Aliran Teknikal Kolej Matrikulasi
Kementerian Pelajaran Malaysia
Terdapat beberapa orang pelajar saya yang bertanya tentang Aliran Teknikal di Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh itu saya masukkan artikel ini yang dipetik dari Portal Rasmi Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia, klik sini.
Kolej Matrilukasi Aliran Teknikal di Malaysia setakat ini ada di 3 buah negeri. Salah satunya di Bandar Pusat Jengka iaitu Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang. Website rasmi Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang, klik sini. Alangkah bertuahnya anak negeri Pahang kerana mempunyai 2 buah Kolej Matrikulasi KPM, sebuah lagi. di Gambang.
Baiklah kita ikuti artikel tentang Pelaksanaan Program Matrikulasi Aliran Teknikal, oleh Saidatul Azwa Binti Mohd Hashim.
Program Matrikulasi Aliran Teknikal mula dilaksanakan pada sesi 2009/2010 di tiga sekolah menengah teknik yang telah beroperasi sepenuhnya sebagai kolej matrikulasi bermula Mei 2009. Kolej-kolej tersebut telah dinamakan Kolej Matrikulasi Teknikal Johor, Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang dan Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah.
Usaha melaksanakan Program Matrikulasi aliran teknikal adalah berdasarkan cadangan Mesyuarat Jawatankuasa Akademik Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha. Ini adalah selaras dengan usaha BPTV untuk menjenamakan dan seterusnya memperkasakan pendidikan teknik dan vokasional.
Program ini bukan sahaja meluaskan lagi peluang pilihan pelajar bumiputera untuk ke bidang kejuruteraan/teknikal tetapi juga memberi peluang kepada pelajar lepasan sekolah menengah teknik untuk disalurkan ke aliran teknikal dan seterusnya memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam dalam jurusan kejuruteraan/teknikal selepas lulus Program Matrikulasi.
Kurikulum Program Matrikulasi aliran teknikal merupakan kesinambungan antara kurikulum teknikal berkaitan di sekolah dan kurikulum jurusan kejuruteraan tahun pertama peringkat ijazah pertama di IPTA. Mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal dan Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di peringkat sekolah teknik dilanjutkan sebagai mata pelajaran yang sepadan, iaitu Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal dan Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di peringkat matrikulasi.
Mata pelajaran Fizik dan Kimia di peringkat sekolah pula digabungkan dan dilanjutkan sebagai mata pelajaran Sains Kejuruteraan. Pelajar aliran teknikal juga akan mengikuti mata pelajaran wajib dan kokurikulum seperti yang ditawarkan kepada pelajar jurusan sains dan perakaunan.
Pelaksanaan Program Matrikulasi jurusan teknikal akan memberi masa depan yang cerah dalam merangka pembaharuan dan perluasan Program Matrikulasi selaras dengan keperluan untuk memartabatkan Program Matrikulasi bagi menghasilkan seramai mungkin produk bumiputera yang berkualiti dan mampu memenuhi keperluan dan kepentingan masa depan bangsa dan negara dalam bidang kejuruteraan/teknikal.
5 Comments:
Cikgu, kalau ambik matrik kpm aliran teknikal...ada belajar subjek technical drawing tak...
Saya mtk cikgu email jwpn ada atau tidak sbb sy jarang bukak blog.
Ni tye utk anak lelaki saya sbb dia dr smk biasa dan minat nk ambik aeronautik. Tkasih.
Email saya, norrukrahim@gmail.com
Salam..
cikgu saya nak tanya.. boleh x pelajar yg hanya ada peljaran lukisan kejuruteraan masuk matrik teknikal??
Saudara Norruk, maaf ya saya tak sempat nak balas komen anda segera.
setahu saya ada belajar technical drwing dan autocad di matrikulasi teknikal
Assalamualaikum..saya nak tanya sesuatu..boleh ke saya mohon aliran teknikal utk matrik? sebab saya berminat sangat dalam aliran ni..tapi saya dari kelas sains tulen dan x ade ambil subjek lukisan kejuruteraan..harap cikgu boleh bantu..terima kasih
Waalaikumussalam boleh
Post a Comment