Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label politeknik. Show all posts
Showing posts with label politeknik. Show all posts

Beza Politeknik Premier, Politeknik Konvensional dan Politeknik Metro

Beza Politeknik Premier, Politeknik Konvensional dan Politeknik Metro







Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Disebabkan ramai bekas pelajar yang bertanya dengan saya samada melalaui wassap dan media sosial yang lain, 
apakah beza  Politeknik Premier, Politeknik Konvensional dan Politeknik Metro. 

Saya dengan ini mengulang kembali entry saya pada tahun 2013 lalu untuk memudahkan para lepasan SPM membuat rujukan.


Bagi politeknik pula terdapat tiga jenis politeknik iaitu Politeknik Premier (bertaraf universiti), Politeknik Konvensional dan Politeknik Metro.K esemuanya ada 32 buah politeknik bagi kemahiran teknik dan vokasional (TEVT).

Politeknik Premier ada tiga iaitu:



Permohonan ke Politeknik Jun 2014 Untuk Lepasan SPM dan SKM

Permohonan  ke Politeknik Jun 2014 Untuk Lepasan SPM dan SKM

Permohonan Kemasukan ke Politeknik Premier/Konvensional/METrO Sesi Jun 2014 Bagi Calon Lepasan SPM dan SKM

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dipelawa untuk memohon ke Program Diploma Politeknik KPM Sesi Jun 2014

Permohonan boleh dibuat dengan membeli Nombor Unik ID Kategori A berharga RM 10.60 di semua cawangan Bank Simpanan Nasional di seluruh negara.

Dilampirkan maklumat/ iklan permohonan kemasukan ke Politeknik Premier & Konvensional/ METrO.

Permohonan ke Politeknik Sesi Disember 2013

Permohonan ke Politeknik Sesi Disember 2013


 Permohonan Kemasukan ke Program Pra-Diploma, Diploma dan 
Diploma Lanjutan Politeknik Sesi Disember 2013



Calon lepasan SPM / Setaraf, Sijil Politeknik, Sijil Kolej Komuniti, Matrikulasi, Diploma Politeknik, Sijil Institut Kemahiran PERDA / Institut Pertanian Malaysia dipelawa untuk memohon ke Program Pra-Diploma, Diploma dan Diploma Lanjutan Politeknik Sesi Disember 2013 secara Online 



Permohonan Ke Pra Diploma Politeknik Mengubah Destini Anak India Malaysia (MDAIM) Disember 2013

Permohonan Ke Pra Diploma Politeknik Mengubah Destini Anak India Malaysia (MDAIM)  Disember 2013

 Permohonan Kemasukan ke Program Pra Diploma Mengubah Destini Anak India Malaysia (MDAIM)  disember 2013

(Artikel adalah secara auto publish yang saya telah susun pada Ahad, 18/8/2013. Oleh itu sebarang pertanyaan online tidak saya daat jawab waktu ketika artikel ini disiarkan kerana saya sedang bertugas. Tq)

Tujuan Pelaksanaan Program
Menyediakan laluan sambung pelajar, khas bagi lepasan SPM yang tidah memenuhi syarat minimum kemasukan politeknik terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah. Keluarga atau isi rumah berpendapatan kurang daripada RM3000 sebulan.


Jabatan Pengajian Politeknik membuka peluang ini kepada pelajar-pelajar berbangsa India di seluruh Negara untuk mengambil peluang yang ada ini dengan memohon untuk melanjutkan pelajaran ke Politeknik di dalam membina masa depan yang cemerlang dan gemilang. Program selama 6 bulan ini terbahagi kepada kepada 2 iaitu Pra Sains dan Pra Perdagangan.

SYARAT KEMASUKAN PROGRAM

Permohonan Program Sijil Kemahiran Khas Politeknik Sesi Disember 2013

Permohonan Program Sijil Kemahiran Khas Politeknik Sesi Disember 2013

Permohonan ke Politeknik Pelajar Berkeperluan Khas Sesi Disember 2013

Permohonan dibuka kepada pelajar berkeperluan khas (masalah pendengaran) lepasan tingkatan lima daripada Sekolah Pendidikan Khas kelolaan Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia atau Program Pencantuman Pendidikan Khas di bawah KPM.

