Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label juvana. Show all posts
Showing posts with label juvana. Show all posts

Kenapa REMAJA Terlibat Dengan Dadah?

Kenapa REMAJA Terlibat Dengan Dadah?

 penyalahgunaan dadah terbukti memudaratkan manusia dan ditegah oleh Islam. - gambar hiasan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat menunaikan ibadah puasa, kepada semua Muslimin Muslimat. Mari kita ikuti Artikel, Kenapa Remaja terlibat dengan najis dadah.

Faktor remaja terjebak dalam najis dadah 

PENELITIAN kepada masyarakat dulu dan sekarang menunjukkan faktor-faktor yang menyebabkan penagihan dadah menjadi masalah utama. 


Walau bagaimanapun, peredaran masa telah membawa perubahan ciri-ciri pengguna dadah dulu berbanding dengan ciri-ciri penagih dadah kini.


Penagih dadah dahulu berasal daripada golongan sosio-ekonomi yang rendah, golongan berpendidikan rendah dan kebanyakan dadah yang digunakan adalah kategori bawah.

Ia seperti ganja, heroin, candu yang memberikan kesan penenang. Ramai di kalangan mereka menggunakan dadah sebagai jalan pelarian daripada masalah. 



Namun begitu, mulai tahun 2000, perubahan corak penyalahgunaan dadah semakin khusus kepada golongan muda dan tua, penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) lelaki dan perempuan, berpendidikan tinggi serta mempunyai pekerjaan tetap.


Pekerja sektor swasta juga tidak terkecuali. Bentuk dadah yang diambil termasuklah pil ekstasi, syabu, ganja, heroin dan lain-lain.

Tumpuan kawasan penagihan pula adalah di pantai, perladangan, perkilangan, pembinaan, institusi-institusi pendidikan dalam dan luar bandar kajian Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM 2008).


Pengguna dadah pada zaman kini adalah amat membimbangkan kerana ia melibatkan kalangan para pelajar dan remaja yang menggunakan dadah untuk lebih berfokus kepada alasan pelajaran.


Juga kerana tekanan untuk bersaing sesama mereka, tempat menggunakan dadah di apartmen mewah, disko dan pusat-pusat hiburan, penagih dadah berpenampilan kemas dan menyakinkan. 


Mereka menggunakan dadah untuk mendapat keberanian melakukan jenayah seperti meragut dan juga terlibat dalam samseng jalanan, atau menggunakan dadah sebagai alat bersosial seperti di majlis (sex-party).

Di sekolah, pelajar bermasalah dan selalu ponteng kadang-kadang mengubah trend dengan menghadirkan diri ke sekolah semata-mata untuk mencari pelanggan dengan mengedar kepada rakan-rakan di sekolah yang membawa wang saku untuk belanja di kantin dan mudah mendapat wang tunai.



(Sumber IPPBM 2008)


Pantau remaja bermasalah

Pantau remaja bermasalah

 Artikel ini seperti yang dilaporkan oleh wartawan Metro Ahad, Oleh MOHD AZAM SHAH YAACOB

MASALAH sosial di kalangan remaja serta pelajar sekolah yang melanda masyarakat di negara ini semakin membimbangkan apabila mereka bukan saja berani ponteng sekolah, membuli pelajar lain, peras ugut dan mencuri, malah turut melakukan jenayah lebih besar seperti merompak, penyalahgunaan dadah, merogol, mencederakan orang dan membunuh.

Biarpun statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan penurunan kes juvana yang diterima iaitu 3,484 kes pada 2010 berbanding 3,862 kes pada 2009, namun tindakan lebih berani remaja yang terbabit dalam kes jenayah sungguh membimbangkan.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, jenayah seperti merompak, bergaduh, kongsi gelap atau keganasan hingga mendatangkan kecederaan atau kematian dulu lazimnya dikaitkan dengan kumpulan orang dewasa, tetapi kini turut terkenal dilakukan remaja sekolah.
“Kita melihat kebarangkalian remaja sekolah melakukan jenayah lebih berat ini sangat tinggi dan membimbangkan.

“Mereka sanggup mencederakan mangsa tanpa memikirkan kesan perbuatan itu yang mungkin boleh menyebabkan kematian,” katanya.

Baca lagi...



Menurutnya, antara punca remaja pada masa kini berani melakukan keganasan dan jenayah berat ialah faktor keganasan yang ‘dipopularkan’ dalam industri hiburan, khususnya perfileman.

“Kita melihat dan menilai bahawa populariti keganasan yang ditonjolkan dalam filem atau drama antara faktor utama remaja melihatnya sebagai perkara hebat.

“Dalam kartun atau animasi juga sering memaparkan keganasan seperti pergaduhan dan apabila sejak kecil dipertontonkan dengan unsur ganas ini, pasti mereka terikut-ikut sebagai cara menyelesaikan masalah atau rasa tidak puas hati,” katanya.

Lee berkata, pihak berwajib termasuk kerajaan perlu lebih tegas dan peka dalam menangani masalah ini, selain perlu lebih konsisten dalam melakukan tapisan, terutama dalam tayangan filem mahupun drama.

“Bukan kita kata filem berkenaan tidak boleh, tetapi adegan di dalamnya perlu diberi perhatian dan ditapis.

“Bila drama atau filem ini memaparkan keganasan dilakukan oleh sesuatu watak khususnya seperti watak seorang hero, tidak mustahil remaja dan kanak-kanak melihatnya sebagai sesuatu yang hebat dan diagung-agungkan, sekali gus mencuba atau meniru watak berkenaan tanpa mengetahui kesan sebenar perbuatan mereka,” katanya.

Selain itu, menurut Lee, masalah dilakukan pelajar itu tidak dirujuk dengan mana-mana pihak, menyebabkan mereka (pelajar) berpendapat perbuatan mereka bukan isu atau masalah besar.

“Ini juga antara faktor mengapa remaja kini semakin berani. Apabila melakukan kesalahan, mereka hanya diberi amaran, dan jika membabitkan pergaduhan, ia dianggap kes terpencil dan disorokkan.

“Apabila ini berlaku dan tidak dirujuk kepada agensi berkaitan, kita khuatir pelajar ini akan menganggap perbuatan mereka sebagai kes ringan dan mengulanginya semula tanpa mengetahui ia boleh menimbulkan bahaya kepada mangsa,” katanya.

Beliau berkata, bagi menangani masalah salah laku pelajar daripada ‘merebak’ menjadi jenayah lebih berat, satu program khusus yang memantau pelajar berkenaan perlu diwujudkan.

Katanya, program itu perlu berkisar kepada program pemulihan, bimbingan dan kaunseling yang mendidik mereka supaya tidak menjalar kepada salah laku lebih berat.

“Kebanyakan program yang ada masa kini lebih kepada program pemulihan apabila seseorang pelajar itu benar-benar melakukan kesalahan atau jenayah berat.

“Sedangkan salah laku mereka sepatutnya disekat apabila mereka memulakan kesalahan kecil. Bila ini dilakukan, kita percaya indeks jenayah juvana membabitkan kes lebih besar dan berat akan menurun,” katanya.

Menurut Lee, bagi menjamin kes juvana berkurangan, ibu bapa, sekolah, pihak berkuasa dan masyarakat perlu memainkan peranan.

“Pada masa kini, kita melihat sukar mendapat kerjasama semua pihak bagi menangani masalah ini. Kebanyakan hanya menyerahkan tanggungjawab berkenaan pada sesuatu pihak seperti pihak berkuasa, sedangkan kes dilakukan pesalah juvana berlaku di depan mata masyarakat.

“Oleh itu, kita berharap apabila terlihat perbuatan salah laku pelajar itu di depan mata, ambil tindakan dengan menegur mereka, dan jika khuatirkan keselamatan, ambil gambar salah laku mereka dan laporkan pada pihak berkuasa.

“Ini sedikit sebanyak mampu menimbulkan perasaan takut di kalangan remaja untuk melakukan jenayah,” katanya.

 

Bimbing anak buat keputusan elak tertipu

Bimbing anak buat keputusan elak tertipu

Assalamu'alaikum w.b.t kepada pelayar muslim teratak ini & Selamat Sejahtera kepada semua pelayar teratak Dunia Cikgu Kaunseling ini. 

Entry ini dimuatkan di cikgubimbingan-kaunseling.blogspot.com sebagai rujukan dan medium pendidikan blog ini. Ia diambil dari Harian Metro,19 November 2010 .Semoga kita mendapat manfaatnya

SEMAKIN zaman bertambah moden, dianjurkan supaya ibu bapa mempertingkatkan prihatin dan 'cemburu' kepada anak mereka.

Penipuan dan penganiayaan mudah sekali berlaku ke atas anak dan jangan sesekali menyangka dia sudah berpelajaran tinggi, dia pandai membuat keputusan sendiri. Hakikatnya, tanpa bimbingan sesiapa saja mudah tertipu tanpa mengira kelulusan atau taraf hidup mereka.

Ketua Pengarah Pendidikan, Yayasan Takmir Pendidikan, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Mahyuddin Ashaari, berkata, Allah berfirman di dalam surah at-Tahrim ayat 6 yang bermaksud: "Hai orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu."

Ayat ini jelas menyatakan kepada kita tanggungjawab menjaga, memelihara, dan memastikan diri kita serta keluarga yang berada di bawah tanggungan kita terselamat daripada api neraka. Bukan sahaja menjaga daripada sudut ibadahnya sahaja, dalam soal memilih kerjaya serta mengenal pasti tempat dia bekerja, majikannya dan apa sahaja yang berkaitan menjadi tanggungjawab kepada kedua-dua ibu bapa.

Ia penting kerana kita tidak mahu anak kita terbabit dengan pekerjaan yang bukan sahaja menheret mereka ke jurang api neraka seperti rasuah, perjudian dan seumpamanya malah pekerjaan yang boleh mendatangkan mudarat kepada mereka.  Seperti yang disebutkan Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud: "Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan."

Kata Mahyuddin, menjadi kewajipan ibu bapa dalam mengenal pasti minat dan kerjaya pilihan anak mereka, supaya pilihan dan minat mereka seiring atau sejajar dengan kehendak syariat. "Jangan dipandang sudut imbuhan gajinya sahaja, tapi apa yang paling penting sama ada ia menepati kehendak syariat dan tidak mendatangkan mudarat kepada mereka," katanya.


Ada yang mendakwa terkena pukau dan melakukan pengedaran atau membawa dadah itu tanpa disedari. Adakah ibu bapa perlu sentiasa memastikan anak ada mengamalkan ayat pendinding? "Faktor terkena pukau mungkin ada kebenarannya tetapi mungkin juga tidak.

Ganjaran yang lumayan boleh menjadikan seseorang itu gelap mata dan tidak berfikir panjang dalam membuat sebarang keputusan.

"Saya juga tidak menafikan kes jenayah hari ini ada menggunakan sihir dalam merealisasikan usaha jahat mereka."

"Oleh itu Allah menyuruh kita untuk sentiasa meminta perlindungan dari-Nya seperti yang dinyatakan di dalam surah al-Falaq ayat 4 yang bermaksud: "Dan daripada kejahatan wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul."

Kata Mahyuddin, menjadi tanggungjawab ibu bapa dalam memastikan anak mereka mendirikan solat sejak berumur tujuh tahun lagi.

Ini kerana Allah ada menjelaskan di dalam Quran surah al-Ankabut ayat 45 yang bermaksud: "Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar."

"Harapannya dengan solat yang didirikan itu bukan sahaja sebagai suatu kewajipan malah ia juga dapat menjauhi segala perkara atau pekerjaan keji yang boleh mendatangkan mudarat. Selain itu, latih anak sentiasa mengamalkan membaca ayat Qursi, al-Baqarah, tiga Qul serta mengamalkan zikir tertentu yang menjadi amalan Rasulullah dalam menghindarkan diri daripada gangguan sihir seperti yang terkandung di dalam himpunan zikir al-Mathurat," katanya yang juga menegaskan ibu bapa jangan sesekali lewa.

Menurutnya, masyarakat harus ingat kehidupan sekarang di zaman fitnah iaitu zaman yang penuh dengan tipu daya. Maka ibu bapa perlu ada sifat cemburu dengan anak-anak. Tidak wajar sama sekali apabila soal mencari pekerjaan diserahkan bulat-bulat kepada mereka, asalkan gajinya lumayan ibu bapa pun tidak bertanya pekerjaannya. Ibu bapa seharusnya masuk campur dalam urusan memilih pekerjaan anak-anak supaya mereka tidak tersalah pilih.

"Tugas ibu bapa tidak berhenti setakat anak sudah mendapat pekerjaan tetapi harus dipantau dari semasa ke semasa, maklum darah muda, kena ada yang membimbing dan menegur mereka.

"Kita tidak boleh bergantung sepenuhnya dalam memantau perihal anak-anak kita pada orang lain dan mengharapkan anak-anak faham sendiri. Tanggungjawab dalam memberi peringatan tertanggung di bahu ibu bapa.

"Seandainya hendak keluar negara kita harus mengenalpasti tujuan sebenar, pihak yang mahu berurusan dan jika mendapat tawaran kerja, pastikan agensi yang menawarkan kerja itu adalah agensi yang berdaftar dengan kerajaan.

"Banyak kes yang terjadi tujuannya tidak jelas dan orang yang berurusan itu pun tidak betul-betul dikenali, tetapi oleh kerana menjanjikan pulangan lumayan semua itu tidak dipedulikan, akhirnya mudarat yang menanti. "Jadi nasihat saya pada ibu bapa kenal pasti kerjaya pilihan anak dan buat anak-anak, jangan mengetepikan ibu bapa dalam membuat sebarang keputusan.

"Komunikasi antara ibu bapa dan anak-anak adalah penting, supaya tidak ada sebarang perkara yang disorokkan oleh anak-anak kita.

"Sentiasa bermusyawarah bersama anak-anak dan itupun dituntut dalam agama kita," katanya.

 

Adik Hamil Luar Nikah Dilema Abang

Sesi Kaunseling Akhbar: Adik Hamil Luar Nikah


Entry ini saya ambil daripada Sesi Kaunseling Remaja bersama Dr Sapora Sipon. Ruangan ini merupakan sesi kaunseling bertulis antara remaja dan Kaunselor Dr Sapora Sipon akhbar Harian Metro, klik sini.


SAYA masih belum berkahwin dan kakak berusia 26 tahun. Kehidupan keluarga saya sempurna dari segi didikan serta kerjaya membanggakan.

Baru-baru ini, saya dikejutkan dengan berita adik mengandung anak luar nikah. Ia memberikan tamparan hebat kerana tidak menyangka perkara itu boleh berlaku. Sebagai kakak, tentunya saya rasa bertanggungjawab terhadap kejadian itu.
Saya bersama dua lagi kakak bercadang merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan emak dan ayah kerana mereka sangat beremosi. Kami khuatir berlaku perkara buruk jika mereka tahu.

Kami juga bertindak demikian kerana bimbang saudara-mara serta jiran mengetahui perkara itu, selain mengelakkan aib pada emak dan ayah.

Buat masa ini, adik saya tinggal bersama kakak kedua bagi memudahkan proses bersalin. Saya sebenarnya tidak mampu melelapkan mata serta melakukan kerja dengan sempurna kerana risau ibu bapa pasti mengetahui perkara itu. Apakah yang kami lakukan ini wajar atau sepatutnya dilakukan? Bagaimana saya boleh membimbing adik supaya berubah serta menjadi insan berguna?
Han,
Pahang

HAN, hidup ini memang banyak dugaan. Daripada sebuah keluarga sempurna serta mempunyai kerjaya sempurna, tiba-tiba hidup diduga dengan berita mengejutkan iaitu kehamilan luar nikah adik kandung. Peristiwa itu tentu sekali mengganggu perjalanan kehidupan keluarga Han yang selama ini selesa.

Apa yang berlaku dalam keluarga Han boleh berlaku juga kepada keluarga lain. Masalah sosial tidak terbatas kepada keluarga yang bermasalah saja. Ia boleh berlaku kepada keluarga yang berantakan, berkonflik atau bahagia. Kebanyakan ibu bapa berusaha sedaya upaya mendidik anak menjadi insan berguna. Namun, hasilnya tidak seperti diinginkan kerana masih lagi terbabit dengan gejala sosial. Mengandung anak luar nikah berpunca daripada pelbagai faktor. Antaranya terbabit dengan seks bebas, tertipu dan tanpa kerelaan hati. Bagaimanapun, masalah mengandung anak luar nikah perlu ditangani dengan berhati-hati kerana kita tidak mahu kejadian membuang bayi tiada kesudahannya. Apabila anak menimbulkan masalah, keluarga tidak boleh berputus asa. Oleh itu, Dr amat berterima kasih kerana Han mempunyai sifat tanggungjawab dan pada masa sama, memahami ingin merahsiakan kehamilan daripada pengetahuan emak serta ayah kerana tidak mahu melukakan hati mereka.


Saat-saat sukar itu perlu dilalui dengan penuh kesabaran. Setiap ahli keluarga harus saling menyokong dan mencari jalan penyelesaian.


Memang sukar untuk berhadapan dengan situasi yang menimbulkan aib kepada keluarga. Perasaan malu kerana takut pelbagai persepsi negatif daripada jiran dan kawan-kawan. Perasaan berkenaan adalah lumrah. Bagi mengelakkannya, jangan mengabai dan mengetepikan masalah utama. Bantu menangani masalah adik mengenai kehamilan anak luar nikahnya dengan rasional.


Keputusan tidak mahu memberitahu emak dan ayah mengenai kehamilan itu wajar atau tidak bergantung kepada keutamaan penyelesaian masalah. Apakah isu yang lebih penting perlu diselesaikan terlebih dulu? Adakah Han lebih memikirkan malu atau aib kepada jiran atau lebih kepada ingin menjaga perasaan ibu bapa? Bagaimana pula dengan usaha untuk membantu adik yang hamil?. Dalam konteks mencari jalan penyelesaian utama, berbincanglah dengan adik dan kakak yang lain. Cari penyelesaian yang tidak merugikan kerana adik yang sedang hamil mengalami saat traumatik hidup. Ketika ini, dia amat memerlukan bantuan dan sokongan, terutama sekali ahli keluarga. Seeloknya setiap ahli keluarga hadir menghulurkan simpati dan bantuan serta menunjuk jalan supaya tidak terus sesat.


Justeru, Han perlu membimbing adik untuk menjadi seorang insan yang berguna. Jika disisih dan dihukum, hidup adik pasti terus terumbang-ambing. Menyisihkan tentunya lebih melukakan.


Bincang dengan kakak cara terbaik untuk memberitahu orang tua anda supaya tidak menjadi terlalu emosional apabila menerima berita kehamilan luar nikah itu. Pada masa sama, buat perancangan teliti untuk membantu adik. Cari jalan supaya kejadian itu tidak menjadi berita sensasi jiran. Jangan menafikan hak adik untuk dibantu. Perancangan teliti penting kerana masalah itu turut membabitkan kehadiran seorang anak yang tidak berdosa (anak adik).


Merahsiakan perkara itu mungkin menyelesaikan masalah pada waktu sekarang. Namun, ia bukan penyelesaian sebenar. Lantaran ia realiti sebuah keluarga yang benar-benar wujud. Tanpa mengira keluarga bahagia atau sebaliknya. Memang tidak ada jalan mudah kepada penyelesaian masalah yang Han hadapi.

Mungkin berlaku insiden saling salah-menyalahkan dan menimbulkan perasaan marah daripada setiap individu yang terbabit. Ia perkara normal. Bersedialah untuk menghadapi perkara itu selain mencari jalan keluar terbaik kepada penyelesaian masalah. Ia antara jawapan kepada jalan keluar kepada konflik yang Han dan adik alami. Dr doakan yang terbaik untuk Han, adik dan keluarga.

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .