By Puan Ummi Friday, May 15, 2020
#pkp, #prayformalaysia, #prayfortheworld, bimbingan dan kaunseling, guru, kerjaya perguruan, Pembelajaran Online, Pengurusan Emosi, Pengurusan Stress
PANDUAN KAWALAN EMOSI GURU DAN MURID SEMASA PKP KERANA #COVID19
Salam Jumaat. Salam Ramadan. Selamat sejahtera. Rakan-rakan FB yang dihormati. Alhamduliah. Harini semakin ramai rakan FB saya. Dari pelbagai pekerjaan dan latar belakang. Salam ukhuwwah ye 
Pagi ini. Saya copy paste bahan-bahan yang berfaedah buat kita semua. InshaAllah.
SALAM JPN SABAH HEBAT & SALAM PPD TUARAN, SEDERAP MENERAJUI PERUBAHAN 
"KAWALAN EMOSI GURU DAN MURID MELAKSANA PdP JJ SEMASA PKP"
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID HEM (KAUNSELING), PPD TUARAN AKAN MELAKSANAKAN BICARA PERKONGSIAN INTELEK OLEH PROF DATUK DR FADZIL CHE DIN, PAKAR PSIKOLOGI KAUNSELING UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM) MENGIKUT KETETAPAN DI BAWAH :
TARIKH :
15 Mei 2020 (Jumaat)
DILANCARKAN OLEH :
Ybhg Dr Mistrine binti Radin, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
PLATFORM :
Live Streaming FB
PAUTAN PENDAFTARAN & KEHADIRAN SPLKPM :
Warga Pendidikan Shj (Sekolah, PPD, JPN & KPM)
SEMUA GURU & MURID DIJEMPUT UNTUK BERSAMA SAMA DALAM SESI BICARA PERKONGSIAN INTELEK INI.
SYMA
MOHD HANIM MOHD GOSS
TIMBALAN PPD SPM
PPD TUARAN
Borang Kaunseling Online Murid Arau PKP 2020 Perangi Covid19
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Buat anak-anak SMK Arau.
Perintah Kawalan Pergerakan telah pun diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada Mac 2020 lalu.
Pada Hari Jumaat, 10 April 2020, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKP terpaksa dilanjutkan selama 14 hari lagi bermula 15 April hingga 28 April.
Susulan itu, bagi menyahut saranan YAB PM Malaysia, yang telah meminta KPM supaya melaksanakan inisiatif pembelajaran dari rumah atau ‘ home based learning’ sepanjang tempoh PKP sehingga sekolah kembali dibuka, maka Unit Bimbingan SMK Arau menyahut seruan ini.
Jemput melayari dan membaca web blog cikgu; http://cgkaunseling.blogspot.com/?m=0.
Boleh Baca web blog tersebut untuk mendapatkan info berkaitan kerjaya.
Jika nak tanya apa-apa dalam web blog tu ada google form. Boleh isi dan nanti akan personal ke email Cikgu Asma', Unit Bimbingan Kaunseling SMK Arau.
Buat anak-anak SMK Arau. Situasi terkini berkenaan wabak COVID-19 boleh menyebabkan sesetengah individu terkesan dari segi emosi dan psikologi seperti gangguan tidur, bimbang dan pemakanan.
Jika anak-anak merasa tertekan, anak-anak boleh menghubungi cikgu secara personal. Jangan takut buat aduan dengan cikgu, jika ada merasa tertekan di rumah. Contohnya ada yang merasa takut tinggal di rumah atas sebab tertentu, atau masalah lain, sila laporkan dengan cikgu ya.
Isikan borang online ini ya anak-anak. Kerahsiaan sesi ini inshaAllah terjamin.
Kaedah 1; Scan QR Code berikut:
Atau klik link https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSexgSiTbAwk4jSnSoVuszF5XmVnEMcbOxx_w4ytJHJBFFQuAw/viewform
Cikgu tunggu sesi anak-anak ya.
Sekian. Terima kasih.
Yang Menjalankan Amanah,
Puan Asma' Bt Ahmad,
Guru Bimbingan Kaunseling,
SMK Arau, Perlis.
(Kaunselor Berdafar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia)
No Pendaftaran Kaunselor Berdaftar ,KB02164 PA05931 .
#staystrong
#kitamestimenang
#kitajagakita
#kitajagasemua
#prayformalaysia
#prayforfrontliners
#prayforworld
#solidaritikaunselor
#pkpfasa3
#prayformalaysia
#prayforbrunei
#prayforindonesia
#prayforcambodia
#prayforasean
#prayforworld
#prayformakkah😢
#prayformadinah
#kitajagakita
#kitajagasemua
#stayathome
#thankyoufrontliners
#thankyoukkm
(Borang online ini telah disiarkan pada 28 Mac 2020 dan akan menjadi status utama hingga 14 Mei 2020)
SMK Arau ke Pertandingan Inovasi di Brunei 2019
SMK Arau ke Pertandingan Inovasi di Brunei 2019
SMK Arau menyertai Pertandingan Inovasi di Brunei Darus Salam. Team SMK Arau bersama Yang Mulia Dato Paduka Dr Hj Md Isham bin Jaafar, Menteri Kesihatan Brunei Darus Salam, Yang Mulia Tuan Haji Diny Karim, dan Yang Berbahagia Dr Siti Taniza Toha Bersama Team Arau dan SRAATI Perlis. Sabtu. 7 Sept 2019.
#brunei
#innovation
#smkarau
#arau
#perlis
Pertandingan Amalan Baik Unit HEM Kementerian Pendidikan Malaysia 2018: Mohon bantuan netizens likes Video Arau Buddyz Team
SIMPOSIUM HEM 2018 TERENGGANU
Assalamualaikum dan selamat malam. Saya dengan ini memohon bantuan rakan-rakan guru sekalian untuk meng klik likes kepada video kami yang tak seberapa ini, https://youtu.be/6SQCrJl4tI4 kerana kami menyertai Pertandingan Amalan Baik Unit HEM Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2018.
Segala bantuan pihak tuan puan kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. Hanya Allah yang dapat membalasnya.
Sekian, wassalam.
https://youtu.be/6SQCrJl4tI4
Terima kasih, semua.
Contoh Resume Ke Universiti
Gambar program Unit Kaunseling Kerjaya KMPh bersama Prof Madya Dr Wan Amizah Wan Mahmid, Ketua Program Komunikasi Media UKM
Assalamualaikum dan selamat malam. Anak-anak apa khabar? Saya mendapat banyak pertanyaan berkaitan resume. Antara
Cara Membuat Resume dan Contoh Resume
Apa itu resume? Resume merupakan ringkasan maklumat peribadi, kelayakan, pengalaman dan rujukan. Setiap pekerjaan menginginkan resume untuk melihat kelayakan anda untuk bekerja. Bagaimanakah cara untuk membuat resume? Diakhir penulisan saya sertakan contoh format resume kepada anda.
Sedikit tip Semoga bermanfaat dan dapat dijadikan panduan terutama buat anak2
RESUME
1. Pastikan resume yang dihasilkan paling maksimum 2 muka surat jangan lebih.
2. Bentukkan resume mudah dan padat (elok guna konsep minimalis).
3. Gunakan font tulisan yang terang, kemas seperti Arial, Century atau Verdana (please do not use fancy font) .
4. Dalam resume, letakkan objektif kerje (penting). Objektif kerja ini berbeza mengikut bidang. (bagi resume mohon kerja).
5. Mana-mana isi yang tidak berkaitan atau tidak penting seperti tinggi, berat tidak perlulah dinyatakan didalam resume.
6. Update segala maklumat bermula lepas SPM sehingga sekarang. (Kerja jual dadih juga boleh disi dibawah kategori usahawan).
7. Susun dan cetak salinan sijil akademik, kokurikulum, kursus mengikut tahun.
8. Untuk part reference, boleh guna nama ketua jabatan, penasihat akademik, supervisor FYP atau pensyarah tapi pastikan maklumkan pada mereka.
9. Isi setiap maklumat yang diperlukan dengan betul tanpa penyelewengan.
10. Wajib ada satu email formal dan no telefon yang tidak akan ditukar-tukar (walaupun anda clash
11. Pastikan no telefon yang diberikan itu boleh dihubungi 24jam dimana sahaja anda berada.
12. Sekiranya dapat miss call tu, maka segera lah buat panggilan balas. Jangan biarkan pemanggil menunggu/mencari kita (jangan kedekut kredit sangat).
13. cetak resume atas kertas keras >80gsm (looks professional).
INTERVIEW
1. Selidik latar belakang universiti seperti jumlah fakulti dan jabatan.
2. Periksa lokasi tempat interview disesuatu tempat (kalau boleh sehari sebelum cari lokasi tempat interview, jadi esoknya tidak kelam kabut mencari)
3. Sedia sejam sebelum interview. Mungkin nampak skema datang awal tetapi kalau dalam keadaan bersedia ianya akan lebih mudah.
4. Keep calm, be yourself (seriusly jangan nak propa sangat masa interview)
5. Masa bercakap, buat eye contact (it shows that you are confident)
6. Masa masuk beri salam dan masa keluar cakap terima kasih.
The rest is doa, tawakal dan tunggu maklumbalas. Ini yang mampu aku kongsikan selama aku memohon pekerjaan (masih lagi mencari yang terbaik). Kebanyakan tips adalah adaptasi melalui perkongsian di FB dan pencarian di Google.
Kepada lepasan Matrikulasi KPM, STPM, STAM.dan setaraf yang mendapat panggilan temuduga, samada temuduga ke IPTA mahupun MedSI, tahniah diucapkan. Kepada yang tidak dipanggil temuduga, usahlah berdukacita.
Berdoalah terus kepada Ilahi, dengan gigih dan kesabaran, InsyaAllah masa anda tiba juga.
Apa yang perlu ada dalam resume?
1. Gambar pasport
2. Nama penuh
Cth:
ABDUL KARIM BIN ABDUL RAHIM
3. Alamat tetap, no telefon dan alamat emel
Cth:
No 38, Lorong Pelindung Jaya 38,
Beserah 26100, Kuantan, Pahang
No Telefon: 01X-XXXXXXX
e-mel: xxxxxxxxx@yahoo.com
4. Objektif anda bekerja
Cth:
Untuk menjadikan pekerja yang progresif dan inovatif dalam suasana pekerjaan dengan menggunakan kemahiran dan ilmu yang ada.
5. Maklumat peribadi
Cth:
No IC : _________ Tarikh Lahir : _________
Warganegara : _________ Tempat Lahir : _________
Bangsa : _________ Agama : _________
Status : Bujang/Berkahwin Jantina : _________
6. Latar belakang pendidikan
20XX-20XX Sekolah Menengah ___________(Nama sekolah)
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Gred: ______________________
20XX-20XX Universiti _____________ (nama universiti)
Diploma _____________
CGPA: _____________
7. Pengalaman kerja
Cth:
Tahun Nama syarikat - Jawatan
Jun 20XX – Julai 20XX Syarikat XXX – Jurutera
8. Kemahiran @ skil (bahasa)
Cth:
· Mahir bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
· Mempunyai kebolehan untuk bertutur dalam Bahasa Perancis
9. Kemahiran @skil (perisian) atau (bakat)
Cth:
Kemahiran menggunakan applikasi komputer termasuk MS Office.
10. Aktiviti
Cth:
Tahun Jawatan yg disandang, Nama persatuan dan Nama sekolah
2008 Pengerusi, Kelab Kembara Sekolah Menengah _________
11. Anugerah
Cth:
Anugerah Dekan Universiti......... (20XX)
12. Rujukan
Biasanya rujukan ada 2
Cth:
Nama Pensyarah/Bos/Penyelia Nama Pensyarah/Bos/Penyelia
Jawatan Jawatan
Alamat Alamat
Tel. No (Off.): _________ Tel. No (Off.): _________
Tel. No (H/P): _________ Tel. No (H/P): _________
By Puan Ummi Saturday, February 27, 2016
Bengkel dan Seminar, bimbingan dan kaunseling, Halatuju, kaunseling kerjaya, Kuantan, Pahang, Program Anak Yatim Permata Hati, Sejarah PERHATI, selepas SPM
REUNION PERHATI DAERAH KUANTAN LEPASAN SPM 2015
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
REUNION PERHATI SPM 2015
Tarikh : 5/3/2016
Masa. : 9 pg - 1 ptg
Tempat. : KYP Taman Gelora
Program ditaja sepenuhnya oleh pihak KYP...tanpa bayaran.
Objektif reunion ini adalah untuk bantu anak perhati key in result bagi permohonan ke KYP dan juga ipt yang selayaknya. Mohon hebah kepada anak perhati masa ambil result supaya mereka datang. Koordinator dipohon hadir bagi bantu anak perhati terutamanya sekolah masing-masing semasa berada di KYP.....surat akan dikeluarkan dari PPD Kuantan. Sekian terima kasih.
SARANA PSIKOSOSIAL ZON PANTAI TIMUR 2016
BERTEMAKAN
"SEJAHTERA DI RUMAH,
SEJAHTERA DI TEMPAT KERJA"

Berdasarkan website Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Psikologi dan Kaunseling, Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengadakan program SARANA PSIKOSOSIAL ZON PANTAI TIMUR 2016 bertemakan "Sejahtera di Rumah, Sejahtera di Tempat Kerja".
Tarikh: 1-2 Mac 2016
Tempat:
¨ Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
¨ Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu
¨ Jabatan Pendidikan Negeri Pahang
Objektif: ¨ Membantu dan memberi ilmu pengetahuan kepada warga Kementerian Pendidikan Malaysia dari pelbagai peringkat melalui pendekatan psikologi dan kaunseling.
¨ Membantu Kementerian Pendidikan Malaysia menjayakan Anjakan 9 Pelan Pembangunan Pendidikan (Anjakan 9 - Berkerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta secara meluas)
¨ Meningkatkan pelaksanaan program pencegahan, pengembangan, pemulihan dan intervensi melalui aplikasi Modul Perkhidmatan Kaunseling Keluarga, Bahagian Psikologi Dan Kaunseling, KPM.
Sekian, terima kasih.
Bahagian Psikologi dan Kaunseling
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
By Puan Ummi Saturday, February 13, 2016
bimbingan dan kaunseling, bimbingan kerjaya, Halatuju, Halatuju Selepas Matrikulasi KPM, Halatuju Selepas STPM, ILKA, IPTA, Jom Masuk U, kaunseling kerjaya, kerjaya, selepas SPM, UPU
Ringkasan berkaitan permohonan UPU 2016:
1. Bpkp penjenamaan semula UPU.
2. USM tidak termasuk dlm BPKP.
3. 19 buah universiti awam dan 93 institusi kemahiran awam.
4. Tarikh tutup pembelian no unik 4 April 2016
5. Keputusan SPM dijangka 3 Mac 2016.
6. Prog yg ada interview akan diinterview pd minggu akhir April 2016.
7. Keputusan permohonan akan keluar pd 2 mei
8. Ada 12 pilihan kursus berbanding dulu 8 shj
9. Tiada had utk mengemaskini.
10. Rayuan boleh dibuat selepas 5 hari keputusan kemasukan.
11. Utk maklumat trrperinci tel .03-88706767 atau 03,-88706777
Kursus di IAB Institut Aminuddin Baki, Genting Highland, Pahang Darul Makmur
Institut Aminuddin Baki terletak lebih kurang 1000 meter dari paras laut dengan suhu 18°C - 20°C dan terletak kira-kira 50 kilometer dari Kuala Lumpur.
Kampus cawangan IAB di Sri Layang, Pahang Darul Makmur, terletak di atas tapak seluas 48.6 hektar dan mula beroperasi sejak Mei, 1985.
Alamat :
Institut Aminuddin Baki,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Sri Layang,
69000 Genting Highlands,
Pahang.
No.Telefon : 03-61056100
No. Faks : 03-61056299
pesanan penaja untuk kawan2 yang akan pergi...kalu yang x larat @ preggy bawak le kreta sendiri
sebab tangga nak naik bilik/dewan kuliah memang tinggi - lebih kurang 114 anak tangga...
Link pictures;
https://ms-my.facebook.com/pages/Institut-Aminuddin-Baki-Genting-Highlands-IAB/161543703906640
Program TOT ELAS Cg Jinggo di Bangi Mac 2016
InshaAllqh Program Cg Jinggo akan diadakan di Hotel Amani, Bandar Baru Bangi 13 Mac 2016 ini. Jom sertainya. Boleh hubungi Encik Noorhisham, Kaunselor yang menguruskan program ini di talian 0196144040.
By Puan Ummi Thursday, January 21, 2016
bimbingan dan kaunseling, bimbingan kerjaya, Halatuju, Halatuju Selepas Matrikulasi KPM, Halatuju Selepas STPM, Haluan Kerja Pendidikan, kaunseling kerjaya, Matrikulasi, Matrikulasi KPM
Permohonan ke UM 2016 Untuk Lepasan Matrikulasi STPM STAM ASASI Dan setaraf
Salam dan Selamat sejahtera. Tuan/ Puan, mohon jasa baik untuk memaklumkan kepada pelajar-pelajar tuan/puan,(LEPASAN MATRIKULASI, STPM,STAM,ASASI DAN SETARAF) permohonan terus kemasukan ke Ijazah Sarjana Muda Universiti Malaya ambilan September 2016 telah dibuka sehingga 5 April 2016.
Sejumlah 97 program ditawarkan untuk Aliran Sains / Teknikal dan Perakaunan. Portal Permohonan http://myum-id.um.edu.my . Terima kasih
KERTAS CADANGAN PROGRAM PELAJAR SEBAGAI PENGACARA MAJLIS
CONTOH BORANG AKU JANJI STPM
PERKHIDMATAN
BIMBINGAN DAN KAUNSELING
AKU JANJI STPM
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .