Berlaku satu kes kecurian duit di sebuah sekolah rendah. Bilangannya
agak banyak sehingga pihak sekolah melakukan pemeriksaan secara
besar-besaran.Beberapa orang guru kelihatan membawa bersama mereka rotan
bagi memberi pengajaran kepada pelajar-pelajar.
Setelah guru-guru sampai di dalam setiap kelas mereka mula memeriksa
beg-beg pelajar. Akhirnya sampailah pemeriksaan kepada seorang budak
perempuan.
Budak perempuan ini berkeras tidak mahu membuka beg sekolahnya.
Guru-guru mula berang dan memberi tekanan kepada budak perempuan kecil
itu agar membenarkan mereka membuka begnya. Mukanya masam dan sesekali
menjeling tajam ke arah guru-gurunya.
Melihat kedegilan pelajar itu membuka begnya, maka ia dibawa ke bilik
Guru Besar. Guru Besar memerhati muka budak perempuan tadi dan cuba
memujuknya membuka beg, tapi gagal. Budak perempuan itu semakin memeluk
begnya dengan kuat. Akhirnya Guru Besar menyuruh salah seorang guru
merampas beg dan membukanya.
Apabila beg itu dibuka, keluar bertaburan sisa-sisa makanan di atas lantai. Tidak ada duit yang dicari.
Melihatkan begnya dibuka, dan merasakan guru-guru sudah tahu bahawa dia
mengutip sisa-sisa makanan untuk diberikan kepada keluarganya yang
miskin, budak itu menangis sekuat-kuat hatinya.
.....................
Berhati-hatilah
Wahai warga pendidik, kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan, kita
bukan nabi dan malaikat. Kedegilan, kelemahan, kenakalan anak-anak
didik kita itu sebahagiannya adalah saham dari kita.
Jika kita tidak mampu untuk merubah mereka panjatkan doa dan jangan rasa lemah.
Catatan tambahan:
-surah Maryam (19), ayat 96-
Lantas
kuterenyum,senyuman lebar tanda aku menghayati dn merasainya.masih ana
ingat kata Syeikh Mustapha Masyur yang kerap terngiang dalan benak minda
“orang yang beriman ,mereka menjadi
bagaikan al-quran yang hidup dan berjalan di muka bumi,amalan mereka
membantu mereka untuk menghafal al-quran dan bukanlah hafalan mereka
yang membantu untuk beramal”
Sumber; http://ustfuadosman.blogspot.com
0 Comments:
Post a Comment