Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Kuala Lumpur Engineering Science Fair KLESF 2016


Kuala Lumpur Engineering Science Fair KLESF 2016



Kuala Lumpur Engineering Science Fair (KLESF) 2016 diadakan pada 4 - 6 November 2016 di The Mines International Exhibition And Convention Center (MIECC). Orang ramai dijemput hadir.

SEMAKAN TEMUDUGA GURU INTERIM KOLEJ VOKASIONAL 2016

SEMAKAN TEMUDUGA GURU INTERIM KOLEJ VOKASIONAL 2016



Hebahan Semakan Keputusan Temu Duga Calon Guru Interim Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2016 di portal www.jobsmalaysia.gov.my

Sebarang keputusan adalah MUKTAMAD dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya BPTV

Tahniah kepada Calon Guru Vokasional, Sahabat2 FB Jobsmalaysia yang berjaya!!! Ada yang memaklumkan akan melaporkan diri pada 1 & 15 November 2016. Semuga anda semua akan berkhidmat dengan penuh AMANAH, INTEGRITI, BERTANGGUNGJAWAB & BERDEDIKASI.
Kepada mereka2 yang tidak berjaya menjawat jawatan tersebut jangan bersedih & putus asa mungkin ada kejayaan @ tawaran lain yang lebih baik. Tidak semua orang mampu menggalas untuk menjadi Tenaga Pengajar kerana setiap individu dilahirkan dengan personaliti, kebolehan & kemampuan yang berbeza-beza.

Harap Maklum!!!    

Admin Jobsmalaysia

Kursus SKM Di Melaka

Kursus SKM Di Melaka



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Assalamualaikum wbt,

Kami mencari seramai yg boleh sesiapa yg ingin buat SKM PERCUMA area Negeri Melaka,

Lokasi : RTC Sg. Rambai Melaka,
Tarikh : 29hb Okt 2016 ( Sabtu ),
Masa : 7.45 malam - 10.30 malam,

Bayaran,
RM50.00 utk sessi Taklimat,
RM50.00 utk beli NOSS ( Tahap 1 - 5 ),

Syarat-syaratnya,

Warganegara Malaysia,
Berumur 20 - 55 tahun,
Salinan IC depan& belakang,
Sijil Kemahiran Malaysia ( jika ada ).

Jika bekerja ( makan gaji ),
5 tahun pengalaman dlm bidang masing2,
Gaji pokok bawah RM3000.00 sebulan,
Dapatkan surat pengesahan bekerja dari majikan,

Jika bekerja sendiri,
Salinan SSM,
Surat Akuan & disahkan benar oleh pesuruhanjaya sumpah.

Buat 2 set dokumen di atas.

Call/ SmS/ WhatsApp En Nazrul Hazri Nazlan di 0129340512 secepat yg boleh !

Tolong ambil/ rebut peluang keemasan ini.

T.Kasih.

Aeriel Robotic Workshop Nov 2016

AERIAL ROBOTIC WORKSHOP 2016




This 4 days workshop aim to equip participants with the knowledge and hands-on skills needed to construct an open source aerial robot.This is a comprehensive hands-on workshop that will lead the participants from theory to practical implementation.

Register NOW!! LIMITED SEATS!! 

Date: 21-24 Nov 2016
Time: 8.30 am-4.30 pm
Venue: SMI Al-Amin Gombak

For registration and more info, please contact Mrs Maziatul Izati
📞: +60341053703 
WhatsApp: +60196519056
e-mail: maziatulizati.eduoasis@gmail.com

JOB FAIR SERENTAK DI 9 UTC MALAYSIA NOV 2016

JOB FAIR SERENTAK DI 9 UTC MALAYSIA NOV 2016



Hebahan PROGRAM JOB FAIR serentak di 9 lokasi UTC seluruh Malaysia!!!!
Dimaklumkan bahawa Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan JobsMalaysia, dengan kerjasama Pusat Transformasi Bandar (UTC) akan menganjurkan program JOB FAIR @ UTC yang akan berlangsung serentak di 9 lokasi UTC seluruh Malaysia serta Majlis Perasmiannya oleh Menteri Sumber Manusia, pada ketetapan seperti berikut :


Majlis Perasmian Job Fair @ UTC Peringkat Kebangsaan 2016

Tarikh    : 5 November 2016 (Sabtu)

Masa     : 8.30 pagi hingga 11.00 pagi

Tempat  : UTC Kuantan, Pahang

Perasmi : YB Dato' Sri Richard Riot Anak Jaem
                 Menteri Sumber Manusia
 _____________________________________________




Program Job Fair @ UTC Peringkat Kebangsaan 2016

Tarikh    : 5 November 2016 (Sabtu)

Masa     : 10.00 pagi hingga 8.00 malam

Tempat :  i. UTC Alor Setar, Kedah
                ii. UTC Ipoh, Perak
               iii. UTC Pudu, Kuala Lumpur
               iv. UTC Bandar Melaka, Melaka
                v. UTC Johor Bahru, Johor
               vi. UTC Kuantan, Pahang
              vii. UTC Kota Bharu, Kelantan
             viii. UTC Kuching, Sarawak; dan
               ix. UTC Kota Kinabalu, Sabah 

________________________________________________________

KEMBARA KERJAYA TRANSFORMASI TERENGGANU BAHARU (TTB) 1.0 

TARIKH : 3 NOVEMBER 2016 (KHAMIS)
MASA : 9.30 PG HINGGA 5.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN SIVIK, GONG NERING JERTEH TERENGGANU 
SASARAN : 20 MAJIKAN

TARIKH : 4 NOVEMBER 2016 (JUMAAT)
MASA : 9.30 PG HINGGA 5.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN MAJLIS SUKAN NEGARA, DUNGUN
SASARAN : 20 MAJIKAN

TARIKH : 5 NOVEMBER 2016 (SABTU)
MASA : 9.30 PG HINGGA 5.00 PETANG
TEMPAT : KOMPLEKS SUKAN, GONG BADAK, K. TERENGGANU 
SASARAN : 40 MAJIKAN | 20 AGENSI

Hebahan program yang akan berlangsung akan dikemaskini untuk makluman tuan/puan. Maklumat lengkap tuan/puan juga boleh menghubungi :
Pusat JobsMalaysia (JMC) Kuala Terengganu
Jalan Air Jernih,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

Tel : 09-622 9781
Fax : 09-623 1646
Email : jmckterengganu@mohr.gov.my

Program ini adalah bertujuan untuk mempromosikan Pusat JobsMalaysia di seluruh Malaysia dan UTC sebagai Hub Perkhidmatan Pekerjaan (Employment Hub) dengan menawarkan peluang pekerjaan kepada seluruh rakyat Malaysia, selaras dengan konsep National Blue Ocean Strategy (NBOS).

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan pejabat cawangan JOBSMALAYSIA seperti dipautan berikut :- http://www.jobsmalaysia.gov.my/jcs/jobsm_general/contactus.faces

update : 27.10.2016 ( Maklumat akan dikemaskini dari masa ke semasa)

#JomCariKERJA!!!!
#Jawatan0
#Kerja0
Kempen #1JutaLIKEfbJobsmalaysia
#JomLIKEfbJobsmalaysia

Sumber:

Admin JobsMalaysia

CALL FOR PAPERS- 16TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON TRANSLATION 2017


CALL FOR PAPERS- 16TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON TRANSLATION, 2017 (8-10 AUGUST 2017, CRYSTAL CROWN HOTEL, MALAYSIA)



CONFERENCE THEME: THE VALUE OF TRANSLATION IN SOCIETY

This conference focuses on the value of translation in society by combining socio-economic and political approaches to facilitate intra-, inter- and cross-cultural communication between diverse social groups with research that specifies the contribution of translation for Business, Culture, Education, Science and Technology. It is the ethical concept of value in its intrinsic and market characteristic that was chosen to express an interest in the many ways translation can satisfy the social needs of our complex societies.

 The sub-themes include, but are not limited to:

1.    Translation and culture

2.    Translation and economy

3.    Translation and ethics

4.    Translation and politics

5.    Translation and social issues

6.    Translation and technology

7.    Translation for children

8.    Translation for education

9.    Translation for religion

10. Interpretation for society

The Organizing Committee warmly welcomes participation (paper presenters/ non-paper presenters) from practitioners, academics, students, agencies, software producers, language policy makers, accreditation bodies, clients of translation services, and interested individuals worldwide.  Abstracts for individual/joint papers to be presented at the 16th International Conference on Translation should be submitted latest by 31st  December 2016.

For more information please visit: umconference.um.edu.my/PPA16

Terima Kasih Petugas Kesihatan HSA

Terima Kasih Petugas Kesihatan HSA





We would like to express our sincere condolences to everyone who involved in Sultanah Aminah Hospital fire tragedy. 

#PrayforHSA

Terima kasih kepada para petugas kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia. Jasa dan pengorbanan kalian, hingga sanggup menggadai nyawa, hanya Allah yang dapat membalasnya. Buat para doktor,nurse, pembantu kesihatan dan semua petugas kesihatan  semoga anda semua diberi kekuatam menempuhi dugaan ini. Marilah kita sama-sama membantu pesakit-pesakit di HSA...

#prayforHSA







Netizen melahirkan rasa penghargaan kepada semua pihak yang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran serta menyelamatkan mangsa di HSA.


PERKATAAN 'hero' tidak hanya untuk watak ‘Superman’ atau ‘Batman’ tetapi boleh digunakan untuk merujuk seseorang yang melakukan pengorbanan demi kebaikan individu, masyarakat ataupun negara. 

Semalam, kita dikejutkan dengan berita kebakaran di wad kecemasan Hospital Sultanah Aminah (HAS), Johor Bahru.

 Kejadian di tingkat dua Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut, di mana enam orang terkorban dan seorang berjaya diselamatkan, dipercayai berlaku sekitar jam 8.56 pagi.

Ia sekaligus mencetuskan pelbagai emosi dalam kalangan netizen yang sama-sama berkongsi rasa terkejut dan cemas yang pastinya dirasai mangsa dan keluarga mereka menerusi hashtag #PrayforHSA.

Netizen turut berkongsi rakaman gambar pasukan bomba, penyelamat dan anggota pasukan keselamatan lain yang bertungkus lumus memadamkan kebakaran serta menyelamatkan mangsa di HSA.


Biasiswa TEEF Yayasan Edge 2016/2017

Biasiswa TEEF Yayasan Edge 2016/2017



Biasiswa Yayasan Edge 2016/2017 menawarkan bilangan biasiswa yang terhad pada sesi 2016/2017 .

Permohonan dipelawa daripada pelajar yang layak dengan minimum
- 6A dalam SPM dengan kredit dalam Bahasa Inggeris
- 3A dalam peperiksaan STPM dengan lulus GP
           
atau yang setaraf


- Pemohon hendaklah telah mendapat tempat di universiti-universiti tempatan untuk pengambilan bermula dari September 2016.

- Dan seterusnya telah mengikuti kursus dalam bidang Perakaunan, Ekonomi, Kewangan, Bahasa Inggeris dan Media (kewartawanan, pengiklanan, pemasaran, komunikasi) atau bidang yang berkaitan.

Cara memohon:
Untuk Pemohon, boleh memuat turun borang permohonan Biasiswa TEEF dari sini.



Tarikh tutup
November 10, 2016

Hubungi
Telefon: +603 7721 8000 (Ms Wong)
E-mel: enquiries@teef.org.my
Twitter: @TheEdgeEduFdn

Untuk maklumat lanjut mengenai biasiswa dan prosedur permohonan sila layari Laman web Yayasan Pendidikan Edge di sini




PERMOHONAN KE KOLEJ VOKASIONAL DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK AMBILAN JANUARI 2017


PERMOHONAN KE KOLEJ VOKASIONAL DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK AMBILAN JANUARI 2017



MAKLUMAT KEMASUKAN MURID BAGI PROGRAM KOLEJ 

VOKASIONAL & SMT AMBILAN JAN 2017




1.    Murid Lepasan Tingkatan Tiga (3) Tahun 2016 yang menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dipelawa untuk memohon mana-mana program yang ditawarkan bagi Ambilan Januari 2017 seperti berikut :

•    Program Kolej Vokasional 
  • di Kolej Vokasional KPM
  • di Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) - Auto Prima Technology Sdn. Bhd., Septronic Skills Training Centre, Enter Coridor Training Centre, Akademi APFT Maintenance Training , PPKS Ilmu Sdn. Bhd., JT Akademi Sdn. Bhd
  • di Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) - KKTM Masjid Tanah
•    Aliran Teknikal di 9 buah Sekolah Menengah Teknik (SMT) seluruh Malaysia 

•    Program Kemahiran di : 
  • Pusat GIATMARA yang terpilih di seluruh Malaysia
  • WISDEC Sabah

2.    Permohonan secara online dibuka mulai 11 Oktober 2016 hingga 20 Disember 2016.

3.    Untuk maklumat lanjut berkaitan program, sila layari http://www.moe.gov.my
Untuk memohon sila klik link berikut:

4,   Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi :

        Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional
        Kementerian Pendidikan Malaysia
        Aras 6, Blok E14, Parcel E
        Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
        62604 Putrajaya
        (u.p.: Unit Pengambilan & Pertukaran Murid di talian
         03-88845154 / 5088 / 5067 / 5089)

Hari Keputeraan Sultan Pahang 2016

 Hari Keputeraan Sultan Pahang 2016




 Hari Keputeraan Sultan Pahang 2016 pada Hari Isnin, 24 Oktober 2016 bersamaan 23 Muharram 1438 Hijrah.


Sembah takzim daripada blog cgkaunseling.blogspot.my




Biodata Kebawah DuliYang Maha Mulia Sultan Pahang
sultan-pahang-new-1
NAMA
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH
IBNI AL-MARHUM SULTAN ABU BAKAR RI’AYATUDDIN AL-MU’ADZAM SHAH
DKP., DK., DKM., SSAP., SIMP., DMN., DK.(Perak), DK.(Johor), DK.(Kelantan),
DK.(Terengganu), DK.(Perlis), DK.(Kedah), DKMB., DK.(Brunei), DK.(Negeri Sembilan), DK.(Selangor), Qiladah Badr Al-Kubra (Saudi Arabia)., Qiladah Al-Sheikh Mubarak Al-Kabir (Kuwait)., Grand Order of the Mugunghwa (South Korea), Hon. D.Litt (Malaya)., LLD. Hc. (Northrop USA)., Hon. D. Sc. (Bedfordshire, UK)., Hon. PhD. (Civil Engineering) (Universiti Malaysia Pahang).

KEPUTERAAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah telah diputerakan tepat jam 12.00 tengah hari pada hari Jumaat, 24 Oktober 1930 di Istana Mangga Tunggal (bersebelahan Istana Kuning, Pekan Lama) Bandar Diraja Pekan.
Baginda merupakan anakanda ketiga Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abdullah Al-Mu’tassim Billah dengan Al-Marhumah Tengku Ampuan Besar Pahang Raja Hajjah Fatimah binti Al-Marhum Sultan Iskandar Shah.

PENDIDIKAN
Baginda diasuh dan dididik dalam pandangan serta perhatian Paduka Ninda baginda iaitu DYMM Sultan Iskandar Shah Perak yang bersemayam di Kuala Kangsar, Perak.
Kebawah Duli Yang maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah memulakan persekolahannya di Sekolah Melayu di Kuala Kangsar, Perak. Setelah tamat pelajaran darjah empat baginda telah melanjutkan pelajarannya ke Maktab Melayu Kuala kangsar dan ketika itu baginda baru berusia 10 tahun.
Namun begitu, pelajaran baginda telah terganggu semasa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu pada akhir tahun 1941. Baginda kemudiannya dibawa pulang ke Pahang.
Semasa zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu, baginda telah dihantar belajar asas-asas agama di Kuliah Al-lughah Waddin Al-Sultan Abu Bakar, Padang Polo, Pekan. Baginda kemudiannya menyambung semula persekolahannya di Sekolah Clifford, Kuala Lipis. Di sana, baginda tinggal di asrama bersama-sama dengan para pelajar lain dan baginda sendiri tidak mahu dilayan seperti putera raja, sebaliknya baginda banyak bergaul dengan pelajar-pelajar dari kalangan rakyat biasa. Baginda kemudiannya dihantar semula untuk menyambung pelajaran di sekolah lama baginda iaitu Maktab Melayu Kuala Kangsar.
Pada 25 Mei 1944, dalam satu upacara adat istiadat diraja yang meriah, baginda telah dikurniakan gelaran Tengku Mahkota Pahang di Istana Seri Terentang, Pekan. Sebagai waris takhta, gelaran tersebut telah dimasyhurkan bagi kali kedua pada 29 Mei 1949.
Pada tahun 1948, baginda telah ke England dengan menaiki kapal laut yang bernama Audre Lebon dan pelayaran tersebut telah mengambil masa selama 25 hari. Baginda melanjutkan pelajaran di Sekolah Persendirian Sussex sebelum memasuki Worchester College, Oxford bagi mengikuti Kursus Pentadbiran Awam dalam tahun 1950.
Setelah tamat pengajian di Oxford, baginda kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Universiti College Exeter, Devon dari tahun 1951-1953 dan mendapat latihan praktikal dalam bahagian Kerajaan Tempatan di Urban District Council Sidmouth, Devon.
  • Sumber daripada Pejabat KDYMM Sultan Pahang

PERKAHWINAN DENGAN KDYMM TENGKU AMPUAN PAHANG 
Baginda telah melangsungkan perkahwinan dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Hajjah Afzan binti Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad pada 24 April 1954.
Perkongsian hidup di antara baginda dengan Kebawah Duli Yang  Maha Mulia Tengku Ampuan Hajjah Afzan telah dikurniakan dua orang putera dan lima orang puteri.

PERLANTIKAN DIRAJA

Baginda pernah dilantik beberapa kali menjadi Pemangku Raja ketika Al-Marhum Seri Paduka Ayahanda baginda berangkat ke luar negeri dalam tahun-tahun 1956, 1959 dan 1965.
Pada 7 Mei 1974, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan dan Raja Pemerintah Negeri Pahang dan segala jajahan takluknya menggantikan Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah yang mangkat pada 5 Mei 1974.
Setelah genap setahun di atas singgahsana takhta Kerajaan Pahang, satu Upacara Istiadat Diraja yang penuh kebesaran telah diadakan di Balairung Seri Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang pada 8 Mei1975. Baginda telah ditabalkan dan dimahkotakan dengan gelaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Sultan dan Raja Pemerintah Negeri Pahang dan segala jajahan takluknya.
Upacara pertabalan tersebut telah dijalankan dengan penuh istiadat tradisi dan penuh berwarna-warni. Bandar Diraja Pekan dihiasi indah bagi memuliakan istiadat yang bersejarah dan penuh makna itu.

PERLANTIKAN YANG DIPERTUAN AGONG 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah telah dilantik oleh Majlis Raja-Raja Melayu menjadi Yang Dipertuan Agong ke-VII menggantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong yang ke-VI, Sultan Yahya Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim yang telah mangkat pada 25 April 1979.
Sebelum bersemayam selaku Yang Dipertuan Agong, baginda telah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja Melayu untuk memegang jawatan Timbalan Yang Dipertuan Agong pada 21 September 1975.

KEMANGKATAN KDYMM TENGKU AMPUAN PAHANG

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah merasa amat dukacita di atas kemangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Hajjah Afzan binti Al-Marhum Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad pada 29 Jun 1988.
Takdir Ilahi ini berlaku hanya 6 hari selepas kemangkatan bonda baginda. Seluruh rakyat negeri Pahang berkabung selama empat puluh hari di atas kemangkatan ini.

PERKAHWINAN DENGAN DYMM SULTANAH HAJJAH KALSOM
Perkahwinan baginda dengan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang, Sultanah Hajjah Kalsom pada 14 Mac 1991 telah mengubah suasana kemasyghulan yang menyelubungi baginda atas kembalinya ke rahmat Allah, permaisuri dan bonda yang dicintai. Perkongsian hidup baginda dengan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom telah dikurniakan seorang putera yang dinamakan Tengku Fahd Mu’adzam yang kini bergelar Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang.

KEPIMPINAN

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah mempunyai pengalaman yang luas dalam lapangan ketenteraan. Pada tahun 1953, sekembalinya ke tanah air baginda beserta 116 anggota lain telah memasuki angkatan tentera sebagai Pelatih Pegawai Kadet di Port Dickson untuk menjalani latihan selama enam bulan. Latihan yang cukup intensif ini akhirnya hanya diselesaikan oleh 13 orang pelatih sahaja dan baginda adalah seorang daripada yang berjaya itu.
Baginda pernah ditugaskan berkhidmat dalam Batalion ke-4 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Tapah, Perak dengan pangkat Kapten. Baginda juga pernah ditauliahkan dengan pangkat Major semasa berkhidmat dengan Askar Wataniah sebagai Pegawai Sementara.
Semasa Indonesia melancarkan kempen konfrontasi terhadap Malaysia pada tahun 1963-1965, baginda telah berkhidmat sepenuh masa dengan Pasukan Infantri ke-12 Batalion Askar Wataniah di Kem Batu 5, Mentakab sebagai Pegawai Pemerintah.
Baginda merupakan seorang Raja Pemerintah yang unggul dari segi budi pekerti, berhemah dan berpengetahuan tinggi.
Baginda mempunyai falsafah tersendiri iaitu ‘Raja dan Rakyat Berpisah Tiada’. Baginda selalu bercemar duli mengunjungi rakyat di setiap pelusuk negeri untuk mengenal dan mengetahui segala masalah mereka.
Ketokohan dan kewibawaan baginda sentiasa dikagumi. Baginda dikagumi atas keprihatinan serta sering menghulurkan bantuan terhadap rakyat yang menghadapi kesukaran.


NAMA ISTERI
D.Y.M.M.-Almarhumah-Tengku-Hajah-Afzan-binti-Almarhum-Tengku-MuhammadD.Y.M.M. Almarhumah Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Muhammad
DMN, DK, SSAP, SIMP
(Tarikh diputerikan :04 Disember 1933, di Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman)
(Merupakan Raja Permaisuri Agong yang ke – tujuh pada tahun 26 April 1979 – 25 April 1984)
(Tarikh Mangkat : 29 Jun 1988, disebabkan Kanser di Istana Pahang, Kuala Lumpur)


D.Y.M.M.-Sultanah-Hajah-Kalsom-binti-Abdullah
D.Y.M.M. Sultanah Pahang, Sultanah Hajjah Kalsom binti Abdullah
DK.
(Tarikh Lahir :12/09/1951)


PUTERA DAN PUTERI
Lapan (Tiga Putera dan Lima Puteri)
YAM Tengku Puteri Seri Lela Wangsa Pahang
Tengku Tan Sri Hajjah Meriam binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah,
DK., SIMP., PSM., JP.
YAM Tengku Puteri Seri Teja Pahang
Hajjah Tengku Dato’ Muhaini binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah,
DK., SIMP.
YAM Tengku Puteri Seri Kemala Pahang
Tengku Hajjah Dato’ Aishah binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah,
DK., SIMP.
KDYTM Tengku Mahkota Pahang
Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah,
DK., SSAP., SIMP., DK (Terengganu)., DK (Johor)., SPMJ., PAT.
YAM Tengku Muda Pahang
Tengku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
DK., SSAP.
YAM Tengku Puteri Seri Lela Manja Pahang
Tengku Dato’ Hajah Nong Fatimah binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
DK., SIMP.
YAM Tengku Puteri Seri Bongsu Pahang
Tengku Dato’ Hajah Shahariah binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
DK., SIMP.
YAM Tengku Arif Temenggong Pahang
Tengku Fahd Mua’adzam Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah,
DK.
ALAMAT PEJABAT
Pengelola Bijaya Diraja
Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang
26600 Pekan
Pahang Darul Makmur
TEL: 09-422 1601
FAX: 09-422 3202
Sumber daripada Pejabat KDYMM Sultan Pahang

Hari Terbuka KKTM Kuantan 2016

Hari Terbuka KKTM Kuantan 2016






Perasmian oleh YB KKLW Dato' Ismail Sabri

KKTMKu .. COMMITMENT TO EXCELLENCE
KKTM is supported by highly qualified and specialized academic and management staff. Furthermore, with the state-of-the-art training equipment and peripherals, the students are equipped with adequate technical theories / concepts (know-why) and specialised skills and compentency (know-how) to contribute to their fullest in the workforce. KKTM also offer life-long education programmes particularly for skilled technicians to upgrade and acquire merit recognition qualification.
List of KKTM Kuantan Courses
Mechanical Manufacturing
Diploma in Manufacturing Engineering (Automotive Manufacturing)
Diploma in Manufacturing Engineering (Quality and Productivity)
Diploma in Manufacturing Engineering (Technology and Processing)
Diploma in Manufacturing Engineering (Industrial Automation and Robotic)
Diploma in Manufacturing Engineering (Manufacturing Design)

Sumber; klik di sini


Kenyataan Media KPM Isu Pembayaran Wang Saku Pelajar Program Matrikulasi KPM

Kenyataan Media KPM Isu Pembayaran Wang Saku Pelajar Program Matrikulasi KPM

Sumber sila klik di sinihttp://www.moe.gov.my/my/mobile-pemberitahuan-view?id=5545

Permohonan ke KPM (Kolej Profesional MARA) Sesi Januari 2017

Permohonan ke KPM (Kolej Profesional MARA) Sesi Januari 2017 




Permohonan Online ke KPM  Sesi Januari 2017 dibuka mulai 09 Sept 2016 hingga 14 Oktober 2016 

Syarat kelayakan ke KPM, sila klik link ini http://apponline.mara.gov.my/upimonline/syarat_kemasukan/KPM.pdf

Kolej Profesional MARA ini, setakat ini yuran pengajian percuma. Antara kursus yang ditawarkan ialah Diploma Perakaunan.




Diploma in Accountancy


Jangka masa program : 3 Tahun

Merupakan program diploma pertama yang diperkenalkan oleh KPM sejak Januari 2000. Program DIA bertujuan melahirkan para pelajar yang berkemahiran dalam bidang perakaunan dan kewangan. Program ini juga dapat membantu melahirkan tenaga profesional di kalangan pelajar Melayu Bumiputera dalam melengkapkan diri untuk sama-sama bersaing untuk membantu Negara mencapai wawasan 2020.

Kursus-kursus teras :

- Financial Accounting 1 - 5
- Business Mathematics and Statistics
- Introduction to Business
- Principles of Management
- Micro and Macroeconomics
- Entrepreneurship
- Auditing
- Taxation
- Accounting Package (MYOB)
- Accounting Information System
- Management Accounting
- Cost Accounting
- Commercial & Company Law
- Financial Management
- Accounting Theory & Practice

Prospek kerjaya :

- Eksekutif Akaun
- Eksekutif Audit
- Eksekutif Percukaian




Diploma in English Communication

Jangka masa program : 3 tahun

Kurikulum bagi program Diploma in English Communication (DEC) telah dibangunkan bersama pihak University of South Australia (UniSA). Program DEC ini bagaimanapun, telah menjadi milik MARA sepenuhnya pada Julai 2005. 

Program ini bertujuan untuk melatih dan mengeluarkan tenaga kerja yang mahir dalam penggunaan Bahasa Inggeris dalam bidang pengurusan perniagaan dan Information Technology (IT). Sepanjang tempoh pengajian, para pelajar akan didedahkan kepada pelbagai kemahiran komunikasi Bahasa Inggeris seperti kemahiran menulis, mendengar, membaca dan kemahiran lisan melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang teratur dan sistematik.


 Selain latihan industri yang diwajibkan pada semester akhir pengajian, pelajar juga akan didedahkan kepada beberapa kursus terpilih untuk memastikan pendedahan kepada senario alam pekerjaan seperti kursus-kursus di bawah:

Kursus-kursus teras :

- Introduction to Reading
- Introduction to Writing
- Academic Reading and Writing (1,2)
- Project and Presentation
- Introduction to Business Communication
- Language Proficiency Development (Introductory, Intermediate, Advanced,Academic)
- Introduction to Computer Application
- Interpersonal Communication
- English in Media
- Introduction to Tertiary Learning
- Persuasive Communication in Business
- Group Dynamics
- Understanding Short Stories
- Public Communication Skills
- Business Correspondence
- Critical Literacy
- Research and Project
- Workplace Communication
- Computing Fundamentals
- Intercultural Communication: Society, State and the Individual
- Fundamentals of Entrepreneurship
- Business Information System
- Digital and Mobile Communication
- Principles of Marketing
- Organizational Behaviour


Prospek kerjaya :

- Pegawai Tadbir
- Wartawan
- Pegawai Pemasaran/Jualan
- Pegawai Perhubungan Awam
- Pegawai Sumber Manusia



Boleh layari website Kolej Profesional MARA Indera Mahkota Kuantan Pahang untuk info lanjut.

Sila klik http://www.kpmim.edu.my/

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .