Sejarah Kerjaya kejururawatan dalam Islam
Rufaidah Binti Saad
Rufaidah binti Sa’ad Al-Aslami jururawat Islam di zaman Rasulullah S.A.W. Beliau adalah pengasas jururawat yang pertama sebelum Florance nightingale (yang hidup dari tahun 1794 hingga 1875).
Nama sebenar beliau ialah Rufaidah binti Sa’ad.Beliau adalah dari kaum Khazraj.Beliau dilahirkan di Yathrib sebelum nabi Muhamad (s.a.w) tiba di Mekah dan antara orang Ansar yang memeluk Islam dan ayahnya merupak seorang tabib (phycisian). Beliau mempelajari ilmu kejururawatan semasa membantu ayahnya bekerja.
Beliau adalah seorang pengurus dan ketua yang berkebolehan, mampu menggerakkan pasukannya untuk menghasilkan tugas yang terbaik. Selepas kerajaan Islam tertegak di Madinah Rufaidah r.a mengabdikan diri merawat kaum muslimin yang sakit, dan membina khemah di luar Masjid Nabawi ketika suasana damai.
Dan ketika perang Badar, Uhud, Khandaq dan Khaibar beliau menjadi sukarelawan dan merawat tentera Islam yang terluka akibat perang. Nabi Muhammad S.A.W. sendiri memerintahkan prajurit yang cedera dirawat olehnya. Contohnya sewaktu perang Khandaq, Sa’ad bin Mu’adh ra. yang cedera telah dihantar ke khemah ‘perubatan’ yang dibina di medan perang Khandaq dan dirawat oleh Rufaidah r.a.
Semasa di dalam satu peperangan,beliau telah merawat Sa’ad bin Ma’adah dengan mencabut anak panah yang telah tertusuk di tangannya dan beliau telah berjaya menghentikan pendarahan. nabi Muhammad S.a.w telah beberapa kali melawat nya di khemah. akhirnya, Sa’ad Al-Ma’adah telah meninggal dunia semasa peperangan Bani Quraidat.
Rufaidah telah berjaya melatih sekumpulan wanita sebagai jururawat. Apabila Nabi Muhammad telah bersiap sedia untuk ke tempat peperangan Khaibar, Rufaidah dan sekumpulan jururawat sukarelawan telah berjumpa Nabi Muhammad s.a.w untuk meminta kebenaran untuk bersama-sama dalam peperangan tersebut dan Nabi Muhammad s.a.w telah memberi kebenaran untuk bersama-sama dalam peperangan tersebut untu merawat para askar yang tercedera.
Sejarah Islam juga mencatat beberapa nama yang bekerja bersama Rufaidah r.a. seperti : Ummu Ammara, Aminah, Ummu Aiman, Safiyah, Ummu Sulaim dan Hind. Selain itu jururawat Islam yang terkenal adalah Ku’ayibah, Aminah binti Abi Qays al Ghifariyah, Umm ‘Atiyyah al Ansariyah, and Nusaibah binti Ka’ab al Maziniyyah, Rubayyi’ bt Muawwiz dan lain-lain.
Sumber; di sini
0 Comments:
Post a Comment