Permohonan ke Politeknik September 2013 Program Ijazah Sarjana Muda

Permohonan ke Politeknik  September 2013 Program Ijazah Sarjana Muda


Permohonan kemasukan Program Ijazah Sarjana Muda Politeknik ambilan September 2013 secara online. Calon yang layak boleh mengikuti Program Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti Dengan Kepujian, Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam Dengan Kepujian dan Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti Antarabangsa.

Senarai Program Ijazah Sarjana Muda Politeknik 2013 Ambilan September
 

Senarai IPTA & Politeknik Premier di Malaysia

Senarai IPTA & Politeknik Premier di Malaysia



 IPTA
 IPTA ialah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang terdiri daripada 20 buah IPTA seperti berikut :- 

 Universiti Malaya (UM)

Semakan Rayuan Ke IPTA, Politeknik Premier Sesi 2013/2014

Semakan Rayuan Ke IPTA, Politeknik Premier Sesi 2013/2014



Semakan Keputusan Permohonan Rayuan Kemasukan Ke IPTA / Politeknik Premier Sesi Akademik 2013/2014

SEMAKAN KEPUTUSAN KE IPTA / POLITEKNIK PREMIER LEPASAN SPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2013/2014

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KE IPTA/POLITEKNIK PREMIER LEPASAN SPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2013/2014

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA / POLITEKNIK PREMIER BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2013/2014 BOLEH DISEMAK MELALUI :-

Permohonan Kemasukan Ke Politeknik KPT Jun 2013

Permohonan Kemasukan Ke Politeknik KPT Jun 2013






 Permohonan Kemasukan Ke Politeknik Premier, Konvensional & METrO bagi Lulusan SPM
 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Warganegara Malaysia Lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dipelawa untuk memohon kemasukan ke program pengajian peringkat Diploma Sesi Akademik 2013 di Politeknik KPT. 

Khususnya kepada pelajar lepasan SPM 2012, silakan memohon ya.

10 MAC 2013 HINGGA 15 APRIL 2013 - Permohonan ke Program Diploma Lanjutan & Diploma bagi Lulusan Diploma Politeknik KPT, Sijil Politeknik KPT, Sijil Kolej Komuniti, Sijil Institut Pertanian Malaysia, Sijil Institut Kemahiran Tinggi PERDA & Matrikulasi KPM .


Permohonan Kemasukan ke Politeknik Primier

Permohonan kemasukan ke program pengajian di Politeknik Primier bagi lulusan SPM adalah melalui Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar sekali dengan permohonan IPTA.
  • Politeknik Ungku Omar (PUO)
  • Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)
  • Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)
 
Permohonan Kemasukan ke Politeknik Konvensional / METrO Dan ILKA

Permohonan kemasukan ke Institusi Latihan Teknikal & Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) melibatkan:

  • Politeknik
  • Kolej komuniti


Sila layari http://upu.mohe.gov.my atau baca iklan permohonan di sini 



KEMASUKAN KE
POLITEKNIK KONVENSIONAL / METrO,
KOLEJ KOMUNITI &
INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM


Program-program yang ditawarkan untuk lulusan SPM dan setaraf (Politeknik Premier) :


JOM KE KARNIVAL JOM MASUK U 2013

JOM KE KARNIVAL JOM MASUK U 2013





 Jadual Karnival Jom Masuk U 2013



MAKLUMAT PENTING UPU
  PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA 2013
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Permohonan Kemasukan Ke IPTA/Politeknik/ILKA dari  7 JANUARI 2013 HINGGA 15 APRIL 2013  bagi lepasan SPM, Asasi, Matrikulasi, STPM, STAM, SKM, Diploma atau SETARAF dengannya dan jualan No. Unik ID di BSN bagi Sesi Akademik 2013/2014  dibuka. 


Kemasukan adalah pada :
lepasan SPM/Setaraf - Jun 2013
lepasan STPM/Setaraf - September 2013


Apa Itu Karnival Pengajian Tinggi Negara Jom Masuk U?


Karnival Pengajian Tinggi Negara adalah program outreach tahunan yang telah dilaksanakan semenjak tahun 2005.

  Mulai tahun 2007 telah dikenali sebagai “Program Pendidikan KPT Bersama Rakyat” dan kini melalui penjenamaan semula disebut dengan nama “Karnival Pengajian Tinggi Negara”.

 Karnival Pengajian Tinggi Negara adalah program tahunan Kementerian Pengajian Tinggi dengan tagline “JOM MASUK U”.

Karnival Pengajian Tinggi Negara – Jom Masuk U ini disasarkan menjadi Pusat Sehenti mendapatkan maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi, akreditasi dan pembiayaan bagi lepasan SPM dan setaraf serta STPM dan setaraf di peringkat pengajian program Asasi, Diploma, Ijazah Pertama termasuk Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia kepada pemohon, pelajar, ibubapa, guru dan komuniti setempat.

Mereka yang mendapat manfaat adalah lepasan SPM dan setaraf serta lepasan STPM dan setaraf di peringkat pengajian program Asasi, Diploma, Ijazah Pertama termasuk Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia. 


Ini akan memudahkan mereka membuat permohonan melalui UPU dan pemilihan program pengajian yang tepat untuk kemasukan ke IPTA, Politeknik, TEVT dan ILKA bagi sesi akademik 2013/2014. 

Aktiviti Karnival Jom Masuk U 2013

 

Permohonan Ke Politeknik Fasa 2 Sesi Disember 2012

Permohonan Kemasukan Ke Politeknik KPT

 Sesi Disember 2012 Fasa 2






(Artikel ini telah dipublished pada 13/8/2012 dan akan menjadi entry utama sehingga 12/09/2012.
 Untuk artikel terbaru, sila skroll down blog ini. Sekian terima kasih.)

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera.  Permohonan ke Politeknik Sesi Disember 2012 Fasa Ke 2 sudah pun dibuka. 

Terdapat 62 Program Diploma ditawarkan kepada lepasan SPM, Lepasan Kolej Matrikulasi KPM, Lepasan Lulusan Sijil Politeknik dan pelbagai lagi.

Terdapat 9 Program Diploma Lanjutan Ditawarkan pada sesi Disember 2012 ini.

Kepada Lulusan sijil daripada INSTITUT PERTANIAN MALAYSIA, kini anda berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke program diploma agroteknologi, diploma teknologi aquakultur dan diploma hortikultur landskap di politeknik. Permohonan dibuka mulai 13 Ogos 2012.
Kepada Lulusan Sijil Kejuruteraan Pertanian daripada PERDA TECH, kini anda berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke Diploma Kejuruteraan Mekanikal (pertanian) di politeknik. Permohonan dibuka mulai 13 Ogos 2012.

No PIN berharga RM 10.60 boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional
Tarikh tutup: 29 September 2012

Jika anda pergi ke BSN untuk membeli no pin sila maklumkan semasa membeli anda hendak membeli no. pin berharga RM 10.60 UPU yang sama dengan Lulusan SPM bermula dengan no 16XXXX. Jangan beli untuk Lulusan SKM yer...selamat membeli.

CARA MEMOHON

Program Sijil Kemahiran Khas Masalah Pendengaran di Politeknik

Program Sijil Kemahiran Khas 

Masalah Pendengaran di Politeknik

 

5 Program Sijil Kemahiran Khas

Kepada Lepasan Tingkatan Lima Pelajar Bekeperluan Khas (Bermasalah Pendengaran). Borang permohonan boleh didapati: 

Politeknik Metro Peluang Bekerja Sambil Belajar

Politeknik Metro Peluang Bekerja Sambil Belajar




Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada lepasan SPM 2011, anda mungkin telah membuat semakan Keputusan Permohonan  Rayuan ke Politeknik Premier/ Konvensional/ METrO Sesi Ambilan 2012.

Semakan Keputusan Permohonan/Rayuan ke Politeknik Premier/Konvensional/METrO Sesi Ambilan 2012
  1. Semakan keputusan permohonan/rayuan boleh dibuat mulai Jumaat, 01 Jun 2012
  2. Calon-calon boleh mencetak surat tawaran mulai Jumaat, 01 Jun 2012.
  3. Semakan keputusan rayuan boleh dibuat pada setiap Khamis hingga 19 Ogos 2012
 Sila Buat semakan di sini.

     Pada posting ini, saya ingin berkongsi berkaitan Politeknik METrO.  Sasaran pelajarnya ialah lepasan SPM dan golongan pekerja (working adults) yang memerlukan upskill dan re-skilling. Pembelajaran di Politeknik METrO akan mengutamakan kaedah Online Virtual and Distance learning (OVDL) dalam kerangka e-learning. 

   Mungkin anda mempunyai pelbagai sebab musabab anda memilih untuk tidak mahu melanjutkan pengajian anda secara sepenuh masa di mana-mana IPT, samada IPTA mahupun IPTS. Oleh itu, sebenarnya, Politeknik METrO ini membuka ruang dan peluang kepada lepasan SPM yang mengambil keputusan untuk bekerja selepas alam persekolahan tamat.

   Kepada lepasan SPM, SMK Jengka Pusat 2, dan lepasan SPM SMK Jengka 2, yang telah bekerja, dan ingin meningkatkan kerjaya anda, sedangkan punya kekangan tertentu, maka ketepikan kekangan itu.

   Kepada bekas pelajar Tingkatan 5 Aliran 5 MPV 2011 Di SMK Jengka Pusat 2, eloklah jika anda apply kursus di sini. Rebut peluang dan ruang yang ada. Tambahan pula, Politeknik METrO  ini ada ditawarkan di Kuantan. 

 Gambar Politeknik METrO Kuantan, Pahang.

Pelajar ini menjual tempe. Menariknya tempe ini dihasilkan sendiri 
oleh Unit MPV dan para pelajar MPV di SMK Jengka Pusat 2.



Ini pula tapai ubi, yang turut dihasilkan oleh Unit MPV SMK Jengka Pusat 2. 
Ada juga mee kuning dan air cincau yang dihasilkan oleh Unit MPV.

Cuba baca print screen petikan akhbar ini:



Malaysia kurang pakar industri halal. Adakah anda akan menjadi salah seorang pakar yang bagi memenuhi keperluan tenaga kerja industri halal di Malaysia? InshaALLAH, anda boleh. Kalau bukan kita, siapa lagi yang akan memajukan Produk Halal di negara kita?

      Di Politeknik METrO Kuantan, ada Program Diploma Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal).  Sila baca entry ini selanjutnya bagi mendapatkan pencerahan selanjutnya berkaitan Program Yang Ditawarkan dan lain-lain lagi. Boleh klik Fan Page Facebook Rasmi Politeknik METrO Kuantan di sini.

 POLITEKNIK METRO

Secara umumnya, perkataan Metro membawa makna satu kawasan dalam sebuah bandar yang besar. Sehubungan itu, penubuhan Politeknik Metro tertumpu kepada kawasan bandar di lokasi yang mempunyai sistem pengangkutan awam mencukupi.   

Menjelang tahun 2020, negara menyasarkan 1.3 juta pekerja mahir yang merupakan lulusan daripada bidang teknik dan vokasional. Oleh itu, keperluan tenaga pakar dalam bidang teknikal sangat diperlukan. Ia berlaku dengan begitu pantas dan sering dikaitkan dengan bidang yang diberi tumpuan oleh negara serta keperluan pihak industri. 

Semakan Rayuan ke Politeknik Premier


Semakan Keputusan Rayuan Kemasukan ke Politeknik Premier

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada lepasan sekolah yang telah membuat rayuan ke Politeknik, sila buat semakan rayuan anda.

Semakan keputusan rayuan ke Politeknik Premier boleh dibuat mulai 14 Jun 2012

Semakan Boleh dibuat di sini, http://www.politeknik.edu.my/keputusanpermohonan/umum/polipremier/index.asp 

JIKA ADA SEBARANG MASALAH DAN PERTANYAAN, SILA HUBUNGI:

Bahagian Pengambilan Pelajar,
Jabatan Pengajian Politeknik,
Aras 4, Galeria PjH,
Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.

Telefon: 03-8891 9240/ 9255/ 9256/ 9257/ 9258/ 9259/ 9313
Faks : 03-8891 9319
 


Sekian, wassalam.

Semakan Keputusan Permohonan ke Politeknik 2011

Semakan Keputusan Permohonan ke Politeknik 2011


Tahniah diucapkan kepada yang berjaya. kepada yang tidak berjaya, semoga ada rezki anda pada lain masa dan lain bidang.

Sila klik http://www.politeknik.edu.my/keputusanpermohonan/umum/carian.asp
untuk mengetahui keputusan permohonan anda.

Untuk info lain;

Selepas SPM; Permohonan Ke Program Pengajian Politeknik 2011, klik sini.

STATUS KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE INSTITUSI PENDIDIKAN TEKNIKAL & LATIHAN VOKASIONAL (TEVT) DAN INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM (ILKA)

Sukacita dimaklumkan bahawa status keputusanpermohonan kemasukan ke  InstitusiPendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) dan Institusi LatihanKemahiran Awam (ILKA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setarafdan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) boleh diperoleh mulai 22 Mei 2011 (Ahad) mulai jam 12.00 tengah hari melalui saluran hebahan seperti di Lampiran1

Permohonan kemasukan ke program pengajian Politeknik KPT Sesi Disember 2010

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM PENGAJIAN
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPT) SESI DISEMBER 2010




Permohonan kemasukan ke program pengajian Politeknik KPT Sesi Disember 2010 dibuka mulai hari KHAMIS, 5 Ogos 2010.
http://www.politeknik.edu.my bagi pemohon
kategori berikut:
a. Lulusan SPM dan setaraf     
b. Lulusan Sijil Politeknik KPT
c. Lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT
d. Lulusan Diploma Politeknik KPT
e. *Lulusan Kolej Matrikulasi KPM Jurusan Sains

Pemohon Sesi Jun 2010 yang tidak berjaya atau tidak mendaftar boleh memohon semula menggunakan no. pin yang sama.

Cara Memohon 

Permohonan kemasukan ke program pengajian Politeknik KPT
Sesi Disember 2010 hendaklah dibuat melalui kaedah dalam talian (ON-LINE) dengan melayari laman web;



Untuk mengakses e-Borang pemohon mesti menggunakan kombinasi nombor kad pengenalan dan nombor PIN.

Pemohon diminta membeli nombor PIN di kaunter atau Mesin ATM Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM6.00 (Ringgit Malaysia: Enam sahaja)

Pemohon perlu mengemukakan Kad Pengenalan atau MyKad semasa membeli nombor PIN di kaunter BSN.

Jika pemohon mewakilkan seseorang untuk membeli nombor PIN, salinan Kad Pengenalan atau MyKad pemohon mesti dikemukakan oleh wakil tersebut kepada pihak BSN. Maklumkan dengan jelas kepada pihak BSN bahawa nombor PIN yang hendak dibeli adalah untuk permohonan kemasukan ke Politeknik KPT.

Pastikan slip pembayaran BSN dicetak nombor Kad Pengenalan atau MyKad pemohon dengan betul serta terdapat nombor PIN enam (6) digit bermula dengan "40" dan diikuti empat angka yang lain sebelum meninggalkan kaunter BSN. Contoh No PIN : 401051
Nombor PIN ini hanya boleh digunakan bagi kemasukan Sesi Jun 2010 dan Disember 2010 sahaja.

Pemohon perlu membeli semula nombor PIN sekiranya lupa.

Maklumat lanjut; e-Borang Politeknik KPT

Pemohon berkeperluan khas (masalah pendengaran) ialah pelajar lepasan tingkatan lima dari Sekolah Pendidikan Khas kelolaan Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) atau Program Pencantuman Pendidikan Khas di bawah KPM. Permohonan hendaklah dibuat melalui Bahagian Pendidikan Khas KPM, di alamat :
Pengarah,
Bahagian Pendidikan Khas,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 2, Blok E2, Parcel E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA
Telefon : 03-88849190 

Borang permohonan boleh didapati dari Jabatan Pelajaran Negeri atau Bahagian Pendidikan Khas.

Tarikh tutup:
Permohonan kemasukan ke program pengajian Politeknik KPT
Sesi Disember 2010 ditutup pada 17 September 2010 (Jumaat).

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .