Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Pendidikan Sepanjang Hayat MSU-Utusan Malaysia

Pendidikan Sepanjang Hayat MSU-Utusan Malaysia

ISMAIL Abd. Muttalib (bersongkok) menyerahkan replika cek penajaan
Program Pendidikan Sepanjang Hayat MSU-Utusan Malaysia kepada Eksekutif Pendidikan Kumpulan Utusan, 
Fauzi Hamdan di Maran, Pahang, baru-baru ini.

PROGRAM Pendidikan Sepanjang Hayat Management and Science University (MSU)-Utusan Malaysia menerima tajaan sebanyak RM10,000 daripada Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abd. Muttalib.

PROGRAM Pendidikan Sepanjang Hayat Management and Science University (MSU)-Utusan Malaysia ini diadakan dengan kerjasama Pusat Perkhidmatan Ahli Parlimen Maran dan PPD Maran.
 

Siri keempat program ini akan diadakan pada 2 Oktober 2010 bermula pukul 8.30 pagi hingga 2.00 petang di Dewan Jubli Intan, Maran, Pahang.
 

Seramai 400 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari daerah itu akan dibimbing dan dilengkapi dengan teknik terbaik menjawab soalan semasa program berkenaan.
 

Ibu bapa, guru dan pelajar serta orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat kemasukan ke institusi pengajian tinggi, pemeriksaan kesihatan percuma dan gerai pameran.
 

Lepasan SPM dipelawa untuk menghadiri sesi temu duga biasiswa MSU-Utusan Malaysia yang bernilai RM1 juta untuk pelajar kurang berkemampuan tetapi berpotensi atau cemerlang keputusan akademiknya.

Sila bawa salinan keputusan SPM/ STPM yang disahkan, salinan kad pengenalan dan lain-lain sijil berkaitan.
 

Maklumat lanjut berkenaan program ini, sila hubungi Eksekutif Pendidikan Utusan Malaysia, Fauzi Hamdan di talian 019-5716282 atau rujuk laman sesawang www.adap.com.my.

sumber: Portal Pendidikan Utusan

Peta Minda; Karya HAMKA

Peta Minda; Karya HAMKA
http://cikgubimbingan-kaunseling.blogspot.com/


Selawat dan salam juga ke atas junjungan besar nabi kita Muhammad SAW, para ahli keluarganya, para sahabat dan para pejuang-pejuang Islam yang telah berjuang untuk mengeluarkan umat manusia daripada alam kegelapan (jahiliah) kepada alam yang penuh dengan nur ilmu pengetahuan sepertimana kita kecapi dan nikmati pada hari ini.

Pada entry ini, saya telah memuatnaik Nota Peta Minda untuk calon SPM 2010. Nota ini diadaptasi daripada Ustaz Muhammad Bin Abdullah @ Ab Shatar yang menulis artikel bertajuk, "Ramalan Soalan SPM Pendidikan Islam 2010: Nyatakan karya peninggalan HAMKA kepada Umat Islam di Nusantara Melayu?"
Para pelajar Tingkatan 5 di SMK Jengka Pusat 2 bolehlah mengambil salinan nota minda di atas untuk kemudahan anda membuat  ulangkaji saat akhir. Semoga tips dan perkongsian ini, diambil manfaat oleh pelajar sekalian.
 

1. Hasil karya HAMKA boleh dibahagikan kepada bidang iaitu:

i. Agama: Kitab Tafsir al-Azhar, Tasawuf Moden, Arkanul Al-Islam, Revolusi Agama, Sejarah Umat Islam

ii. Falsafah: Kitab Falsafah Hidup, Lembaga Hidup, Pandangan Hidup Muslim

iii. Sastera: Novel Tengelamnya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah, Laila Majnun, Menunggu Biduk Berbunyi, Mandi Cahaya Di Tanah Suci.

Disediakan oleh: Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar, blog ependidikanislam

Syor YB Datuk Halimah (MP-Tenggara)

SYOR YB DATUK HALIMAH (MP-TENGGARA) BERKAITAN PEGAWAI-PEGAWAI POOL DIALU-ALUKAN

Entry ini dipetik dari blog Wiramalaysia.

YB Datuk Halimah Sadique (BN Tenggara) pada 25 Mac 2010 telah menyokong perkara penting yang dibangkitkan oleh YAB PM semasa MAPA 11 iaitu mengenai sistem pool di JPA. PM berpendapat bahawa kajian komprehensif perlu dilakukan supaya keadilan asasi dapat ditegaskan dan penilaian yang berkecuali dibuat ke atas pegawai-pegawai yang berada di pool. Kini terdapat lebih kurang 40 orang pegawai-pegawai kanan di tempatkan di pool dan ada juga yang telah berada di situ selama 2 hingga 3 tahun.

YB Tenggara berpendapat bahawa eloklah kedudukan pegawai-pegawai pool ini dilihat secara individu disamping menggunakan potensi mereka untuk terus menyumbang kepada rakyat dan negara. Beliau memberi tahu Parlimen bahawa adalah tidak wajar melihat pegawai-pegawai di pool secara rambang kerana majoriti pegawai-pegawai ini telah banyak berjasa kepada rakyat dan negara selama berkhidmat 25 tahun. YB juga mencadangkan pegawai pool yang ada sekarang ini ditempatkan di jabatan-jabatan sesuai demi kepentingan rakyat seperti di Tekun, Mara, Risda, Felcra dan lain-lain agensi dan jabatan kerajaan termasuklah LPKP.

Sistem "pool": JPA Terima Baik Teguran PM

 Sistem "pool": JPA Terima Baik Teguran PM

Utusan Online
Kredit to: blog perkhidmatanawam

PUTRAJAYA 10 Mac – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerima baik ingatan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya satu kajian komprehensif dibuat terhadap penggunaan sistem ‘pool’ yang wujud sebagai alat tindakan pentadbiran bersifat menghukum.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam berkata, arahan Perdana Menteri terhadap sistem ‘pool’ atau penempatan pegawai tertentu di Jawatan Kumpulan menunjukkan beliau prihatin terhadap kebajikan penjawat awam.

Ia, kata beliau, dapat mengelak persepsi negatif masyarakat terhadap mereka yang terlibat.

“Penempatan pegawai-pegawai di Jawatan Kumpulan bertujuan menampung jawatan atau sebagai sandaran bagi menjaga faedah persaraan pegawai semasa tempoh pegawai ditempatkan secara pinjaman atau pertukaran sementara ke agensi lain atau pegawai melanjutkan pelajaran atau pegawai diberi kelulusan cuti tanpa gaji.

“Bagaimanapun, atas sebab kepentingan perkhidmatan, Jawatan Kumpulan juga turut digunakan untuk menampung pegawai-pegawai bagi kategori tertentu,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan bagi merujuk amanat Perdana Menteri pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke- 11 (MAPPA XI) semalam di sini berkaitan kedudukan pegawai yang ditempatkan dalam sistem ‘pool’ atau Jawatan Kumpulan.

JPA TIDAK CADANG MANSUH SISTEM 'POOL'

JPA TIDAK CADANG MANSUH SISTEM 'POOL'

Berita Harian
2010/03/11

KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak bercadang memansuhkan sistem ‘pool’, sebaliknya kajian komprehensif terhadapnya akan menumpukan kepada usaha memperbaiki kaedah kaunseling penjawat awam bermasalah.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, juga menjelaskan tidak semua penjawat awam yang dimasukkan ke dalam ‘pool’ dihukum kerana berhadapan masalah dalam perkhidmatan.

“Sistem ini masih relevan kerana ada penjawat awam yang perlu ‘direhatkan’ sementara kerana masalah kesihatan, gangguan mental, tempoh peralihan menunggu untuk dipindahkan ke tempat kerja baru, selain tindakan tatatertib atau dihadapkan ke mahkamah. “Jika mereka ini dibenarkan menjalankan tugas seperti biasa, dikhuatiri sukar memberi tumpuan sepenuhnya, sekali gus memberi kesan terhadap sistem penyampaian perkhidmatan awam.


Tugasan Menarik Tapi Tak Wujud

Tugasan menarik tapi tak wujud - Dr. Mazlan

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pengarah Agensi Angkasa (Angkasa), Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman, 58, semalam menafikan laporan laman berita luar negara bahawa beliau dilantik sebagai individu pertama untuk berkomunikasi dengan makhluk asing.

Memetik laman web berita The Guardian melalui blog beritanya di www.guardian.co.uk, Mazlan berkata, tugasan yang didakwa diberikan kepadanya itu sebenarnya tidak wujud.

“Ia memang menarik bagi menjadi orang pertama berkomunikasi dengan entiti luar, namun saya perlu menafikan kesahihannya,” katanya melalui e-mel kepada The Guardian.

Kelmarin, beliau dilaporkan oleh laman web berita utama Australia, www.news.com.au telah dilantik oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk berinteraksi dengan makhluk asing jika kewujudan entiti itu disahkan secara saintifik.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Dr Mazlan dapat kepercayaan PBB bercakap dengan makhluk asing




Dr Mazlan dapat kepercayaan PBB bercakap dengan makhluk asing


KUALA LUMPUR - Jika terbukti wujudnya makhluk asing di angkasa lepas, bekas Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman, 58, (gambar) bakal menjadi orang pertama akan berkomunikasi dengan entiti berkenaan.

Interaksi itu boleh dilakukan sekiranya hidupan lain di galaksi berjaya disahkan secara saintifik.
Tanggungjawab itu diberi kepada Mazlan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selaras dengan kedudukannya sebagai Pengarah di Pejabat Hal Ehwal Angkasa Lepas PBB yang beribu pejabat di Vienna, Austria.

Menurut laman web berita utama Australia, www.news.com.au, Mazlan akan menjelaskan peranan terbarunya ketika menyampaikan ceramah pada persidangan saintifik Universiti St. Andrews di Pusat Antarabangsa Kavli Royal Society, London pada minggu depan.

Pada persidangan itu, beliau dijadual berucap kepada para delegasi berhubung penemuan-penemuan terbaru berkaitan ratusan planet baru yang ditemui dalam sistem cakerawala.

Ia mungkin ada kaitan dengan kemungkinan manusia mampu berkomunikasi dengan makhluk asing.

Petikan dari Utusan Malaysia:

Tips pelajar cemerlang 2: Gadis Separa Buta Peroleh Kejayaan



Calon separa buta peroleh kejayaan membanggakan


SEGALA puji dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA hari ini kita rakyat Malaysia masih dapat mengecapi kehidupan yang aman damai dan sejahtera walapun negara ini mempunyai berbagai kaum, agama dan kebudayaan. Alhamdulillahirabbil a'lamin.

Selawat dan salam juga ke atas junjungan besar nabi kita Muhammad SAW, para ahli keluarganya, para sahabat dan para pejuang-pejuang Islam yang telah berjuang untuk mengeluarkan umat manusia daripada alam kegelapan (jahiliah) kepada alam yang penuh dengan nur ilmu pengetahuan sepertimana kita kecapi dan nikmati pada hari ini.

Pada entry ini, saya ingin memuat naik berita dari akhbar beberapa bulan dulu, untuk kita renungkan bersama. Kisah kejayaan para pelajar cemerlang di Malaysia sering dimuatkan di dada-dada akhbar selepas keputusan peperiksaan awam diumumkan. Semoga tips dan perkongsian rahsia kejayaan calon peperiksaan awam ini, diambil iktibar oleh para ramaja yang masih berada di bangku sekolah khususnya para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR, SPM, STPM atau STAM.

KUALA TERENGGANU 11 Mac - Yakin dengan kemampuan diri selain bantuan guru dan rakan berjaya membantu calon separa buta, Nur Najmi Syamila Mohd. Sakari, 18, memperoleh keputusan 8A 2B dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Besar di sini itu berbangga apabila mencapai A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Sejarah, Sains dan Tassawur Islam.

Anak seorang petani itu juga memperoleh A dalam mata pelajaran Perdagangan dan Prinsip Perakaunan manakala A- untuk Ekonomi Asas dan keputusan B+ bagi Matematik dan Bahasa Inggeris.

Nur Najmi Syamila berkata, dia sejak awal menetapkan sasaran untuk mencapai keputusan 8A dalam SPM.

''Saya mengalami masalah untuk belajar dalam kelas jadi saya banyak belajar secara berkumpulan selain mengulangkaji pelajaran secara bersendirian pada waktu malam.

''Saya juga banyak bertanya dengan guru secara bersemuka terutama mata pelajaran Matematik," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Anak keenam daripada lapan beradik itu berkata, dia juga sering memulakan ulang kaji pelajaran dengan berdoa sama ada secara sendirian atau bersama rakan-rakan.

Sementara itu bapa pelajar itu, Mohd. Sakari Muda berkata, dia bersyukur dengan kejayaan cemerlang Nur Najmi Syamilai.

PETIKAN BERITA LAIN...

Jumaat, 2010 Mac 12


Cacat Bukan Halangan Nur najmi Dapat 8A,  kredit kepada teganukita.blogspot

Oleh : AIDA ABD RAHMAN

KUALA TERENGGANU, 11 Mac - Pelajar cacat penglihatan, Nur Najmi Syamila Mohd Sakari, 18, mencatat sejarah dalam pendidikan negara apabila muncul antara pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 bagi kategori pendidikan khas.

Anak petani dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besar, Kuala Terengganu mencatat 8A dan 2B dalam keputusan SPM yang diumumkan serentak seluruh negeri, hari ini (11 Mac).

Dia yang ditemani bapanya, Mohd Sakari, 54, dari Kampung Jerung Tuan, Wakaf Tapai, Marang menitiskan air mata kegembiraan apabila menatap keputusan yang tercatat pada slip keputusan peperiksaan yang diserahkan pengetua sekolahnya, Hajah Zabedah Muda.

“Saya mahu dedikasikan kejayaan saya kepada rakan-rakan yang senasib seperti saya supaya mereka belajar bersungguh-sungguh dan tidak menjadikan kecacatan ini sebagai penghalang.
“Selepas ini saya berazam untuk menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan dan menjadi tenaga pengajar untuk membantu golongan seperti saya kerana hanya saya yang mampu merasai apa yang mereka rasai,” katanya.

Katanya, usaha dan doanya tanpa henti selain sokongan keluarga dan guru yang tiak jemu membimbing dan memberi pengajaran khas kepadanya akhirnya berbaloi dengan apa yang sudah terbukti kini.

Nur Najmi berkata, walaupun dilahirkan cacat, beliau tidak pernah merasa serba kekurangan, malah yakin kepada kemampuan diri dan tidak sesekali menyerah kalah dan berusaha untuk mencapai sasaran dan menggembirakan keluarga.

Bapa Nur Najmi, Mohd Sakari bekerja sebagai petani, yang tidak dapat membendung tangisan kesyukuran dengan kejayaan luar biasa anak keenam daripada lapan beradik itu, tidak menduga anaknya yang dilahirkan cacat penglihatan sejak kecil itu mampu membuktikan kecacatan bukan penghalang untuknya cemerlang.
“Pak cik terharu sangat..sentiasa minta hidayah dan petunjuk dari Allah SWT supaya anak pak cik berjaya dan Alhamdulillah hari ini dia berjaya.

“Dia jadikan empat kakak dan abang yang lain sebagai contoh dan pak cik terharu sangat walaupun peringkat awal risau juga memikirkan nasib dia. Tapi apabila masuk sekolah menengah dia semakin bagus dan sentiasa cemerlang dalam pelajaran,” katanya.

Nur Najmi antara pelajar pendidikan khas yang menjalani pembedahan mata sumbangan kerajaan negeri pada Disember lalu.

Tips Pelajar Cemerlang: Nur Syuhadah

TIPS 1: Nur Syuhadah antara pelajar cemerlang

SEGALA puji dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA hari ini kita rakyat Malaysia masih dapat mengecapi kehidupan yang aman damai dan sejahtera walapun negara ini mempunyai berbagai kaum, agama dan kebudayaan. Alhamdulillahirabbil a'lamin.

Selawat dan salam juga ke atas junjungan besar nabi kita Muhammad SAW, para ahli keluarganya, para sahabat dan para pejuang-pejuang Islam yang telah berjuang untuk mengeluarkan umat manusia daripada alam kegelapan (jahiliah) kepada alam yang penuh dengan nur ilmu pengetahuan sepertimana kita kecapi dan nikmati pada hari ini.

Pada entry ini, saya ingin memuat naik berita dari akhbar beberapa bulan dulu, untuk kita renungkan bersama. Kisah kejayaan para pelajar cemerlang di Malaysia sering dimuatkan di dada-dada akhbar selepas keputusan peperiksaan awam diumumkan. Semoga tips dan perkongsian rahsia kejayaan calon peperiksaan awam ini, diambil iktibar oleh para ramaja yang masih berada di bangku sekolah khususnya para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR, SPM, STPM dan STAM.

KOTA BHARU 11 Mac 2010 - ''Terima kasih, terima kasih cikgu," ujar Nur Syuhadah Muhamad, pelajar Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP) di sini yang muncul sebagai salah seorang pelajar cemerlang peringkat kebangsaan pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009.

Nur Syuhadah yang ditemui di sekolahnya hari ini menyatakan rasa syukur di atas kejayaan yang dicapainya itu dan menyifatkan komitmen guru dalam menyampaikan kepakaran masing-masing begitu banyak membantunya.

''Hal ini membolehkan saya membuat persiapan dengan yakin bagi menduduki peperiksaan tersebut. Saya banyak memberi tumpuan semasa di dalam kelas," ujarnya.

Anak kepada pasangan pesara guru dan pesara jururawat itu memperoleh keputusan 10 A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Biologi, Kimia, Sejarah, Pendidikan Islam dan English for Sience and Technology (EST).

Dia yakin, kemahiran hafaz ayat-ayat al-Quran semasa di sekolah rendah yang diamalkan secara berterusan memudahkannya memahami dan mengingati apa yang diajar oleh guru.

Nur Syuhadah mendapat tawaran ke SMSTMFP semasa di tingkatan empat dan peluang ke sekolah ternama itu tidak disia-siakan dengan tumpuan penuh terhadap pelajaran justeru katanya, tumpuan berkenaan membolehkannya menyertai pelbagai pertandingan akademik peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

''Antaranya, Olympiad Kimia Kebangsaan, ASEAN and Eropah Classroom (Matematik) dan National Science Challenge yang membolehkan saya mendapat sijil dan merit," katanya.

Penyertaan dalam pertandingan itu juga katanya, memberinya perangsang berkesan dalam membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan tersebut.

Pelajar itu pernah menerima anugerah dari Sultan Kelantan semasa muncul pelajar cemerlang peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2007.

Calon cerebral palsy mahu jadi profesor

Calon cerebral palsy mahu jadi profesor


Ahmad Faiz Ibrahim, menduduki peperiksaan UPSR di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian (1) di Kota Bharu, semalam.

 

KOTA BHARU 21 Sept. - Dengan menolak pensil yang diselitkan di celah jari tangan kirinya menggunakan dagu, Ahmad Faiz Ibrahim tekun menjawab soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula hari ini.

Calon UPSR dari Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1 itu terpaksa menolak pensil menggunakan dagu untuk menulis kerana menghidap cerebral palsy sejak lahir iaitu sejenis kekacauan atau gangguan kendalian terhadap fungsi motorik disebabkan oleh kerosakan pada otak yang sedang berkembang sehingga mengekang pergerakannya.

Ahmad Faiz, 12, merupakan salah seorang daripada 219 calon UPSR yang menduduki peperiksaan tersebut di sekolah itu dan dia diletakkan di bilik berasingan untuk memudahkannya menjawab soalan.

Walaupun cacat, kanak-kanak yang berasal dari Kampung Pengkalan Demit itu merupakan salah seorang pelajar harapan sekolahnya berikutan pencapaian 4A 1B yang dicatatnya dalam peperiksaan percubaan UPSR baru-baru ini.

Malah, Ahmad menanam cita-cita untuk menjadi seorang profesor dalam bidang sains satu hari nanti.

Ketika ditemui di sekolah itu hari ini, murid itu yakin mampu mencapai keputusan cemerlang dalam UPSR tahun ini.

"Alhamdulillah, soalan-soalannya macam yang biasa saya buat dalam kelas. Saya berharap dapat 'mengalahkan' murid lain yang lebih pandai. Saya sudah bersedia sepenuhnya dan banyak belajar di rumah dengan bantuan ibu," katanya.

Anak kepada seorang guru, Ibrahim Yunus, 42, dan suri rumah, Zarina Mohd. Kassim, 36, itu ternyata mempunyai semangat dan keyakinan diri yang tinggi walaupun memerlukan bantuan sepenuhnya untuk bergerak disebabkan kecacatan itu.

Ketika di sekolah, dia terpaksa menggunakan kerusi roda yang ditolak oleh rakan-rakannya sebelum dipindahkan ke kerusi khas bagi menampung postur tubuhnya.

Sementara itu Zarina berkata, setiap dua minggu sekali dia dan suaminya akan membawa Ahmad Faiz ke hospital untuk latihan fisioterapi selain mendapatkan ubat-ubatan bagi menguatkan sistem saraf tubuhnya.

"Selain menghantarnya terus ke tempat duduk di dalam kelas setiap hari, saya juga pergi ke sekolah pada waktu rehat untuk menyuapkan makanannya.

"Saya melahirkan Ahmad Faiz ketika masih belajar di Universiti Al-Azhar, Mesir dan sejak itu saya menumpukan sepenuh masa menjaga anak sulung saya daripada empat beradik ini," ujarnya.

sumber; Utusan Malaysia, 22/09/2010

Sistem Solar Hibrid Sekolah Di pedalaman dan luar bandar

Sistem Solar Hibrid Sekolah Di pedalaman dan luar bandar

RM2b untuk pelaksanaan projek Sistem Solar Hibrid



BADARUDIN (dua dari kiri), Wan Rosdy (dua dari kanan) dan Mohd Rumai (kiri) melawat projek SSH di Pahang, semalam. melihat projek Sistem Solar Hibrid di Sekolah Kebangsaan Lejang Kuala Lipis, Pahang,

 SSH mampu jana bekalan elektrik 24 jam di sekolah pedalaman

KUALA LIPIS: Kementerian Pelajaran menyediakan peruntukan RM2 bilion bagi melaksanakan projek pemasangan Sistem Solar Hibrid (SSH) bagi membolehkan semua sekolah di pedalaman dan luar bandar mendapat bekalan elektrik 24 jam menjelang 2011. 



Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) kementerian, Datuk Badarudin Abd Rahaman, berkata daripada jumlah itu, projek sama dilaksanakan sejak dua tahun lalu di sekolah pedalaman di Sabah dan Sarawak membabitkan peruntukan hampir RM1.2 bilion. 


Luahan Hati Seorang Anak.......

Luahan Hati Seorang Anak.......




Di sini juga, saya ingin selitkan satu kisah benar, luahan hati anak luar nikah. Sumber kisah ini dicatatkan di iluvislam.com. Semoga kita mengambil pengajarannya. 
Dedikasi khas buat insan yang bernama ibu,yang belum pernah ku cium manja dahinya,belum pernahpun kulihat wajahnya walau sekali cuma. 
 Dedikasi khas untuk masyarakat agar memahami dilema dan perasaan anak yang tak berbapa,hentikan membuat spekulasi dan pandangan negatif terhadap anak luar nikah. 

Dedikasi khas buat remaja Adam dan Hawa yang sedang enak diburu dengan perasaan cinta sementara, membiar nafsu merajai hati,membuang ketepi sebab dan akibat hanya kerana sedetik kepuasan yang tak kekal lama; sementara cuma…
Kutiplah sisa-sisa pengalamanku ini sebagai pengajaran. Bimbang mendung semalam akan berulang.
*********

Tatkala awan kelabu mula mundur untuk pulang ke kamar peraduan,sepasang pipit comel masih menari mengikut lagu hatinya. Kelihatan bayu malam seakan tidak sabar-sabar untuk keluar berjalan. Iman Nadrah masih leka dibelai angin petang yang berpuput lembut menghempas pipinya.


Seketika,tudung biru yang dipakainya menari mengikut rentak angin. Sepasang matanya masih tak berkedip memandang ke arah langit. Ya,hidup ini umpama langit, bisik hatinya. Langit tak selalunya cerah. Dan dia akur andai hidup ini tak akan selalunya indah. Sejenak, mindanya menayangkan kembali video rakaman hidupnya lima tahun lepas.  

“Iman,asal nama ayah kau Abdullah? Bukan ke orang panggil ayah kau Pak Leman,” tanya Badrul.

”Ye lah Iman. Asal ek? Entah-entah kau bukan anak Pak Leman,” ujar Rizal dalam nada menyindir diiringi gelak tawa teman-temannya. 

Saat itu,Iman cuba memekakkan telinga. Dia tepu,jemu dengan sindiran teman-temannya terutama Rizal. Persoalan mereka sebentar tadi dibiarkan tergantung tanpa jawapan. Lantas, Iman meneruskan latihan Matematik yang diberikan oleh Cikgu Latifah. 

Di satu sudut di hujung kamarnya, Iman diam membatu. Dirinya seakan mengiyakan persoalan Rizal. Walaupun dia masih belum sepenuhnya mengerti akan semua itu,tapi naluri ingin tahu yang menjalar dalam hatinya mendesak dia untuk bertanya pada ayahnya segera. Lantas,dia menuju ke arah Pak Leman yang asyik membelek akhbar. 

“Ayah, tadi ada kawan Iman tanya kenapa dalam buku Iman nama Iman Nadrah binti Abdullah bukan Sulaiman? Bukan ke nama sebenar ayah Sulaiman?”

Seketika Mak Leha berhenti melipat kain. Berdebar menanti reaksi dan tindakan suaminya. 

”Hmm,Iman,kawan-kawan Iman mungkin tak tahu kalau ayah Iman ada dua nama.” 

Tersenyum Mak Leha.Lega.

”Boleh ke seorang tu ada dua nama?" Iman masih belum berpuas hati.

”Hmm,boleh. Mari duduk atas riba ayah sayang,bacakan surat khabar ni untuk ayah,Iman kan dah pandai membaca,mata ayah pedih la,” pujuk Pak Leman untuk mengalihkan perhatian Iman. 

Pak Leman mengeluh kecil. Bimbang rahsia akan terbongkar,tapi sampai bila? Iman berhak untuk mengetahuinya. Mungkin belum tiba masanya,fikir Pak Leman.

”Iman, Iman anak ayah sayang.”

Tak bersahut.

”Iman dah tidur bang,” sampuk Mak Leha.

Sekejapnya dia lena,ujar Pak Leman perlahan lantas mendukung Iman ke kamarnya. 

“Iman!Iman! Isyh,mengelamun pula budak ni,”leter Mak Leha. Lantas Mak Leha menepuk lembut peha anak gadisnya.

”Ya,mak!” serta-merta dia tersedar. Kembali pulang ke alam realiti setelah sejenak di dunia fantasi.

”Dah maghrib ni,tak baik kalau masih diluar, jom masuk!” Lantas tanpa sepatah kalam bicara,Iman menurut kata ibunya. 

Dalam menongkah arus kehidupan di dunia yang serba mencabar,acap benar ujian bertandang tanpa diundang. Untuk itu,kita perlu sentiasa bersedia,iman kalau sekadar setebal kulit bawang,mana mungkin dapat digapai walau segenggam tabah. 

Iman akur,dia perlu tahu ynag dirinya perlu menjadi seperti pohon,tetap menghasilkan buah walau dibaling dengan batu. Dan dia cuba menghadiahkan segaris senyuman pada teman-teman yang masih menghinanya,namun dia tidak setegar itu. Mereka perlu tahu, disebalik senyum palsu itu,hati Iman terluka.

Dia tidak mahu membebankan hati kedua orang tuanya. Kerana Iman sedar,bukan setitis pengorbanan dan kasih sayang Pak Leman dan Mak Leha kepadanya. Iman umpama sebutir mutiara yng bersinar dalam keluarganya.Imanlah harapan mereka, Imanlah jantung hati mereka kerana Iman satu-satunya anak mereka. 

Daun-daun kering yang berguguran walaupan sehelai, semuanya berlaku dengan izin Allah. Suasana nyaman itu agak tenang dan mendamaikan. Namun Iman merasakan hatinya membahang. Memikirkan persoalan yang entahkah wujud atupun tidak jawapannya. 

Remaja asyik berbicara tentang cinta. Bagi mereka cinta satu kemestian. Melihat teman-teman umpama belangkas kehulur ke hilir demi sesaat kepuasan? Adakah menunggu natijah dan bala baru merasakan keinsafan? Umur baru setahun jagung, hingus masih dilap ibu, sudah pandai bermain api cinta. Apa salah ke,kolot ke mereka yang tidak bercinta?

Hidup dalam kelompok masyarakat yang kebejatan akhlak, Iman harus bijak menilai sesuatu. Manusia memang susah menerima nasihat. Pantang ditegur,mulalah mencerakinkan satu–satu persatu kelemahan orang itu demi menunjukkan bukan dia sahaja yang melakukan kesalahan. 

Memang benar andai setiap manusia tidak pernah terlepas daripada menelan duri kesilapan dalam kamus hidup. Kalaulah manusia memiliki prinsip seperti padi, makin berisi makin tunduk, pasti semua masalah dapat diuraikan kekusutannya. 

“Eh!Iman, kau tak payah la susah-suasah nak nasihat aku. Aku tahulah jaga diri aku. Apa kau bimbang aku jadi macam mak kau?” Ujar Lina dalam nada menyindir.

”Mak aku? Kenapa dengan mak aku?” Soal Iman kebingungan.

”Eleh buat-buat tak tahu! Dasar anak luar nikah!”

Pang! Satu tamparan hebat hadiah daripada Iman atas ucapan Lina
.
”Soal maruah diri aku, kau jangan nak main-main! Apa,kau ingat kau…”

Iman tak dapat menahan kata-katanya. Dia sebak lantas mengambil beg dan terus pulang.

Diganggu Rizal


Iman masih dibayangi dengan peristiwa tiga hari lepas. Hatinya tidak tenang. Jiwanya resah. Selesai subjek Sejarah, Iman pulang agak lewat sedikit kerana dia perlu membersihkan kelas. Bimbang dia terlewat kerana jarak rumahnya dengan sekolah bukanlah dekat.

Ketika asyik mengemas meja guru,dia terasa bahunya dipegang oleh tangan seseorang. Lantas sepantas kilat dia memalingkan badannya. Tangan itu menjalar ke pipinya. Iman cuba untuk menjerit,namun terhalang seakan kerongkongnya tersumbat.

”Ala,rilek Iman.Ini ringan-ringan je.” 

”Binatang kau!” Iman meludah tepat ke arah muka lelaki tersebut lantas bergegas mengambil beg untuk pulang. Kerja membersih kelas dibiarkan separuh jalan. Sambil mengesat mukanya dengan tisu yang tersedia diatas meja guru, dia menjerit:

”Eh anak luar nikah! Sedar diri sikit! Kau tu bukannya suci sangat!”

Persoalan Terungkai


Dia masih lagi trauma dengan kalimah anak luar nikah! Seakan terngiang-ngiang kalimah itu dicuping telinganya. Baru tadi dia memastikan nama ibu pada sijil kelahirannya berbeza dengan nama yang tertera pada kad pengenalan Mak Leha. 

Tahulah dia bila dipastikan ayahnya yang bernama Abdullah, segalanya terjawab. Benarlah anggapan dan omelan teman-temannya. 

Kebetulan Pak Leman baru memasuki rumah seusai berjemaah di surau. Lantas Iman menuju ke arah Pak Leman dan memeluk ayahnya seeratnya. Mak Leha bergegas ke ruang tamu tatkala mendengar tangisan anak emas mereka.

Iman menatap mata ayahnya. ”Ayah,jujurlah dengan Iman.Siapa Iman sebenarnya ayah?Katakanlah ayah,Iman bukan anak luar nikah! Iman bukan anak pungut ayah.”

Pak Leman beristighfar. Mengucap. Tergamam. Mak Leha duduk di atas kerusi .Sebak.Terlalu sedih. Hatinya masih belum bersedia untuk kehilangan Iman. Iman seakan orang yang terkena histeria. Masih terkejut dengan rahsia yang baru terbongkar.

”Jadi,Rizal tu……,dan lebih tepat penghulu kampung itu adalah….”

Pak Leman menggangguk walaupaun ayat itu tidak penuh kerana dia seakan dapat membaca fikiran anaknya itu. 

Iman masih sedih. Dia masih belum dapat melelapkan mata walau jam telah menunjukkan tepat jam tiga pagi. Persoalannya telah terjawab. 

Namun dia hilang kepercayaan kepada penghulu. Dimana sikap kepimpinan seorang ketua andai dia membuang cucunya sendiri. Inilah masyarakat yang mengheret sama anak yang tak berdosa ke lembah kemaksiatan bersama ibu bapa mereka.

Meskipun mereka semua tahu,andai diberi pilihan,lebih baik tiada daripada ada. Lahir daripada rahim ibu yang memperjudikan hidup dengan setitis nafsu bersama kaum Adam di lembah hina. 

Namun Iman nekad,walau apapun terjadi,dia tak akan meninggalkan Pak Leman dan Mak Leha meskipun Iman tahu siapa keluarganya yang sebenarnya.


Dua minggu berlalu,ketika kelas matematik riuh rendah apabila seorang anggota polis datang mengetuk pintu. Selepas berbicara dengan cikgu Latifah,kelihatan penghulu yang datang dari arah pejabat terus menerkam ke arah Rizal kerana tuduhan memperkosa Lina,teman sekelasnya.

Iman menatap sayu mata insan yang sepatutnya tapi tak selayaknya dipanggil datuk. Dia sedar,semakin tinggi kemajuan,makin lupus ketamadunan .Kuasa dan pangkat menjadi manusia lupa diri. Lantas demi menjaga nama baik keturunannya,Iman Nadrah “dijual” pada pasangan yang berhati mulia untuk menerimanya.

Meskipun seakan tidak percaya, Rizal adalah adik kandung pada insan yang telah meminjamkan rahimnya untuk melahirka aku ke dunia. Tidak hairanlah ada yang bertanya,adakah mereka kembar? Rupanya ada rahsia yang tersirat disebalik iras wajah yang tersurat. Dan mereka yang telah menjadikanya telah dihukum buang daerah hampir 15 tahun lepas dan tak dibenarkan pulang ke kampung ini.

Hari Ini..


Ya,Rizal kita tetap saudara. Apa yang terjadi kepada Lina dan Rizal benar-benar memberi keinsafan kepada Iman dan teman-temannya. Pasti ada hikmah disebalik ujian. Jangan tika ditelus duga kita goyah, tika diberi nikmat kita alpa. 

Dan Iman perlu untuk menghadapi kenyataan siapa dirinya sebenarnya kerana dia yakin dengan firman Allah di dalam surah Al-furqan ayat ke-25:

“Dialah yang menjadikan manusia dari setitis air mani yang hina dan menciptakan hubungan keturunan (nasab) dan perkahwinan.”

Pada insan yang tak layak ku gelar bapa,meninggalkan aku tanpa bicara,moga hidayah Allah membimbingmu sebelum maut menjemput.

Pada ibu yang tak kutahu dimana berada,meskipun payah menerima siapa aku,yang dilahirkan tanpa diundang,terima kasih.

Andai kalian tahu,betapa deritanya aku yang dilahirkan dari setitik nafsumu yang diladungi dosa kemaksiatan, pasti kalian masih tidak mampu untuk menjernihkan kembali kolam hati yang berlumpur kesedihan.

Dan andai diberi kesempatan,dia ingin bersalam dan menzahirkan segalur penghargaan pada seorang insan yang sudi menerima kehadirannya selama 9 bulan di dalam laman rahim seorang wanita.

Dan dia ingin berjumpa dengan lelaki itu,menitipkan kalam keinsafan,sebelum pulang pada Ilahi,biarlah setiap denyut nadi dalam redha dan keampunanNya.

Biarlah yang lepas itu adalah sejarah. Esok adalah masa depan.

Ya Allah,Kau ampunilah dosa kedua ibu bapaku,kasihi dan terimalah taubat mereka kerana sesungguhnya kau maha pengampun dan penyayang. Aamin.

Remaja Sihat

Remaja sihat 

 

Para pelajar khususnya yang berada di bangku sekolah menengah pasti sudah acap kali mendengar perkataan remaja. Melalui fasa remaja, pastinya ramai yang merasakan ia fasa yang menggembirakan. Pelbagai perkara dilakukan bagi meraih kegembiraan dan kebahagiaan. Namun, sesekali langkah kaki yang sebegitu pantas seharusnya dihalakan ke jalan yang benar-benar memberi makna kebahagiaan yang hakiki.


Sudah pasti dalam hidup kita, kita inginkan kebahagiaan. Seharusnya juga kebahagiaan itu biarlah berkait rapat dengan langkah yang bijak dan sihat. Jika pada entry-entry sbelum ini, terdapat beberapa tips yang saya catatkan, khusunya di kategori Motivasi atau Kemahiran Aserif Diri, apakata kali ini  jom kita ikuti pandangan Dr Ismail Zain berkaitan, "Remaja Sihat".

Siapa yang digelar remaja? Sememangnya anda pelajar sekolah hinggalah ke pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) tergolong dalam golongan remaja. Sebagai seorang remaja yang sihat anda menjadi harapan keluarga dan negara. Harapan yang murni ini tidak harus dipersia-siakan kerana andalah generasi yang akan mewarisi segala bentuk agenda negara.



Memandangkan betapa pentingnya peranan anda marilah kita renungi ciri-ciri remaja yang sihat yang boleh memberi sumbangan yang bermakna kepada negara.


• Ketahanan fizikal: Sebagai remaja anda mempunyai daya ketahanan yang tinggi iaitu bertenaga, sihat, kuat dan mampu menggunakannya dalam sebarang aktiviti. Oleh itu pastikan segala tenaga yang Allah anugerahkan kepada kita digunakan secara maksimum dan bijak ke jalan yang betul dan menguntungkan. Tenaga yang banyak itu janganlah dicurahkan ke dalam kegiatan yang boleh menjerat diri sendiri ke arah kemusnahan. Alangkah ruginya diri anda, keluarga dan negara jika perkara ini berlaku.


• Kehendak yang tinggi. Remaja inginkan kemewahan, keindahan & penghormatan. Jika anda mempunyai kehendak seumpama ini, anda ialah seorang remaja yang sihat dan hebat. Walau bagaimanpun keinginan kepada unsur-unsur kemewahan, keindahan dan penghormatan bukan bermakna ia ditujukan pada aspek material sahaja seperti memakai baju yang berjenama dan mahal, melakukan tindakan yang agresif atau berbelanja atau berada di tempat-tempat yang ekslusif. Sebenarnya kemewahan anda terletak kepada pemikiran anda, penghormatan anda pula terletak kepada prestasi akademik dan kokurikum yang anda ceburi, tingkah laku serta penampilan diri yang sihat.


• Tabiat & amalan: Sebagai remaja anda juga inginkan kebebasan iaitu tidak suka dikongkong, mahu membuat keputusan sendiri serta ingin berdikari. Syabas! Ini merupakan ciri-ciri yang amat positif jika diamalkan secara sempurna melalui bimbingan yang baik. Kebebasan dan berdikari bukan bermakna anda melakukan tanpa bimbingan. Sebenarnya kebebasan dan berdikari ialah satu amalan yang dilakukan setelah mendapat bimbingan yang sempuran daripada mereka yang pakar atau lebih berpengalaman dan berpengetahuan dari kita. Ini bermakna dalam proses kita berdikari dan mendapat kebebasan kita juga harus mendapat bimbingan yang banyak, rujukan yang mendalam, ilmu yang padat agar segala amalan dan tindakan kita itu adalah mengikut lunas-lunas kehidupan yang tepat, unggul dan mendapat keberkatan daripada Allah.


Justeru, marilah kita sebagai remaja yang sihat mengamalkan nilai-nilai murni yang disebutkan di atas supaya kehidupan kita di dunia ini akan selamat serta dapat membentuk satu generasi yang mampu memberi sumbangan yang bermakna kepada bangsa dan negara.

Membina Impian di Wisma Harapan

Membina impian di Wisma Harapan

MELANGKAH masuk ke bangunan Wisma Harapan yang menempatkan Persatuan Untuk Orang Kurang Upaya Akal Selangor dan Wilayah Persekutuan (SAMH), membuatkan hati tersentuh. Melihat wajah -wajah pelatih persatuan itu yang tersenyum ceria bagaikan masing-masing tiada sebarang kekurangan.

Namun hakikatnya, mereka adalah golongan orang kurang upaya (OKU) yang mengalami kegagalan mental untuk berfungsi secara normal. Ini menyebabkan mereka perlu dibantu atau diawasi pada kebanyakan masa.

Justeru SAMH ditubuhkan sejak tahun 1964 bagi membantu serta memberi panduan kepada ibu bapa bagaimana cara terbaik untuk mendidik dan membesarkan anak yang mengalami kecacatan mental.

Presiden SAMH, Datin Fauziah Idris berkata, penubuhan persatuan itu bertujuan membantu golongan OKU cacat mental melalui penyediaan pendidikan, latihan dan penjagaan sejak bayi sehingga dewasa supaya ibu bapa dan pelatih sendiri mengetahui potensi diri.

Bermula dengan hanya empat pelatih dan seorang guru, persatuan itu kini mempunyai 12 sekolah khas dan pusat latihan bersama 560 kanak-kanak.

Katanya, setiap ibu bapa disarankan menghantar anak mereka yang cacat mental sejak kecil, seboleh-bolehnya ketika bayi untuk memudahkan mereka dididik.

"Pada usia sehingga enam tahun, mereka akan dimasukkan ke prasekolah yang dibina SAMH di Selangor dan Kuala Lumpur, sebelum diserapkan ke sekolah rendah bermula umur tujuh tahun hingga 12 tahun serta sekolah menengah dari usia 13 tahun hingga 17 tahun.

"Mereka ini ke sekolah mengikut waktu yang disediakan serta menjalani pendidikan khas mengikut keupayaan masing-masing dan akan dihantar serta dijemput ibu bapa, bukannya menetap di SAMH.

"Selepas usia 17 tahun, mereka akan dimasukkan ke kelas khusus bagi melihat potensi mereka sama ada mampu menguruskan diri atau sebaliknya.

"Kami akan membenarkan mereka keluar bekerja di luar dengan majikan yang menyediakan pekerjaan yang sesuai. Namun bagi yang tidak mampu menguruskan diri, mereka akan menghabiskan masa bekerja di bengkel," katanya ketika ditemui di Wisma Harapan, Brickfields, baru-baru ini.

Bagaimanapun ujarnya, jumlah pelatih yang semakin bertambah membuatkan SAMH membina Bengkel Perlindungan di Klang untuk memberi peluang kepada golongan cacat mental meneruskan kehidupan dengan lebih sempurna dan bermakna.

"Ia penting bagi menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan memperlihatkan mereka mampu menjalani dunia pekerjaan seperti orang normal.

"Mereka akan melakukan kerja yang ringkas dan bersesuaian dengan keupayaan mereka seperti membungkus majalah, melipat risalah dan menampal alamat dengan sedikit pemantauan dan bantuan daripada guru.

"Pelatih ini akan memperoleh wang poket sehingga RM500 sebulan, bergantung kepada keupayaan dan kecekapan mereka menyelesaikan kerja," ujarnya.

Sementara itu dan Pengurus SAMH, T. Kamaraj, berkata, setakat ini hanya beberapa pelatih yang dibenarkan bekerja di luar kerana mereka benar-benar layak dan kelihatan hampir seperti orang normal.

"Kebanyakan pekerjaan memerlukan petugasnya bercakap dan tangkas, jadi faktor ini yang menyukarkan pelatih kami untuk bekerja di luar.

"Ada majikan yang tidak bersedia mengambil golongan OKU bekerja kerana mereka tidak memahami dan kurang sabar.

"Ini menyebabkan golongan OKU seperti didiskriminasi, kurang diterima masyarakat dan meningkatkan kos perbelanjaan kami yang terhad," katanya.

Berbicara lanjut, Fauziah membongkar 1001 kesukaran kewangan yang ditempuhi pengurusan SAMH dalam memastikan ia berjalan lancar dan dapat terus membantu golongan cacat mentalnya.

Jelasnya, SAMH memerlukan kira-kira RM2 juta setahun bagi menampung kos perbelanjaan untuk 12 sekolahnya dan separuh daripadanya diberikan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

"Manakala separuh lagi kami terpaksa usahakan dengan menganjurkan program jualan amal dan ada yang turut disumbangkan organisasi korporat serta orang ramai namun tidak mencukupi.

"Kos ini adalah untuk kegunaan pelbagai keperluan termasuk makan dan minum pelatih, kelengkapan pembelajaran, air, elektrik, gaji guru serta wang poket mereka yang bekerja di bengkel.

"Sehubungan itu, kami amat berharap sekiranya ada syarikat korporat dan orang ramai bersama-sama membantu kami untuk membantu golongan yang memerlukan dengan menghulurkan dana ikhlas," tambahnya.


Bagi yang ingin menghulurkan bantuan, mereka boleh mengunjungi SAMH di Wisma Harapan,
Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields, Kuala Lumpur atau menghubungi talian 03-22741457 / 75.

Disiplin Diri Penentu Kecemerlangan

Disiplin Diri Penentu Kecemerlangan


 Artikel "Disipilin Diri Penentu Kecemerlangan" ini dipetik oleh cikgubimbingan-kaunseling.blogspot dari Akhbar Dalam Pembelajaran, sisipan Utusan Malaysia di ruangan Santapan Minda Oleh DR ISMAIL ZAIN.

UNTUK berjaya, tiada petua yang paling baik dan berkesan selain mempunyai tahap disiplin yang tinggi.

Sebelum membincangkan secara lanjut mengenai disiplin diri, kita perlu tahu, bagaimana seseorang yang mempunyai tahap disiplin tinggi boleh membantu seseorang untuk berjaya dalam apa yang dilakukan.

Sebenarnya, mereka yang mempunyai disiplin diri tinggi boleh melakukan apa sahaja dengan berkesan dalam hidupnya.

Anda boleh mencapai matlamat dan cita-cita yang selama ini dirasakan mustahil.

Ini kerana seseorang yang mempunyai sikap yang betul menerusi disiplin diri yang tinggi akan dijelmakan menerusi rasa yakin pada diri yang sangat tinggi.

Menurut pakar-pakar psikologi, mereka yang berdisiplin tinggi juga sebenarnya mampu meningkatkan kemampuan untuk menjadi kreatif.

Jika anda mempunyai disiplin tinggi, anda akan lebih bersikap terbuka dan sentiasa mencabar minda anda untuk sentiasa berfikir dengan pantas.

Malah, mereka yang mempunyai disiplin tinggi juga akan menjadi seseorang yang lebih fokus kepada tugasan dan tanggungjawab.

Kita semua tahu, hampir semua mereka yang berjaya di dunia ini adalah mereka yang mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap diri sendiri dan sentiasa berfikiran positif.

Bagi mencapai tahap disiplin diri yang tinggi, satu perkara penting yang perlu ada pada pemikiran seseorang ialah kekuatan dalaman diri terutamanya untuk melawan segala macam dugaan yang mendatang.

Tanamkan kekuatan diri apabila kita melakukan sesuatu. Teruskan sehingga ke penghujung dan bukan sekadar `hangat-hangat tahi ayam'.

Berhadapan dengan dugaan, mereka yang berdisiplin tinggi, selalu mengingatkan diri betapa mereka sudah berjanji dan membuat komitmen kepada diri sendiri untuk berjaya.

Orang yang berjaya adalah mereka yang menghormati janji dan komitmen yang dibuat pada diri sendiri kerana mereka sangat menghormati diri sendiri.

Dalam erti kata lain, anda perlu bertegas dengan diri anda dan jangan beri muka kepada perkara-perkara remeh yang akan boleh menggagalkan usaha anda.

Bagaimanapun, adakah ini bermakna untuk menjadi seorang yang berdisiplin, anda perlu menjadi seorang yang serius dan tidak boleh lagi berseronok seperti orang lain?

Jawapannya tentulah tidak. Anda masih boleh hidup gembira dan menikmati keseronokan bersama rakan-rakan anda.

Cuma, anda perlu bijak menguruskan masa dan tidak hanya mementingkan keseronokan.

Hidup ini perlu sederhana.

Menjadi seorang yang berdisiplin juga tidak bermakna anda perlu mengikuti secara rigid jadual yang anda telah tetapkan.

Malah, anda sebenarnya tidak memerlukan jadual apa yang perlu dilakukan untuk menjadi manusia yang berdisiplin.

Yang penting ialah anda mencapai apa yang perlu anda lakukan.

Ada juga yang bimbang, seseorang yang terlalu berdisiplin tidak mempunyai masa untuk berehat dan tidak tidak menjadi anda yang sebenar.

Sebenarnya, apa yang berlaku ialah di sebaliknya. Menjadi seorang yang berdisiplin akan menjadi anda seorang yang boleh menguruskan masa dengan bijak.

Seperti mana yang kita tahu, pengurusan masa yang bijak menjadikan seseorang itu mampu melakukan banyak perkara dalam sesuatu masa.

Mereka bukan sahaja mampu melakukan kerja dengan baik, tetapi juga mempunyai masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti lain seperti bersenam, bersosial dan pelbagai aktiviti lain yang mahu dilakukan dalam hidupnya.

Jangan salah faham, menjadi seorang yang berdisiplin bukan bermakna kerja, kerja dan kerja semata-mata.

Ia lebih kepada bagaimana anda mendisiplinkan diri untuk melakukan apa yang anda gemari dan melihat hidup secara positif.

Selain itu, jangan lupa untuk menghargai diri anda atas kejayaan yang dicapai hasil daripada sikap anda yang berdisiplin tinggi.

Tidak kira sebesar mana kejayaan yang dicapai, anda perlu meraikan kejayaan peribadi.

Ini akan memberikan semangat kepada anda untuk terus menjadi insan yang berdisiplin.

Jangan lupa juga untuk meletakkan sasaran baru setelah anda berjaya mencapai sesuatu kejayaan.

Bagaimanapun, anda perlu berhati-hati, jangan terlalu merasa tertekan untuk mencapai matlamat dan sasaran baru yang anda tetapkan.

Jangan hilang fokus.

Cuba untuk bersikap lebih tenang terutamanya apabila anda mula merasa tertekan.

Ingat, kejayaan adalah sesuatu yang menyeronokkan, tetapi kadang kala, ia membawa tekanan kepada anda.

Bagaimana sebenarnya mengatur strategi untuk menjadi seorang yang berdisiplin tinggi?

Antara cadangan yang boleh diguna pakai ialah kenal pasti dan tulis sebab kepada sasaran dan cita-cita anda, bila anda mahu capai dan bagaimana.

Kemudian, berjanji pada diri anda bagaimana untuk tidak memungkiri diri anda.

Seterusnya, anda perlu memantau perkembangan secara harian, mingguan atau bulanan dan buat ubah suai sekiranya dirasakan perlu.

Akhir sekali, penuhi sasaran dengan penuh gembira dan jangan lupa raikan kejayaan anda.

Kurikulum, pensijilan baru 2011

Kurikulum, pensijilan baru 2011 
 Petikan dari Utusan Malaysia, mySekolah , Isnin 20 September 2010




JABATAN Pembangunan Kemahiran akan memastikan kurikulum yang dibangunkan memenuhi piawaian minimum dan selaras dengan bidang ekonomi yang diberi keutamaan.

Kurikulum Pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TEVT) akan mengandungi komponen kemahiran asas berkaitan dengan literasi dan numerasi serta penguasaan pelbagai bahasa.

Kemahiran asas ini penting sebagai sokongan kepada kemahiran praktikal serta pembinaan kemahiran dan keupayaan individu untuk menyesuaikan diri dengan perubahan suasana kerja.

Di samping itu, Jabatan Pembangunan Kemahiran akan membangun bank kurikulum untuk menyimpan semua kurikulum yang dibangunkan.

Agensi penyedia TEVT mengeluarkan sijil tersendiri dan sijil TEVT ini belum diiktiraf sepenuhnya sebagai sijil yang melayakkan calon memasuki institusi pengajian tinggi.

Penerimaan sijil TEVT dalam kalangan pelajar, ibu bapa dan majikan dapat diperluas dengan menghapuskan keraguan terhadap kualiti latihan yang diberikan oleh pelbagai agensi.

Pada masa ini, SKM, Diploma Teknologi dan Sarjana Muda Teknologi tidak diiktiraf sepenuhnya oleh institusi pengajian tinggi dan Lembaga Jurutera Malaysia.

Untuk penyeragaman dan pengiktirafan pensijilan TEVT, SKM akan diguna pakai sebagai pensijilan kebangsaan bagi TEVT.
Langkah berikut akan diambil bagi memperkukuh pengiktirafan sijil TEVT:


  • Mengiktiraf dan menyeragam pelbagai tahap SKM dengan kesemua sijil yang dikeluarkan oleh penyedia TEVT menjelang tahun 2012;
  • Mewajibkan pekerja dalam pekerjaan terpilih memiliki SKM atau sijil yang setaraf. Syarat ini akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2012; dan
  • Memperluas penerimaan SKM sebagai syarat kelayakan masuk ke dalam skim perkhidmatan awam, dan ke institusi teknikal dan vokasional di peringkat tinggi dan ke institusi pengajian tinggi menjelang tahun 2011.
Lembaga Teknologis Malaysia akan ditubuh untuk mempercepat pengiktirafan sijil berkaitan kemahiran dan teknologi.
Pengiktirafan ini akan menggalakkan institusi pengajian tinggi termasuk institusi TEVT menawarkan kursus berkaitan teknologi selaras dengan keperluan ekonomi berpendapatan tinggi.

Selaras dengan hasrat untuk membangunkan pendidikan teknikal dan keperluan industri, Malaysia-Japan International Institute of Technology akan ditubuh sebagai institusi berautonomi di bawah Universiti Teknologi Malaysia dengan matlamat memperkukuh kerjasama dan rangkaian dengan Jepun dalam bidang teknikal dan kejuruteraan.

Institut ini berupaya memberi pendedahan kepada pelajar dan meningkatkan keberkesanan kos dalam menyediakan latihan tentang pembangunan teknologi terkini di tempat kerja, etika kerja dan amalan pengurusan Jepun.

Pada masa ini, terdapat keperluan untuk mengurangkan pertindihan kursus yang ditawarkan oleh pelbagai institusi latihan bagi mengoptimumkan penggunaan kapasiti TEVT dan mengelak pembaziran sumber.

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), perkara ini akan diberi perhatian memandangkan kadar enrolmen di institusi TEVT dijangka akan meningkat.

Institusi TEVT akan mengkaji semula, merasionalisasi dan memperkemas penyelarasan kursus menjelang akhir tahun 2011.

 

Mengarusperdanakan pendidikan teknikal, latihan vokasional

Mengarusperdanakan pendidikan teknikal, latihan vokasional



Malaysia berhasrat meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai untuk menjadi ekonomi berpendapatan tinggi.
Oleh itu, enrolmen dalam pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TEVT) perlu ditambah dan kualiti latihan secara keseluruhan dipertingkatkan untuk meningkatkan dengan ketara tahap kemahiran tenaga kerja.

TEVT bertujuan menambah bekalan modal insan berkemahiran di Malaysia melalui penyediaan pendidikan berkualiti kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan dan keupayaan dalam bidang teknikal dan vokasional.

TEVT menjurus kepada penyediaan kemahiran yang boleh digunakan dengan segera dalam pasaran pekerjaan. TEVT menjadi pilihan pendidikan perdana di kebanyakan negara maju.

Model binari atau dwi-laluan pendidikan yang fleksibel diguna pakai di kebanyakan negara berpendapatan tinggi.

Model ini membolehkan pelajar menukar aliran antara akademik dengan teknikal atau vokasional yang mempunyai prospek kerjaya yang setara.

Kadar purata enrolmen pelajar yang memasuki aliran teknikal dan vokasional di peringkat menengah atas bagi negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) adalah 44 peratus, berbanding hanya 10 peratus di Malaysia.

Penambahbaikkan peluang, akses dan kualiti TEVT untuk laluan teknikal adalah sama penting dengan penambahbaikkan laluan akademik pendidikan tertiari.

Pendekatan dwi-laluan pendidikan yang sedang diusahakan akan memberi peluang kepada pelajar untuk menukar aliran antara TEVT dengan akademik seperti yang ditunjukkan dalam pendidikan TEVT di peringkat sekolah menengah yang mempunyai dua aliran utama iaitu teknikal dan vokasional. Aliran teknikal mempunyai lebih banyak komponen akademik manakala aliran vokasional mempunyai lebih banyak komponen hands-on.

Kemahiran TEVT memberi manfaat secara langsung kepada majikan, pekerja serta sektor industri yang berkaitan. Faedah yang diperoleh bergantung kepada gabungan kemahiran pekerja.

Oleh itu, kos berkaitan TEVT perlu dibiayai bersama antara kerajaan, majikan, industri dan pelajar berdasarkan kepada faedah yang diperoleh.

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), empat strategi berikut akan diguna pakai untuk mengarusperdanakan dan memperluas akses kepada TEVT yang berkualiti:

lMenambah baik persepsi terhadap TEVT dan menarik minat lebih ramai pelajar;
lMembangunkan tenaga pengajar TEVT yang lebih efektif;
lMempertingkat dan mengharmonikan kualiti kurikulum TEVT selaras dengan keperluan industri; dan
lMemperkemas penyampaian TEVT.

Penambahbaikkan persepsi terhadap TEVT dan menarik minat lebih ramai pelajar

Terdapat banyak peluang untuk penyedia TEVT awam dan swasta menarik lepasan sekolah yang tidak melanjutkan pengajian untuk mengikuti latihan TEVT dan meningkatkan bilangan pekerja berkemahiran dalam pasaran pekerjaan.

Bagi tujuan ini, penekanan akan diberi untuk meningkatkan nilai dan daya tarikan TEVT kepada pelajar, penyedia latihan dan industri.

Publisiti diperhebatDalam tempoh RMK-10, kempen media di peringkat nasional akan dilaksana secara berterusan untuk meningkatkan kesedaran dan penambahbaikkan persepsi terhadap TEVT.

Kumpulan sasar utama adalah pelajar yang berpotensi dan ibu bapa mereka. Kempen akan memberi penekanan terhadap manfaat memasuki pasaran pekerjaan dengan kelayakan TEVT, seperti gaji permulaan, jenis pekerjaan dan laluan kerjaya serta pengiktirafan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) untuk lebih banyak jawatan dalam sektor awam.

Pelbagai saluran penyampaian seperti televisyen, radio, majalah dan selebriti akan diguna untuk menyampaikan maklumat tersebut kepada kumpulan sasar.

Kaunselor di sekolah akan diberi tanggungjawab untuk membimbing dalam tempoh yang panjang bagi membantu pelajar, bermula dari tingkatan empat berterusan sehingga pelajar berkenaan memasuki pendidikan tertiari.

Langkah ini adalah untuk memastikan lebih ramai pelajar meneruskan pelajaran ke peringkat tertiari. Bagi meningkatkan keberkesanan bimbingan, kumpulan kaunseling yang terdiri daripada kaunselor sekolah akan dibentuk di setiap daerah.

Kumpulan kaunseling ini akan bertanggungjawab untuk menjalinkan hubungan yang erat dengan institusi TEVT dan majikan, serta meningkatkan penyelarasan antara pihak berkepentingan melalui pertukaran maklumat.

Kumpulan ini akan bertanggungjawab menyediakan panduan ke aliran vokasional dan kemahiran di sekolah teknik yang akan dijenamakan semula bagi menyediakan lebih banyak peluang kepada pelajar berkecenderungan teknikal dan meningkatkan kesedaran berkaitan TEVT.

Bagi memberi tumpuan yang lebih tinggi kepada bidang vokasional yang lebih menitik- beratkan kepada latihan hands-on dan menyediakan lebih banyak kursus yang sesuai, sebanyak 69 daripada 88 sekolah teknik akan ditukar menjadi sekolah vokasional dan enam sekolah vokasional baru akan dibina menjelang tahun 2015.

Pembelajaran berasaskan projekPendekatan pembelajaran berasaskan pen- geluaran dan berasaskan projek akan diperkenalkan untuk meningkatkan kualiti dan daya tarikan program TEVT kepada majikan dan pelajar.
Pendekatan ini akan menggalakkan penyertaan industri secara langsung dalam program latihan kemahiran, di samping mengoptimumkan penggunaan kemudahan dan peralatan di institusi TEVT.

Pendekatan ini akan menggandakan enrolmen di sekolah menengah aliran vokasional dan kemahiran pada akhir tempoh rancangan yang mana enrolmen semasa adalah seramai 32,000 pelajar. Peningkatan ini akan memberi sumbangan yang ketara dalam menambah bilangan pekerja mahir dan separa mahir.

Kerajaan akan menggalakkan syarikat berkaitan kerajaan menyediakan program sangkutan industri dan pekerjaan kepada pelajar lepasan institusi TEVT

Penambahan bilangan tenaga pengajar yang cemerlang akan dilaksanakan melalui peluasan program tenaga pengajar sambilan.

Langkah ini akan menarik mereka yang berminat untuk menjadi tenaga pengajar di samping terus kekal bekerja di industri.

Tenaga pengajar yang memiliki pengetahuan terkini tentang teknologi dan perkembangan industri akan memberi latihan yang paling relevan dan seterusnya meningkatkan kebolehpasaran pelatih.

Kerjasama antara institusi TEVT dengan industri dalam pertukaran personel akan diperkukuhkan bagi membolehkan tenaga pengajar vokasional menjalani program penempatan di industri bagi mendapat pendedahan dan pengetahuan teknologi terkini.

Pada masa yang sama, tenaga pengajar vokasional dari industri ditempatkan di institusi TEVT bagi memperkukuh kemahiran pedagogi mereka.

Bagi memperkukuh penyampaian latihan dan meningkatkan pengambilan tenaga pengajar, kapasiti Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan akan dipertingkatkan dengan menggunakan metodologi dan pendekatan latihan yang baru.

Sebuah pusat latihan tenaga pengajar yang baru akan dibangunkan bagi menambah kapasiti latihan sebanyak 800 setiap tahun.

Selain itu, Jabatan Pembangunan Kemahiran akan menyelaras program latihan pengajar di institusi latihan kemahiran awam yang lain.

sumber; klik sini.

Honeymoon Year?

Honeymoon Year? Oh Nooo..


Form 4 is honey moon time? Please say, nooo..

Ya Tingkatan 4 bukanlah masa untuk honeymoon. Sebaliknya dalam tahun inilah, para pelajar perlu membuat persiapan semaksimum mungkin. Peperiksaan PMR yang dilalui pada 2009, ada yang memperolehi keputusan cemerlang, ada yang sederhana dan ada yang amat sederhana.

Bagi yang kurang cemerlang, para pelajar masih ada waktu untuk cemerlang dalam akademik seandainya terus memberikan tumpuan untuk menghadapi SPM.  Yang pasti, tingkatan 4 bukan tahun ‘honeymoon’.

Untuk mencapai keputusan yang cemerlang bukanlah suatu yang boleh datang bergolek. Begitu juga, untuk mengekalkan kecemerlangan juga bukanlah suatu tugas yang mudah.

Mungkin keputusan PMR kita agak cemerlang, namun keputusan peperiksaan yang baru lalu di Tingkatan 4 ini, pencapaian kita agak merudum. Bagi pelajar yang menghadapi situasi ini, usahlah kecewa dan dukacita. Ambil masa dan waktu untuk kita muhasabah dan merenung kembali diri kita.Carilah punca-punca kemerosotan pelajaran kita. Carilah pula kekuatan yang ada pada diri kita. Maksimumkannya seoptimum mungkin.

Cekalkan hati, kuatkan semangat. Biar di mana kita belajar, yang penting kita mesti berusaha luar biasa. Walau di mana kita belajar, yang penting azam yang kuat di samping usaha yang sistematik serta bersepadu, InsyaAllah, kejayaan akan mengiringi kita.

Antara langkah yang boleh pelajar amalkan untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan ialah:

1) Pelajar hendaklah memberi tumpuan dalam kelas. Semasa cikgu mengajar di dalam kelas, tumpukan sepenuh perhatian apa yang cikgu anda bicarakan. Usah kita anggap nanti bila balik rumah kita akan study balik apa yang cikgu sedang bicarakan.

2) Pelajar perlu membuat latihan pada waktu petang.

3) Pelajar boleh amalkan  membaca  pada waktu malam.

4) Solat Sunat Hajat sebanyak dan sekhusyuk mungkin kerana hanya Allah yang boleh membantu seseorang setelah penat berusaha di samping tidak lupa berdoa memohon kepada Allah.

Selamat Kembali ke Sekolah

Selamat Kembali Ke Sekolah dan Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan SPM



Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah, kita bertemu kembali di sesi persekolahan ini. Pagi yang cerah, cuaca yang nyaman. Semoga para pelajar kembali ke sekolah dengan semangat dan azam yang lebih baik.

Kepada para pelajar Tingkatan 5 SMKJP2 dan pelajar lain yang melayari blog ini, diucapkan selamat menduduki Peperiksaan Percubaan SPM 201. Semoga anda dapat menjawabnya dengan tenang dan cemerlang.

Bak kata Tuan Pengetua SMKJP2, Encik Yahya Bin Awang, pada perhimpunan pagi tadi, "Kejayaan cemerlang akan terhasil apabila pelajar biasa yang berusaha secara luar biasa".

Usaha yang luar biasa oleh pelajar biasa = kejayaan luar biasa
Usaha yang biasa oleh pelajar biasa = kejayaan biasa.

Kepada pelajar-pelajar yang bakal menghadapi Peperiksaan PMR tidak lama lagi, semoga anda telah bersedia. Pelbagai pecutan akhir yang disediakan oleh pihak sekolah termasuk kelas tambahan yang diadakan oleh guru yang berdedikasi pada musim cuti yang lalu.Persediaan fizikal, mantel, rohani dan emosi amat perlu dijalin bersama agar pecutan anda berjaya ke garisan dengan jayanya. 

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan UPSR. Semoga kejayaan mengiringi anda.

Selamat Tinggal Ramadhan

Selamat Tinggal Ramadhan

Ramadhan bulan yang sinonim dengan kebaikan dan amal ibadat bakal meninggalkan kita. Apakah ramadhan akan datang, kita dapat bertemu lagi? sudahkah ramadhan kali ini telah benar-benar memebri didikan fizikal, rohani dan intelek kita? Sudahkah kita audit puasa kita?

Tentang bulan ramadan, terlalu banyak hadis tentangnya. Salah satu sabda Rasululluah SAW  yang bermaksud;

"Sungguh, telah datang padamu bulan yang penuh berkat, di mana Allah mewajibkan kamu berpuasa, di saat dibuka pintu syurga, ditutp pintu neraka dan dibelenggu syaitan dan di mana ada satu malam yang nilainya lebih berharga dari 1 000 bulan. Maka sesiapa yang tidak berhasil beroleh kebaikannya, sungguh tiadalah dia akan mendapatkan itu buat selama-lamanya".

(RIWAYAT AHMAD, NASAI DAN BAIHAQI)

Malah dalam suatu riwayat juga diceritakan, sebaik-baik sahaja masuk Bulan Rejab, Rasululluah SAW akan berdoa kepada Allah memohon agar diberkati sehingga bulan Syaaban dan dipanjangkan usia sehingga masuk bulan Ramadan.

Malah bulan ini juga sangat mulia. Ia dikaitkan sebagai bulan yang pada awalnya mengandungi rahmat, pada pertengahannya ada keampunan Allah dan pada akhir bulan, Allah akan lepaskan daripada azab api neraka.

HARI RAYA, KEMBALI KEPADA FITRAH



Aid bermaksud raya dan fitri adalah fitrah. Ia bermakna kita akan kembali kepada fitrah iaitu bersih dan suci, jika kita berpuasa dengan sebenar-benarnya mengikut sunnah Rasululluah SAW.

Hari raya adalah hari kemenangan. Kemenangan setelah kita berjaya mengharungi pelbagai rintangan sepanjang Ramadan. Manusia yang beriman diibaratkan telah melalui proses pembersihan diri sepanjang Ramadan. Oleh itu, pada sambutan Aid yang mulia ini, usahlah kita cemari kesucian itu dengan bercampur gaul antara lelaki dan perempuan dengan cara tidak baik, atau melihat benda-benda yang tidak senonoh atau mengabaikan budaya ziarah atau tidak melayani tetamu tang berziarah.

Selain Solat sunat aidilfitri, bermaaf-maafan dan bersedekah, Umat Islam juga digalakkan berpuasa enam yang diibaratkan seperti melengkapkan puasa setahun. Puasa sunat ini afdal dilakukan mulai 2 Syawal.

Memori Ramadan 1431

Permohonan ke Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia




Di celah-celah kesibukan para pelajar tingkatang 5 menghadapi gerak gempur setelah tamatnya JUJ, para pelajar dari Tingkatan 5A dan 5B sibuk membuat permohonan ke Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia.


Bagi para pelajar 5A dan 5B yang belum membuat permohonan, sila bertemu dengan Cr Cikgu Bob, Cikgu Zila atau saya sendiri. Teliti dahulu program yang bersesuaian dengan mata pelajaran yang kamu ambil sekarang sebelum submit borang e-permohonan kamu.

Entry berkaitan Permohonan ke Program Matrikulasi KPM, sila klik sini.

Terima Kasih, Boss



Alhamdulillah, saya memperolehi hadiah daripada boss. Rasa gembira sangat kerana terasa dihargai. Terima kasih, boss. Begitu jua kawan-kawan sekerja memperolehi hadiah daripada boss kami. Saya juga mendapat hadiah birthday dari kelab kebajikan guru dan kakitangan sekolah. Terima kasih buat my boss dan kawan-kawan sekerja. Oleh sebab semasa program berlangsung saya tidak membawa handphone, mungkin hanya selepas raya barulah saya dapat mengupload gambar dengan kerjasama kawan-kawan.


Gambar dirakam sewaktu Program Ihya Ramadhan pada pagi Jumaat.

Tahniah juga diucapkan kepada pelajar yang memperoleh Johan, Naib Johan dan tempat ketiga dalam Program Tadarus sepanjang Ihya Ramadan  lalu.

Salam Takziah

Ramadan 1431 Hijrah ini sudah tentu meninggalkan banyak memori di ingatan kita. samada peristiwa suka mahupun duka. Ramadan  ini juga meninggalkan kenangan pilu untuk rakan sekerja saya. Iaitu bekas pengetua sekolah tempat saya berada sekarang, klik sini, Allahyarhamah Pn Nishah bt Ismail telah kembali ke rahmatullah dalam satu kemalangan jalan raya di jalan baru Cameron Highlands - Sg. Koyan pada Rabu, 11 Ogos 2010.

Pada perhimpunan pagi Khamis, 12 Ogos, pihak sekolah telah mengadakan majlis tahlil ringkas dipimpin oleh Ustaz Syed Fazhar bersama seluruh pelajar SMKJP2 yang ada. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh allahyarhamah yang telah banyak menabur jasa untuk anak bangsa. Alfatihah.

Berita lanjut tentang kemalangan tersebut, boleh diikuti di blog Saudara One Zaaba. Walaupun agak terlewat, saya memasukkan entry ini untuk link ke blog onezaaba supaya mudah untuk rakan-rakan saya melihat blog beliau.



Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin



Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin saya ucapkan buat semua sahabat yang mengenali diri ini. Kepada para pelajar SMKJP2, berhati-hatilah di jalan raya pada musim perayaan ini. Samada ketika di kawasan Jengka ini sendiri mahupun yang pulang ke kampung halaman masing-masing. Beraya-raya juga namun buku janganlah ditinggalkan terutama kepada pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 3.

Begitu juga buat semua teman-teman bloggers terutama folowers dan add teratak ini. Selamat hari raya AidilFitri 1431 Hijrah. Mohon maaf zahir batin kerana saya tidak dapat blogwalking ke blog kawan-kawan atas sebab tertentu. Ini kerana selalunya, saya cuma dapat membuat entry di blog sahaja.

Apapun, saya sangat menghargai sokongan teman-teman bloggers yang sudi menjadi followers teratak 'educational blog' saya yang sangat biasa ini. Sudilah kiranya teman-teman mengambil e-card raya daripada blog cikgubimbingan-kaunseling ini.

Sekian,wassalam.

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .