Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label Hari Guru. Show all posts
Showing posts with label Hari Guru. Show all posts

SELAMAT HARI GURU 2020: BERGURU DEMI ILMU BINA GENERASI BARU

SELAMAT HARI GURU 2020: BERGURU DEMI ILMU BINA GENERASI BARU







Assalamualaikum dan selamat pagi. Salam Ramadan dan Selamat Hari Guru buat semua Guru-guru Malaysia.😊

Selamat Hari Guru juga kepada semua guru dan pensyarah yang mendidik saya ini 💖dengan penuh kasih sayang serta dedikasi.

Terlalu banyak jasa guru dan pensyarah saya.

Ketika saya sakit, para pensyarah saya adalah ibarat ibu dan ayah dan keluarga saya yang menjaga kebajikan saya dengan baik.

Hanya Allah yang dapat membalas jasa para guru dan pensyarah saya.

Saya doakan semoga sihat walafiat, dipanjangkan umur serta murah rezeki dan dipermudahkan urusan dalam terus
mendidik generasi pada masa akan datang.

Jasa kalian terhadap saya terlalu banyak dan tidak dapat saya berbalas
balik. Saya sangat menghargainya.
Semoga Allah membalas segala jasa para guru saya semua.
Amin ya Allah.

Ya Allah. Kami mohon doa, agar Engkau merahmati semua guru yang pernah mengajar kami kebaikan walau sebesar satu huruf.

Peliharalah mereka andai mereka masih menabur jasa.

Kasihanilah mereka andai mereka telah bersara dari arena kerjaya.

Rahmatilah mereka andai jasad mereka telah berpisah dengan nyawa dan meninggalkan dunia.


Ya Allah moga semua yang bergelar guru terus teguh mendepani cabaran, tidak goyang ditiup badai gelombang mahupun dugaan.

Catatkanlah dengan tinta emas akan pahala amal mereka sebagai ilmu bermanfaat serta berkekalan buat bekal di hari kemudian.

Selamat hari guru buat semua.

Saya juga memohon maaf zahir batin di atas salah silap saya sepanjang menjadi anak didik tuan-tuan dan puan-puan.


🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷💖💖💖💖🌷🌷🌷🌷
Happy Teachers Day to all teachers and lecturers who educate/educated me with full of love and dedication.
May all of you be in good health and longevity, sustain a good wealth, also be ease in continue to
educate the next generation.
Your educational services towards me are plenty and could not be replied.
Kindly
appreciate kindness and goodness.

Asma', Arau. Perlis.
23 Ramadan 1441 Hijrah.
16/5/2020

Tokoh Guru Kebangsaan Hari Guru

Tokoh Guru Kebangsaan Hari Guru


Anugerah tokoh Guru diperkenalkan semenjak tahun 1972.  Anugerah ini menjadi lambang pengiktirafan kerajaan terhadap pengorbanan, kewibawaan serta sumbangan mereka sepanjang tempoh perkhidmatan.  Sehingga tahun lalu, seramai 127 pendidik dan bekas pendidik sudah dianugerahkan pingat tersebut semenjak 1975 berdasarkan kriteria khusus yang ditetapkan.

Antara kriteria itu ialah calon mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang di bilik darjah, sumbangan cemerlang kepada profesion keguruan dan pendidikan, pembabitan aktif dalam kegiatan luar bilik darjah serta khidmat masyarakat, di samping kecemerlangan dalam bidang lain.


Tokoh Hari Guru Negeri Pahang 2013 Datuk Abdul Hamid Md Shah

Tokoh Hari Guru Negeri Pahang 2013  
Datuk Abdul Hamid Md Shah



Datuk Abdul Hamid Md Shah dianugerahkan Tokoh Hari Guru Negeri Pahang sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Pahang di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Pekan, Pahang.





 Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Menteri Besar Pahang, YAB Datuk Seri Diraja Haji Adnan Yaakub.

 Sumber; http://abihulwa.blogspot.com/


Realiti kehidupan seorang guru buat pelajar yang mahu menjadi guru

Realiti kehidupan seorang guru buat pelajar yang mahu menjadi guru


Jika dulu guru terkenal dengan rehat yang panjang
Tapi realitinya pekerjaan guru meliputi kerja pengkeranian
Jika dahulu guru kaya dengan cuti yang banyak
Hakikatnya cuti guru tidak seindah yang disangkakan
Kesibukan guru di sekolah tiada tandingan
Gaji guru di dunia bukanlah lumayan
Tapi ganjaran disisi Tuhan itu yang diutamakan

Guru tidak mungkin menjadi jutawan
Sikap dermawan dan ilmuan pasti menjadi ikutan
Kehidupan guru sebati dengan pengorbanan



Jika dulu pelajar sangat menghormati guru
Menjadikan guru sumber inspirasi
Tapi kini pelajar selalu bermain dengan emosi sendiri
Seperti manusia yang tidak punya hati
Guru dipandang tidak ubah seperti orang lain
Kadang-kadang entah sesiapa yang difikirkan.

Jika dulu guru sangat disegani oleh masyarakat
Tapi kini guru adalah manusia yang boleh disaman-samankan
Tersalah gaya hancur di gelanggang muka pengadilan
Jika dulu guru di agung – agungkan
Tapi kini………
Apa yang anda fikirkan ?

Itulah gambaran yang diberikan.



Kini Persepsi guru sangat berbeza
Di desa, pekan dan Bandar metropolitan.
Masing-masing mempunyai pelbagai tanggapan
Pada insan yang memberi pendidikan
Jika dulu guru menjadi idola dan rujukan
Tapi kini menjadi bahan kutukan sesama rakan


Masihkah ramai pelajar yang mempunyai perasaan kemanusiaan
Menghormati seorang insan yang memulakan segala pengalaman
Merakamkan detik awal sebuah kehidupan
Dari seorang yang kosong sehingga sarat dengan pengetahuan.

Adakah anda masih mempunyai penghormatan pada guru.
Berhenti sejenak menghayati hadith di bawah:

Daripada `Ubadah ibn Samit bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Bukanlah daripada umatku sesiapa yang tidak memuliakan orang yang lebih tua dan mengasihi kanak-kanak serta mengakui hak orang yang berilmu di kalangan kita."

 ( HR Ahmad, al-Tabarani dan al-Hakim )

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya, "Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Pelajarilah ilmu pengetahuan dan pelajari juga dengan ilmu tersebut ketenangan jiwa dan kerendahan diri. Rendahkanlah diri kamu kepada orang yang mengajar kamu." ( HR Al Tabarani )

Fikir-fikirkan wahai pelajar kesayangan.

Pada guru, Semoga tabah menghadapi rintangan
Mudah-mudahan perjuangan seorang guru di medan pendidikan
Memberikan pulangan yang lumayan dunia dan akhirat

Selamat Hari guru pada teman-teman
Teruskan berjuang di medan pendidikan

"Kelebihan orang yang berilmu berbanding `abid samalah seperti kelebihan bulan purnama berbanding segala bintang."
(HR Abu Daud & Al-Tirmizi)




 
 

Profil Tokoh Hari Guru Kebangsaan Ke-42

Profil Tokoh Hari Guru Kebangsaan Ke-42


TOKOH Guru Kebangsaan 2013 dari kiri) Rabiah Johari, Wan Hamzah Wan Daud, Noor Rezan Bapoo Hashim, Jacob Mathews dan Freida Mohd. Pilus gembira menerima anugerah yang disampaikan oleh Muhyiddin Yassin dalam Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Ke-42 di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan

 PROFIL TOKOH GURU KEBANGSAAN 2013


INFO
Sambutan Hari Guru Ke-42

  • 1 Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan.
  • 3 Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan.
  • 1 Anugerah Tokoh Guru Sekolah.
  • Pelancaran Kad 1Guru Bank Simpanan Nasional-Yayasan Guru Malaysia Berhad (BSN-YGMB) untuk guru nikmati potongan harga.
  • Pameran Pendidikan pada 14 hingga 19 Mei di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Seremban, Negeri Sembilan.
    419,000 guru dijangka layak nikmati kemudahan kad kredit dengan kadar faedah 8.8 peratus berbanding 16 peratus.

Profil Tokoh Hari Guru Kebangsaan Ke-42

SEREMBAN 16 Mei - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan anugerah tertinggi pendidikan negara sempena perayaan Hari Guru peringkat kebangsaan Ke-42 di Stadium Tertutup Nilai dekat sini malam ini.

Penerima anugerah tersebut ialah Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim (Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan); Rabiah Johari, Wan Hamzah Wan Daud, Jacob Mathews (Tokoh Guru Kebangsaan) dan Datuk Freida Mohd. Pilus (Tokoh Guru Sekolah Swasta Kebangsaan).



Guru meninggal dunia ketika sertai sukaneka Hari Guru

Al Fatihah Guru meninggal dunia ketika sertai sukaneka Hari Guru


Al fatihah dihadiahkan kepada Che Maznah Mad Isa, 56. Semoga allahyarhamah tenang di sana.

Salam takziah kepada ahli keluarga allahyarhamah, sahabat handai dan murid-murid allahyarhamah. 

 

Mari kita renungkan dan hayati Sabda Nabi Muhammad SAW berkaitan penuntut ilmu dan pengajar ilmu:



Dari Abu Bakar r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: 
"Jadilah kamu seorang yang alim, atau orang yang belajar ilmu agama, atau orang yang gemar mendengar pengajian agama dengan teliti, atau menjadi orang yang mencintai ilmu dan ahli ilmu. Dan jangan kamu menjadi orang yang kelima, yang mana kamu akan binasa. Kelima ialah kamu membenci ilmu dan ahli ilmu". 
(HR Tabrani)



Rasulullah ditanya tentang kedudukan dua orang lelaki, seorang ahli ibadah dan seorang lagi ahli ilmu. Lantas Baginda s.a.w menjawab yang bermaksud :  

Anugerah pada Hari Guru 2013 Iktiraf guru dalam perkhidmatan

Anugerah pada Hari Guru 2013 

Iktiraf guru dalam perkhidmatan

 
 
 
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd. Ghafar Mahmud menyerahkan kain rentang pelancaran sambutan Hari Guru 2013 kepada Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan, Kalsom Khalid sambil disaksikan Mazlan Mohamad (kiri) dalam majlis Prapelancaran Hari Guru
 di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini. 
 
 
Buat pertama kalinya sempena sambutan Hari Guru kali ini, Kementerian Pelajaran memperkenalkan hadiah penghargaan baru, Anugerah Ikon Guru bagi menghargai sumbangan guru yang masih berkhidmat dan menaikan imej kementerian di peringkat antarabangsa.
 
Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran, Datuk Mazlan Mohamad berkata, penganugerahan itu berbeza dengan Tokoh Guru memandangkan anugerah itu hanya menghargai sumbangan guru yang sudah bersara daripada perkhidmatan.


Hari Guru 2013 Aspirasi guru OKU

Hari Guru 2013 Aspirasi guru OKU

hz


Mohd Huzaire bin Ahmad, 37, seorang guru OKU, 
Pengerusi Orang Cacat Bentong, Pahang dan telah menerima Anugerah Guru Cemerlang OKU peringkat kebangsaan pada tahun 2010.



Sambutan hari guru yang jatuh pada tanggal 16 Mei setiap tahun pasti mengimbau kembali suka-duka dan pahit manis sewaktu di alam persekolahan.
Guru merupakan insan yang berusaha keras bagi memberi kefahaman dan pendidikan kepada pelajar yang masih mentah dan serba kekurangan dalam mengenali dunia yang serba luas.

Tema sambutan hari guru tahun ini "Guru Malaysia: 1 Aspirasi, 1 Agenda" pastinya membawa seribu pengertian kepada guru yang masih berkhidmat apatah lagi dengan penambaikan yang dilakukan oleh Perdana Menteri bagi membela nasib guru yang penuh dengan cabaran.

Lain pula ceritanya kepada guru kelainan upaya atau guru OKU yang pastinya berdepan dengan 1001 dugaan dan cabaran yang lebih menduga berbanding guru yang dikurniakan pancaindera yang sempurna.

Sempena sambutan Hari Guru 2013, Astro Awani berpeluang menemubual tiga guru OKU bagi memahami aspirasi, cabaran dan perspektif dari kaca mata seorang guru OKU.

Cabaran warga pendidik luar bandar

Cabaran warga pendidik luar bandar


Cabaran warga pendidik luar bandar
 
KAPIT: Mahu melihat anak didik berjaya ke peringkat tertinggi. Menolak tepi segala cabaran dan dugaan, guru muda, Farah Najihah Abdul Rahman, 29 tahun berazam akan cuba sedaya upaya menggalas amanah sebagai guru, mendidik anak bangsa.

Berasal dari Dungun, Terengganu, Farah tidak pernah menyangka akan berkhidmat sebagai guru, apatah lagi di kawasan pedalaman Sarawak –Kapit.

“Pada awalnya, agak sukar untuk terima kenyataan apabila ditempatkan ke sini (Kapit),” jelas Farah.

TEMA HARI GURU 2013 GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA

TEMA HARI GURU 2013 GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA




Dimaklumkan bahawa tema yang telah diperserujui oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran adalah:
 
“GURU MALAYSIA : 
1 ASPIRASI, 1 AGENDA”

Huraian 1ASPIRASI:

Semua guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
 

Hari Guru Daerah Maran 2012 Kerjaya guru terus dimartabat

Hari Guru Daerah Maran 2012, Kerjaya guru terus dimartabat


Ismail Abdul Muttalib diiringi Baharum Samat (dua dari kiri) bersalaman dengan para guru pada majlis perasmian Hari Guru Daerah Maran di SMK Jengka 2, Maran, Pahang, kelmarin.

MARAN 20 Mei - Profesion perguruan akan terus dimartabat menerusi pelbagai bentuk insentif dan proses penambahbaikan perkhidmatan pendidikan sebagai satu pengiktirafan terhadap peranan guru.

Setiausaha Kelab Penyokong Wakil Rakyat Barisan Nasional (BNBCC), Datuk Ismail Abdul Muttalib berkata, usaha memartabat profesion perguruan adalah proses berterusan yang menjadi agenda utama kerajaan sejajar dengan peranan guru sebagai penjana utama transformasi negara.

''Ini membuktikan kerajaan sangat menghargai keringat guru yang menabur bakti tanpa rasa jemu bagi melahirkan generasi baru yang berpendidikan, rasional dan bersyukur.

''Dedikasi seseorang guru sangat dituntut supaya semua proses transformasi pendidikan negara dapat direalisasikan dengan cemerlang. Ini akan dapat melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif untuk memacu kemajuan negara pada masa depan yang gemilang," katanya.

Ismail yang juga Ahli Parlimen Maran berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Guru 2012 peringkat Daerah Maran yang turut dihadiri Pegawai Pelajaran Daerah, Baharum Samat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka 2 di sini semalam.

Selamat Hari Guru Buat Rakan Cikgu Malaysia

Selamat Hari Guru Buat Rakan Cikgu Malaysia



Tema Hari Guru Tahun 2012, "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara"

Selamat Hari Guru kepada seluruh warga Guru.
Semoga kerjaya Kita diberkati ~


Sajak Guru Oh Guru



BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979








Sejarah Hari Guru di Malaysia

Sejarah Hari Guru



Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Logo Hari Guru Malaysia

Logo Hari Guru Malaysia

Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.

Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.

Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.

Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.

Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.

Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.

CONTEST SELAMAT HARI GURU, CIKGU

CONTEST SELAMAT HARI GURU, CIKGU




Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sebagai menghargai follower blog saya, saya dengan gembiranya menyertai contest ini. Lagipun syarat-syaratnya tidaklah sesusah mana. Jika anda berminat sertai contest ini, silakanlah ya, ramai-ramai kita sertai contest ini.


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN MUDAH JE , ops kalau nak tau, silalah ke blog beliau ya.



SELAMAT HARI GURU



Guru itu

insan yang banyak berjasa

mengajar menulis baca jua mengira

mendidik muridnya

agar menjadi insan berguna

untuk nusa dan bangsa.



Guru itu

di perkebunan ilmu

dialah ibu

dialah ayah

insan yang wajar dihormati

dan dikasihi

bukan digeruni

dan diumpat caci.



Guru itu

mungkin saja ada khilafnya

bisa saja pernah melukakan hati muridnya

namun  percayalah

marahnya bukan kebencian

tegurannya bukan untuk memalukan

..................................



jauh di sudut hati sang guru

dia amat risaukan

pelajaran

kebajikan

kehidupan

percintaan

dan

perjalanan

anak muridnya



sang guru itu

mengeluarkan duit poketnya sendiri

demi membantu anak muridnya ini

yang sering kali

tidak diketahui

oleh sang muridnya sendiri



lalu,

terasa malu sendiri

diri ini

kepada guruku yang banyak berbudi.



Terima Kasih, Cikgu

Terima Kasih Cikgu Hari Guru 2010

Terima Kasih Cikgu Hari Guru 2010

 

Alhamdulillahhirabbila’lamin, syukur pada Allah SWT,atas anugerah rahmat dan taufik hidayahNya,kita dapat bersua kembali di sini. Salawat dan salam buat Rasul junjungan mulia,Nabi Muhammad SAW yang tercinta.

Terima kasih kepada semua cikgu-cikgu saya. Selamat hari guru kepada semua warga pendidik seluruh Malaysia, terutama kepada kawan-kawan semua,samada kawan-kawan cikgu di alam realiti dan di alam maya ini.

Pada kesempatan ini, saya ingin memberi kad di atas kepada semua kawan-kawan pendidik  seperti Sis Liza, Sis Nura, Kak Werdah, Puan Meriam, Sis White Rose, Sis Athirah, Puan Kartini, Anakkhas, Kak Da, Kak Shima, Sis Achik, Kak NZA, Sis Syasir, Sis Shafida, sis Ros Illyun, Sis Zultie, Cikgu adham, Sis Ibuaiman, Bro Damainx, Cikgu Humairi dan semua kawan-kawan pendidik terutama pada link myraudhatulukhuwah ini, klik sini.


SMS  Hari Guru yang Bermadah Indah


Beberapa SMS yang diterima, cukup bermadah indah. Terima kasih kawan-kawan atas ingatan.. OK,jom kita tengok madah indah kawan-kawan saya ini:

  • Yang menghafaz itu guru sejarah, yang cakap berbunga itu guru sastera, teratur ayatnya guru BM, sihat orangnya guru PJ, sopan orangnya guru Sivik, warak orangnya guru PI, pelik orangnya guru PS, tak pernah marah guru kaunseling, smart orangnya guru BI, banyak klaimnya guru SBT, relex orangnya guru pool, yang suka meniru tu guru, power cakapnya GB. Guru Pembina Negara Bangsa... Selamat Hari Guru



  • Guru... dalam ajarnya ada harapan, dalam tegurnya ada doa, dalam marahnya ada sayang, dalam tawanya ada mesra, dalam diam ada bijaksana, dalam tangannya kita terbina. Berbahagialah menjadi guru - Selamat Hari Guru



  • Guru umpama NTV7 kerana "CERIA SELALU...", Guru juga kadang kala seperti TV3 kerana "MENJADI INSPIRASI HIDUPKU..." yang pasti guru juga bagaikan NT9 kerana "DEKAT DI HATI" dan yang paling penting guru juga bagaikan ASTRO kerana "MACAM-MACAM ADA" oleh itu "SELAMAT HARI GURU"




  • "Amanah Yang Diberi, Kami Tak Persiakan. Apa Yang Kami Janji, Tunai tetap kami tunaikan. Guru Pembina Negara Bangsa. Selamat Hari Guru.



  • Ada juga ucapan, "Terima kasih atas ingatan ini".


Ingatan Beharga


Bagi saya, Yang paling berkesan di jiwa saya apabila mendapat SMS daripada seorang anak gadis yang kini telah berjaya bangkit dari trauma. Gadis ini  telah melalui pemergian allahyarham ayah dalam tragedi menyayat hati semasa bakal menduduki SPM. Trauma yang dialaminya bukan sedikit. sebagai anak sulong dan ibu pula tidak bekerja, membuatkan gadis ini perlu dibantu.

Sesiapa yang pernah menghadapi situasi seseorang yang trauma kehilangan individu tersayang dalam sebuah tragedi, pasti akan tahu perit getir bagi membantu individu berkenaan tidak "patah Hati".

Walaupun ringkas dari gadis ini, "Terima kasih cikgu atas ........, " ia sukar digambarkan dengan kata-kata...Gembira di hati ini apabila mengetahui gadis ini sudah berjaya menempatkan diri dalam pengajian yang lebih tinggi. Bersyukur kerana dia telah menjadi pemudi tiang negara.

Ringkas SMS gadis ini namun bermakna bagi saya.

PUISI: GURU OH GURU

Guru Oh Guru – Usman Awang

Berburu  ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .