PROGRAM BELIA LEPASAN SEKOLAH DALAM KERJAYA PEMBINAAN DI AKADEMI BINAAN MALAYSIA
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada Hari Khamis ketika Pengumuman SPM 2012 Diumumkan di Dewan Bestari, SMK Lepar Hilir, saya ada bertemu dengan seorang bekas pelajar SMK Lepar Hilir dari kelas 5R 2012. Pelajar ini telah bekerja dalam syarikat pembinaan. Tahniah.
Akademi Binaan Malaysia adalah sebuah institusi latihan di bawah CIDB. Kepada lepasan sekolah khususnya belia-belia yang masih sihat lagi berwawasan jauh yang berminat meningkatkan kemahiran dan ilmu dalam bidang pembinaan, anda sangat digalakkan memohon program ini.
Terbuka kepada semua golongan belia warganegara Malaysia berusia 16 hingga 35 tahun. Bagi program latihan kemahiran ini, pembiayaan akan ditanggung sepenuhnya oleh CIDB. Latihan kemahiran adalah dijalankan di semua Akademi Binaan Malaysia (ABM) seluruh Negara dan pusat latihan bertauliah CIDB.
Terbuka kepada golongan belia berusia 16 tahun ke atas yang telah tamat belajar, program kemahiran belia bertujuan melengkapkan golongan belia tempatan dengan kemahiran dalam berbagai bidang pembinaan. Mereka diberikan latihan yang dibiayai sepenuhnya oleh CIDB disalah sebuah daripada 6 Akademi Binaan Malaysia (ABM) yang terletak di seluruh Malaysia.
Anda boleh membaca Artikel di blog cikgukaunseling sebelum ini, Akademi Binaan Malaysia, Melatih Tenaga Mahir di sini
dan di sini.
Entry saya berkaitan kemasukan ke IPTA dan ke IPTS di blog ini, adalah tiada bayaran daripada mana-mana pihak.
Penulisan di sini adalah sebagai kemudahan untuk saya dan pelajar-pelajar memilih halatuju kerjaya minat kerjaya pelajar berdasarkan personaliti dan keputusan peperiksaan yang mereka perolahi.
Oleh itu sebarang pengiklanan di blog ini mestilah mendapat keizinan penulis blog cikgukaunseling.com.
Latihan kemahiran yang disediakan akan membolehkan mereka mendapat kemahiran praktikal dan kecekapan untuk memulakan kerjaya dalam industri pembinaan. Pelatih yang Berjaya menematkan latihan yang disediakan akan diberi sijil latihan kecekapan CIDB yang mengiktiraf mereka sebagai pekerja mahir.
Program ini bermatlamat untuk menggalakkan penyertaan tenaga kerja tempatan ke dalam industri pembinaan supaya Negara kita dapat mengurangkan perganggungan kepada tenaga kerja asing.
KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN:
BUILDING DECORATIVE PAINTING TAHAP 1 & 2
KELAYAKAN DAN PENGIKTIRAFAN
Peserta yang menamatkan kurus ini dengan jayanya akan diberikan Sijil Kecekapan Kemahiran yang diiktiraf oleh CIDB dan layak untuk berdaftra dengan CIDB sebagai pekerja mahirKANDUNGAN KURSUS
- Menyusun atur kerja-kerja mengecat
- Keselamatan diri sendiri dan tempat kerja (memasang papan tanda keselamatan)
- Peralatan dan kelengkapan mengecat
- Pengendalian bahan mengecat. Mengangkat / menurun/ memindahkan bahan mengecat.
- Pengurusan penyediaan tapak untuk mengecat
- Melaksanakan kerja-kerja mengecat
- Melaksanakan kerja-kerja mengecat semula
- Menguruskan pembersihan tapak kerja.
SYARAT PERMOHONAN
- Warganegara Malaysia
- Sihat tubuh badan
- Boleh membaca, menulis dan mengira
- Memiliki SPM
- Berumur 16-35 tahun.
NO | NAMA KURSUS | KOD | TAHAP | TEMPOH |
1 | Bricklaying | BRL1 | 1 | 2 bulan |
2 | Bricklaying | BRL2 | 2 | Tiada |
3 | Plastering | PLR1 | 1 | 2 bulan |
4 | Tiling | TLR1 | 1 | 2 bulan |
5 | Carpentry (Joinery) | TCJ1 | 1 | 2 bulan |
6 | Carpentry ( Formwork) | FWC1 | 1 | 2 bulan |
7 | Drywall Partition Installation | DWP1 | 1 | 2 bulan |
8 | Fixed Ceiling Installation | DCF2 | 1 & 2 | 3 bulan |
9 | Demountable Ceiling Installation | DCG2 | 1 & 2 | 1 bulan |
10 | Concreting | CCT1 | 1 | 1 bulan |
11 | Barbending | BBR1 | 1 | 1 bulan |
12 | Plumber (A1) | SPP1 | 1 | Tiada |
13 | Plumber (A2) | SPP2 | 2 | Tiada |
14 | Plumbing (Building & Sanitary Fitting) | PNS1 | 1 | 2 bulan |
15 | Plumbing ( Water Reticulation) | PWR1 | 1 | 1 bulan |
16 | Building Operation & Maintenance Handyman (C&S) | BOM1 | 1 | 3 bulan |
17 | Scaffold Erection | SCF1 | 1 | 2 bulan |
18 | Scaffold Erection | SCF2 | 2 | Tiada |
19 | Building Decorative Painting | PTD2 | 1 & 2 | 3 bulan |
20 | Building Architectural Coating Application | PTC2 | 1 & 2 | 2 bulan |
PERSIJILAN
Setiap pelatih yang lulus dalam latihan kemahiran akan dianugerahkan Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) dalam tred berkenaan.
Pendaftaran Masuk Ke ABM Dibuka Sepanjang Tahun
Kami mengalu-alukan para belia lepasan sekolah yang berumur 18 tahun ke atas untuk mengikuti kursus-kursus di Akademi Binaan Malaysia dalam bidang industri pembinaan.Pendaftaran dibuka sepanjang tahun mengikut bidang-bidang yang telah disenaraikan.
Bagi Negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu, anda boleh menghubungi ABM Wilayah Timur:
Akademi Binaan Wilayah Timur | : | ABM Wilayah Timur Jalan Empangan Kenyir, Kampung Jenagor, 21700 Kuala Berang, Terengganu. |
No.Telefon | : | 09 681 8327 |
No.Fax | : | 09 681 8329 |
: | ||
Pegawai Dihubungi | : | Mohd Zaki bin Ismail |
Cara Memohon :
Permohonan secara borang online, sila klik di sini.
TEMPAT LATIHAN
CIDB telah menubuhkan 6 Akademi Binaan Malaysia (ABM) bertujuan untuk menyediakan latihan kepada golongan Belia dan Personel Binaan yang ingin menjalani latihan di dalam bidang industri Pembinaan.
Sebarang pertanyaan berkaitan kursus dan apa sahaja berkaitan Akademi Binaan Malaysia sila kemukakan soalan anda kepada ABM berikut:
Lokasi-lokasi ABM adalah seperti berikut
ABM Wilayah Utara
Lot 2991 & 2992, Jalan Sintok-Padang Sanai,
Mukim Temin 06010 Sintok, Kedah.
Tel : 04 – 9242 200
Faks : 04 – 9241 100
Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara
Lot 2991 & 2992 Jalan Sintok-Padang Sanai
06010 Sintok,Kedah Darulaman.
Email : abmsintok@yahoo.com
atau tel : 04-924 2200 samb. 249 (electric dept)
atau SMS : 014-256 0121
atau 017 4399942 En Zolkefli
http://www.cidb.gov.my/elatihan/web/intake
ABM Wilayah Tengah
Lot 8, Blok E, Jalan Chan Sow Lin,
55200 Kuala Lumpur.
Tel : 03 – 9200 2008
Faks : 03 – 9200 2009
ABM Wilayah Selatan
Lot 2067, Batu 3, Jalan Tampoi,
80000 Johor Bahru, Johor.
Tel : 07 – 238 8152
Faks : 07 – 234 5808
ABM Wilayah Timur
Jenagor, Peti Surat 25,
21700Kuala Berang, Terengganu.
Tel : 09 – 681 8327 / 28
Faks : 09 – 681 8329
ABM Sarawak
Tingkat 1, Blok A, Kompleks CIDB,
Jalan Sultan Tengah, 93050 Kuching, Sarawak.
Tel : 082 – 446 700
Faks : 082 – 442 700
Abm Sabah
Jalan Mangga, Batu 6, Kolombong,
88450 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel : 088 – 430 615/616
Faks : 088 – 431 359
(Artikel ini telah disiarkan pada 24/4/2013 dan akan menajdi entry kedua utama sehingga 15 Mei 2013 bagi memudahkan lepasan SPM membuat rujukan.
0 Comments:
Post a Comment