Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label Usah Sedih. Show all posts
Showing posts with label Usah Sedih. Show all posts

Mutiara Kata Bila Orang Cemburu USAH BERSEDIH

Mutiara Kata Bila Orang Cemburu USAH BERSEDIH 



Mutiara Kata Bila Orang Cemburu USAH BERSEDIH 



1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yg mempunyai talian kekeluargaan dgn kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf as, yg dikhianati oleh saudara2nya...

 2. Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yg kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim as, yang mana ayahandanya sendiri membuat berhala,


Wanita dan lelaki saling melengkapi

Wanita dan lelaki saling melengkapi

 



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ketika ini, musim cuti sekolah telah pun berlalu dan bakal tiba tidak lama lagi. Antara perkara yang sinonim dengan cuti sekolah ialah majlis kenduri perkahwinan. Acapkali juga menerima kad jemputan kahwin yang tertulis dengan pelbagai madah..

Sebuah karya yang sesuai untuk semua.. bagi yang bujang,boleh mengambil Iktibar.. bagi yang belum dan bakal berkeluarga, boleh belajar, bagi yang berkeluarga, perlu belajar.

Untuk suami.. renungkanlah...Untuk suami.. renungkanlah...

...Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia.Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah tidaklah setaqwa Aisyah pun tidak setabah Fatimah Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya Cita-cita menjadi solehah... Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama. Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya

Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya Isteri adalah murid kamu mursyidnya Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yg bengkok berhatilah meluruskannya..

Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana. Justeru kamu akan tersentak dari alpa Kamu bukanlah Rasulullah saw?......

Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah

Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin.

Untuk isteri renungkanlah...

Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw?.. Tidaklah setaqwa Ibrahim Pun tidak setabah Ayyub atau pun Segagah Musa.. apalagi setampan Yusuf.

Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang Punya Cita cita membangun keturunan yang soleh...

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama Suami menjadi pelindung kamu penghuninya Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya. Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya..

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt. Kerana memiliki suami yang tak segagah mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa. Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga, Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara.

Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah.. amin... Justeru itu wahai para suami dan isteri. Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya.

Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah.

Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha.

Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman.

DAN

Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar.




Jangan Sedih Apabila Ada Yang Dengki

Jangan Sedih Apabila Ada Yang Dengki




Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

"Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah manusia. Jika jahat daging itu jahatlah manusia. Ketahuilah, itulah hati." (Riwayat Bukhari dan Muslim)


HATI OH HATI
Hati boleh baik dan jahat.

Rasa senang apabila ia dipuji.

Rasa menderita apabila di keji.

Rasa riak dan megah apabila mendapat kelebihan dan kejayaan.

Rasa ujub (hairankan diri) apabila mempunyai kemampuan.

Rasa rendah diri (inferiority complex) apabila ia mempunyai kekurangan.

Rasa sombong dan angkuh apabila berkuasa atau ada ilmu atau ada kekayaan atau ada kekayaan.

Rasa dendam apabila terasanya penganiayaan.

Rasa tidak senang (hasad) apabila tengok orang lain lebih.
Simpati dengan orang susah,

Emphati dengan insan yang bermasalah,


Sering berkeluh kesah apabila dapat susah,

Rasa terhutang budi dan ucapan terima kasih serta penghargaan
pada yang sudi Menghulurkan bantuan,

Rasa gerun apabila berhadapan
dengan perkara yang menakutkan.


SEDIH APABILA ORANG DENGKI

Jangan terlalu bersedih kalau kita melakukan kebaikan sedangkan dalam masa yang sama, ada yang menentang. malah ditohmah dan difitnah.

Jangan bersedih andai usaha kita dipandang sepi dan dengki manusia yang apabila ia hasad dengki.

Kritikan pedih, tohmahan dan tidak dipandang sewaktu melakukan kebaikan, tidak mengapa, usah bersedih. Anggaplah dengki manusia lain itu sebagai salah satu ujian hidup.

Kita kembali kepada Allah SWT, dalam tujuanNya menurunkan cabaran dan kesukaran.

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.” Surah Al-Ankabut ayat 2-3.

Nyata, tujuan ujian hakikatnya adalah ‘tapisan’. Dunia bukan pentas penerimaan hadiah di mana kita mendapat natijah. Tetapi dunia hakikatnya adalah pentas pertandingan, untuk menguji ‘peserta-peserta’ di dalamnya. Pentas penerimaan hadiah adalah di akhirat sana.

Dan ujian bukan semata-mata ‘tapisan’, tetapi ujian juga datang sebagai ‘pembalasan’ ataupun ‘pembersihan’ ataupun ‘peringatan’.

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” Surah Ar-Ruum ayat 41.

Jadi, ayat di atas jelas menunjukkan betapa kadangkala bala yang menimpa itu, hakikatnya adalah akibat daripada perbuatan kita. Ini termasuklah dosa-dosa yang kita lakukan.

Ada sebahagian manusia itu, Allah hapuskan terus bila diturunkan bala ke atas mereka. Sebagai contoh, Kaum Nuh yang majoritinya tenggelam lemas dalam banjir besar. Tetapi wujud sebahagian yang lain, Allah hidupkan selepas menerima ujian, ataupun ujian itu diciptakan memang untuk tidak menghilangkan nyawanya, bertujuan memberikannya ‘tamparan peringatan’ akan keadaan dirinya.

Ujian juga, hakikatnya adalah satu bentuk ‘panggilan’ Allah SWT, agar hamba-hambaNya yang selama ini alpa, merapat kepadaNya. Lihatlah firman Allah SWT:

“Dan apabila mereka dirempuh serta diliputi oleh ombak yang besar seperti kelompok-kelompok awan menyerkup, pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata. Kemudian bila sahaja Allah menyelamatkan mereka ke darat maka sebahagian sahaja di antara mereka yang bersikap adil (lalu bersyukur kepada Allah serta mengesakanNya). Dan sememangnya tiada yang mengingkari bukti-bukti kemurahan Kami melainkan tiap-tiap orang yang bersifat pemungkir janji, lagi amat tidak mengenang budi.” Surah Luqman ayat 32.

Jelas bukan? Ujian daripada Allah itu, nyata bukan kosong. Tetapi ada tujuannya. Mustahil sia-sia.

SurahAl Falaq; di mana dalam Surah ini, Allah menyuruh kita berlindung dengan Allah SWT

bilamana berhadapan dengan orang yang dengki apabila ia dengki....

Semoga Allah subhanallaahu wa ta'ala, 'azza wa jalla  senantiasa menjaga kita dari sifat hasad dan di lindungi dari godaan iblis yang di laknat Allah subhanallaahu wa ta'ala, 'azza wa jalla.

Allah subhanallaahu wa ta'ala, 'azza wa jalla  telah membimbing kita bagaimana supaya kita senantiasa menjaga diri dari sifat hasad ( iri & dengki ) dan kita senantiasa berdoa mohon perlindungan ,di dalam S Al Falaq yang artinya :


1. Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai subuh,



2. dari kejahatan makhluk-Nya,



3. dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita


4.   dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul

5.     dan dari kejahatan pendengki bila ia dengki."

Apabila kita merasa bahwa kita sedang hasad ( iri & dengki ) atau mempunyai sifat hasad kepada orang lain, tips berikut Insya Allah bermanfaat :

Terdapat 10 perkara yang boleh mengubati hati yang mempunyai hasad dengki. Perkar tersebut adalah seperti berikut :

1. Ilmu yang bermanfaat

Kerana hakikat ilmu yang bermanfaat akan mencegah pelakunya dari mewujudkan hasad dengki. Dia akan menyadari bahwa hasad dengki hanya akan membahayakan dunia dan agamanya. Bahaya bagi agamanya kerana dengan hasad dengki dia akan menentang takdir Allah. Bahaya bagi dunianya, kerana hati orang yang hasad dengki akan merasa pedih dan sakit apabila melihat orang yang dia dengki mendapat nikmat. Carilah ilmu yang bermanfaat yang menerangi jalan kehidupan yang akan mencegah dari kesalahan. Kemudian amalkanlah.

Firman Allah S.W.T. maksudnya :

“ Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah kami berikan kepadanya ayat-ayat kami (Pengetahuan tentang isi al-Kitab), kemudian dia melepaskan diri dari pada ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh setan (sampai dia tergoda). Maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat. Dan kalau kami menghendaki, sesungguhnya kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan memperturutkan hawa nafsunya yang rendah. (Surah al-A’raf ayat 175-176)

2.Bertaubat kepada Allah S.W.T.

Bertaubat kepada Allah S.W.T. boleh menghapuskan dosa seseorang. Taubat nasuha dan menyesali akan dosa kerana hasad dengkinya, meninggalkan dan bertekat untuk tidak mengulanginya kembali di masa akan datang. Apabila penyakit ini datang ia bersegeralah minta ampun kepada Allah S.W.T. semoga Dia mengampunkan dosa-dosanya.

3. Berfikir positif dan merenungi akibat keburukan hasad dengki.

Apabila kita memikirkan bahawa betapa besarnya dosa hasad dengki ini dan balasan yang dahsyat akan diberikan oleh Allah S.W.T kepada sesiapa yang berhasad dengki ketika di dunia, maka perasaan ini boleh menjadi motivasi untuk dijauhi penyakit ini.

4. Menerima takdir Allah S.W.T. dengan lapang dada.

Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya :

“Terimalah apa yang Allah berikan padamu, nescaya engkau menjadi manusia yang paling kaya."

Imam Ibnu Sirin mengatakan : “ Aku tidak pernah hasad kepada seorangpun dalam urusan dunia, kerana apabila ia ahli syurga, bagaimana mungkin aku hasad padanya dalam urusan dunia yang itu tidak ada nilainya di syurga nanti. Apabila ia termasuk ahli neraka , maka bagaimana mungkin pula aku hasad padanya dalam urusan dunia sedangkan dia akan masuk neraka?

5. Doakan saudara kita.

Apabila hati kita dijangkiti hasad dengki, maka doakanlah kebaikan pada orang yang kita dengki semoga ia dirahmati Allah, kerana doa akan menimbulkan keajaiban, merubah keadaan yang buruk menjadi baik. Pertanda bahwa diri kita tidak ada hasad dengki dan tidak ada tujuan kecuali kebaikan bagi saudara kita.

6. Mencinati saudara sesama muslim semata-mata kerana Allah.

Cintailah saudara kita kerana Allah, mulakan dengan menyanyakan kabar kepada dirinya, agar hasad dengki dalam jiwa kita hilang dan orang yang kita ingin berhasad dengki menjadi orang yang kita berbaik dengannya. Kerana apabila seorang sudah menjadi sahabat kita maka mudah untuk kita mencintainya, dengan ini perasaan hasad dengki akan berkurang dan hilang.

Cubalah, berkemungkinan cara ini agak sukar akan tetapi mujarab. Ingatlah selalu firman Allah yang berbunyi :

“Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia.”

7. Menziarahi saudara sesama muslim.

Menziarahi seorang muslim terhadap saudaranya boleh melahirkan kasih sayang.

Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya :

“ Barang siapa yang menjenguk orang sakit, atau mengunjungi saudaranya kerana Allah, maka dia akan dipanggil dari atas langit : Semoga engkau menjadi baik, baik pula perjalananmu dan engkau meraih kedudukan di syurga.”

8. Jangan diam dari kemungkaran.

Apabila di dalam satu majlis, jika ada saudara kita yang menceritakan mengenai keburukan saudara kita yang lain kerana perasaan hasad dengki maka kita perlu bela dan tidak boleh berdiam diri. Beritahu pada orang yang mempunyai hasad dengki itu supaya menyedari akan perbuatannya itu adalah berdosa semoga dengan tindakkan kita ini boleh menghilangkan perbuatan hasad dengki tersebut.

9.Mengutamakan orang lain.

Apabila kita mengetahui ada seseorang yang berhasad dengki dengan kita, dan kita berjumpa disatu majlis maka kita perlu mulakan dahulu dengan memberi salam dan menyanyakan khabar beritanya, supaya dengan sikap kita yang berbaik-baik dengannya boleh mengurangkan perasaan tersebut yang ada pada dirinya.

10.Minta nasihat daripadanya.

Secara hikmahnya kita cuba minta nasihat daripada orang yang suka berhasad dengki dengan kita supaya dengan sikap kita yang berbaik-baik dengannya akan menghilagkan perasaan tersebut .

Ibnu Abbas r.a berkata : “Tiga perkara yang aku tidak dapat membalasnya kecuali doa : 1. Seorang yang masuk menemuiku dalam suatu majlis, dia berdiri dengan senyum dan gembira. 2. Seorang yang memberi kelapangan kepadaku dalam majlis. dan 3. Seorang yang tertimpa masalah, kemudian dia minta pendapatku. Mereka adalah orang-orang yang aku tidak dapat membalas kebaikannya kecuali dengan doa.”

USAH SEDIH, TERUSKAN USAHA

Bilamana kebaikan kita lakukan sedangkan dalam masa yang sama dihalang dan berhadapan dengan orang yang dengki, bersabarlah kerana ganjaran pahala di sisi Allah sangat tinggi.

Puisi oleh Dr Aidh Al Qorni

Bersungguh-sungguhlah mengumpulkan kebaikan.

Berusahalah

teruskanlah

tinggalkanlah

kritikan orang-orang yang dengki

ketahuilah

hidup kita ini adalah masa untuk kita beramal

Bila kita mati

hasad dengki

takkan beri

kesan...

kerna di yamumul Mashar nanti

pasti

semua kan dihakimi.



Janganlah kerana kesedihan dek hasad dengki

kita berhenti

dari

melakukan kebaikan.
Demikianlah sedikit pembahasan masalah hasad dengki. Kita berlindung kepada Allah S.W.T. agar terhindar dari keburukan sifat hasad dengki sesama muslim.

Biarkan Cinta Berkata Tidak

Biarkan Cinta Berkata Tidak (bahagian 1)



 Lanjutan dari entry coretan saya sebelum ini, Usah Menangis ia Bukan Milikmu, klik sini, jom kita hayati pula coretan ustaz Pahrol...




Kerap diungkapkan, cinta itu buta?Apakah benar cinta itu buta? Apakah cinta orang beriman juga buta? Kalau buta yang dimaksudkan itu tidak mampu lagi melihat mana yang hak, yang mana batil, tentulah cinta orang yang beriman tidak buta.

Tidak! Cinta yang suci tidak buta. Orang beriman tetap celik walaupun sedang dilamun bercinta. Mereka masih tahu dan mampu melihat serta menilai yang mana baik, yang mana buruk, yang mana halal, yang mana haram sewaktu bercinta.

Namun sekiranya buta yang dimaksudkan tidak nampak lagi segala kesusahan demi mendekatkan diri kepada yang dicintainya (Allah)… ya, cinta orang beriman memang buta. Orang yang beriman tidak nampak lagi ranjau duri untuk mendekatkan diri kepada Ilahi.

Pernah Sayidina Abu Bakar ra pernah berkata kepada anaknya, “jika aku menemui mu dalam perang Badar dahulu, aku sedikit pun tidak teragak-agak untuk membunuh mu!” Mus’ab bin Umair pula pernah berkata kepada ibunya, “jika ibu punya 100 nyawa dan nyawa itu keluar satu persatu, saya tidak akan meninggalkan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad.”

Ya, cinta orang beriman itu buta. Tetapi bukan buta melulu. Yang buta melulu hanyalah cinta orang yang lemah iman. Cinta itu telah dikotori oleh kehendak nafsu dan bujukan syaitan. Apa sahaja yang disuruh oleh nafsu dan dihasut oleh syaitan akan diikuti. Cinta buta oleh orang yang buta mata hatinya sanggup mengorbankan maruah, harga diri malah membunuh demi cintanya. Memang benar kata pepatah Arab, seseorang itu menjadi hamba kepada “apa” atau “siapa” yang dicintainya.

Kalau sudah cinta, kita jadi “buta” terhadap penderitaan, kesusahan dan segala keperitan demi menyukakan hati orang yang kita cintai. Oleh itu bertuah sekali jika orang atau apa yang kita cintai itu adalah orang yang baik atau sesuatu yang baik, maka kita akan menjadi hamba kepada orang yang baik dan kebaikan.

Sebaliknya, jika yang kita cintai adalah kejahatan atau orang yang jahat… kita akan diperhambai sentiasa kepada kejahatan. Firaun mati lemas kerana diperhamba kuasa. Manakala Qarun ditelan bumi akibat diperhamba harta. Dan berapa ramai negarawan, hartawan dan bangsawan yang kecundang kerana cintakan wanita? Orang mukmin itu sangat cinta kepada Allah. Firman Allah: “Orang mukmin itu sangat bersangatan cintanya kepada Allah.” Al Baqarah 165.

Justeru, cinta orang mukmin itu “buta” kepada sebarang kesusahan demi menunaikan perintah Allah. Orang mukmin rela mengorbankan segala kesukaan atau kesenangan dirinya apabila semua itu melanggar perintah Allah. Tidak ada istilah tidak apabila berdepan dengan perintah Allah. Mereka akan berpegang kepada prinsip “kami dengar, kami taat” setiap kali mereka mendengar ayat-ayat cinta (Al Quran) yang datang daripada Allah.


Apabila berdepan dengan cinta Allah, segala cinta yang lain akan menjadi kecil dan terpinggir. Bayangkan kecintaan Rasulullah saw terhadap bapa saudaranya Abu Talib – orang yang membela dan melindunginya semasa susah dan senang. Bukan sahaja tubuh badan Rasulullah saw dipertahankan oleh Abu Talib tetapi beliau juga telah memberi kasih-sayang, perhatian, simpati dan empati yang tidak berbelah bagi kepada Nabi Muhammad saw.

Ya, Nabi Muhammad s.a.w dan Abu Talib saling cinta mencintai. Bayangkan hingga ke saat-saat kematian Abu Talib, nabi Muhammad saw terus berdakwah, merayu dan membujuk agar bapa saudaranya itu beriman. Tetapi Subhanallah! Allah Maha Tahu dan Maha Berkuasa terhadap petunjuk dan hati para hamba-Nya. Hidayah milik Allah. Dan hidayah itu tidak diberikan-Nya kepada Abu Talib atas sebab-sebab yang hanya DIA yang mengetahuinya. Lalu matilah Abu Talib dalam keadaan tidak beriman…
Betapa sedihnya hati Rasulullah saw tidak dapat digambarkan lagi oleh kata-kata. Dan pada hari kematian Abu Talib, bersimpuhlah baginda dalam doa demi keselamatan ayah saudaranya yang telah pergi. 

Namun apa jawapan Allah? Allah menegur dan melarang baginda daripada berdoa untuk keselamatan Abu Talib. Kerana apa? Kerana Abu Talib tidak beriman. Walaupun Allah Maha mengetahui betapa cintanya Rasulullah saw… tetapi Allah mendidik hati seorang Nabi agar berkata tidak walaupun ketika hati terlalu cinta!

Begitulah jua jalur cinta yang luar biasa oleh insan-insan luar biasa sebelum diutuskan Nabi Muhammad saw. Bagaimana Nabi Nuh as, dididik oleh Allah agar berkata “tidak” ketika teringat dan merasa kasihan kepada anak dan isterinya yang derhaka. Menyusul kemudiannya Nabi Luth as yang diperintahkan meninggalkan keluarga yang tercinta tanpa boleh menoleh lagi ke belakang.

Menyusul lagi kemudiannya Nabi Ibrahim as yang pada mulanya rela berpisah dengan bapanya yang menyembah berhala, dan selepas itu rela pula menyembelih anaknya Nabi Ismail demi cintanya kepada Allah. Nabi Nuh, Luth, Ibrahim dan akhirnya Nabi Muhammad s.a.w telah berkata “tidak” kepada cinta-cinta yang lain kerana cinta mereka pada Allah. Lalu di manakah letaknya cinta kita?

bersambung...
diadaptasi dari sini,

Usah Menangis Ia bukan Milikmu

Usah Menangis, Ia Bukan Milikmu
http://cikgubimbingan-kaunseling.blogspot.com/ 


sumber gambar dari internet.

Assalamualaikum buat pelayar Muslim teratak ini. Alhamdulillah hari ini dapat lagi kita bertemu di alam maya ini, tanpa suara tanpa wajah. Semoga kehadiran kita di alam maya ini mendapat keredhaan Allah.
Pada malam yang dingin ini, ketika kutelusuri hatimu dik, ketika singgah di teratak mayamu, tergambar betapa walangnya jiwamu. Betapa luluhnya jiwamu. Maaf kali ini kubicara tentang cinta. 

Hujan dan Pelangi
Adikku, biarkanlah hujan ini turun ke bumi. Bukankah titisan air hujan itu bisa menghilangkan kemarau panjang?

Ya, mungkin katamu. Hujan itu  jua membawa bencana. Bah besar bisa sahaja terjadi.  Membawa bersama segala isi yang merintanginya.

Namun bukankah selepas hujan teduh, pelangi nan indah kan muncul dik?
Ingat tak, pertanyaanmu, di beranda rumah sewa kita di sebuah bandaraya.. semasa kita kecil dahulu?
“Itu apa kak?”
Pelangi dik.
Cantinya pelangi tu,kan.
Begitulah ciptaan Allah dik. Semua indah belaka.
Tapi kenapa kita tak boleh tengok selalu pelangi tu kak? Kita nak tengok hari-hari lah.
Pelangi ini istimewa dik. Hanya muncul selepas hujan menyirami bumi.
Oh begitukah,kak?
Ya dik. Itulah rahmat Allah buat kita semua.
Lalu kau tersenyum puas.
“kalau begitu,hari-hari hujan kan best, kan kak?”
“Eh,mana boleh macam tu pula. Aturan Allah pada alam ini pasti ada hikmahnya. “
Adikku, itu kisah 2 dekad dahulu. Kini dirimu sudah tumbuh dewasa. Tahniah adikku atas ketabahanmu meniti onak duri alam remajamu.
Namun kali ini apabila mentap bait-bait kata-katamu, diri ini berasa turut tersentuh. Remuk redam hatimu itu nampaknya terlalu dalam, adikku.
Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai harapan. Akhirnya angan ini lelah berandai-andai ria. Sungguh semua itu telah menghadirkan resah  yang begitu menggelora dalam jiwa.
Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki kita  menuju majlis-majlis ilmu yang akan memberikan ketenteraman pada jiwa.
Masih ada kekuatan untuk melangsaikan tanggungjawab kita pada Yang Maha Esa. Masih ada kekuatan untuk mengharungi belantara kehidupan ini dengan ketajaman akal dan kedalaman rasa hati.
Hidup ini ibarat belantara.Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan.
Tetapi tidak setiap yang kita inginkan bisa terbukti, tidak setiap yang kita mahu akan tercapai. Dan tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi.
Betapa ramai orang yang berjaya tetapi lupa bahawa asasnya  itu semua pemberian Allah. Lupanya dia hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenang.
Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan pertimbangan sewajarnya. Padahal dimensi tauhid,  dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita.
Apa yang memang menjadi ketentuan  kita di dunia,  dalam apa sahaja bentuknya. Samada rezaki, jawatan,  dan kedudukan pasti akan Allah sampaikan.
Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan kita bisa miliki, meski ia nyaris menghampiri kita, meski kita  mengusahakannya dengan semaksimum mungkin. (Kata-kata ini jua merupakan Ingatan untuk diri akak juga, wahai adikku)
“Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakanya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (QS Al-Hadid ;22-23)
Di sini adikku, kakakmu ingin menyelitkan sedikit madah hikmah pujangga. Penulis madah secara naratif begini tidak diketahui. Namun moga ada pahala untuknya…
BiLa EngKau MemAndanG SeGalAnyA daRi TuhAnMu…
YanG MenCiPTaKan SegaLaNya…
YaNg MenimPakaN UjiAn…
YanG MenJadiKan SaKit HatImu.
. YanG MemBuaTkan KeiNginaNMu TerHaLang…
SeRta MenYusaHkan HiDupMu…
PasTi AkaN DamaILah HatImu kerAna…
MasaKan ALLAH SenGaja MenTakDirKan SesUatu UntUk seSuaTu YanG Sia2…
BuKan ALLAH TidAk Tahu DerItanyA HipduPmu,
RetAknYa HatiMu… TapI muNgKiN ItULah Yang DIA MahU… KeRana.. DIA TahU Hati YanG SebeGiNiLah YanG SeLalUnyA LebIh LunaK DaN MuDah UnTUk DeKat DaN AkRab DenGanNYA...
Soal Hati

Demikian juga halnya soal hati dan kasih sayang.
Adikku ingatkan pada ombak yang menghempas pantai saat kanak-kanak kita. Ketika kau sibuk menerbangkan layang-layang, dan ketika kakakmu ini sedang membina istana pasir, datang sang ombak menghempas pantai. 
Robohlah sebahagian istana pasir itu. Lalu terpinga-pinga dirimu.
Layang-layang di genggamanmu lepas dari genggaman. Kau biarkan layang-layang itu melayang sendiri dibawa angin. Kau menerpa ke robohan istana pasir.
“Ke mana istana menghilang, kak?”
“Sudah roboh dipukul ombak,dik”
“Terus berubah begini,kak?”
“Ya, dik. Sekali ombak memukul, sekali pantai berubah. Lagikan hati manusia”.
Kau terpinga-pinga,”Apa maksud hati manusia dan pantai kak?”
“Nanti bila adik dewasa pasti adik kan tahu,”jawabku.
Kini kau sudah dewasa dik. Ingatlah metafora itu, dik.
Ingat tak kata-kata ini,”Barang yang lepas usah dikenang?”

Jadi, usahlah lagi mengharap pada yang tidak sudi. Jika si dia telah mencampakkanmu jauh-jauh dari kamus hidupmu, maka usahlah lagi tenggelam dalam memori indah bersamanya.


Soal cintamu itu pasti jua berkait soal kejodohan. Meski mungkin dirimu masih jauh untuk memikirkannya.

Berbaliklah kita kepada aturan Allah. Dalam apa sahaja hidup ini, bukan sahaja soal kejodohan, biarlah kita memohon petunjuk Allah dik. Memohon dengan penuh adab dan tanpa paksaan.

Solat Istikharah menurut pandangan Dr Sapora Sipon, adik boleh klik di sini. Jawan Dr Sapora Sipon kepada salah seorang kliennya di akhbar tentang Sukar membuat Pilihan. 

Juga boleh cari di blog ini pada tajuk Meneladani Solat Sunnat Rasulullah: Solat Istikara.

Mungkin sahaja kita merasakan dia terbaik untuk kita, tapi perencanaan Allah lebih baik untuk kita.

Mungkin sahaja peristiwa ini sebagai suatu iktibar dirimu pada amsa hadapan. Anggaplah ianya suatu teguran Allah paling halus di nubari kita. Teguran Allah tanda Allah sayangkan hambaNya.
Maka wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah :

“…. Boleh jadi kalian membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian.Allah Maha mengetahui kalian tidak mengetahui.”
 (QS. Al-Baqarah 216)

Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berkepanjangan terhadap apa-apa yang luput darimu.

Setelah ini harus benar-benar difikirkan bahawa apa-apa yang kita rasa perlu di dunia ini harus benar-benar perlu bila ada relevannya dengan harapan kita akan bahagia di akhirat. Sesungguhnya seorang mukmin tidak hidup untuk dunia tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya: hidup di akhirat kelak!
Maka sudahlah, hapuskanlah airmatamu. Ayuh, bangkit dari dukamu. Jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

Bantu kanak-kanak mengatasi kesedihan

Bantu kanak-kanak mengatasi kesedihan

 

 


SORAYA tidak bercakap banyak ketika ibunya meninggal dunia. Dia merenung jasad ibunya sambil membisu, memegang tangan kaku dan dingin yang suatu ketika dahulu pernah bermain dengannya dan menyuapkannya.
Ketika perkabungan, saudara-mara dan ramai orang yang tidak dikenali datang memeluknya. Disebabkan tiada balasan daripadanya, ramai yang menyangka dia bisu.
Hanya ketika jenazah ibunya diturunkan ke liang lahad dan tanah serta bunga ditaburkan, barulah ada sedikit tanda bahawa seorang anak yang dikenali sebagai Soraya hadir di segi semangat.
Air yang tergenang di matanya mengalir turun ketika tiba masa untuk melangkah pergi, tetapi hanya itulah sahaja yang dapat dilihat. Akhirnya dia membisu kembali seperti sebelumnya.
Dalam minggu-minggu selepas pemergian ibunya, guru sekolah rendah, Soraya semakin khuatir mengenai tingkah lakunya.
Gadis kecil yang dahulunya petah mengajukan pelbagai soalan dan sentiasa berbual dengan kawan-kawan kini tidak menunjukkan emosi.
Memang benar, dia tetap menyelesaikan kerja rumah dan menyerahkan tugasan mengikut masa, namun semua itu dibuat bagaikan mesin yang tiada perasaan.
Dia tidak bermain atau berinteraksi dengan kawan-kawan, hanya duduk menyendiri di satu sudut ketika waktu rehat sambil merenung kosong pada bukunya.
Keadaan di rumah kurang baik kerana banyak perkara yang bapanya terpaksa lakukan di tempat kerja di samping menguruskan barangan milik Allahyarham ibunya. Tambahan lagi, bapanya bercadang hendak mengahwini isteri baru.
Berhadapan kematian mana-mana makhluk hidup bukan satu tugas yang senang, tidak kira sama ada ia adalah kematian ibu atau bapa, saudara, adik-beradik atau haiwan kesayangan. Dalam semua kes, kanak-kanak merasai kesan emosi dan kesedihan.
Ramai orang dewasa berasa sedih ketika berhadapan dengan anak yang kesedihan kerana orang dewasa itu sendiri tidak mampu menangani kematian, dia resah ketika terpaksa menghadapi anak itu.
Kesedihan adalah bahagian biasa dalam mengatasi kehilangan yang tersayang.
Ia adalah sebahagian daripada proses penyembuhan supaya menerima sesuatu kehilangan, dan sebahagian daripada proses yang diambil oleh seseorang untuk kembali pada rutin sebelum ini.
Bagaimanapun, ketika ada banyak isu yang belum selesai atau tidak dikenali, kesedihan boleh menjadi bermasalah. Selepas beberapa bulan, sesetengah gejala fizikal mungkin termasuk perubahan selera, gangguan tidur dan sakit.
Gejala emosi pula terdiri daripada hilang tenaga, tidak boleh menumpukan perhatian, lebih suka menyendiri, naik angin yang tidak dapat dijangka (iaitu marah, menangis), mimpi dan ulang kembali mengenai si mati, sukar membuat keputusan, kesedihan yang mendalam termasuk ingin mati supaya boleh bersama-sama dengan si mati.
Bila kesedihan menjadi bermasalah, anak yang kesedihan itu memerlukan bantuan seorang pakar kesihatan mental yang profesional.
Bagaimana seseorang anak menangani kesedihan bergantung pada beberapa perkara. Ini termasuk cara mereka belajar mengatasi ketegangan dalam hidup mereka sebelum kejadian sedih itu.
Kualiti perhubungan mereka dengan si mati adalah penting. Umumnya, lebih rapat mereka dengan si mati, lebih besar impak kehilangannya.
Keadaan di mana yang tersayang itu mati juga penting. Bila seseorang itu sakit untuk beberapa waktu, ada banyak masa untuk mengucapkan “selamat jalan”, manakala jika kematian itu adalah mendadak ia mengejutkan setiap orang.
Dalam banyak kes, kepercayaan agama dan adat etnik membuat anak-anak itu tahu cara bersedih yang sesuai. Mereka melakukan ini dengan memerhatikan bagaimana ahli keluarga mereka bersedih.
Akhir sekali, sokongan emosi yang anak itu terima daripada keluarga terdekat dan keluarga jauh serta rakan-rakan memainkan peranan dalam menentukan berapa lama anak itu akan bersedih.
Dalam proses kesedihan, ada beberapa perkara yang penjaga boleh lakukan untuk membantu anak mereka mengatasinya dalam cara yang lebih terapeutik.
* Galakkan supaya meluahkan emosi yang mendalam di persekitaran yang selamat
Memang membantu untuk membenar dan menggalakkan anak itu meluahkan emosinya.
Tanyakan dengan lembut mengenai perasaannya, dan nyatakan bahawa tidak mengapa jika dia berasa sedih dan menangis. Jangan ubah pertanyaan itu menjadi satu soal siasat.
Berikan sokongan yang diperlukan menerusi tindakan mendengar yang tiada sebarang anggapan.
Ketika menggalakkan anak itu meluahkan emosinya, ada baiknya jika diluangkan masa untuk mendengar dengan penuh perhatian dalam cara yang tiada sebarang anggapan.
Jangan cuba memberikan nasihat, atau memberitahu anak itu bagaimana dia patut merasanya. Hanya mendengar dan menerima bahawa itulah cara yang anak itu rasai.
* Galakkan anak mengingati kembali peristiwa
Dalam masa meluahkan emosi, galakkan anak itu mengingati kembali masa-masa gembira yang dialami bersama si mati. Anak itu akan ceria sebentar ketika mengenang kembali peristiwa-peristiwa ini.
Kenangan yang positif adalah penting kerana kanak-kanak perlu mampu menyimpan bahagian yang penting mengenai si mati yang disayanginya.
Kenangan positif menunjukkan bahawa setiap kehidupan mempunyai bahagian yang positif dan kenangan ini adalah warisan si mati yang perlu disimpan dan dihargai.
* Akui kekesalan dan perasaan
Sering kali, anak itu mungkin berasa kesal kerana telah bersikap nakal dan membuatkan si mati sakit serta lemah hingga menyebabkan kematiannya.
Akui bahawa anak itu mungkin ada kekesalan ini tetapi yakinkan bahawa bukan dia yang menyebabkan kematian si mati.
Cuba bersikap konstruktif dan tumpukan perhatian ke atas sesuatu yang positif seperti apa yang si mati mahu anak itu lakukan.
* Galakkan anak yang lebih tua supaya menyimpan diari atau melukis pada setiap hari
Sesetengah anak yang lebih tua mendapati bahawa meluahkan perasaan dan emosi mereka menerusi penulisan dan melukis gambar adalah terapeutik.
Ada baiknya untuk membeli sebuah buku latihan, di mana anak boleh melekatkan gambar si mati dan menulis diari atau surat pada si mati pada setiap hari.
Dalam kes lain, kertas lukisan boleh dibeli dan anak itu digalakkan supaya melukiskan perasaan mereka.
Ketika melakukan demikian, dia memindahkan emosi yang dinamakan kesedihan menjadi satu latihan konstruktif yang mampu memulihkan emosi dan perasaannya.
* Membenarkan anak mengucapkan “selamat jalan”
Mengucapkan “selamat jalan” adalah bahagian paling penting dalam menangani kesedihan. Ia membenarkan anak memutuskan perapatan emosi dengan si mati dan bergerak maju ke hadapan.
Kadangkala, masa perkabungan bukan waktu terbaik untuk seseorang anak mengucapkan “selamat jalan”.
Sesetengah kanak-kanak boleh menulis surat, dan mengeposkannya. Yang lain pergi ke tempat upacara agama dan menyalakan lilin.
Malah ada pula yang lebih suka mengunjungi dan membersihkan kubur sebelum mengucapkan selamat jalan. Umumnya, tiada satu kaedah yang betul atau salah untuk mengucapkan “selamat jalan”. 

Setiap cara membawa erti khusus yang tersendiri bagi anak yang sedang kesedihan itu. Dengan membantu seseorang anak mengucapkan selamat jalan secara peribadi, ibu atau bapa itu menggerakkan anaknya dengan lembut ke arah peringkat kedewasaan yang seterusnya. 

Sumber; Utusan Online, 23/4/ 2006

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .