By Puan Ummi Wednesday, February 13, 2013
bimbingan kerjaya, Halatuju, IPT, IPTS, kaunseling kerjaya, kerjaya, Kolej Teknologi Darulnaim, KTD, selepas SPM
Lepasan SPM Jom Ke Kolej Teknologi Darulnaim
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin mengalakkan anda untuk memilih Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) atas beberapa faktor seperti berikut:
1. Kolej ini telah dapat menaikkan pretasi pembelajaran daripada
tidak ternama sehingga menjadi di antara 10 kolej terbaik daripada 550
kolej swasta di Malaysia. Semoga anda juga dapat menjadi antara pelajar
yang cemerlang bila belajar di Kolej ini.
2. Pencapaian bagi tahun 2011, seramai 156 pelajar telah menerima
Anugerah Dekan dimana pencapaian CGPA 3.5 keatas dan 11 pelajar telah
menerima “Golden Medal Award”. Suatu pencapaian yang terbaik bagi
sesebuah kolej.
3. Program Pembangunan Sahsiah Terpuji yang telah berjaya
membangunkan mahasiswa yang bersepadu bagi melahirkan insan yang mampu
merealisasikan hakikat ubudiyah (rasa kehambaan) yang sebenar kepada Pencipta di mana
ramai diantara pelajar yang menyambung pelajaran di universiti lain
selepas diploma telah menjadi kepimpinan pelajar di universiti baru
mereka.
Diantara kursus-kursus yang ditawarkan kepada anda untuk melanjutkan
pelajaran diperingkat diploma adalah dari kusus Diploma Universiti
Teknologi Malaysia (UTM), Diploma Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS)
dan Diploma Kolej Teknologi Darulnaim (KTD)
Kelayakan LULUS SPM dan minimum 3 Kredit ;-
Antara kursus yang ditawarkan :-
By Puan Ummi Saturday, February 09, 2013
Campus Life, Institusi Beraja Malaysia, IPT, IPTS, Kolej Teknologi Darulnaim, KTD, Kuantan, Pahang, prihatin
Tengku Mahkota Pahang Berkenan Saksikan Persembahan
Flash Mob Palestin Pelajar KTD
KUANTAN, 29 Januari 2013 - Majlis Pelancaran dan Penyerahan Dana
Tabung Palestin-Gaza oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah
Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah telah disempurnakan dengan jayanya di
Dewan Perdana Ballroom, MS Garden di sini.
Majlis yang julung kalinya
diadakan ini merupakan cetusan idea Tengku Mahkota Pahang bertujuan
mengumpul dana bagi membantu rakyat Palestin di Gaza.
Hampir 70 pihak yang terdiri daripada agensi kerajaan, pihak swasta
serta individu telah tampil menghulurkan sumbangan yang mencecah
sehingga RM1 juta pada program tersebut manakala sumbangan orang ramai
melalui tabung-tabung masjid pula sebanyak RM117,118.
Catatan Perjalanan ke HUSM Alam dan manusia
Alhamdulillahhirabbila’lamin, syukur pada Allah SWT,atas anugerah rahmat dan taufik hidayahNya,kita dapat bersua kembali di sini. Salawat dan salam buat Rasul junjungan mulia,Nabi Muhammad SAW yang tercinta.
Sesungguhnya emas sebesar Bukit Uhud pun tak dapat menandingi jasa dan pengorbanan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat assabiqunal awwalun,dalam memastikan ummat akhir zaman masih dapat menikmati nikmat Iman dan Islam,nikmat yang terbesar anugerah daripada Allah SWT Yang Maha Esa.
Entry ini adalah lanjutan dari entry sebelum ini, Jalan-jalan Kesihatan,
klik sini.
Perjalanan Pergi
Di antara Jerantut ke Lipis...

Sebahagian Pemandangan di Felda Kechau
2 keping gambar dia tas ni di Kelantan...
Sewaktu mencari jalan ke HUSM, kami asyik tersalah jalan je. Tapi Allah izin, ada hikmahnya. Terjumpa tanda arah ke KTD, Kolej Teknologi Darulnaim, Pengkalan Chepa. Info lanjut tentang kolej ini yang menjalankan program diploma kerjasama dengan UTM dan KUIS, sila klik sini.
Bangunan HUSM
Semasa dalam wad 2TD HUSM
Seorang pekerja sedang membaiki lampu di bilik wad yang saya diami. Candid ya bang,jangan marah tau.
Alhamdulillah, secara keseluruhan saya berpuas hati dengan perkhidmatan di sini. Kebersihan dan kekemasannya sangat baik. Sejadah, arah kiblat dan poster cara-cara menunaikan solat bagi orang yang sakit turut ada disediakan.
Begitu jua saya bersyukur Allah menganugerahkan staf nurse yang baik hati belaka. Mereka ramah, mesra dan sedia membantu pada bila-bila masa. Terasa bagai berada di lingkungan keluarga sendiri dengan kemesraan mereka. Semoga mereka terus berdedikasi bertugas.InsyaAllah.
Kebetulan, dalam bulan Mei ini, terdapat sambutan Hari Jururawat pada 12 Mei. Selamat Hari Jururawat buat semua jururawat. Di dalam sejarah Islam, antara wanita muslimah terawal menjadi perawat ialah RUFAIDAH AL-ANSHARIYAH ATAU AL-ASLAMIYAH.
Beliau telah dengan penuh kerelaan mempertingkatkan usaha dalam dunia perawatan dan melatih ramai wanita dan remaja yang terdiri dari muslimah untuk mendalami ilmu perawatan. Beliaulah merupakan pengasas sekolah kejururawatan yang pertama dikalangan umat Islam pada ketika itu . Info lanjut, klik sini.
Perjalanan Balik
Di Jajahan Pasir Puteh
Di Pantai Teluk Ketapang, Seberang Takir.
Di Bandar Kuala Terengganu
Jom Makan di Terengganu...

Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .