Jom Kenali Kolej Vokasional,
Kolej Vokasional Dato Lela Maharaja Rembau Negeri Sembilan
SMVDLM telah 100% menjadi Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja, Rembau.
Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja 2013
Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja 2013
Sejarah Logo Sekolah Vokasional Pertanian-SMTDLM
Visi Kolej
KVDLM menerajui aliran vokasional pertanian di Malaysia.
Misi Kolej
Bermuafakat melahirkan insan mapan melalui pendidikan bersepadu dan berkualiti.
Dasar Kualiti Kolej
Kami warga KVDLM dengan penuh iltizam akan menumpukan tenaga dan usaha kami untuk membangunkan potensi pelajar.
Kolej ini merupakan salah sebuah dari 4 buah kolej vokasional KPM yang
menawarkan diploma vokasional pertanian dengan pilihan kursus kemahiran
pertanian seperti Hortikultur Hiasan , Lanskap, Pengurusan Perniagaan, Agroindustri Tanaman, Agroindustri Ruminan, Agroindustri Poultri, Akuakultur , Pemprosesan Hasil Pertanaian dan Mekanisasi Agro..
Sejarah Kolej
TRANSFORMASI
SEKOLAH LANJUTAN KAMPUNG REMBAU
Sekolah
lanjutan Kampung Rembau (SLK) siap dibina pada tahun 1958. Sekolah ini
telah dibuka dengan
rasminya oleh Y.A.M Undang Luak Rembau pada 25hb. Jun 1958. Sekolah ini
telah dibina di bawah Rancangan Colombo pada tahun 1958. Bidang
pelajaran yang ditawarkan ialah akedemik , vokasional, pertanian dan
sains.
Pada tahun 1961, sekolah ini telah ditukar nama kepada Sekolah Latihan
Perusahaan yang menawarkan kursus selama dua tahun kepada
pelajar-pelajar dewasa. Juga dikenali sebagai Sekolah Pertukangan
Luar Bandar.
Nama sekolah diubah sekali lagi pada 1hb. Januari 1969 iaitu Sekolah
Menengah Vokasional (Pertanian) Rembau. Kursus yang ditawarkan adalah Hotikultur Hiasan dan Landskap. Kejenteraan Ladang dan Pengurusan Ladang. Hanya pelajar lelaki sahaja
dibenarkan belajar disekolah ini sehingga tahun 1990.
Pada tahun 1999 sekolah ini telah dinaiktaraf menjadi Sekolah Menengah
Teknik Petanian, Rembau di bawah penstrukturan sekolah menengah
vokasional dalam bidang pertanian. . Pengajian Kejuruteraan Mekanikal di bawah aliran
teknikal yang mula ditawarkan pada tahun 1999. . Sekolah ini telah menawarkan dua aliran iaitu
aliran teknik dan aliran vokasional (pertanian). Bermula pada tahun 2002,
Pengajian Agroteknologi , ditawarkan.
Pada tahun 2003 nama sekolah ini telah diubah sekali lagi menjadi
Sekolah Menengah Teknik Dato’ Lela Maharaja iaitu mengambil sempena
jawatan Undang Rembau iaitu Dato’ Lela Maharaja. Nama undang Rembau
ialah Dato’ Hj. Muhd Sharif Bin Hj. Othman.
Kursus lain seperti Pengajian
Kejuruteraan Awam, Elektrik dan Mekanikal telah ditawarkan pada tahun 2003 berkenaan. Kursus Sijil
Kemahiran Pertanian iaitu Pekerja Am Tanaman mula diperkenalkan pada tahun
2009.
Tahun 2010 berlaku perubahan penawaran kursus vokasional akibat penukaran silibus mata pelajaran vokasional. Kursus yang
ditawarkan ialah Agroindustri Tanaman, Agroindustri Ternakan, Teknolgi Tanaman
dan Hortikultur Hiasan Dan Landskap, Pengurusan Perniagaan dan Pengajian Komputer.
Transformasi pendidikan negara telah merngubah sekolah aliran vokasional
menjadi kolej vokasional. Pada tahun
2012, SMTDLM telah berubah lagi menjadi perintis Kolej Vokasional
Dato'Lela Maharaja Rembau dengan penawaran kursus Agroindustri Tanaman,
Agroindusri Ruminan,
Agroindustri Poultri, Mekanisasi Agro, Kursus Hortikultur Hiasan dan
Kursus
Landskap sahaja.
dan tahun 2013 nama sekolah
telah rasmi menjadi Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja Rembau, Negeri
Sembilan.
SEGALA KEMYUSKILAN, PERTANYAAN SILA HUBUNGI:
Kolej Vokasional Dato'Lela Maharaja 71300 Rembau
Telefon :
INFO TAMBAHAN:
Kursus yang ditawarkan:
AGROINDUSTRI TANAMAN
AGROINDUSTRI TERNAKAN RUMINAN
AGROINDUSTRI TERNAKAN POLTRI
HORTIKULTUR HIASAN
LANDSKAP
MEKANISASI AGRO
AKUAKULTUR
Maklumat Kursus Akuakultur
Berikut adalah ringkasan subjek/modul akan dipelajari bermula semester 1 sehingga semester 8.
Semester
1
Pengenalan Kepada Akuakultur
Asas Pemilihan Tapak
Asas Penyediaan Tempat Ternakan
Pengenalan Kepada Kawalan Kualiti Air
Pengenalan Kepada Akuakultur
Asas Pemilihan Tapak
Asas Penyediaan Tempat Ternakan
Pengenalan Kepada Kawalan Kualiti Air
Semester 2
Asas Pengurusan Ternakan
Asas Penghasilan Makanan Hidup
Pengurusan Hasil Tuaian
Asas Penyelengaraan Ladang Ternakan
Semester 3
Pelaksanaan Pengurusan Induk
Pelaksanaan Aktiviti Pembiakan
Pelaksanaan Pengurusan Benih
Pengurusan Rega
Semester 4
Pemilihan Tapak
Kawalan Kualiti Air Dan Pengurusan Ternakan
Penyelenggaraan Ladang Ternakan
Lanjutan Laksana Fungsi Penyeliaan
Semester 5
Lanjutan Pemilihan Tapak
Lanjutan Kawalan Mutu Air
Lanjutan Pengurusan Ternakan
Lanjutan Penyelenggaraan Ladang Ternakan
Semester 6
Lanjutan Pengurusan Hasil Tuaian
Lanjutan Laksanakan Fungsi Pentadbiran
Lanjutan Laksana Fungsi Penyeliaan
Semester 7
Lanjutan Pengurusan Perancangan Dan Pembangunan Projek Akuakultur
Lanjutan Urus Sistem Bio Sekuriti
Lanjutan Pengurusan Sumber Air
Semester 8
Lanjutan Pengurusan Pengendalian Dan Pemasaran Hasil Tuaian Akuakultur
Lanjutan Pengurusan Mekanisasi Dan Automasi
Lanjutan Pengurusan Kewangan Ternakan Dan Ladang Ternakan
Lanjutan Urus Fungsi Pentadbiran Dan Sumber Manusia
PEMPROSESAN HASIL
Sumber:
Blog: http://smtdlm.blogspot.com/
http://panitiaakuakultur.blogspot.com/
http://agroindustritanamankvdlmr.blogspot.com/
0 Comments:
Post a Comment