Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Tahniah Anggota PGU selamatkan mangsa luncur udara yang hilang

Tahniah  Anggota PGU  selamatkan mangsa luncur udara yang hilang




Anggota PGU puas dapat selamatkan mangsa hilang


Ucapan tahniah kepada Anggota PGU PDRM kerana dapat menyelamatkan mangsa hilang ketika meluncur udara di Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Petikan daripada Berita Harian Online:


ANGGOTA Pasukan Gerakan Udara PDRM yang bertanggungjawab menyelamatkan mangsa yang hilang, semalam. (Dari kiri): Pemerhati Udara, Koperal Muhamad Rizal Zainudin; Juruterbang, ASP Muhammad Jeffri Jaafar dan Juruterbang, ASP G Devindran.

KUALA KUBU BHARU: "Kami gembira dan puas kerana dapat menemui mangsa dan menyelamatkannya. Sudah menjadi tugas kami untuk menjaga keselamatan dan menyelamatkan nyawa," kata juruterbang helikopter Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan G Devindran.
Beliau bersama seorang lagi juruterbang, Asisten Superintendan Muhammad Jeffri Jaafar dan Pemerhati Udara, Koperal Muhamad Rizal Zainudin adalah tiga kru helikopter jenis Eurocopter AS355 yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat Mohamad Rosely Azli, 53, yang hilang ketika melakukan aktiviti luncur udara di Taman Millenium di sini, petang tadi.
Mangsa ditemukan ketika helikopter terbabit terbang menghala ke arah Bukit Fraser untuk melakukan pencarian pada jam 3.30 petang.
"Ketika terbang ke arah utara dari Stadium Millenium pada ketinggian 300 meter, kami terlihat payung terjun digunakan mangsa di kawasan berhampiran kaki bukit sebelum melihatnya duduk sambil melambai-lambaikan tangan.
"Kami rasa lega kerana nampak mangsa dalam keadaan selamat dan berpatah balik mengambil anggota bomba di subtek (pusat operasi sementara) di Stadium Millenium sebelum kembali ke lokasi menaikkan mangsa.
"Sebagai anggota penyelamat, kami gembira kerana dapat menyelamatkannya. Akhirnya dia dapat disatukan semula dengan keluarganya selepas 24 jam hilang," katanya.
Katanya, lebih menarik apabila kerja menyelamat Mohamad Rosely dilakukan bersama dua anggota bomba dengan salah seorangnya yang turun ke bawah dan mengikat mangsa sebelum menariknya ke dalam helikopter menggunakan teknik 'winching'.
Pasukan PGU PDRM yang berpangkalan di Pangkalan Udara Sungai Besi itu adalah antara tiga helikopter SAR yang terbabit dalam operasi itu bersama dua lagi helikopter, masing-masing milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Hilang di celah kepulan awan ketika Luncur udara

Hilang di celah kepulan awan ketika Luncur udara





HULU SELANGOR: Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas gagal mendarat ketika melakukan aktiviti luncur layar di Taman Millenium, Kuala Kubu Bharu, di sini, semalam.
Mangsa yang hanya dikenali sebagai Mohamad Rosely Azli, 53, berasal dari Cheras, dilaporkan hilang selepas melakukan terjunan dari Bukit Batu Pahat di Kuala Kubu Baru jam 2.30 petang semalam.
Rosely yang juga ahli Kelab Luncur Udara Kuala Kubu Baru (KKB) melakukan aktiviti itu bersama tujuh rakan lain dari kelab itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Penolong Penguasa Bomba Kamil Hamadan, berkata mangsa bersama rakan melakukan penerjunan dua kali dan selamat mendarat di Padang Millenium pada jam 2 petang.
Bagaimanapun, katanya, selepas itu mangsa bersama tujuh lagi rakannya melakukan terjunan kali ketiga di Bukit Batu Pahat, namun hanya tujuh daripada mereka berjaya mendarat.
Mengikut pengadu yang juga rakan mereka, ketika yang lain sudah mendarat, mangsa masih kelihatan berlegar-legar di udara dipercayai dibawa angin kuat.
"Mangsa semakin tinggi memasuki kepulan awan dan hilang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kamil berkata, rakan mangsa cuba menghubunginya melalui radio tetapi mangsa tidak menjawab panggilan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kubu Baru, Superintendan R Supramaniam, mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
"Mangsa dilaporkan gagal membuat pendaratan kerana tiba-tiba angin kencang membawanya naik ke ketinggian kira-kira 1,200 meter dan hilang," katanya.
Sehingga jam 8 malam tadi, pasukan pencari dan penyelamat (SAR) terdiri daripada polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) masih gagal menemui mangsa.
Usaha mencari mangsa disambung jam 8 pagi ini.
Sumber: Berita Harian Online

Tawaran Diploma Untuk Atlet ke UiTM

Tawaran Diploma Untuk Atlet ke UiTM




Semakan Keputusan Biasiswa Sukan KPT Tahun 2015

Semakan Keputusan Biasiswa Sukan KPT Tahun 2015




Permohonan Ke PraUniversiti KPM- Majlis Sukan Negara MSN PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM PRAUNIVERSITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - MAJLIS SUKAN NEGARA (KPM - MSN) SESI AKADEMIK 2014/2015

Permohonan Ke PraUniversiti KPM- Majlis Sukan Negara MSN

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM PRAUNIVERSITI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - MAJLIS SUKAN NEGARA (KPM - MSN)
SESI AKADEMIK 2014/2015


SELAMAT DATANG , Sabtu, 08 Februari 2014

 
SEMAKAN SECARA ON-LINE
PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM PRAUNIVERSITI
SEKOLAH SUKAN MALAYSIA , Kementerian Pendidikan Malaysia
BAGI SEMESTER 1 SESI 2014/2015

 

Permohonan Skim Biasiswa Sukan (SBS) 2014

Permohonan Skim Biasiswa Sukan (SBS) 2014

Borang Permohonan SKIM BIASISWA SUKAN KPM 2014

Pahang Juara Piala Malaysia 2013 Tok Gajah akhiri kemarau 21 tahun

Pahang Juara Piala Malaysia 2013 Tok Gajah akhiri kemarau 21 tahun










 Gambar-gambar menunjukkan suasa di Lebuhraya Pantai Timur Kuantan ke Kuala Lumpur di mana para penyokong Tok Gajah memberi sokongan samada dengan menaiki bas dan kereta.

Sekitar perlawanan akhir Piala Malaysia 2013 antara pasukan Pahang dan Kelantan di Stadium Shah Alam, malam ini. Pahang menewaskan Kelantan 1-0. - Foto SINAR HARIAN oleh Zulfadhli Zaki 

 


PAHANG menamatkan penantian 21 tahun menjulang Piala Malaysia apabila bergelar juara selepas menewaskan Kelantan 1-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Jaringan tunggal penyerang import Tok Gajah, Matias Ruben Conti minit - 58 yang bijak menyambar hantaran lintang dari Azamuddin Akil di sebelah kiri gawang Kelantan sudah cukup memastikan kemenangan mutlak Pahang.

Beraksi dalam keadaan padang basah kedua-dua pasukan dilihat mempamerkan corak permainan berhati-hati dengan lebih banyak melakukan gerakan melalui hantaran
jauh.

Pahang hampir berada di depan pada minit ke-10 apabila hantaran lintang dari R Gopinathan gagal ditampan kemas Conti dan Azamudin Akil yang melegakan kira-kira
50,000 penyokong setia Pahlawan Merah.

Tersentak dengan serangan tersebut, Kelantan menyusun serangan menggempur kubu Tok Gajah melalui gerakan tiga serangkai Dickson Nwakame, Norfarhan Mohamad dan Mohd Badhri Radzi.

Sepakan percuma dari luar kotak penalti diambil Indra Putra Mahyudin (m-18) hampir meletakkan Kelantan di depan namun sedikit tersasar di sebelah kiri gawang ketika benteng terakhirnya Pahang, Khairul Azhan Khalid sudah pun tertewas.

Kesilapan pertahanan Pahang, Damion Delano Stewart yang menjatuhkan Nwakaeme (m-24) hampir memberikan sepakan penalti buat Kelantan selepas pemain TRW mendakwa kekasaran tersebut berlaku dalam kotak penalti namun pengadil perlawanan Nagor Amir Noor Mohamed hanya memberikan sepakan percuma.

Tok Gajah yang enggan mengalah turut mengatur gerakan memburu gol dan berpeluang mendahului namun rembatan kencang R Surendren terkena palang gol tiga minit
kemudian.

Norfarhan turut terlepas peluang menjaringkan gol apabila rembatannya berjaya ditepis Khairul (m-34) sebelum 10 minit kemudian sekali lagi pemain gagal menewaskan
benteng terakhir Tok Gajah sebelum kedua pasukan beredar masuk ke bilik persalinan dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Bermula babak kedua Pahang yang melakukan sepak mula hampir memecah kebuntuan apabila berlaku keadaan kelam kabut depan gol TRW namun Fauzi Roslan gagal menterjemahkan dengan jaringan.

Gol dicari Pahang akhirnya menjelma pada minit-58 apabila Conti menanduk cantik hantaran lintang dari Azamuddin yang gagal ditepis Khairul Fahmi Che Mat.

Ketinggalan 0-1 tidak melemahkan semangat anak didik Bojan Hodak yang melancarkan serangan bertali arus selepas itu namun kekebalan benteng pertahanan Pahang menggagalkan usaha pemain Kelantan.

Berbaki 10 minit perlawanan terakhir Kelantan mempunyai dua peluang menyamakan kedudukan menerusi Ahmad Fakri Sharani dan Norfarhan tetapi Khairul Azhan tetap tangkas memastikan gawang tidak dibocori sehinggalah tamat perlawanan.



Tahniah Malaysia cipta rekod muncul juara AUG ke 16

Tahniah Malaysia cipta rekod muncul juara AUG ke-16

 

 

Perbarisan atlet Malaysia pada acara penutup Sukan Universiti ASEAN, di Laos, malam tadi.

Malaysia cipta rekod muncul juara AUG Sukan Universiti ASEAN


Catat sejarah sejak 30 tahun jadi johan bertanding di luar negara
Berakhirnya Sukan Universiti ASEAN (AUG) edisi ke-16 semalam, Malaysia secara rasminya mencipta rekod menjuarai kejohanan itu buat pertama kali di luar negara sejak 30 tahun sejarah penganjuran sukan universiti peringkat Asia Tenggara itu.

Hadir dengan hanya mensasarkan 36 emas, namun kejayaan membawa pulang 60 pingat emas, 48 perak dan 72 gangsa cukup melahirkan rasa bangga di kalangan setiap atlet dan pegawai kontinjen negara. 




SMK Jengka 2 Catat Kejuaraan Kejohanan Bola Sepak MSSM Daerah Maran

Keratan Akhbar: SMK Jengka 2 Catat Kejuaraan Kejohanan Bola Sepak MSSM Daerah Maran



MARAN 30 Mac - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka 2 muncul juara Kejohanan Bola Sepak Bawah 15 Tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) Daerah Maran selepas menewaskan SMK Jengka 6 dengan jaringan 5-2 dalam perlawanan akhir baru-baru ini.

Naib Pengerusi Jawatankuasa Pengelola kejohanan, Abdul Rahman Ahmad berkata, kemenangan itu merupakan satu sejarah tersendiri buat SMK Jengka 2 kerana muncul juara buat tahun ketiga berturut-turut.

''Keseluruhannya tahun ini 16 pasukan dari sekolah menengah daerah Maran berentap bagi memilih juara, sekali gus mewakili daerah Maran ke peringkat negeri.

Tuah Bidan Terjun, Tahniah

Tuah Bidan Terjun, Tahniah

ATLET 4x400 meter lelaki (dari kiri) S. Kannathasan, Mohd. Yunus, Yuvaraaj dan Schzuan mengibarkan Jalur Gemilang
selepas berjaya meraih emas di Palembang semalam.

Tahniah Dunia Cikgu Kaunseling ucapkan kepada atlet Malaysia yang berjaya meraih emas. Tahniah diucapkan kepada kuartet 'bidan terjun' yang tidak langsung diletakkan harapan berjaya meraih emas dalam acara 4x400 meter lelaki semalam di Palembang, Indonesia.

"Kami berjaya buktikan, walaupun datang di bawah kategori B dan di saat akhir, kami berjaya membawa pulang emas," kata Kannathasan.

Sebahagian laporan akhbar berkaitan kemenangan mereka:

PALEMBANG - Penyertaan di saat-saat akhir itu tidak menghalang gandingan S. Kannathasan, P. Yuvaraaj, Schzuan Ahmad Rosely dan Mohd. Yunus Lasaleh untuk menyinar, sekali gus mengejutkan banyak pihak termasuk yang menghalang kedatangan mereka ke sini sebelum ini.

Kuartet itu mencatat masa 3 minit 10.47s untuk menewaskan juara bertahan, Thailand di tempat kedua dan Indonesia (ketiga). Catatan itu bagaimanapun jauh daripada rekod Sukan SEA, 3:05.47s.

"Kami berjaya menutup mulut mereka yang menghalang kedatangan kami ke sini. Kami berjaya buktikan dengan membawa pulang emas," kata Kannathasan.

Kejayaan kuartet 4x400 ini yang hanya baru tiba dua hari lalu akibat pelbagai halangan dan dengki khianat pihak tertentu bakal memberi satu tamparan hebat kepada Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).

Ini kerana dalam menyenaraikan mereka ke Sukan SEA ini, berlaku tarik tali di mana pada peringkat awal mereka disenaraikan, kemudian digugurkan sebelum disenaraikan semula di saat akhir.

Sebagai rekod, kali terakhir kuartet 4x400 meter lelaki negara memenangi pingat emas pada temasya dwitahunan itu ialah edisi 2007 di Thailand menerusi rangkaian pelari Mohd. Zuslaini Mohd. Zafril, Zainal Abidin Muhammad Zaiful, Subramaniam Thipan dan Krishnan Amran Raj.

Sebelum ini, penyertaan kuartet emas negara itu berdepan pelbagai halangan ekoran beberapa kontroversi yang timbul membabitkan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .