Showing posts with label
Sarana Ibu Bapa Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Show all posts
Showing posts with label
Sarana Ibu Bapa Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Show all posts
Paparan prestasi pelajar atas talian
Paparan prestasi pelajar atas talian
Putrajaya: Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan sistem paparan
prestasi persekolahan pelajar secara atas talian bagi memudahkan ibu
bapa memantau perkembangan anak mereka.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud, berkata
rancangan itu terkandung dalam elemen Sarana Ibu Bapa, Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) yang dijangka dilaksanakan dalam fasa kedua
PPPM antara 2016 dan 2020.
Melalui sistem itu, ibu bapa boleh mengetahui perkembangan akademik,
kokurikulum dan sahsiah anak mereka pada setiap penggal persekolahan,
sekali gus terbabit secara langsung dalam program pembangunan pelajar.
Ibubapa pantau prestasi
Sarana PIBG dan Sarana Sekolah
Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025 yang telah
dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak pada
11 September,2012 mengandungi 11 anjakan utama iaitu :
1. Menyediakan akses sama rata untuk pendidikan berkualiti dengan standard antarabangsa;
2. Memastikan setiap pelajar fasih dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris;
3. Membangunkan rakyat Malaysia yang dipacu nilai murni;
4. Menjadikan perguruan sebagai profesion pilihan;
5. Memastikan pemimpin sekolah berprestasi tinggi di setiap sekolah;
6 Memperkasakan Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah untuk menyelesaikan isu mengikut keperluan;
7. Memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat untuk meningkatkan kualiti pembelajaran di seluruh Malaysia;
8. Menambah baik keupayaan penyampaian dan kapasiti kementerian;
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, masyarakat dan sektor swasta;
10. Memaksimumkan kemenjadian pelajar bagi setiap ringgit yang dibelanja;
11. Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban umum.
Berita Harian Online 11 September,2012
Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (13 Tahun)
Sumber gambar : Kementerian Pelajaran
Memahami inspirasi Kerajaan
Kerajaan telah memperuntukan sejumlah dana yang besar untuk pembangunan pendidikan negara dalam bajet 2013 sebanyak 38.7 bilion
bagi memastikan hasrat dan inspirasi pembangunan modal insan dapat
direalisasikan sepertimana yang diperincikan dalam 11 anjakan Pelan
Pembangunan Pendidikan (PPP) bagi tempoh 13 tahun akan datang. Memahami
inspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju
berpendapatan tinggi memerlukan komitmen dan kerjasama padu setiap warga
pendidik masyarakat , badan sukarela dan badan korporat memikul
tanggungjawab secara kolektif memajukan pendidikan anak-anak bagi
mendepani cabaran alaf modenisasi yang menuntut keprihatinan semua
pihak.
Prasarana pendidikan
Kementerian Pelajaran telah menyediakan prasarana pendidikan secara
gratis kepada pelajar-pelajar melalui pelupusan yuran peperiksaan PMR,
SPM dan STPM dan buku teks bagi meringankan beban ibu bapa dan
penjaga.Situasi seperti ini tidak berlaku di negara negara lain yang
terpaksa menanggung perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka setiap
smester bermula.Keistimewaan dan kemudahan ini sepatutnya disyukuri
oleh setiap ibu bapa terutama mereka yang mempunyai bilangan anak yang
ramai. Zaman persekolahan kita dulu terpaksa membelanjakan tidak
sedikit wang ringgit bagi memenuhi keperluan pelajaran. Saya masih
ingat semasa di Tingkatan Satu SM Kamil Pasir Putih dalam tahun 1970
bapa saya tidak mampu menyediakan yuran bulanan sebanyak RM7.50
menyebabkan saya mengambil keputusan pindah ke Sekolah Menengah Tok
Janggut(aliran Melayu).Begitulah peritnya derita yang di alami generasi
dahulu berbanding sekarang yang mendapat banyak kemudahan untuk
meneruskan kesinambungan pendidikan mereka.
Sarana PIBG dan Sarana Sekolah
Selama dua hari berturut-turut (10-11 Disember,2012) berlangsung Sarana
PIBG dan Sarana Sekolah anjuran Pejabat Pelajaran Wilayah Keramat
bersama Pejabat Pelajaran Wilayah Sentul di Auditorium Tan Sri Rafie
Mahat Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan (JPWP) bagi membincangkan
Anjakan ke 9 PPP iaitu Bekerjasama dengan Ibu bapa, masyarakat dan
sektor swasta.Wacana ilmiah ini dihadiri kebanyakan Pengetua/Guru Besar
dan YDP PIBG sekolah Rendah dan Menengah Zon Keramat dan Sentul.
Pengetua dan PIBG perlu berganding bahu merangka program dan aktiviti
memajukan sekolah sebagai sebuah institusi yang disegani . Peranan PIBG
membantu sekolah dalam bidang yang dibenarkan seperti termaktub dalam
pekeliling KPM bil.5/2001Batas dan Bidang Kuasa PIBG. Kesefahaman dan
keselarian tugas antara pihak sekolah dan PIBG menjadi indikator
kemajuan sekolah kerana salah satu ciri kecemerlangan ialah mengekalkan
hubungan yang harmoni bersandarkan konsep keikhlasan dan kepercayaan
(sincerity and trustworthy) untuk melihat pencapaian anak-anak dalam
pembelajaran di sekolah .
Tugas Pengetua
Peranan Pengetua selaku pemimpin,pengurus dan pentadbir menjadi cermin
kemajuan sekolah. Kegagalan mengurus dan mentadbir merencat pembangunan
pendidikan anak-anak . Tugas Pengetua ialah membentuk budaya sekolahnya
menjadi sebuah organisasi yang unggul dan berwibawa melalui kerjasama
padu setiap warga. Justeru Pengetua perlu memiliki ilmu dan kemahiran
memimpin, mengurus dan mentadbir bagi memperkasa sumber manusia untuk
mencapai matlamat organisasi yang ditetapkan.
Sebagai seorang
pentadbir,Pengetua bertanggungjawab secara instruksional memantau proses
Pengajaran dan Pembelajaran (PdanP) secara berkesan yang menjadi "Core
business" atau sasaran tahunan yang ditetapkan Kementerian Pelajaran
disamping pelbagai tugas tugas lain yang perlu dilaksanakan dengan
bijaksana,penuh hikmah dan tuntas. Kejayaaan atau kemunduran sesebuah
sekolah mempunyai kaitan langsung dengan gaya kepimpinan Pengetua
sebagai peneraju utamanya .
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .