Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label Alam di Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Alam di Malaysia. Show all posts

El Dorado Of the East Sg Lembing Kuantan

Sungai Lembing Kuantan Pahang El Dorado Of the East


Gerai dan pejabat kaunter tiket masuk ke Muzium Sungai Lembing.
 Cantik hiasannya...



Pemandangan dari atas pertengahan puncak bukit di mana terletaknya 
Muzium Sungai Lembing.




Muzium Sungai Lembing dilihat dari bawah taman permainan..


Gambar diambil dari Muzium Sungai Lembing. 
Pahang Darul Makmur mempunyai banyak tempat-tempat yang menarik.



  • Muzium Sungai Lembing
  • Muzium Sungai Lembing
Muzium perlombongan ini dikendalikan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti bertujuan untuk menyebarkan maklumat serta mempamerkan khazanah-khazanah sejarah yang terdapat di sungai lembing dan di Negeri Pahang secara am nya. Kunjungan para pelawat ke sini pastinya akan disajikan dengan pengetahuan yang menarik berkenaan dengan lombong bijih timah bawah tanah yang pernah suatu ketika dulu diiktiraf sebagai antara lombong bijih timah yang terbesar dan terdalam di dunia.


  • Muzium Sungai Lembing
  • Address: 
    Sungai Lembing Museum, Sungai Lembing, 26200 Pahang.
    Tel: 
    09-541 2378
    Fax: 
    09-541 2377
    Email: 
    pr.msl@jmm.gov.my

Sejarah Sungai Lembing


Sungai Lembing mendapat namanya daripada sebatang anak sungai yang dikatakan mengalir dengan deras. seperti lembing masuk ke dalam Sungai Kenau. Anak sungai ini terdapat di sekitar Taipitong tetapi ianya hanyalah alur yang sangat kecil.

 Nama Sungai Lembing mengikut cerita orang tua-tua pula dipercayai berasal dari perkataan lembing iaitu sejenis senjata yang sering digunakan dalam pemburuan. Senjata tersebut dipercayai digunakan oleh orang asli di kawasan hutan yang dikatakan telah melontar sebatang lembing kepada seekor kijang. Dalam usaha menyelamatkan diri, kijang tersebut telah terjun ke dalam sungai dan hilang bersama-sama lembing yang tercacak dibadannya.

 Pada awal kurun ke-18, sekumpulan pelombong bijih timah telah tiba di kawasan ini. Ketika mendulang, mereka telah menemui sebatang lembing yang dipercayai kepunyaan pemburu di zaman dahulu.

 Semenjak itu, kawasan tersebut dinamakan Sungai Lembing. Namun demikian tiada bukti kukuh yang menyokong kesahihan cerita itu.


Lawatan sambil belajar
Lawatan sambil belajar sememangnya sangat menyeronokkan. Ia boleh mempertingkatkan pembelajaran dalam banyak perkara. Ia juga membuatkan satu pengalaman baru di luar bilik darjah. Lawatan ke Sungai Lembing akan menyediakan sebuah pengalaman yang sangat mengujakan kepada pelajar.
Tujuan lawatan sambil belajar  dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk mengenali Lombong Sungai Lembing yang sudah berkurun lamanya. Dan juga memberi peluang kepada pelajar untuk menghayati keunikan dan keindahan Lombong Sungai Lembing dengan lebih dekat. Sungai lembing juga memberikan pendedahan tentang tempat-tempat menarik yang terdapat di negeri Pahang.

 Batu Besi?
Batu Besi ialah satu batuan endap di mana salah satu deposit berlaku secara terus kerana berlakunya penggantian kimia. Dan Batu Besi adalah sebijih logam yang banyak terdapat di muka bumi. Galian-galian besi juga mengandungi ironstones sebuah oksida. Juga mengandungi limonit,karbonat, siderit, silika, kamosit dan beberapa gabungan mineral yang lain. Bagi mineral bijih besi seperti magnetit adalah merupakan mineral dengan kandungan Fe yang paling tinggi, Manakala hematit pula merupakan mineral bijih utama yang diperlukan dalam industri besi. Kedua dua bijih besi ini sangat penting di dalam sesebuah industri besi.

Subhanallah Fenomena Ekuinoks Telur Berdiri 4/2/2016

Subhanallah Fenomena Ekuinoks Telur Berdiri 

Sumber gambar : Cikgu Zr , Telegram



Sumber Gambar : Cikgu Noorhisyam Mohamad, Telegram.

Dalam kajian astronomi, ekuinoks ialah peristiwa matahari berada tepat di atas khatulistiwa bumi. Diyakini kejadian ini berlaku sekitar 20 Mac dan 22 September setiap tahun. Pada hari ke-21, bulan terakhir setiap suku tahun dalam takwim suria akan berlaku ekuinoks atau solstis.

Pada tarikh inilah, waktu siang dan malam sama panjang atau berjangka masa sama di serata tempat di dunia.
Ketika itu, kajian menunjukkan berlaku tarikan graviti antara bumi, bulan dan matahari. Manipulasi tarikan graviti atau kawasan yang mempunyai medan magnetik tinggi membolehkan telur berdiri dan tidak rebah apabila ditegakkan, termasuklah ketika fenomena berdiri.

Saintis juga percaya bahawa pada tanggal tersebut, posisi bulan, matahari dan bumi berada pada sudut paksi sejajar. Sama seperti ketika gerhana matahari atau gerhana bulan. Dalam kedudukan sedemikian, ada ketikanya tarikan graviti bumi lebih kuat dari biasa.

Keadaan itu dikatakan mempengaruhi kuning-kuning telur, tertarik sedikit lebih rendah berbanding hari-hari biasa. Perubahan tersebut membuatkan titik berat telur lebih ke bawah sehingga membantu telur untuk berdiri pada hujung elipsnya.

Penjelasan saintifik tentang graviti bagaimanapun kurang diterima oleh sebahagian ahli sains. Salah seorang daripadanya ialah ahli fizik Jepun, Ukichiro Nakaya.

Pada tahun 1974, beliau pernah menjalankan eksperimen tentang fenomena itu dan mendapati telur sebenarnya boleh diseimbangkan dengan mudah pada bila-bila masa sahaja. Menurut Ukichiro lagi, asas untuk membolehkan telur berdiri bergantung pada bintik hitam dan lubang-lubang kecil pada permukaan kulit telur.

Idea yang sama turut digunakan oleh ahli astronomi dari Universiti Minnesota, Frank D. Ghigo. Dia pernah mencuba untuk mengimbang satu dozen telur pada permukaan meja setiap hari antara 27 Februari hingga 3 April 1984.

Daripada uji kaji yang dijalankan, Ghigo mendapati hanya sebilangan telur boleh berdiri tegak pada ekuinoks dan begitu juga pada hari-hari biasa. Lalu beliau menyimpulkan bahawa faktor kesabaran memberi impak besar ke atas kadar mengimbang telur!





Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2014/03/fenomena-ajaib-hari-telur-berdiri.html?m=1#ixzz3zCLkv2TC
Follow us: @SentiasaPanas on Twitter | SentiasaPanas on Facebook

Subhanallah Karak Yang Dingin

Subhanallah Karak Yang Dingin 








Karak yang ingin saya perkatakan di sini adalah nama tempat di Pahang Darul Makmur. Selain di Pahang, Sebuah tempat bersejarah arkeologi di Jordan atau Yordania juga mempunyai nama tempat Karak. Bezanya Karak di Jordan wujud sejak zaman batu lagi dan Zaman Rom Byzantium ia sudah wujud terkenal dengan Karak Castle .

Melalui Karak , perjalanan Lebuhraya Pantai Timur atau dari Gombak menuju ke negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia seperti Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Alhamdulillah dingin Karak mengundang rasa syukur kepada Allah di atas nikmat sejuknya udara di kawasan tanah tinggi ini. 


Sejarah Karak

Lebuhraya Karak (E8) atau nama rasminya Lebuhraya Kuala Lumpur
Karak adalah lebuhraya capaian separa sejauh 60 km menghubungkan Kuala Lumpur dengan bandar Karak di Pahang. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal di Malaysia iaitu Genting Highlands. Lebuhraya ini pada asalnya merupakan lebuhraya dua lorong bertol sebelum dinaiktaraf kepada lebuhraya ekspres penuh pada tahun 1997. Had laju lebuhraya ini adalah 90 km/j.


Lebuhraya persekutuan 2 lorong



Lebuhraya Karak pada asalnya dibina pada tahun-tahun 1970an oleh kerajaan Malaysia sebagai alternatif kepada Jalan Gombak - Bentong (Laluan Persekutuan Jkr-ft68.png) yang sempit dan bengkang-bengkok. Lebuhraya ini juga adalah sebahagian daripada Laluan Persekutuan 2 (jangan terkeliru dengan Lebuhraya Persekutuan). Lebuhraya tersebut mempunyai sebuah terowong sepanjang 900 m di Genting Sempah yang merupakan terowong jalan raya pertama dibina di Malaysia.
Walau bagaimanapun, kos pembinaan lebuhraya tersebut adalah agak mahal bagi Malaysia pada masa itu memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara pertanian pada masa tersebut. Oleh itu, kerajaan memutuskan untuk menjadikan Lebuhraya Karak sebagai jalan raya tol bagi membantu mendapat pulangan bagi kos pembinaan. Hasilnya, 2 plaza tol dibina di Gombak dan Bentong dan lebuhraya tersebut diletakkan di bawah pentadbiran  Lembaga Lebuhraya Malaysia.   Lebuhraya ini dibuka kepada lalu lintas pada tahun 1977.

Lebuhraya ekspres berbilang lorong[  sumber]

Kepentingan Lebuhraya Karak sebagai laluan utama dari Kuala Lumpur ke negeri-negeri pantai timur menyebabkan kerajaan mengambil keputusan untuk menaik taraf jalan raya 2 lorong tersebut kepada lebuhraya ekspres penuh berbilang lorong dengan membina satu lagi laluan tambahan bersebelahan dengan laluan asal. Dengan itu, lebuhraya tunggal 2 lorong tersebut dinaiktaraf menjadi sebuah lebuhraya berkembar dengan 6 lorong (3 lorong pada setiap hala) di bahagian antara Kuala Lumpur dan Persimpangan Genting Highlands dan 4 lorong (2 lorong di setiap hala) pada bahagian selebihnya.
Kerja-kerja menaik taraf termasuk pembinaan terowong kedua di sebelah terowong asal bagi membolehkan tambahan 2 lorong bagi lalu lintas arah timur, pembesaran plaza tol Gombak dan Bentong serta pembinaan persimpangan bertingkat bagi menggantikan simpang biasa. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa simpang yang tidak dapat dinaik taraf kepada persimpangan bertingkat disebabkan faktor geografi, maka beberapa pusingan-U dibina bagi membolehkan kenderaan dari arah bertentangan dapat keluar masuk ke simpang tersebut. Kerja-kerja menaik taraf selesai pada tahun 1997.
 MTD Primememegang konsesi Lebuhraya Karak serta Lebuhraya Pantai Timur. Lebuhraya Karak diberi kod Mes-e8.png setelah kerja naik taraf selesai, menyebabkan lebuhraya ini mempunyai 2 kod laluan. Akibatnya, sesetengah peta melabelkan Lebuhraya Karak sebagai Mes-e8.png manakala sesetengah peta yang lain pula melabelkannya sebagai Laluan Persekutuan Jkr-ft2.png. Walau apa pun kod laluan yang digunakan, kedua-duanya boleh digunakan bagi mewakili Lebuhraya Karak memandangkan lebuhraya itu sendiri adalah sebahagian daripada Laluan Persekutuan Jkr-ft2.png.

Sumber:  https://ms.wikipedia.org/wiki/Lebuhraya_Karak

Puncak Alam di Shah Alam Banjir

 Puncak Alam di Shah Alam Banjir

Sumber gambar; Harian Metro

Sumber gambar; Sinar Harian

SHAH ALAM - Seramai 144 penduduk di Jalan Lautan Samudera, Puncak Alam dekat sini dipindahkan berikutan kediaman mereka dinaiki air setinggi satu meter akibat hujan lebat malam tadi.

Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, setakat 8 pagi ini, semua mangsa yang dipindahkan itu terdiri daripada 30 keluarga dan ditempatkan di Surau At Taufiqiah Puncak Alam.

"Selain bomba, agensi lain yang turut terlibat dalam operasi pemindahan itu ialah polis, Rela dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)," katanya dalam satu kenyataan di sini. - Bernama

Bacaan IPU seluruh negara setakat jam 6 pagi, 7 Oktober 2015.

Bacaan IPU seluruh negara setakat jam 6 pagi,

7 Oktober 2015.




Gempa Bumi 5.9 Ritcher di Sabah

Gempa Bumi 5.9 Ritcher di Sabah


Ranau, Sabah dilanda gempa bumi 6.0 Richter 

JUMAAT, 5 JUN 2015 - 7:58AM KOTA KINABALU: Satu gempa bumi dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau berlaku jam 7.15 pagi tadi. 

Gerhana Bulan Penuh April 2015

Gerhana Bulan Penuh April 2015


BANJIR JANUARI 2015: KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MENGENAI PENUNDAAN SESI PERSEKOLAHAN 2015 BAGI SEKOLAH-SEKOLAH TERLIBAT BANJIR (9 Januari 2015)

BANJIR JANUARI 2015: KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MENGENAI PENUNDAAN SESI PERSEKOLAHAN 2015 BAGI SEKOLAH-SEKOLAH TERLIBAT BANJIR (9 Januari 2015)

 

 

09 January 2015


KENYATAAN MEDIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENUNDAAN SESI PERSEKOLAHAN 2015

BAGI SEKOLAH-SEKOLAH TERLIBAT BANJIR
 

 
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa sehingga pada 9 Januari 2015, terdapat sekolah-sekolah di negeri Perak, Pahang dan Kelantan yang masih terlibat dengan banjir. Sekolah-sekolah berkenaan ada yang dinaiki atau ditenggelami air, digunakan sebagai Pusat Pemindahan Sementara atau mengalami kerosakan teruk termasuk keadaan berlumpur dan kotor serta masih tidak selamat untuk dijadikan tempat belajar bagi murid-murid.
 
PENUNDAAN SESI PERSEKOLAHAN 2015

Gempa bumi lemah timur laut Ranau Sabah

Gempa bumi lemah timur laut Ranau Sabah

KUALA LUMPUR - Gempa bumi lemah berukuran 4.8 pada skala Richter berlaku kira-kira 16km timur laut Ranau, Sabah pada 7.35 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata pusat gempa terletak di 6.1 darjah utara dan 116.8 darjah timur, dan gegaran dilaporkan dirasai berhampiran Ranau. - Bernama

Sumber; klik di sini

 



Pahang Juara Piala Malaysia 2013 Tok Gajah akhiri kemarau 21 tahun

Pahang Juara Piala Malaysia 2013 Tok Gajah akhiri kemarau 21 tahun










 Gambar-gambar menunjukkan suasa di Lebuhraya Pantai Timur Kuantan ke Kuala Lumpur di mana para penyokong Tok Gajah memberi sokongan samada dengan menaiki bas dan kereta.

Sekitar perlawanan akhir Piala Malaysia 2013 antara pasukan Pahang dan Kelantan di Stadium Shah Alam, malam ini. Pahang menewaskan Kelantan 1-0. - Foto SINAR HARIAN oleh Zulfadhli Zaki 

 


PAHANG menamatkan penantian 21 tahun menjulang Piala Malaysia apabila bergelar juara selepas menewaskan Kelantan 1-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Jaringan tunggal penyerang import Tok Gajah, Matias Ruben Conti minit - 58 yang bijak menyambar hantaran lintang dari Azamuddin Akil di sebelah kiri gawang Kelantan sudah cukup memastikan kemenangan mutlak Pahang.

Beraksi dalam keadaan padang basah kedua-dua pasukan dilihat mempamerkan corak permainan berhati-hati dengan lebih banyak melakukan gerakan melalui hantaran
jauh.

Pahang hampir berada di depan pada minit ke-10 apabila hantaran lintang dari R Gopinathan gagal ditampan kemas Conti dan Azamudin Akil yang melegakan kira-kira
50,000 penyokong setia Pahlawan Merah.

Tersentak dengan serangan tersebut, Kelantan menyusun serangan menggempur kubu Tok Gajah melalui gerakan tiga serangkai Dickson Nwakame, Norfarhan Mohamad dan Mohd Badhri Radzi.

Sepakan percuma dari luar kotak penalti diambil Indra Putra Mahyudin (m-18) hampir meletakkan Kelantan di depan namun sedikit tersasar di sebelah kiri gawang ketika benteng terakhirnya Pahang, Khairul Azhan Khalid sudah pun tertewas.

Kesilapan pertahanan Pahang, Damion Delano Stewart yang menjatuhkan Nwakaeme (m-24) hampir memberikan sepakan penalti buat Kelantan selepas pemain TRW mendakwa kekasaran tersebut berlaku dalam kotak penalti namun pengadil perlawanan Nagor Amir Noor Mohamed hanya memberikan sepakan percuma.

Tok Gajah yang enggan mengalah turut mengatur gerakan memburu gol dan berpeluang mendahului namun rembatan kencang R Surendren terkena palang gol tiga minit
kemudian.

Norfarhan turut terlepas peluang menjaringkan gol apabila rembatannya berjaya ditepis Khairul (m-34) sebelum 10 minit kemudian sekali lagi pemain gagal menewaskan
benteng terakhir Tok Gajah sebelum kedua pasukan beredar masuk ke bilik persalinan dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Bermula babak kedua Pahang yang melakukan sepak mula hampir memecah kebuntuan apabila berlaku keadaan kelam kabut depan gol TRW namun Fauzi Roslan gagal menterjemahkan dengan jaringan.

Gol dicari Pahang akhirnya menjelma pada minit-58 apabila Conti menanduk cantik hantaran lintang dari Azamuddin yang gagal ditepis Khairul Fahmi Che Mat.

Ketinggalan 0-1 tidak melemahkan semangat anak didik Bojan Hodak yang melancarkan serangan bertali arus selepas itu namun kekebalan benteng pertahanan Pahang menggagalkan usaha pemain Kelantan.

Berbaki 10 minit perlawanan terakhir Kelantan mempunyai dua peluang menyamakan kedudukan menerusi Ahmad Fakri Sharani dan Norfarhan tetapi Khairul Azhan tetap tangkas memastikan gawang tidak dibocori sehinggalah tamat perlawanan.



Aligator Gar Ikan Buaya di Bukit Merah

Aligator Gar Ikan Buaya di Bukit Merah

Gambar Hiasan: Spesis Ikan Mulut Buaya sebagai ikan hiasan di akuarium. 


 Alligator Gar, (Atractosteus spatula)
Spesies yang boleh menjangkau berat melebihi 200paun ini sebenarnya berasal dari Amerika Selatan (Texas, Oklahoma, Louisiana, Mississippi, North Carolina, South Carolina, Alabama, Tennessee, Kentucky, Arkansas, Missouri, Florida, Georgia, Maryland), telah mula mendominasi beberapa perairan akibat sikap tidak bertanggungjawab sesetengah individu.
Rekod bagi penangkapan ikan ini di Malaysia ialah spesimen 3 kilogram di Tasik Bera, Bera, Pagang pada tanggal Januari 2008 oleh seorang nelayan. Selain itu juga, spesimen yang serupa sepanjang 1.5meter turut di jumpai di Jakarta. Baiklah kita ikuti penemuan spesis ikan yang berasal jauh terpisah oleh benua kini dilaporkan telah ada di tasik di Malaysia.

 

Aligator Gar Ikan Buaya di Bukit Merah

Bukit Merah: Penduduk di sekitar Tasik Bukit Merah, di sini, gempar dengan penemuan seekor ikan yang mempunyai mulut dan deretan gigi tajam menyerupai buaya.

Ikan itu ditangkap nelayan tasik Abu Zabar Husin 75, selepas terperangkap di dalam bubu dawai dipasangnya di tasik berhampiran Jalan Keretapi Bukit Merah, di sini, jam 5 petang kelmarin.

Abu Zabar berkata, dia terkejut kerana tidak pernah menangkap atau berjumpa ikan itu sejak menjadi nelayan di situ lebih 50 tahun lalu.



“Ini kali pertama saya melihat ikan dengan bentuk kepala menyerupai buaya. Ikan itu ditemui terperangkap di dalam bubu bersama ikan lain.

“Ketika bubu diangkat, saya terperanjat dan menyangka anak buaya,” katanya.


Menurutnya, ikan itu agresif dan hampir terlepas ketika dipegangnya.

“Penemuan ikan ini menyebabkan rumah saya dikunjungi ramai penduduk dari daerah Kerian yang datang berpusu-pusu untuk melihatnya dari dekat.

“Orang ramai turut pelik kerana ikan itu bermuncung dan deretan gigi seperti buaya. Setahu saya ikan seperti ini tidak pernah wujud di Tasik Bukit Merah,” katanya.

Sifat ingin tahu orang ramai, termasuk dari Semanggol dan daerah Selama, menyebabkan rumahnya dikunjungi sehingga lewat malam.

Abu Zahar berkata, misteri spesies ikan itu terjawab apabila seorang kakitangan Jabatan Perikanan yang mengunjungi rumahnya mengesahkan ia spesies ‘Aligator Gar’.


“Berdasarkan maklumat, spesies ikan ini hanya wujud di Amerika Utara dan boleh membesar sepanjang tiga meter dan seberat hampir 100 kilogram.


“Saya hairan bagaimanapun ikan ini boleh muncul di Tasik Bukit Merah. Jika benar ikan ini berhijrah, ia perlu berenang ribuan kilometer untuk sampai ke Malaysia,” katanya.


Difahamkan, spesies ikan pemakan daging ini pernah dilaporkan ditangkap di Tasik Bera, Pahang oleh seorang nelayan pada Januari 2008.


“Ada kemungkinan ia ikan hiasan sebelum sengaja dilepaskan ke tasik,” katanya.


Sumber; Harian Metro Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/27


 INFO TAMBAHAN :


Ikan Berkepala Buaya di BATU PAHAT JOHOR?


ini ialah spesies Alligator Gar, (Atractosteus spatula). Turut dikenali juga sebagai ikan Buaya atau Alligator. ( boleh dapatkan di kedai akurium yang berdekatan dengan harga rm25 je bagi 15cm).




inilah Alligator Gar, (Atractosteus spatula)
Spesies yang boleh menjangkau berat melebihi 200paun ini sebenarnya berasal dari Amerika Selatan (Texas, Oklahoma, Louisiana, Mississippi, North Carolina, South Carolina, Alabama, Tennessee, Kentucky, Arkansas, Missouri, Florida, Georgia, Maryland), telah mula mendominasi beberapa perairan akibat sikap tidak bertanggungjawab sesetengah individu.
Rekod bagi penangkapan ikan ini di Malaysia ialah spesimen 3 kilogram di Tasik Bera pada tanggal Januari 2008. ( tasik Bera ??? – di kawasan terpencil tu?) oleh seorang nelayan. Selain itu juga, spesimen yang serupa sepanjang 1.5meter turut di jumpai di Jakarta.

(In February 2007, a 1.5-meter Alligator Gar was found roaming far in the city of Jakarta, Indonesia, when the city was hit by a major flood (see External Links below). In January 2008, a 3-kg Gator Gar was found by fishermen in Bera, Pahang (East Coast State of Malaysia), when it was caught entangled in a fishing net).
Persoalannya? – adakah ikan ini telah wujud di sungai atau tasik negara kita dan membiak? Atau telah pun berevolusi dengan mengacukkan diri dengan ikan tempatan? Masih menjadi misteri…
Link berita TV3
http://www.youtube.com/watch?v=GxVRH8_E3xM
Rujukan dari Wikipedia
http://en.wikipedia.org/wiki/Alligator_gar
Agak2 cmne fight and cara tangkap ikan ni? - kena guna tali beb jerut kepala ikan..
http://www.youtube.com/watch?v=GuVEI19p8RM
...rekod ikan ni suatu ketika dahulu..100 tahun yang lalu..!!!!!

This ten-foot alligator gar was caught and photographed at Mhoon Lake in Mississippi in 1910.


SUMBER- Koleksi Bekok di sini


Tragedi Cameron Oktober 2013 Banjir Kilat dan Tanah Runtuh Takziah

Tragedi Cameron Oktober 2013 Banjir Kilat dan Tanah Runtuh


TENGKU Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan keprihatianan baginda kepada rakyat di atas tragedi yang berlaku.



 
Gambar Selepas Kejadian Banjir Kilat dan Tanah Runtuh di Ringlet Cameron Oktober 2013:
Keadaan kenderaan yang rosak akibat banjir lumpur yang berlaku di Bertam Valley, Cameron Highlands


Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Khamis menitahkan supaya Prosedur Operasi Standard (SOP) pelepasan air di Empangan Sultan Abu Bakar, diperkemaskan bagi mengelak tragedi banjir di situ berulang.

Menurut baginda, SOP yang diperkemas itu termasuk siren amaran yang perlu diberi lebih awal dan memastikan paras air dilepaskan lebih awal dan sedikit demi sedikit tanpa menunggu paras bahaya.

Selain itu, baginda turut menitahkan agar pembangunan di Cameron Highlands distruktur semula.

Baginda bagaimanapun tidak menyalahkan mana-mana pihak tentang kesilapan yang telah berlaku.


Tiga terbunuh dalam kejadian banjir kilat selepas air Sungai Bertam melimpah ekoran pelepasan air empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet di sini awal hari ini.
Dua mangsa lemas manakala seorang lagi maut akibat serangan jantung, menurut laporan Bernama.

Kejadian pada pukul 1 pagi itu turut menyebabkan seorang wanita Indonesia hilang dipercayai dihanyutkan arus deras dan seorang lelaki cedera.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Mohd Zahari Wan Busu dipetik berkata arus deras dan banjir kilat itu memusnahkan kira-kira 80 rumah dan beberapa kenderaan di kawasan penempatan Lembah Bertam itu.

Dua yang mati lemas ialah lelaki Bangladesh dikenali sebagai Jahangir, 30-an, dan wanita Indonesia yang hanya dikenali sebagai Kesmat, 46. Satu mayat ditemui di dalam sebuah rumah dan satu lagi di bawah runtuhan rumah yang lain.

Lelaki yang mati akibat serangan jantung ialah Tan Tuck Choi, 51. Mangsa mati dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Kalsom di sini, awal pagi ini.

Mohd Zahari berkata mangsa yang masih hilang dipercayai dihanyutkan arus deras dikenali sebagai Jarwati, 17, manakala lelaki yang cedera Ho Kim Way, 38, kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.

"Ho cedera ketika cuba menyelamatkan diri dalam kejadian itu," katanya. Kawasan yang terlibat dalam kejadian itu menempatkan rumah penduduk dan rumah setinggan berhampiran kebun sayur. Berikutan kejadian itu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Lembah Bertam ditutup hari ini.

Terdahulu Mohd Zahari berkata air empangan di Ringlet itu terpaksa dilepaskan bagi mengelak empangan itu pecah berikutan hujan lebat yang berterusan sejak 7 petang semalam.

Pelepasan air empangan pertama dibuat pada 12 tengah malam diikuti pada jam 1 pagi dan seterusnya pada 2.45 pagi yang menyebabkan air di Sungai Bertam melimpah secara mendadak dan mengakibatkan banjir kilat.

Beliau berkata berikutan kejadian itu, seramai 54 orang dari 12 keluarga dipindahkan ke dewan orang ramai Ringlet.

Sementara itu Timbalan Penguasa Balai Bomba Zon 3 Pahang Yusmaizi Zulkifli berkata paras air normal di empangan itu ialah 3.498 meter dan pelepasan air dilakukan ketika paras air mencecah 3.508 meter.

Tinjauan hari ini mendapati cuaca panas sehingga tengah hari bagaimana hujan renyai mula turun pada sebelah petang.

Anggota Parlimen Cameron Highlands Datuk Seri G.Palanivel turut melawat kawasan kejadian dan memaklumkan bantuan akan disalurkan dalam masa terdekat.


Sumber; Astro Awani




Gerakan mencari mangsa banjir di Ringlet diteruskan


Lembah Bertam, Cameron Highlands di sini hari ini. gambar oleh Roy Azis Abd Aziz pemberita Sayed,Asliza,Azli (Utusan,Kosmo)  

CAMERON HIGHLANDS 24 Okt. - Gerakan mencari dan menyelamat seorang wanita Indonesia yang dipercayai dihanyutkan arus deras dalam tragedi banjir lumpur di Sungai Bertam, Ringlet di sini diteruskan pada 8.30 pagi ini.

Operasi yang diketuai Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Mohd Zahari Wan Busu itu melibatkan 328 anggota pasukan penyelamat terdiri daripada polis, bomba dan penyelamat, tentera, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Rela.


"Anggota yang terlibat akan bertambah kerana gerakan mencari dan menyelamat dilakukan secara bergilir-gilir," katanya ketika ditemui Bernama.


Beliau berkata kawasan operasi diperluaskan sepanjang lapan kilometer bermula dari tempat mangsa dihanyutkan sehingga ke arah bawah sungai.
Tinjauan Bernama hari ini mendapati hujan renyai pada awal pagi dan cuaca kini mendung.

Kejadian banjir lumpur di Lembah Bertam kira-kira 1 pagi semalam akibat pelepasan air empangan Sultan Abu Bakar itu menyebabkan tiga terbunuh, seorang hilang dan seorang cedera manakala 80 rumah serta kira-kira 100 kenderaan musnah. - BERNAMA

Sumber; Utusan Malaysia
Tragedi Cameron: Unit penyelam diturunkan

CAMERON HIGHLANDS - Usaha mencari dan menyelamat seorang warga Indonesia yang hilang dalam kejadian banjir lumpur di Lembah Bertam di sini, diteruskan hari ini termasuk melibatkan sepasukan penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat.
 
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superitendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pasukan yang terdiri daripada seorang pegawai dan empat anggota itu akan melakukan selaman di tiga kawasan iaitu di Empangan Salini, Jeram Kampung Manson ke Kampung Susu dan di Jeram Kampung Susu ke Kampung Salini.
 
"Pihak berkuasa turut memperluas kawasan mencari di empat zon sepanjang 20km menyusuri Sungai Bertam. Unit anjing pengesan dan jentera berat turut digunakan dalam usaha itu," katanya kepada pemberita mengenai usaha mencari dan menyelamat yang bermula 9 pagi ini.
 
Selain pasukan penyelam, ia turut melibatkan 11 pegawai dan 86 anggota keselamatan.
 
Wan Mohd Zahari berkata, usaha mencari akan diteruskan sehingga 7 malam, jika tiada sebarang halangan seperti cuaca buruk.
 
Selain mangsa yang hilang, kejadian banjir lumpur yang berlaku kira-kira 1 pagi Rabu lalu itu, turut mengorbankan tiga nyawa selain memusnahkan puluhan rumah dan kenderaan. 
- Bernama
Sumber; Sinar Harian 26 Oktober 2013


Bencana banjir kilat di Lembah Bertam, Cameron Highlands sekali lagi mengulangi 'siren amaran' oleh para aktivis alam sekitar hampir sedekad lalu.

Aktiviti pertanian yang tidak lestari di kawasan cerun menjadi faktor yang menterjemah kebimbangan selama ini.

Pegawai Daerah Cameron Highlands, Datuk Ahmad Daud menyifatkan sikap pekebun di kawasan cerun ini menyumbang kepada kecepatan berlakunya bencana di kawasan tanah tinggi.

"Contohnya, perangkap kelodak (kolam) tidak di buat di kawasan ladang kebanyakkanya. Ini masalah kepada berlakunya peningkatan kelodak yang mengalir ke sungai-sungai", kata beliau kepada Astro AWANI.

Beliau mengulas keperluan bagi mengelak kawasan takungan air yang makin cetek akibat daripada kelodak yang kian banyak terkumpul.

Ini sekaligus menjejaskan sungai dan kawasan takungan air yang mendorong belakunya bencana banjir.

"Selain itu, rumah-rumah plastik di kebanyakan kebun menyumbang kepada kecepatan banjir," kata Ahmad Daud yang baru 2 tahun menjadi Pegawai Daerah Cameron Highlands.

"Kita sentiasa lakukan penguatkuasaan san pemantauan. Ladang-ladang haram di kawasan cerun memang dihalang tetapi fokus tentunya mengajar pekebun-pekebun sedia ada kerana ini melibatkan amalan yang telah lama," ujar Daud.

Kumpulan aktivis alam sekitar sebelum ini mendakwa lebih 80 peratus air di kawasan tanah tinggi ini dialihkan ke sektor pertanian.

Selain itu, lebih 80 peratus ladang pula dibuka dan diusahakan di kawasan cerun.


CAMERON HIGHLANDS: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Khamis menitahkan supaya Prosedur Operasi Standard (SOP) pelepasan air di Empangan Sultan Abu Bakar, diperkemaskan bagi mengelak tragedi banjir di situ berulang.

Menurut baginda, SOP yang diperkemas itu termasuk siren amaran yang perlu diberi lebih awal dan memastikan paras air dilepaskan lebih awal dan sedikit demi sedikit tanpa menunggu paras bahaya.

Selain itu, baginda turut menitahkan agar pembangunan di Cameron Highlands distruktur semula.

Baginda bagaimanapun tidak menyalahkan mana-mana pihak tentang kesilapan yang telah berlaku.

Semalam, tiga terbunuh dalam banjir kilat selepas air Sungai Bertam melimpah ekoran pelepasan air empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet.

Dua mangsa lemas manakala seorang lagi maut akibat serangan jantung.

Kejadian pada pukul 1 pagi itu turut menyebabkan seorang wanita Indonesia hilang dipercayai dihanyutkan arus deras dan seorang lelaki cedera.



Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/perkemas-sop-pelepasan-air-empangan-sultan-abu-bakar-tengku-abdullah-24509?cp





Operasi hari keempat cari mangsa hilang kejadian banjir lumpur dihentikan

 


CAMERON HIGHLANDS: Operasi mencari dan menyelamat seorang mangsa warga Indonesia yang hilang dalam kejadian banjir lumpur di Lembah Bertam, Rabu lalu, dihentikan pihak berkuasa pada 7 malam ini.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Polis Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, ia akan disambung semula selama lima jam mulai 8 pagi esok.
 
 "Selepas 1 tengah hari, pihak berkuasa tidak lagi menggunakan khidmat unit anjing pengesan dan unit penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat," katanya pada
sidang media di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, operasi dalam skala kecil membabitkan 30 anggota keselamatan akan diteruskan sebelum ia dihentikan sepenuhnya, Isnin ini.

Wan Mohd Zahari berkata, sehingga kini usaha mencari dilakukan sehingga jarak
25 kilometer dari kawasan bencana menyusuri Sungai Bertam.
Dalam kejadian 1 pagi Rabu lalu, banjir lumpur melanda Lembah Bertam,
Ringlet di sini apabila air sungai melimpah susulan pelepasan air Empangan
Sultan Abu Bakar.

Insiden itu mengorbankan tiga nyawa selain seorang mangsa hilang. Ia turut
memusnahkan 80 kediaman dan kira-kira 100 kenderaan.

Berikutan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2014 semalam, mengumumkan peruntukan RM40 juta untuk melebar dan mendalamkan Sungai Bertam.

Ketua Kampung Lembah Bertam Wong Fook Shai mengalu-alukan perkembangan itu,
namun berharap Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengkaji semula prosedur pelepasan
air empangan berkenaan.

Menurut seorang penduduk, S Vijaya , 45, kerajaan perlu mencari kaedah
untuk memberi respons segera bagi membantu penduduk kampung apabila berlaku
bencana seperti banjir kilat.

"Mungkin kerajaan perlu juga meningkatkan sistem siren di perkampungan untuk
memberi amaran supaya penduduk berpindah sebelum berlakunya sesuatu kejadian
tidak diingini," katanya.
- BERNAMA 
Sumber Berita Harian  2013/10/26 - 23:31:20 PM



Mangsa banjir kilat cerita detik cemas kejadian

CAMERON HIGHLANDS: "Kami terkurung di dalam rumah kerana pintu tak dapat dibuka, ketika itu air terus melimpah masuk sehingga paras dada," kata Shaifa Jamil seorang daripada 54 penduduk yang dipindahkan apabila rumah mereka di Lembah Bertam musnah dalam kejadian banjir kilat awal hari ini.

Shaifa, 19, yang ditemui di pusat pemindahan banjir di Dewan Orang Ramai Ringlet di sini, berkata ketika kejadian beliau dan ibunya berada di dalam rumah manakala ayah dan abangnya berada di luar rumah. 


Menceritakan kembali detik cemas yang dialami itu, beliau berkata siren kecemasan dibunyikan dua kali sebelum beliau ternampak kayu balak dibawa arus.


"Tak sampai dua minit air terus melimpah masuk ke dalam rumah dan saya tidak sempat nak selamatkan harta benda," kata pelajar Tingkatan Enam Sekolah Menengah Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata itu.

Shaifa berkata ayahnya terpaksa memecahkan tingkap untuk mengeluarkan beliau dan ibunya yang terperangkap di dalam rumah mereka itu.

"Arus deras menyebabkan barang-barang terpelanting dan menyukarkan kami untuk menyelamatkan diri," katanya yang mengalami sedikit kecederaan akibat terpijak objek tajam.

Beliau berkata sebelum ini banjir pernah berlaku di Lembah Bertam namun kejadian kali ini adalah paling buruk.
"Walaupun tidak dapat menyelamatkan harta benda, yang penting saya bersama ibu, ayah dan abang selamat," kata Shaifa.

Sementara itu Mohd Esswandy Zubir, 21, berkata hampir semua rumah di kawasan itu musnah akibat limpahan air dari empangan Sultan Abu Bakar.

"Telefon bimbit dan barang keperluan lain termasuk sijil tidak dapat diselamatkan tetapi dokumen pengenalan diri dapat diselamatkan kerana dari awal lagi ibu saya telah menyimpannya," kata lepasan diploma Politeknik Muadzam Shah, Rompin Pahang itu.

Mohd Esswandy yang merupakan anak bongsu dari empat beradik itu bersyukur kerana selamat daripada tragedi buruk itu.

Beliau berkata kebanyakan penduduk di kawasan berkenaan adalah warga tempatan dan kawasan kediaman berhampiran rumahnya mempunyai enam keluarga Melayu.

Kejadian arus deras dan banjir kilat itu memusnahkan kira-kira 80 rumah dan beberapa kenderaan penduduk di kawasan penempatan Lembah Bertam itu.

Kejadian kira-kira 1 pagi itu turut menyebabkan dua rakyat asing dan seorang warga tempatan maut, seorang lelaki tempatan cedera manakala seorang lagi rakyat asing masih hilang.

Seramai 54 penduduk dari 12 keluarga kini ditempatkan di Dewan Orang Ramai Ringlet dan operasi mencari dan menyelamat wanita Indonesia yang dilapor hilang itu akan diteruskan eso
k. - BERNAMA

Sumber Berita Harian  2013/10/23 

Tragedi Bencana Alam di Cameron Highlands pada pagi Rabu 23/10/2013 lalu, sekali lagi mencetus polemik. Semoga semua pihak berwajib ambil tindakan sewajarnya dan sama-samalah menjaga alam ini.

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .