Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Program Sekolah Dalam Hospital bermula

Program Sekolah Dalam Hospital bermula:



 Nur Hafsah Azmi, 10, (kanan) dan Sri Alda Agustina, 8, yang menghidap asma mengikuti pembelajaran disampaikan guru, Azura Sulaiman di Hospital Ampang, semalam. Mereka antara pelajar mengikuti program Sekolah Dalam Hospital (SDH) yang memulakan sesi pembelajaran fasa pertamanya baru-baru ini, termasuk Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Serdang. Sebelum ini, isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dilaporkan berkata, seramai 18 guru berkhidmat sebagai tenaga pengajar dengan lapan guru ditempatkan secara tetap di HKL, manakala masing-masing empat guru di Hospital Ampang dan Serdang. - Foto Effendy Rashid


Sesi Pembelajaran Sekolah Dalam Hospital Bermula Esok 
 


KUALA LUMPUR: Projek Sekolah Dalam Hospital (SDH) akan memulakan sesi pembelajarannya untuk pelajar yang dirawat di hospital bermula Jumaat.

Isteri Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Penaung Projek Hati Nurani, Puan Sri Nooraniee Abd Rahman berkata, sebanyak tiga hospital terpilih sebagai perintis fasa pertama projek SDH.
“Hospital berkenaan adalah Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Ampang dan Hospital Serdang yang sudah dilengkapi oleh infrastruktur dan kakitangan.


“Seramai 16 guru dipilih yang mula mengajar esok di mana lapan orang di HKL dan masing-masing empat orang di Hospital Ampang dan Hospital Serdang,” katanya pada sidang media di Institut Pediatrik HKL di sini, Khamis.


Norainee berkata, Projek Hati Nurani merupakan projek yang ditubuhkan oleh jawatankuasa khas dengan kerjasama Yayasan Nurul Yaqeen, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan.


Menurut beliau, kesemua guru yang dipilih berdasarkan berdasarkan beberapa kriteria menjalani latihan selama sebulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan Institut Pediatrik HKL.


“SDH menggunakan sukatan pelajaran kebangsaan yang sama seperti di sekolah rendah dan sekolah menengah namun guru yang berkhidmat di hospital dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran terapi, kaunseling, kaunseling, komunikasi serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT),” katanya.
Norainee menjelaskan, SDH adalah program khas pembelajaran untuk pelajar yang dimasukkan ke hospital bagi menerima rawatan jangka panjang.


“Ini dapat mengatasi masalah pelajar yang ketinggalan dalam pelajaran kerana menerima rawatan untuk tempoh yang lama atau berulang kali di hospital,” katanya.


Beliau menambah, tiga hospital itu akan melalui program tersebut bagi fasa pertama sebelum ia diperluaskan ke hospital utama di setiap negeri pada masa akan datang.


Sesi pembelajaran di SDH bermula pada pukul 10 pagi sehingga 12 tengah hari dan 2 petang sehingga 4 petang dari Isnin sehingga Jumaat.


Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dijadualkan merasmikan ketiga-tiga SDH berkenaan secara serentak pada 26 Julai ini.

sumber; Mstar

Sesi Sekolah Dalam Hospital Di Tiga Hospital Bermula Jumaat

KUALA LUMPUR, 14 Julai -- Sekolah Dalam Hospital (SDH) di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Ampang dan Hospital Serdang, akan memulakan sesi pembelajaran untuk pelajar yang dirawat di hospital berkenaan mulai Jumaat.

Isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman yang juga penaung SDH berkata seramai 16 guru yang dipilih berdasarkan beberapa kriteria akan memulakan sesi kelas di bilik darjah hospital berkenaan untuk pelajar yang boleh menghadiri kelas Jumaat.

Daripada jumlah itu, lapan guru akan mengajar di HKL, manakala di Hospital Serdang dan Ampang akan menyediakan khidmat empat guru, katanya kepada pemberita selepas merasmikan majis penutupan kursus guru SDH di Intitut Pediatrik HKL di sini, pada Khamis.

Beliau berkata guru-guru itu menjalani latihan sebulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan Institut Pediatrik HKL bagi menyediakan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran asas untuk menangani kelompok pelajar yang bermasalah kesihatan.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual merasmikan serentak ketiga-tiga SDH itu pada 26 Julai ini.

Noorainee berkata SDH merupakan program khas pembelajaran untuk pelajar yang dimasukkan ke hospital bagi menerima rawatan jangka panjang dan bertujuan mengatasi masalah keciciran pelajar yang ketinggalan sesi persekolahan apabila menerima rawatan untuk tempoh lama di hospital.

"SDH akan menggunakan sukatan pelajaran kebangsaan sama seperti di sekolah rendah dan menengah biasa, bagaimana pun guru yang berkhidmat di hospital turut dilengkapi pengetahuan dan kemahiran terapi kaunseling dan psikologi, komunikasi dan ICT," katanya.

Noorainee berkata sesi pembelajaran di SDH bermula pada 10 pagi hingga 12 tengah hari dan 2 petang hingga 4 petang dari Isnin hingga Jumaat.

"Ia akan memfokus kepada empat subjek utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Sekiranya pelajar tidak datang ke kelas, guru akan pergi ke katil pesakit untuk mengajar," katanya.

Norainee berkata program SDH akan diperluaskan ke semua hospital di seluruh negara kelak.

Sementara itu, suri rumah Siti Norbaya Abdullah, 49, menyifatkan penubuhan SDH sebagai langkah yang harus dipuji kerana memberi ruang kepada pesakit muda untuk meneruskan pembelajaran mereka walaupun dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

"SDH bagus kerana anak-anak yang sakit tidak akan tercicir dan ketinggalan dalam pelajaran akibat gangguan kesihatan," katanya yang mempunyai seorang anak perempuan menghidap leukemia dan mendapat rawatan di HKL sejak Februari lalu.

Bagi Noor Esqwani Nidayu Muhamad, 15, beliau bersyukur dengan penubuhan SDH kerana membolehkan dirinya mengikuti kelas seperti pelajar normal yang lain.


 

 

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .