HIV AIDS JANGAN DERMA DARAH ANDA JIKA ANDA PERNAH MELAKUKAN PERKARA BERIKUT
HIV: JANGAN ANIAYA DIRI SENDIRI DAN MENZALIMI ORANG LAIN. Jika anda pernah melakukan aktiviti berisiko tersebut, jangan jadikan derma darah sebagai cara untuk mengetahui status kesihatan anda.
Al Fatihah untuk Allahyarhamah Nur Amirah, bayi berusia 11 bulan di
Felda Panching Selatan, Kuantan Pahang.
Bapa khayal dadah kelar anak 11 bulan
KUANTAN: Seorang bapa yang dipercayai sedang khayal akibat
pengambilan dadah menyembelih bayinya yang baru berusia 11 bulan di
Felda Panching Selatan dekat sini semalam.
Nur Amirah dikelar dengan senjata tajam ketika dia sedang tidur bersama ibu dan abangnya dalam kejadian kira-kira 9.30 malam.
Selamat datang ke rumah kami. Rumah Kami Bebas rokok. Anda pasti tenang di dalam rumah kami ini.
Rokok, suatu bahan yang dengan alas an untuk membawa ketenangan. Namun sedarkah kita akan betapa bahayanya tabiat merokok ini? Dalam sebatang rokok mengandungi pelbagai bahan berbahaya.
Bahan-bahan berbahaya yang terdapat di dalam rokok bukan sahaja membahayakan perokok tetapi orang-orang di sekeliling mereka. Oleh itu, sama-samalah menjaga kebajikan ahli keluarga yang kita sayang dan sahabat-sahabat kita dari menerima bahana rokok.
Bahan Berbahaya dalam rokok
Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut.
Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut"bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.
Tarmengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.
Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah.
Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali.
Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua.
Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat.
Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.
Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.
Setelah membaca kan keburukan merokok, katakanlah taknak kepada rokok. Anda bijak menjauhi rokok.
Sumber gambar; infosihat dan di Bilik Rawatan dan Kesihatan, SMKJP2.
Anak kecil, warga tua dan anggota keluarga jadi sasaran 'bangkai bernyawa'
SEBAIK umat Islam melangkah masuk tahap 10 hari kedua Ramadan yang dijanjikan pengampunan, rakyat Malaysia sebaliknya dikejutkan dengan kematian seorang kanak-kanak tidak berdosa di tangan bapa saudaranya, seorang penagih dadah tegar, Selasa lalu.
Dalam kejadian di Gua Musang itu, Mohd Adam Azrai Rosman, 3, sedang seronok menunjukkan baju raya baru dibeli apabila bapa saudaranya yang berusia 22 tahun tiba-tiba meluru dan terus menikam rusuk mangsa dengan pisau.
Siasatan awal polis mendapati suspek dipercayai penagih tegar baru saja mengambil dadah ketika melakukan jenayah menyayat hati itu.
Dia dipercayai bertindak kejam kerana hasratnya berkahwin ditentang keluarga termasuk bapa mangsa, Rosman Mohd Nor, 41, kerana tidak mempunyai sebarang pendapatan bagi menyara dirinya sendiri atau pun insan bergelar isteri.
Tiada yang lebih menyayat hati daripada imbasan wajah comel Mohd Adam Azrai terpampang di dada-dada akhbar sehari selepas kejadian - wajah suci anak kecil yang tidak mengerti apa-apa, jauh sekali erti dendam dan sakit hati.
Sebuah rumah di Temerloh hangus dibakar sekumpulan penagih dadah, tahun lalu.
Picture
Mohd Adam Azrai bukan mangsa pertama penangan najis dadah yang tidak boleh dinafikan berjaya mengambil alih mengawal kewarasan penagih untuk melakukan tindak tanduk di luar batas kemanusiaan.
Mereka sudah tidak kenal saudara jika ketagihan memuncak dan dalam keadaan khayal selepas mengambil najis dadah itu, fikiran yang tidak stabil boleh mendorong penagih dadah melakukan apa saja, hatta membunuh sekalipun.
Malah kisah penagih dadah membuat kecoh dan mengugut anggota keluarga sudah kerap dilaporkan. Dalam kejadian Ogos lalu di Kuala Terengganu, seorang lelaki yang dipercayai penagih tegar dimasukkan ke Wad Psikiatrik Hospital Sultanah Nur Zahirah selepas mengamuk dan mengugut untuk meracun ahli keluarga serta jirannya.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi di Kampung Kelulut, Marang, suspek yang tinggal bersama ibu bapa dan kakaknya dikatakan tiba-tiba mengamuk dengan bertindak memecahkan cermin dan barangan dalam rumah, memotong wayar elektrik dan memancitkan tayar kereta milik keluarganya.
Mek Mong Mamat menjadi mangsa tetakan penagih dadah.
Picture
Sementara itu, di Kota Sarang Semut, Kedah, pada Julai lalu, seorang lelaki yang tidak sampai 24 jam dibebaskan dari penjara, dipercayai penagih dadah membakar 30 naskhah al-Quran yang disimpan dalam sebuah masjid di Kampung Tualang.
Seorang cucu pula sanggup mengugut membunuh nenek sendiri berusia 86 tahun sebelum meragut dua rantai emas dan satu loket berlian bernilai kira-kira RM3,500 miliknya di Kampung Molek dalam kejadian di Dungun pada November lalu.
Hasil siasatan mendapati suspek dipercayai seorang penagih dan pernah ditahan kerana mencuri barangan milik ibu saudara serta adik-beradiknya, selain kesalahan dadah.
Dalam kejadian lebih kejam pada 2007 di Georgetown, seorang wanita warga emas berusia 56 tahun dipukul hingga mati sebelum mayatnya dibakar, dipercayai dilakukan seorang penagih dadah. Lelaki berusia 30-an itu dipercayai membunuh wanita berkenaan selepas mangsa enggan menyerahkan wang kepadanya.
Mudah sebenarnya meneka apa yang bersarang dalam fikiran mereka apabila sudah dikuasai najis dadah sehingga sanggup bertindak sedemikian rupa. Kewarasan yang semakin terhakis disebabkan ketagihan dadah menjadikan mereka hilang pertimbangan sebagai manusia, sebaliknya cuma menurut nafsu yang dipandu iblis untuk bertindak di luar batasan.
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .