Kerjaya Juruterbang
KERJAYA SEBAGAI JURUTERBANG
Pengenalan
Industri penerbangan adalah satu industri yang unik dan
berdaya maju untuk mendatangkan pulangan kepada negara. Ia juga suatu
industri yang strategik dan sensitif kepada isu-isu keselamatan dan
kesejahteraan, samada kepada penumpang, pengguna perkhidmatannya,
mahupun keselamatan negara amnya. Oleh kerana itu, industri ini
dikawal-selia oleh pelbagai peraturan, perundangan dan garis panduan
yang ketat, yang sebahagian besarnya perlu diselaraskan dengan keperluan
piawaian industri penerbangan antarabangsa. Dengan demikian, tenaga
kerja yang terlibat d idalam industri ini, samada juruterbang, jurutera
kapal terbang, mekanik mahupun pengawal trafik udara, perlu dilatih dan
mendapat kelulusan, sijil serta lesen yang khusus, yang juga diiktiraf
secara global.
Industri penerbangan adalah satu industri
yang profesional. Profesional dengan ertikata ianya dikawal-selia secara
kendiri (self-regulatory) oleh industri tersebut melalui badan
kawalan yang diiktiraf. Badan ini berperanan menetapkan piawaian dan
peraturan industri, memperkenalkan dan menguatkuasakan undang-undang
berkaitan penerbangan, mengawal kualiti perkhidmatan penerbangan, dan
juga mengeluarkan lesen dan sijil kepada mereka yang ingin berkhidmat di
dalam industri penerbangan.
Bagi industri penerbangan, badan
kawal-selia yang dimaksudkan adalah Jabatan Penerbangan Awam (JPA atau
DCA). DCA adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Pengangkutan yang
berperanan menggubal, memperkenal, melaksana dan menguatkuasakan segala
perundangan, peraturan dan garis panduan berkaitan industri penerbangan
di negara ini. Semua peraturan, perundangan dan garis panduan ini pula
perlulah dipastikan selaras dan menepati piawaian dan kehendak industri
antarabangsa agar perkhidmatan penerbangan di Malaysia diiktiraf secara
global.
Berdasarkan faktor sejarah, Malaysia lebih banyak dipengaruhi oleh
undang-undang penerbangan British, yang dikendalikan oleh CAA (Civil Aviation Authority of UnitedKingdom) berbanding FAA (Federal Aviation Administration of the United States) di Amerika. CAA kemudiannya menjadi ahli kepada JAA (Joint Aviation Authorities oftheEuropean Union)
yang memberi pengiktirafan kepada semua pemegang lesen daripada
mana-mana badan gabungannya untuk berkhidmat di dalam industri
penerbangan di mana-mana negara Eropah atau yang menerima-pakai
persijilan JAA. Oleh kerana DCA Malaysia memakai sistem CAA, maka sijil
yang dikeluarkan oleh DCA juga diiktiraf oleh JAA (Ir. Ahmad Jais Alias
dan Hj. Ahmad Zahir Mokhtar, 2007).
Bidang Tugas Juruterbang
Kerjaya sebagai juruterbang sememangnya glamor tetapi
penuh cabaran serta berisiko. Ramai anak muda sama ada lelaki atau
perempuan menyimpan azam dan cita-cita untuk bergelar seorang
juruterbang. Kerjaya ini menuntut seseorang itu berdepan dengan cabaran
dan tidak gentar memandu pesawat di awan biru. Memandu kapal terbang
bukan seperti memandu kereta atau kenderaan lain kerana cara
pengendalian amat berbeza. Untuk memahirkan diri, seseorang itu perlu
menjalani latihan khas di pusat-pusat atau sekolah-sekolah latihan
penerbangan sama ada di dalam atau luar negara.
Juruterbang yang berkemahiran dan terlatih
mampu menerbangkan pesawat penumpang dan kargo tanpa mengira sama ada
perjalanan itu jauh atau dekat. Tugas para juruterbang bermula
selewat-lewatnya satu jam sebelum penerbangan. Mereka akan melaporkan
diri dan menerima taklimat dan maklumat tentang setiap penerbangan yang
bakal dilakukan. Sebelum penerbangan juruterbang akan menyemak pelan
penerbangan berdasarkan keadaan cuaca, suhu, kelajuan angin dan berat
pesawat semasa berlepas serta keperluan bahan api di samping memeriksa
kelengkapan dan peralatan elektronik. Semasa dalam penerbangan pula,
juruterbang akan membuat pemeriksaan rutin terhadap semua sistem yang
beroperasi dan menerima serta melaksanakan arahan daripada pengawal lalu
lintas udara dari mula hingga akhir penerbangan.
Keadaan yang paling mencabar ketika bertugas
ialah semasa berlepas, pendakian, penurunan dan pendaratan yang mana
memerlukan penumpuan penuh setiap juruterbang agar tidak berlaku
sebarang kejadian yang tidak diingini. Selepas mendapat lesen,
juruterbang berpeluang memandu pelbagai jenis pesawat seperti Fokker,
Airbus, DC-10 dan Boeing. Kerjaya ini sekarang terbuka luas berikutan
perkembangan pesat industri penerbangan dalam dan luar negara. Terdapat
banyak syarikat penerbangan sama ada di dalam mahupun luar negara yang
menyediakan peluang pekerjaan sebagai juruterbang. Dari segi pendapatan
pula, kerjaya ini menjanjikan gaji yang cukup lumayan serta ditambah
dengan pelbagai insentif lain selaras dengan tugasnya yang cukup
mencabar dan berisiko (Mohd. Yahya Mohamed Ariffin, 2005).
3.0 Ciri-Ciri Peribadi Yang Diperlukan Sebagai Juruterbang
1. Mempunyai minat yang mendalam terhadap kerjaya juruterbang.
2. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta berani.
3. Komitmen yang tinggi serta minat yang mendalam di bidang ini.
4. Boleh berkomunikasi dengan baik.
5. Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik
6. Menguasai mata pelajaran sains, matematik dan fizik.
7. Berumur di antara 18 hingga 24 tahun.
8. Mempunyai rekod kesihatan yang baik dari segi fizikal dan mental.
9. Mempunyai pendengaran dan penglihatan yang
baik (penglihatan 6/6 tanpa bantuan optik dan tidak buta
warna).
10. Ketinggian minimum tidak kurang daripada 160 cm (5 kaki 4 inci).
11 Sanggup bekerja di luar stesen dalam tempoh masa singkat atau lama.
(Mohd. Yahya Mohamed Ariffin, 2005).
Tempat Mengikuti Latihan Penerbangan
Terdapat banyak sekolah latihan penerbangan di dalam
atau luar negara. Di antara sekolah latihan penerbangan tempatan
termasuklah MAS, Malaysian Flying Academy dan Mofaz Air Flying Academy.
Di luar negara pula terdapat sekolah latihan penerbangan seperti di
Australia, Filipina, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Semasa berada
di sekolah latihan, peserta akan mengikuti latihan penerbangan secara
teori dan praktikal dalam tempoh yang ditetapkan. Selepas mengikuti
latihan dengan jayanya anda akan memperoleh lesen penerbangan yang
melayakkan anda sebagai juruterbang (Mohd. Yahya Mohamed Ariffin, 2005).
Syarat Mengikuti Latihan Penerbangan
Pelajar yang berminat untuk mengikuti latihan
penerbangan perlu lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat
kepujian Bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya C4 dalam Matematik, Fizik
dan Bahasa Inggeris. Kelayakan yang baik dalam mata pelajaran sains akan
diberi keutamaan. Pemegang ijazah yang tergolong dalam kumpulan umur 18
hingga 24 tahun dan memenuhi kelayakan yang diperlukan adalah dipelawa
untuk memohon. Untuk menjadi seorang juruterbang pesawat penumpang atau
kargo, anda perlu lulus latihan penerbangan dari institut atau sekolah
penerbangan yang diiktiraf dalam dan luar negara (Mohd. Yahya Mohamed
Ariffin, 2005).
Bayaran Insentif Juruterbang
Rujukan : JPA (S) 215/8/2-1 Klt.2(38) bertarikh 25 Mac 1996
Syarat dan Kadar :
Syarat : Dibayar kepada Juruterbang di Jabatan Penerbangan Awam
Kadar:
Jawatan dan Bidang Tugas
|
Kadar Sebulan (RM)
|
a. Juruterbang Penguji Pesawat Udara
|
3000.00
|
b. Juruterbang yang mempunyai Airline Transport Licence
|
5000.00
|
c. Juruterbang yang mempunyai Commercial Pilot Licence / Instrument
|
3500.00:
|
Agensi Terlibat : Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Pengangkutan
8.0 Lesen Penerbangan
Terdapat tiga bentuk lesen penerbangan.
1. ‘Private Pilot Licence’ (PPL). Lesen ini diambil oleh
individu yang mempunyai hobi membawa pesawat. Mereka tidak dibolehkan
membawa penumpang.
2. ‘Commercial Pilot licence’ (CPL). Untuk mendapatkan
lesen ini, individu berkenaan harus mengambil tiga kertas peperiksaan
yang ditetapkan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA).
3. ‘Airline Transport Pilot Licence’ (ATPL). Untuk
memperoleh lesen ATPL ini bakal juruterbang perlu melengkapkan
penerbangannya sebanyak 1500 jam dengan menggunakan lesen CPL serta
menduduki enam lagi kertas peperiksaan (Norhayati Hj. Ramlee, 2002).
9.0 Jenis Pesawat
Jenis pesawat adalah seperti berikut:
1. Twin Otter yang boleh memuatkan 12 orang penumpang.
2. Fokker 50 yang boleh membawa 50 orang penumpang.
3. Boeing 737 boleh memuatkan hingga 400 orang penumpang.
4. Air Bus 330.
5. Boeing 777.
6. Boeing 747
(Norhayati Hj. Ramlee, 2002).
10.0 Kenaikan Pangkat
Untuk membolehkan “First Officer’ menjawat jawatan
Kapten, juruterbang harus melengkapkan jumlah jam penerbangan yang telah
ditetapkan untuk setiap pesawat yang dibawa secara bergilir dengan
Kapten. Selain daripada itu, untuk mendapatkan pangkat kapten, turut
bergantung kepada kekosongan yang ada.
Untuk membolehkan seorang ‘First Officer’ dan Kapten
membawa pesawat yang berlainan jenis pula, mereka perlu mempelajari
secara terperinci tentang pesawat tersebut (Norhayati Hj. Ramlee, 2002).
11.0 Institusi-Institusi Latihan Juruterbang
11.1 Akademi Penerbangan Malaysia atau Malaysian Flying Academy (MFA)
11.1.1 Latar Belakang Akademi Penerbangan Malaysia
Akademi
Penerbangan Malaysia merupakan akdemi yang pertama yang telah
ditubuhkan di Malaysia dan juga di Asia Timur. Akademi ini terletak di
Batu Berendam, Melaka.
Selain
faktor jarak di antara Kuala Lumpur dan Melaka yang hanya mengambil
masa dua jam perjalanan, faktor cuaca yang baik sepanjang tahun dengan
suhu di antara 28-32 darjah celsius dan mempunyai ruang angkasa yang
luas telah menjadikan Mukim Batu Berendam, Melaka sebagai lokasi terbaik
bagi penempatan Akademi Penerbangan Malaysia.
Cuaca
memainkan peranan yang penting kerana pelajar perlu menjalani latihan
penerbangan sehingga mencukupi jumlah jam yang diwajibkan.
Menurut
Pengetua atau Pengurus Besar MFA, Gp. Kapt.M.Kashav, akademi ini
ditubuhkan berdasarkan panduan yang disediakan oleh Pertubuhan
Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).
Manakala,
kaedah latihan diluluskan oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA)
berdasarkan ciri-ciri yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan
Awam United Kingdom (CAA). Sementara itu, para pelajar sentiasa diberi
peperiksaan yang akan disediakan oleh pihak DCA dan juga UKCAA.
Peranan
utama MFA adalah untuk memberikan pengetahuan dan latihan dalam
melahirkan juruterbang yang profesional bagi mengisi kekosongan syarikat
penerbangan dalam negara mahupun luar negara.
Latihan
penerbangan menggunakan pasawat ringan satu enjin dan enjin berkembar,
landasan asphalt, kawalan trafik udara yang lengkap, dan perkhidmatan
lapangan terbang yang canggih.
MFA
juga mempunyai sebuah pesawat Single Piston-Engined Piper Tomahawk, 12
buah pesawat Single Piston-engined Piper Warriors, dan empat buah
pesawat Twin Piston-engined Piper Seneca III.
MFA
berjaya melahirkan juruterbang bagi syarikat penerbangan utama di dunia
seperti Singapore, Airlines, Silk Air, Air Mauritius, Polis Diraja
Malaysia, dan Polis Hong Kong (Norhayati Hj. Ramlee, 2002).
11.1.2 Syarat-Syarat Untuk Mengikuti Latihan Penerbangan di MFA
Mereka yang berminat untuk mengikuti latihan
penerbangan di MFA, perlu mengambil kursus pemulaan, Lesen Juruterbang
Komersial (Commercial Pilot’s Licence - CPL). Kursus selama 14 bulan ini
membabitkan latihan penerbangan selama 200 jam dengan 700 jam pelajaran
teori. Jika berjaya menamatkan kursus ini, pelatih akan mendapat CPL
beserta Instument Rating (IR) yang membolehkan mereka membawa pesawat
ringan Piper Seneca III.
Bagi melayakkan diri mengikuti kursus ini,
pemohon mesti lulus pemeriksaan perubatan Kelas sebagaimana yang
ditetapkan oleh DCA. Pemohon juga dikehendaki mahir dalam bahasa
Inggeris kerana pembelajarannya seratus peratus dalam bahasa tersebut.
Untuk mengikuti kursus CPL ini, pemohon mesti
sekurang-kurangnya berumur 18 tahun pada masa ujian penerbangan terakhir
dijalankan. Di samping itu, mereka mesti mempunyai Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam bahasa Inggeris, Matematik, dan
Sains. Selain itu, pemohon yang memiliki Sijil Am Pelajaran ‘O’ Level,
atau sijil lain yang setaraf dengan SPM dan lulus dalam lima mata
pelajaran termasuk bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains boleh diterima (Norhayati Hj. Ramlee, 2002).
11.1.3 Tahap Temu Duga dan Latihan di MFA
Setelah pemohonan untuk belajar di MFA diterima, pelatih harus melalui tiga tahap sesi temu duga.
Kegagalan dalam mana-mana peringkat akan menyebabkan peluang untuk mengikuti latihan penerbangan tidak tercapai.
Tahap
pertama ialah ujian ‘Psyco Motor’ iaitu kordinasi antara mata, tangan,
dan kaki. Tahap kedua ialah ‘Aptitude’ dan tahap ketiga ialah ‘Oral
Interview’.
Setelah
melepasi ketiga-tiga tahap tersebut, pelajar akan ditempatkan di MFA,
untuk mengikuti latihan penerbangan selama 14 bulan.
Latihan-latihan yang perlu dijalani oleh pelatih di MFA:-
1) Latihan menerbangkan pesawat satu enjin selama 165 jam. Pesawat ini mempunyai empat tempat duduk.
2) Latihan menerbangkan pesawat dua enjin selama 35 jam. Pesawat ini mempunyai enam tempat duduk.
3) Latihan
secara “visual”. Latihan ini memerlukan pelatih berhubung dengan menara
kawalan dan menerbangkan pesawat mengikut peta yang diberikan untuk
mencari tempat atau lokasi yang telah ditetapkan
4) Latihan
Peralatan Penerbangan (Instument Flying) yang dilakukan di dalam
pesawat dua enjin. Latihan ini tidak memerlukan pelatih melihat atau
nampak daratan, kerana penerbangan yang dibuat berpandukan pada isyarat
radio.
5) Latihan
secara praktikal dan teori dilakukan berselang hari. Latihan secara
teori (ground school) meliputi subjek Undang-Undang Udara, Peraturan
Pesawat, Enjin Kapal Terbang, Elektrik dan segala-gala mengenai pesawat
tersebut.
MFA turut menawarkan kursus 12 minggu kepada juruterbang
yang ingin mendapat Lesen Juruterbang Pesawat Persendirian (Private
Pilot’s Licence - PPL). Kursus ini boleh diikuti secara sepenuh masa dan
juga separuh masa (Norhayati Hj. Ramlee, 2002).
11.1.4 Kursus Lanjutan Di MFA
Bagi
kursus lanjutan, MFA menawarkan Kursus Airline Transport Pilot’s
(ATPL)Kursus ini membabitkan enam minggu pelajaran dasar, sebelum
pelatih mengambil peperiksaan ATPL United Kingdom yang dijalankan oleh
DCA di Kuala Lumpur.
Selain
itu, MFA menawarkan kursus Asistant Flying Instructor Rating (AFI).
Kursus ini mengambil masa enam minggu dan dibuka kepada juruterbang yang
mempunyai CPI dengan IMC atau IR yang sah bagi tempoh
sekurang-kurangnya tiga bulan.
Kursus
tersebut menyediakan latihan dasar dan penerbangan di bawah penyeliaan
pengajar berpengalaman. Bagi kursus AFI ini, pemohon mesti mencatatkan
150 jam penerbangan sebagai juruterbang kanan (pilot in command) sesebuah kapal terbang. Pemohon juga diwajibkan lulus peperiksaan prakemasukan (pre-entry) dan ujian penerbangan yang dijalankan oleh pemeriksa daripada DCA (Norhayati Hj. Ramlee, 2002).
11.1.5 Kemudahan Di MFA
MFA menyediakan kemudahan yang sungguh selesa bagi para pelajarnya.
Akademi ini mempunyai lima buah blok asrama dengan jumlah 73 bilik yang berhawa dingin.
Terdapat dewan makan, surau, kemudahan sukan, dan rekreasi bagi pelajar yang menumpukan sepenuh masa terhadap pengajian mereka.
Kemudahan
lain ialah bilik kuliah yang boleh memuatkan 20 pelajar, bilik
penerangan, dan bilik rehat selain mempunyai ruangan latihan bagi
juruterbang (cockpit) Frasca 142 bagi latihan dan prosedur penerbangan asas.
Menerusi pembiayaan penaja seperti MARA atau Sistem
Penerbangan Malaysia (MAS), lepasan sekolah boleh menyertai Malaysian
Flying Academy (MFA). MFA diiktiraf oleh Singapura dan jabatan
penerbangan tertentu selain daripada syarikat penerbangan tempatan (Norhayati Hj. Ramlee,2002).
11.2 Asia Pacific Flight Training (APFT)
Asia
Pacific Flight Training (APFT), bertempat di Pengkalan Chepa, Kelantan,
yang merupakan sekolah latihan juruterbang bertaraf dunia yang
menyediakan kursus berkenaan dengan didokongi 14 jurulatih berpengalaman
dan berkemahiran tinggi.
Pengurus
Besar merangkap Pengetua APFT ialah Mejar (B) Mohd Khalid Ali, 56, yang
berpengalaman luas dalam pengurusan operasi, penerbangan korporat dan
memiliki lesen Juruterbang Pengangkut Udara (ATPL).
Pelatih
dikenakan yuran pengajian RM190,000 merangkumi semua kelengkapan
sepanjang pembelajaran, termasuk yuran semester, pakaian, tempat tinggal
dan makanan di samping buku rujukan.
Pelatih
didedahkan kepada lima subjek asas memandu pesawat bagi memastikan
mereka melepasi beberapa peperiksaan sukar sebelum layak mendapat lesen
juruterbang yang diiktiraf Jabatan Penerbangan Awam (DCA).
Antara
mata pelajaran itu adalah meteorologi dan navigation, yang menjadi nadi
penting juruterbang, selain mempelajari kemahiran mengendali set
perhubungan.
Sepanjang
15 bulan pengajian dengan 165 jam latihan memandu pesawat satu enjin
dan 35 jam mengendali pesawat dua enjin, pelatih perlu membuktikan
mereka mampu menjadi juruterbang yang cekap dan berdisiplin.
Setiap
pelatih dikehendaki menghabiskan tempoh pengajian dengan
sekurang-kurangnya 42 jam hingga 45 jam latihan penerbangan sebelum
layak mendapatkan Lesen Juruterbang Persendirian (PPL) yang dikeluarkan
DCA.
Setiap
pelatih di sini mempunyai jaminan kerjaya sebagai juruterbang bertaraf
antarabangsa sama ada dengan Penerbangan Malaysia (MAS) atau syarikat
penerbangan lain di dunia (Betty Subaryati, 2007).
12.0 Organisasi Latihan Penerbangan Dan Kelab Penerbangan
Aviation Flying Training Organization
| ||||
S/N
|
Organisation
|
Adress
|
Tel
|
Fax
|
1.
|
Malaysia Flying Academy
Sdn. Bhd
|
No. 101, Lot 3224,
Mukim Batu Berendam,
75350 Melaka.
(PPL/A, CPL/A, IR, AFI & FI)
Web site
|
06-3174026
|
06-3174362
|
2.
|
Integrated Training & Services
|
Lot 38021,
Jalan Lapangan Terbang,
31350 Ipoh,
PERAK
(PPL/A/H, AFI & CPL/H)
|
05-3135696
|
05-3136436
|
3.
|
H.M.Aerospace Sdn. Bhd.
|
No 49, The boulevard,
Mid Valley City,
Lingkaran Syed Putera,
60200 Kuala Lumpur. (HQ)
Singgahsana, Jalan Kuala Muda
Mukim Padang Mat Sirat
07100 Langkawi
Kedah Darul Aman
(PPL/A, CPL/A, IR &AFI)
|
03-27305099
04-9532000
|
03-27305010
04-9532001
|
4.
|
Asia Pacific Flight Training
|
Suite 50-5-5, Level 5
Wisma UOA Damansara
50 Jalan Dungun
50490 Kuala Lumpur
Sultan Ismail Petra Airport
Pengkalan Chepa
16100 Kota Baharu
Kelantan
Website: www.asiapacificflighttraining.com
|
603-20923177
609-7738722
|
603-20939218
609-7738891
|
Flying Clubs
| ||||
1.
|
Kelab Penerbangan
4B Malaysia
|
Hangar KP4B, Lpgn Terbang Batu Berendam
|
06-3176717
|
06-3176717
|
2.
|
Kelab Penerbangan Sabah
|
Old Airport Terminal, International Airport, Post Office Box 10747, K.K.
|
088-55049/
219406
|
088-219626
|
3.
|
Kelab Penerbangan Tanjong
|
13 Floor, Off Blk. , Sheraton Hotel, 3 Jln. Larut 10050
|
04-2272888
|
04-2284018
|
4.
|
Kelab Rekreasi Udara Langkawi
|
Langkawi International Airport, Pdg Mat Sirat
Langkawi, Kedah
|
04-9552191
|
04-9552195
|
5.
|
Sarawak Flying Club
|
North Pan Hangar, Kuching International Airport, 92357 Kuching, Sarawak
|
082-463103
|
082-574892
|
6.
|
Subang Flying Club
|
Terminal 3, Sultan Abdul Aziz Salahuddin Airport, Jln. Lpgn Terbang SAAS,
47200 Subang, Selangor
|
03-78469134
|
03-78472135
|
7.
|
Elite Flying Club
|
Depature Hall, Terminal 3, Lpgn Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, 47200 Subang, Selangor
|
03-78591466
|
03-78591290
|
8.
|
ESB Flying Club
|
No. 22C, 3rd. Floor,
Jln. SS 19/1D,
47500 Subang Jaya, Selangor
|
03-78464733
|
03-78464745
|
9.
|
FAS Udara Flying Club
|
113A, Block A, Kelana Busines Centre, SS 7/2,
47301 Petaling Jaya, Selangor.
|
03-78052895
|
03-78052817
|
10.
|
FRAS Flying Club
|
Cargo Complex, Sultan Ismail International Airport,
81250 Senai, Johor
|
019-7252843
|
07-5995290
|
11.
|
Royal Selangor Flying Club
|
Old Airport Road,
50460 Kuala Lumpur
P.O. Box 11769,
50756 K. Lumpur
|
03-21411934
|
03-21411982
|
12.
|
Terengganu Flying Club
|
Tkt. 1, Lot PT 17693-K, Tmn. Semarak,
21200 K. Trengganu, Trengganu
|
09-6664750
|
09-6664750
|
13.
|
Johor Flying Club
|
Cargo Apron, Sultan Ismail International Airport,
Senai
|
07-5991255
|
07-5990355
|
14.
|
Kedah Flying Club
|
Lpgn Terbang Sultan Abdul Halim (Rumah Kelab)
Kepala Batas
|
04-7145051
|
04-7142381
|
15.
|
Kelab Aero Perak
|
Jalan Lapangan Terbang,
Ipoh, Perak
|
05-3127359
|
05-3127359
|
13.0 Penutup
Kerjaya sebagai juruterbang memang terbuka
luas, berikutan perkembangan pesat industri penerbangan dari dalam dan
luar negara. Terdapat banyak syarikat penerbangan, sama ada di dalam
mahupun luar negara yang menyediakan peluang pekerjaan ini.
Dari segi pendapatan, kerjaya ini
menjanjikan gaji yang cukup lumayan serta ditambah dengan pelbagai
insentif lain, selaras dengan tugasnya yang cukup mencabar dan berisiko.
Kerjaya dalam bidang ini manjanjikan masa depan yang cerah.
6.0 Skim Perkhidmatan
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
SKIM PERKHIDMATAN : JURUTERBANG/PEMERIKSA JURUTERBANG
Gred
|
Jadual Gaji
| |||
Gred A3
|
P1T1
P2T1 P3T1 |
$1161
$1230 $1302 |
P1T24
P2T24 P3T24 |
$3031
$3222 $3428 |
Gred A2
|
P1T1
P2T1 P3T1 |
$3040
$3195 $3356 |
P1T6
P2T6 P3T6 |
$3785
$3970 $4161 |
Gred A1
|
P1T1
P2T1 P3T1 |
$3634
$3789 $3968 |
P1T6
P2T6 P3T6 |
$4443
$4649 $4863 |
6.1 Syarat Lantikan
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) Terdiri daripada warganegara
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) (i) Lesen Juruterbang Perdagangan dan Instrument
Rating yang diiktiraf oleh Kerajaan serta mempunyai
sekurang-kurangnya 1000 jam pengalaman penerbangan sebagai "Pilot in
Command".
(Gaji permulaan ialah pada Gred A3: P1T4); ATAU
(ii) Kategori C - Captain
Transport Aircraft dengan mempunyai pengalaman penerbangan 1,500
jam dari Tentera Udara DiRaja Malaysia dan Instrument Rating yang
diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred A3 : P1T4); DAN
d) Lulus Bahasa
Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Calon-calon hendaklah juga berkebolehan bertutur, membaca dan menulis
dalam Bahasa Inggeris dengan memuaskan.
Penetapan Gaji Permulaan
Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred A3 boleh
ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada
pengalaman kerja atau kepakaran berkaitan, mana berkenaan.
Tempoh Percubaan
Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang Gred A3 yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 3 tahun.
Latihan
Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang boleh dikehendaki
mengikuti kursus latihan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan
yang berkenaan (http:// www .eghrmis. gov.my /wp_content2/pekeliling /
PP91 / PP91Bil09/PP91Bil09Ms71.html).
0 Comments:
Post a Comment