Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP); Kursus Pengacaraan dan Pengurusan Majlis/ Acara & Protokol 2011 di SMK Jengka Pusat 2
KURSUS LADAP
Pada Hari Sabtu, 12 Februari 2011, bermula pada pukul 8.00 pagi, di Dewan SMK Jengka Pusat 2, telah diadakan Latihan Dalam Perkhidmatan atau singkatnnya LADAP.
Tuan Pengetua, Encik Yahya Bin Awang turut hadir dalam kursus ini. Begitu juga Encik Ismail, GPK 1 SMK Jengka Pusat 2, dan Encik Abdul Latiff turut hadir. Semua guru hadir dalam kursus LADAP ini. Begitu juga dengan staf sokongan sekolah yang lain.
Cikgu Zairie sebagai pengacara majlis. Manakala Al Fadhil Ustaz Tuan Syed Fazhar membacakan doa selamat kursus ini.
Pada kurus kali ini, ia bertajuk, "Pengacaraan dan Pengurusan Majlis/ Acara & Protokol". Kursus ini disampaikan oleh Encik Ahmad Bin Ismail, Pemangku YDP PIBG SMK Jengka Pusat 2. Beliau bertugas sebagai Penyelia KEMAS Jengka, telah mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pengacaraan majlis.
Di sini, beberapa keping gambar sepanjang kursus berlangsung;
Keterangan Gambar; Tuan Pengetua berada di hadapan Penceramah, Encik Ahmad b Ismail sedang khusyuk mendengar ceramah beliau.
Keterangan Gambar; Barisan guru dan staf sekolah sedang mendengar ceramah.
Keterangan Gambar; Barisan guru dan staf sekolah sedang mendengar ceramah.
Antara perkongsian ilmu yang disampaikan oleh Encik Ahmad Bin Ismail ialah Asas Pengacara Majlis yang merangkumi beberapa aspek seperti;
1) Peranan Pengacara Majlis
2) Pengacara Majlis Yang Baik Dari segi Protokol.
3) Penyediaan Teks.
4) Peranan dan tugas Pengacara Majlis.
5) Persediaan-persediaan yang perlu ada untuk menjadi pengacara majlis yang baik. Dalam konteks ini,Encik Ahmad Bin Ismail telah membahagikan tahap-tahap persediaan yang baik untuk menjadi pengacara majlis yang baik.
6) Latihan.
7) Susunan Keutamaan dan Darjah Kebesaran.
juga beberapa informasi lain yang sangat berguna kepada para semua guru dan staf yang ada di SMKJP2 ini.
Selain itu, Encik Ahmad Bin Ismail juga menjelaskan beberapa permasalahan yang wujud dalam mengurus majlis dan jalan keluar dalam mengatasi masalah tersebut.
Terima kasih Dunia Cikgu Kaunseling blogspot ucapkan kepada Encik Ahmad Bin Ismail , kerana sudi berkongsi ilmu, "Kursus Pengacaraan dan Pengurusan Majlis' ini kepada kami semua.
Kursus LADAP tamat lebih kurang pada pukul 12.35 tengah hari.
MAJLIS PERPISAHAN
Kemudian, pihak Kelab Bilik Guru SMKJP2 telah menganjurkan Majlis Perpisahan bersama bekas guru-guru SMK Jengka Pusat 2 yang telah bertukar ke tempat bertugas yang lain. Guru yang diraikan ialah Cik Murhaini Termizi, Encik Wan Mohd Shukri Wan Sulaiman dan Encik Nasaharuddin Mohd Rashid, bekas GPK Pentadbiran SMK Jengka Pusat 2.
Terima Kasih, Cikgu
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Karya Allahyarham USMAN AWANG, 1979
Terima kasih, Cikgu. Jasa dan bakti cikgu tetap akan dikenang sepanjang zaman.
Encik Busu, pengusaha kantin SMK Jengka Pusat 2 yang komited menyediakan perkhidmatan makanankepada peserta kursus dengan baik. Beliau sedang menyusun meja makanan dengan dibantu oleh Cikgu Irwan.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Kursus Pengacaraan dan Pengurusan Majlis Dan Majlis Perpisahan Guru SMK Jengka Pusat 2 yang telah bertukar tempat bertugas.
0 Comments:
Post a Comment