By Puan Ummi Tuesday, January 08, 2013
cinta, Jodoh, kaunseling, kaunseling individu, kejodohan, Kemahiran Membuat Keputusan, Kemahiran Menghadapi Tekanan, Motivasi, wanita
Mari Bina Anggun dan Unggul Dalam Diri
Soalan
Masalah biasa bagi seorang wanita Dr., takut dengan hari muka. Sekuat
manapun seorang wanita itu apabila usianya meningkat melebihi 30-an dia
akan berasa takut. Macam-macam jenis takut.
Apa akan jadi jika terus
begini hingga tua. Kalau berharta pada siapa hendak diwasiatkan kalau
ketika itu ibu ayah telah meninggal dunia. Macam-macam lagi.
Mereka yang mengatakan tidak pernah risau soal ini adalah berbohong.
Sebagai insan biasa yang dilahirkan dan dibesarkan dalam suasana Melayu,
hal ini cukup menghantu. Balik kampung seolah-olah semua orang
berbisik-bisik.
Dalam majlis-majlis selalu jadi bahan usikan. Bohong
kalau semuanya itu tidak meninggalkan bekas.
Saya ingin jadi unggul dan terus anggun. Bagaimanakah caranya Dr.?
Saya tahu saya tidak akan mampu menghentikan semuanya itu. Bolehkah Dr.
berikan sesuatu untuk saya fikirkan dan laksanakan?
Mengendalikan Rasa Kecewa
(Dalam Hal Kejodohan)
Bagaimana Agaknya nak kendalikan rasa kecewa ya?
Hati yang retak seribu tentulah parah lukanya. Namun tiada siapa yang nampak luka hati itu. Sebab apa? Sebab ia kat dalam hati kita. Dalam tubuh badan kita. Namun, dari bahasa badan, riak kekecewaan pasti dapat dikesan oleh individu yang hampir dengan kita.
Mungkin dari lirikan mata kita, mimik wajah, cara kita berkomunikasi dan gaya badan kita. Secara tak sengaja, gambaran hati kita terlukis pada tindakan kita. Cuma yang empunya badan sedar atau tidak sahaja.
Hati kita dipagut rasa sayu. Fikiran mula melayang-layang. Mula terfikir, dulu si A berjanji begitu begini. Si A anggap aku ini special. Tup tup dia bernikah dengan orang lain. Atau Si A begitu mesra dengan kita namun rupanya hanyalah sebagai teman biasa. Atau apa sahaja situasi yang membuatkan kita terbuai perasaan dengan si dia.
Maka di kala itu,jika tidak dikawal, mudah sangat pengaruh negatif menghasut jiwa kita. Menuntun kita ke arah kebinasaan dan tindakan di luar kawal.
Tanamkan sebesar-besar rasa sabar dalam jiwa. Biarlah airmata menitis pun tidak mengapa. Biar segala kesedihan terluah. Namun pastikan airmata yang tumpah itu tidak tumpah ke bumi dengan sia-sia. Maksudnya, biarlah airmata itu airmata memohon keampunan Ilahi. Usahlah membiarkan diri terus bermuram durja selama berhari-hari,berminggu2.
Ambil pengajaran dari kisah kekecewaan yang dilalui. Muhasabah kembali diri kita. Cuba perbaiki kesilapan diri kita dan ceriakanlah hidup kita. Lakukan apa sahaja aktiviti yang membahagiakan jiwa kita asalkan tidak bertentangan dengan syarak.
Selalulah hampiri TuhanMu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Mengetahui. selalulah berdoa, Solat Hajat dan Istikharah. Semoga Allah menggantikan dia yang hilang dengan seorang yang lebih baik dan sesuai untuk kita dunia akhirat.
Jangan simpan rasa benci dan marah kepada kaum lawan jenis kita hanya disebabkan oleh seorang lelaki/wanita yang mempermainkan perasaan kita. Berbaik sangka kepada Allah dan teruskan hiasi diri dengan santun dan peribadi muslim sejati. InsyaAllah, jodohmu pasti akan tiba. Cuma samada lambat atau cepat sahaja.
Yakinlah. Ada hikmah di atas kekecewaan hari ini.
catatanku ini dedikasi buat insan yang tabah
Bingkisan Doa Ya Allah..
Doa Untuk Kekasih Bingkisan Doa Ya Allah
Seandainya telah Engkau ciptakan
Dia milikku tercipta buatku
Satukanlah Hatinya dengan hatiku...
........................................
Doa Buat Kekasih
‘Bingkisan Doa.’
Ya Allah…. Seandainya telah engkau catatkan… Dia
milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah
kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya
tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan…. dia bukan
miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku…. Luputkanlah ia dari
ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti…. Berikanlah aku
kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja
nan merah.. agarku bisa bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…
Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang….
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan
dirinya…
Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya
apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku…. kerana
engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…
Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia
dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan
engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah
aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama2 dapat
membina Kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan
kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….
Amin.. Ya Rabbal A’lamin.
* Bait-bait puisi seperti bingkisan di atas pernah saya perolehi daripada rakan sewaktu masih di sebuah matrikulasi. Namun lukisan di atas saya upload dari enjin carian. Saya tak pasti siapa pelukis di atas.
Sekitar 1999..puisi seumpama di atas, Rakan saya sendiri tidak tahu siapa penulis puisi ini. Namun kami sama-sama mengambil isi yang tertera di kertas itu. Dalam apa-apa hal, teruskan berdoa, bermunajat dan memohon kepada Allah. Kerana Allah maha mengetahui yang terbaik untuk para hambaNya.
Saya fikir saya mahu send kan bait puisi di atas untuk adik-adik saya dan mereka yang hampir dengan saya yang masih meniti usia remaja. Khususnya mereka yang dekat dengan saya tetapi menjadi silent reader blog ini. Semoga adik-adik semua tabah dalam mengaharungi dugaan kehidupan ini.
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .