-sama bersaing untuk membantu Negara mencapai wawasan 2020.
Kursus-kursus teras :
- Financial Accounting 1 - 5
- Business Mathematics and Statistics
- Introduction to Business
- Principles of Management
- Micro and Macroeconomics
- Entrepreneurship
- Auditing
- Taxation
- Accounting Package (MYOB)
- Accounting Information System
- Management Accounting
- Cost Accounting
- Commercial & Company Law
- Financial Management
- Accounting Theory & Practice
Prospek kerjaya :
- Eksekutif Akaun
- Eksekutif Audit
- Eksekutif Percukaian
Jangka masa program : 3 tahun
Kurikulum bagi program Diploma in English Communication (DEC) telah dibangunkan bersama pihak University of South Australia (UniSA). Program DEC ini bagaimanapun, telah menjadi milik MARA sepenuhnya pada Julai 2005.
Program ini bertujuan untuk melatih dan mengeluarkan tenaga kerja yang mahir dalam penggunaan Bahasa Inggeris dalam bidang pengurusan perniagaan dan Information Technology (IT). Sepanjang tempoh pengajian, para pelajar akan didedahkan kepada pelbagai kemahiran komunikasi Bahasa Inggeris seperti kemahiran menulis, mendengar, membaca dan kemahiran lisan melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang teratur dan sistematik.
Selain latihan industri yang diwajibkan pada semester akhir pengajian, pelajar juga akan didedahkan kepada beberapa kursus terpilih untuk memastikan pendedahan kepada senario alam pekerjaan seperti kursus-kursus di bawah:
Kursus-kursus teras :
- Introduction to Reading
- Introduction to Writing
- Academic Reading and Writing (1,2)
- Project and Presentation
- Introduction to Business Communication
- Language Proficiency Development (Introductory, Intermediate, Advanced,Academic)
- Introduction to Computer Application
- Interpersonal Communication
- English in Media
- Introduction to Tertiary Learning
- Persuasive Communication in Business
- Group Dynamics
- Understanding Short Stories
- Public Communication Skills
- Business Correspondence
- Critical Literacy
- Research and Project
- Workplace Communication
- Computing Fundamentals
- Intercultural Communication: Society, State and the Individual
- Fundamentals of Entrepreneurship
- Business Information System
- Digital and Mobile Communication
- Principles of Marketing
- Organizational Behaviour
Prospek kerjaya :
- Pegawai Tadbir
- Wartawan
- Pegawai Pemasaran/Jualan
- Pegawai Perhubungan Awam
- Pegawai Sumber Manusia
Boleh layari website Kolej Profesional MARA Indera Mahkota Kuantan Pahang untuk info lanjut.
Sila klik
http://www.kpmim.edu.my/
By Puan Ummi Saturday, February 27, 2016
Bengkel dan Seminar, bimbingan dan kaunseling, Halatuju, kaunseling kerjaya, Kuantan, Pahang, Program Anak Yatim Permata Hati, Sejarah PERHATI, selepas SPM
REUNION PERHATI DAERAH KUANTAN LEPASAN SPM 2015
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
REUNION PERHATI SPM 2015
Tarikh : 5/3/2016
Masa. : 9 pg - 1 ptg
Tempat. : KYP Taman Gelora
Program ditaja sepenuhnya oleh pihak KYP...tanpa bayaran.
Objektif reunion ini adalah untuk bantu anak perhati key in result bagi permohonan ke KYP dan juga ipt yang selayaknya. Mohon hebah kepada anak perhati masa ambil result supaya mereka datang. Koordinator dipohon hadir bagi bantu anak perhati terutamanya sekolah masing-masing semasa berada di KYP.....surat akan dikeluarkan dari PPD Kuantan. Sekian terima kasih.
Karnival Kerjaya dan Kemahiran Lepasan SPM 2014 Taman Tas Kuantan
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran
Malaysia (SKM) dipelawa untuk memohon ke Program Diploma Politeknik KPM
Sesi Jun 2014
Permohonan boleh dibuat dengan membeli Nombor Unik ID Kategori A
berharga RM 10.60 di semua cawangan Bank Simpanan Nasional di seluruh
negara.
Dilampirkan maklumat/ iklan permohonan kemasukan ke Politeknik Premier & Konvensional/ METrO.
By Puan Ummi Sunday, February 02, 2014
Halatuju, kaunseling kerjaya, Kerjaya Kejuruteraan, Kerjaya Kemahiran dan Teknikal, Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Kuantan, MARA, Pahang, selepas SPM
SYARAT KEMASUKAN KE KKTM KUANTAN
KOD
|
KURSUS
|
TEMPOH
|
SYARAT
|
| K22 |
Diploma Kejuruteraan Pembuatan Termaju ( Proses & Teknologi) |
36 bulan |
Lulus SPM/ SPMV dengan 5 kepujian dalam
a) Bahasa Melayu b) Matematik / Matematik Tambahan c) Mana- mana 1 subjek Sains/ Teknikal/ Vokasional ** d) Mana mana 2 subjek lain e) Lulus Bahasa Inggeris
|
| K23 |
Diploma Kejuruteraan Pembuatan Termaju ( Industri Automasi & Robotik) |
36 bulan |
| K24 |
Diploma Kejuruteraan Pembuatan Termaju(Rekabentuk Pembuatan) |
36 bulan |
| K25 |
Diploma Kejuruteraan Pembuatan Termaju ( Kualiti & Produktiviti ) |
36 bulan |
| K26 |
Diploma Kejuruteraan Pembuatan Termaju (Pembuatan Automotif) |
36 bula |
SENARAI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA DI MALAYSIA,KLIK DI SINI
PAMERAN PENDIDIKAN INDUSTRI KKTM MARA KUANTAN 2013, KLIK DI SINI
RapidKuantan Laluan Diberhentikan Seketika Banjir
[Info Banjir] 3/12/2013-10am Berikut adalah senarai laluan yang diberhentikan sementara waktu.
3 Disember Banjir di Pahang makin buruk, lebih 5,000 dipindah
Keadaan air yang melimpah Gugusan Felda Bukit Sagu
[Credit : Azdri Bahtiar Abdul Aziz]
BANJIR UJIAN ALLAH BUAT KITA, MAKA MOGA KITA BERSABAR HADAPI DUGAAN INI
Dengan nama Allah swt Yang Maha Mulia, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah,
segala puji hanya milik Allah, Rabb semesta alam yang telah
melimpahkan rahmat, rezeki serta hidayah kepada hamba-hamba-Nya agar
kita sentiasa beribadah kepada-Nya. Selawat dan salam kapada junjungan
besar, Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam dan para ahlul bait serta para sahabat as sabiqul awwalun wal akhirun.
Banjir di Pahang Disember 2013 Beberapa jalan di Kuantan ditutup
Keadaan air di Jalan Muadzam ke Kuantan berdekatan simpang Chini
Dari malam tadi Allah turunkan hujan. Pagi tadi ku gagahkan diri. Menepati temu janji. Bersama klien yang telah berjanji. Lalu ku meredah cuaca yang sungguh dingin. Air di sungai telah melimpah ke jalan raya. Hujan terus membasahi bumi. Berhenti seketika kemudian menderu lagi. Ketika kaki ini melangkah, ke sekolah, bersama hujan yang terus mencurah. Kulihat calon SPM Hari Isnin, 2 Disember 2013 tekun menjawab peperiksaan. Subhanallah hujan terus menerus rupanya air di sungai telah naik....dan akhirnya berlaku banjir.Ketika admin blog memuat naik artikel ini hujan masih turun dengan lebat.Subhanallah.*
Marilah berdoa bersama2 moga Tuhan lindungi kita semua dari malapetaka
bahaya dikala hujan teruk sebegini dan berhati-hatilah pada musim-musim
begini.
Update Selasa 3.12.2013
Jalan Tanah Putih Baru menghala ke Jambatan
Kuantan / Bandar Kuantan ditutup kepada kenderaan ringan. Kenderaan
ringan boleh lalu jalan atas, jalan atas dibuka menjadi dua laluan.[Credit : Wan Mohd Shahir]
Gambar Banjir di Kuantan
Update Selasa 3.12.2013 4.12 pm
Keadaan banjir di Kuantan Pematang Badak
[Credit : Wan Mohd Shahir]
Keadaan banjir di Sungai Isap Jaya
[Credit : Sirdie Dee)
Keadaan banjir di Kolej Shah Putra
Kolej Shahputra jam 1315 hrs
[Credit : Sirdie Dee)
PUSAT BANJIR KUANTAN 095143799 --
siape yang nak tahu jalan man tidak boleh lalu.
KDYTM Tengku Mahkota Pahang mencemar duli menziarah mangsa-mangsa banjir di SMART pada 3 Disember 2013.
Beberapa jalan di Kuantan ditutup akibat banjir
Gambar Sungai Lembing pagi tadi dari JPS
TERPUTUS
HUBUNGAN... Penduduk-penduduk di sekitar Sungai Lembing melihat jambatan
Sungai Charu ditenggelami air sedalam kira-kira setengah meter pada
Isnin.
Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menziarahi keluarga
Allahyarham Ketua Bahagian Penguatkuasa JAIP, Ahmad Raffli Abdul Malek
SULTAN Pahang, Sultan Ahmad Shah menziarahi keluarga
Allahyarham Ketua Bahagian Penguatkuasa JAIP, Ahmad Raffli Abdul Malek,
49. Gambar di atas kelihatan balu allahyraham Rosmawani Abdul Wahab, 41, kelihatan sugul ketika mengaminkan doa
ketika baginda berkenan menziarahi keluarga mangsa di Taman Indera
Mahkota Dua di Kuantan
- Sumber Foto BERNAMA
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Takziah untuk keluarga Allahyarham Allahyarham Ketua Bahagian Penguatkuasa JAIP, Ahmad Raffli Abdul Malek,
49. Saya sebagai rakyat marhaein dan juga tidak mengenali Allahyarham dan keluarganya apabila membaca berita ini 2 hari lalu rasa gembira di atas keprihatinan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, yang turut diiringi oleh Tengku Muda Pahang Tengku
Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob,
meluangkan kira-kira setengah jam
bertanya khabar dengan balu dan anak-anak Allahyarham. Al Fatihah untuk Allahyarham Ahmad Raffli Ab Malik.
Tiga anak Raffli terima biasiswa Yayasan Pahang
KUANTAN: Kerajaan Pahang akan memberi biasiswa kepada tiga anak
Allahyarham Ahmad Raffli Ab Malik, Ketua Bahagian Penguatkuasaan Agama
Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), yang maut ditembak 10 November lalu.
Permohonan ke Kolej Komuniti Kuantan November 2013
Assalamualaikum,selamat sejahtera. Pengambilan pelajar bagi bulan November 2013 ke Kolej Komuniti Kuantan
masih dibuka sehingga 11 November 2013. Sambil belajar, dapat bantuan
kewangan kerajaan!
Tuntutlah ilmu dan kemahiran. Anda boleh menyambung
pelajaran ke peringkat lebih tinggi selepas tamat pengajian di Kolej
Komuniti.
KOLEJ KOMUNITI KUANTAN MEMPELAWA ANDA DI LUAR SANA YA
Sila ke FB Kolej Komuniti Kuantan KPT
By Puan Ummi Monday, November 04, 2013
bimbingan dan kaunseling, dunia pendidikan, Gambar Aktiviti, JPN Pahang, Kaunselor, Kuantan, Pahang, Pengalaman Cikgu Kaunseling, Selepas Peperiksaan
Program Ikon Murid Kuantan 2013 Lepasan PMR Di Agro Resort Semuji
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah saya telah terpilih sebagai salah seorang fasilitator Program Pemantapan Jatidiri Murid Lepasan PMR 2013- IKON MURID DAERAH KUANTAN LEPASAN PMR- Di Agro Resort Semuji dari 30 Oktober hingga 1 November 2013.
Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program 3 hari 2 malam itu.
Majlis penutupan dirasmikan oleh En Mohd Fizer Bin Mohd Ali, Pegawai Kaunseling dari JPN Pahang
By Puan Ummi Monday, October 07, 2013
anak remaja, Kesihatan, Kuantan, Pejabat Kesihatan Kuantan, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Pencegahan Antidadah dan HIV/ AIDS, Pendidikan Perkembangan Remaja, PPD Kuantan, SMK Lepar Hilir
Program Aku Nak Sihat Untuk Remaja Daerah Kuantan
Alhamdulillah saya telah menghadiri Program Aku Nak Sihat. Program ini adalah anjuran Pejabat Kesihatan Kuantan dengan PPD Kuantan - Unit PPdA telah diadakan pada 25 September, Rabu lalu di Dewan Seri Bestari. Program termasuk bagaimana HIV AIDS merebak dan langkah pencegahan HIV AIDS.
Pelbagai ilmu yang diperolehi daripada program ini. melalui kerja kumpulan pula, ia dapat membina keyakinan dan keberanian para peserta.
Sebagai fasilitator untuk program ini, anak-anak buah saya terdiri dari pelajar SMK Sg Soi, SMK Paya Besar dan SMK Lepar Hilir.
By Puan Ummi Monday, October 07, 2013
Dunia GBK, Gambar Aktiviti, Halatuju, kaunseling kerjaya, kerjaya, Kuantan, memoir seorang guru, Pengalaman Cikgu Kaunseling, UMP, Unit HEM
Program Syarahan Kebangsaan UMP - Upin Ipin
Alhmdulillah kami telah hadir program Syarahan Umum di UMP (Universiti Malaysia Pahang - Kampus Gambang) pada 18 September 2013 lalu. Kami bertolak dari sekolah pada pukul 1.40 petang dengan menaiki Bas UMP. Program sebegini dapat mendedahkan peluang kerjaya dalam bidang ICT dan seni visual kepada pelajar-pelajar sekolah. Kami kembali semula ke sekolah pada pukul 5.05 petang. Terima kasih kepada UMP kerana sudi menjemput sekolah kami menghadiri program ini dnegan disediakan pengangkutan bas dan makanan secara percuma.
Petikan dari portal UMP:
By Puan Ummi Tuesday, September 10, 2013
Halatuju selepas PMR, IKIP, IKIP Advanced Skills Centre, kaunseling kerjaya, Kerja Kerajaan, Kerjaya Kemahiran dan Teknikal, Kerjaya Pereka Fesyen dan Jahitan, Kuantan, Pahang, selepas PMR, selepas SPM
Kerjaya Pereka Fesyen Halatuju Selepas PMR Dan SPM
Assalamualaikum dan sleamat sejahtera. Anak-anak didik saya ada bertanya kerjaya bidang jahitan. KhusuS buat pelajar Calon PMR 2013 dan Calon SPM 2013, semoga entry ini membantu anak-anak membuat penilaian yang tepat berkaitan minat kerjaya anda.
Kerjaya Pereka Fesyen mengaplikasikan teknik artistik pada produk rekaan,
pakaian dan promosi pakaian. Mereka berperanan dalam menentukan
pemilihan pakaian yang baik menggunakan tekstur produk yang berkualiti. Salah
satu bidang kerjaya yang memerlukan kreativiti seseorang individu itu
adalah bidang seni reka fesyen. Dunia fesyen sentiasa berubah mengikut
perkembangan masa. Pada hari ini kita boleh melihat pelbagai jenis
fesyen direka bentuk dan dicipta.
Bidang
ini sebenarnya bukanlah bidang yang menjadi monopoli kaum wanita,
sebaliknya lelaki turut mengambil bahagian dan mewujudkan beberapa nama
besar seperti yang dilihat pada hari ini. Ramai pereka fesyen lelaki
yang terkenal dan berjaya, dalam dunia fesyen masa kini sama ada di
Malaysia bahkan di peringkat antarabangsa.
Selain
itu, bidang ini juga dianggap antara kerjaya yang glamor. Bidang ini
dikatakan mampu memberi pendapatan lumayan serta tidak mengecewakan.
Pihak media terutamanya memberikan peluang meluas kepada para pereka
fesyen baru untuk menonjolkan bakat di majalah-majalah serta saluran
televisyen.
Orang
ramai mudah tertarik kepada kerjaya ini kerana sifatnya mudah dilihat
orang ramai. Trait personaliti memang berkaitan bidang kerjaya glamor
ini. Pereka fesyen boleh dikategorikan sebagai golongan ekstrovert iaitu
suka mencari perhatian, gemar sesuatu yang mencabar dan mencari
pekerjaan baru.
Saya tahu, ramai rakan di luar sana yang boleh menyatakan beberapa lagi
jenis kerjaya berkaitan bidang jahitan. Semoga dengan post saya kali ini, para graduan yang baru
keluar dari mana-mana institut latihan kemahiran boleh memilih arah tuju
kerjaya mereka. Ingin saya rumuskan di sini tentang beberapa jenis
kerjaya dalam bidang jahitan:
- Jurujahit
- Jurupotong
- Pengurus syarikat
- Tenaga pengajar
- Pembekal
- Pereka Fesyen
- Pensyarah
- Pengilustrasi fesyen
- Penyelaras warna
- Pelukis grafik atau batik
- Penyelia Jurupakaian Gred N17 Di Sektor Kerajaan
- Menceburi bidang keusahawanan fesyen dan pakaian
Anggaran Gaji
- Sektor Awam (RM) :
- Sektor Swasta (RM) : 2,000.00 ++
Tahap Pendidikan
- Sijil Kemahiran Malaysia
- Diploma Kemahiran Malaysia
- Diploma Reka Bentuk Pakaian / setaraf
- Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Pakaian / setaraf
- Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk dan Seni (Reka Bentuk Pakaian) / setaraf
Kelayakan
Pendidikan
2 atau 4 tahun ijazah dari kolej atau universiti dalam kursus rekaan fesyen, perniagaan fesyen atau yang berkaitan dengannya.
Pengalaman
Lebih kurang 7 tahun bekerja sebagai pelatih, penolong pereka dan pereka junior.
Kemahiran
Kebolehan menjahit, melukis dan kemahiran sketching, tahu menggunakan komputer terutama CAD atau computer assisted design.
Karier
Penolong pereka dan pengurus fesyen
Contoh Institusi
Cara Memohon Tentera Udara Diraja Malaysia
Gambar dua orang anggota tentera semasa di Hari Terbuka ATM 2013 Kuantan Pahang. Maaf nama mereka berdua saya dah terlupa. Jika mereka berdua ada terbaca artikel ni, sila tinggalkan komen ya. Terima kasih kerna mereka berdua ini sudi membenarkan gambar mereka dirakamkan dan dimuatnaik di blog ini.
Pada hari berkenaan memang panas terik tapi ramainya orang pergi ke sini.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ramai pelajar saya bertanya cara hendak menjadi anggota tentera. Jadi entry ini saya catatakan di blog ini bagi memudahkan para pelajar saya membuat rujukan online di blog saya.
Bagi calon SPM 2013, Peperiksaan percubaan SPM akan diadakan bermula Khamis ini. Semoga anak-anak pelajar telah membuat persiapan mental dan lain-lain dnegan selengkapnya.
Cara Memohon Tentera Udara Diraja Malaysia
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) amat mengalu-alukan semangat dan
minat anda bagi memasuki alam ketenteraan demi mempertahankan negara,
bangsa dan agama. Kepada anda yang berminat untuk berkhidmat di dalam
TUDM sebagai anggota Lain-lain Pangkat (LLP) TUDM, berikut adalah syarat
dan kriteria yang diperlukan:
SYARAT LANTIKAN
- Warganegara Malaysia
- Umur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun
- Lulus latihan asas ketenteraan
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .