Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label ILP. Show all posts
Showing posts with label ILP. Show all posts

Permohonan ke ILP Kangar 2020

✨ PENGAMBILAN PELAJAR SESI JANUARI 2020 
 INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KANGAR ✨



JANGAN LEPASKAN PELUANG‼

Pengambilan pelajar baharu sesi JANUARI 2020 ke INS

TITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KANGAR, telah dibuka mulai sekarang.

Semua pelajar lepasan SPM @ TINGKATAN 5 yang ingin melanjutkan pengajian 🎓 ke Program TVET peringkat Sijil dan Diploma di Ilp Kangar boleh membuat permohonan mulai sekarang.

 Bidang kursus yang ditawarkan : 
♦ PROGRAM INTERGRASI DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBUATAN (PEMESINAN) 
♦ PROGRAM INTERGRASI DIPLOMA TEKNOLOGI MEKATRONIK
♦ SIJIL (SKM TAHAP 3) TEKNOLOGI PENYENGGARAAN MEKANIKAL
♦ SIJIL (SKM TAHAP 3) TEKNOLOGI FABRIKASI LOGAM

‼ KEMUDAHAN 
🔹Yuran Pengajian PERCUMA
🔹Makan & Asrama disediakan PERCUMA
🔹Elaun bulanan disediakan

❗Permohonan dibuka mulai 27 SEPTEMBER 2019 hingga 25 OKTOBER 2019 ‼‼

 Cara memohon :-
1. SISTEM PERMOHONAN ONLINE JABATAN TENAGA MANUSIA (JTM) - diberi keutamaan:
www.jtm.gov.my
@
2. KEMASUKAN TERUS ILP KANGAR
http://www.ilpkangar.gov.my/

UJIAN KECENDERUNGAN KEMAHIRAN (UKK)
••••••••••••••••••••••
❗Khas bagi calon yg tidak melepasi syarat minima yg telah ditetapkan, masih berpeluang untuk memohon melalui Pengambilan Khas Ujian Kecenderungan Kemahiran (UKK) 
========================
Sebarkan kepada yg memerlukan. Semoga ada yang mendapat manfaatnya ‼‼

Terima Kasih.

#TVET
#ILJTM #JTM #KSM
#JMTI #ADTEC #ILP
#IntakeILJTMJanuari2020

Jom Kongsikannya
PERMOHONAN KE ILP OGOS 2018 DIBUKA SEKARANG



Cepat cepat peluang kedua kepada lepasan sekolah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi lagi di Institusi Latihan Kemahiran Awam😬Permohonan ke ILP dan KKTM.Rebutlah peluang ini ya anak-anak.

Permohonan Program Diploma Teknologi Penyelenggaraan Kapal Terbang Sesi Januari 2014

Permohonan Program Diploma Teknologi Penyelenggaraan Kapal Terbang Sesi Januari 2014

Permohonan Kemasukan kursus Diploma Teknologi Penyelenggaraan Kapal Terbang Sesi Januari 2014


Berikut adalah Permohonan Kemasukan ke ADTEC Shah Alam bagi kursus Diploma Teknologi Penyelenggaraan Kapal Terbang Sesi Januari 2014

Semakan Temubual ke Institut Latihan Perindustrian (ILP) 2013

Semakan Temubual ke Institut Latihan Perindustrian (ILP) 2013

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Susulan entry saya sebelum ini, Permohonan ke ILP Bagi lepasan PMR 2012, DI SINI.

Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Temubual ke Institut Latihan Perindustrian (ILP) 2013, boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia bermula 03 Jun 2013 (Isnin) sehingga 09 Jun 2013 (Ahad).


Senarai Institusi Latihan Teknikal & Vokasional (TEVT) & Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) Di Malaysia

Senarai Institusi Latihan Teknikal & Vokasional (TEVT) &
 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) Di Malaysia


 


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ada para pelajar yang terlepas pandang untuk memohon Institusi Kemahiran Mara IKM kerana tidak memohon melalui UPU.


Sebenarnya ada banyak institusi yang menawarkan latihan kemahiran termasuk dari TEVT ataupun dari ILKA iaitu institut dibawah latihan Kemahiran.

Berikut maklumat senarai institut latihan kemahiran awam dan pengajian di teknik vokasional.

Permohonan kemasukan ke Institusi Latihan Teknikal & Vokasional (TEVT) & Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) melibatkan agensi-agensi berikut  :



Permohonan Ke ILP, ADTEC, JMTI - ILJTM Januari 2013

Permohonan Ke ILP, ADTEC, JMTI - 
ILJTM Januari 2013



PANDUAN AM KEMASUKAN KE ILJTM (ILP,  ADTEC, JMTI)

Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ditubuhkan bertujuan menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara. ILJTM terdiri daripada dua puluh dua (22) buah Institut Latihan Perindustrian (ILP), enam (5) buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI). 

Pengambilan Pelajar

Pengambilan ke ILJTM dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup permohonan pada sesi yang berkenaan akan diproses untuk kemasukan sesi yang akan datang.

Permohonan ke ILJTM dibuka secara dalam talian (online) melalui:

a) Laman web JTM www.jtm.gov.my/online bagi permohonan kemasukan Sesi Januari (tiada No Unik ID diperlukan)

b) Laman web UPU http://upu.mohe.gov.my bagi permohonan kemasukan Sesi Julai (pembelian No Unik ID diperlukan)

Pilihan Institut & Kursus Di ILJTM

Setiap pemohon bebas memilih institusi latihan, namun JTM adalah berhak untuk menentukan  institusi latihan dan kursus yang akan ditawarkan jika pemohon tidak layak/ tidak memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan atau tiada kekosongan tempat .

Pemohon hanya boleh memohon sekali sahaja bagi satu-satu sesi. Pemilihan kursus hendaklah mengikut kelayakan yang telah ditetapkan.

Bayaran

Yuran pengajian adalah percuma bagi semua kursus di peringkat Sijil dan pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK) disediakan bagi pelajar program pengajian Diploma  & Diploma Lanjutan (bagi yang layak).

Lain-lain bayaran akan dikenakan semasa hari pendaftaran (Anggaran bayaran pendaftaran adalah antara RM400-RM700 tertakluk kepada institut).

Elaun sara hidup RM100 sebulan dan RM300 sebulan semasa latihan industri (bagi program peringkat Sijil sahaja).

Bagi pelajar Orang Kurang Upaya (OKU), elaun sara diri RM300 sebulan dan yuran pengajian percuma.

Syarat Kemasukan Am ILJTM

A. Syarat Kemasukan Am Program Lepasan SPM:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur 17 hingga 35 tahun;
  3. Syarat khas kursus sila rujuk Panduan Syarat Kemasukan Kursus Lepasan SPM;
  4. Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata /tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
B. Syarat Kemasukan Am Program Lepasan SKM /ST:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur 17 hingga 35 tahun;
  3. Syarat khas kursus sila rujuk Panduan Syarat Kemasukan Kursus Lepasan SKM & ST;
  4. Lulus dalam sesi temuduga yang dijalankan.
  5. Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata /tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
KOMPOSISI LATIHAN


MAKLUMAT PENTING:

1.
Petak bertanda (*) wajib diisi untuk membolehkan permohonan dihantar.
2.
Anda mempunyai tiga (3) kali sahaja peluang mengemaskini maklumat permohonan.
3.
Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses untuk kemasukan ke ILJTM.

Sila baca maklumat di bawah sebelum anda membuat permohonan (Pastikan anda mempunyai perisian Adobe Acrobat Reader untuk membuka fail dibawah

 Panduan Am Kemasukan, klik di sini.

Panduan Syarat Kemasukan Ke ILP, ADTEC Bagi Lepasan SPM, klik di sini

Panduan Syarat Kemasukan Ke Lepasan SKM, ST, klik di sini

MAKLUMAT AM ILJTM

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .