Sumber Gambar;
Assalamualaikum dan selamat sejahtera anak-anak. Ramai di antara anak-anak yang bertanya halatuju selepas PMR dan SPM Berkaitan kerjaya Jurumasak atau juga dikenali Chef. Di skolah kita telah ada aliran MPV yang sesuai diceburi oleh anak-anak yang minat bahagian masakan.
Kerjaya sebagai Jurumasak atau lebih dikenali sebagai Tukang Masak. Mungkin ramai yang menonton rancangan Masterchef ASTRO yang di tayangkan di siaran televisyen, dan tidak mustahil mungkin ramai yang meletakkan kerjaya sebagai Jurumasak ini sebagai kerjaya pilihan mereka. Pada kali ini Dunia Cikgu Kaunseling Online akan memaparkan dengan terperinci info serta maklumat yang di perlukan dalam mencapai impian sebagai Jurumasak ini.
Jurumasak
Tukang masak merancang, mengatur, menyediakan dan memasak
makanan di hotel, restoran dan tempat makanan awam yang lain samada di atas
kapal, di dalam kereta api penumpang, di rumah persendirian dan institusi atau
pertubuhan yang lain.
Anggaran Gaji
- Sektor Awam (RM) : 1515 - 1814
- Sektor Swasta (RM) : 1,400 - 2,300
Tahap Pendidikan
- Diploma Seni Kulinari
- Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Seni Kulinari
Contoh Institusi
(entry ini adalah entry tidak berbayar, jika ada pihak ingin menyiarkan iklan berkaitan kolej mereka atau mana-mana dermawan sudi menyalurkan dana untuk kelancaran blog ini dan aktiviti pembangunan pelajar sila email kepada saya)
Kuala Lumpur
- Universiti Teknologi MARA (UiTM)(Institusi Awam)
- Kolej Damansara Utama (KDU)
- Kolej Universiti Nilai
- Kolej Universiti Metropolitan
- Kolej SEGI
Contoh agensi lain:
(LALUAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA- LALUAN KERJAYA SELEPAS PMR BIASANYA:)
IKIP SKILLS, PAHANG.
KOLEJ KEMAHIRAN BAITULMAL, KUALA LUMPUR, klik di sini.
KOLEJ VOKASIONAL KPM, SELURUH MALAYSIA., klik di sini
KOLEJ YAYASAN FELDA, Kursus dijalankan percuma untuk anak-anak FELDA. SILA KLIK DI SINI.
Kolej Yayasan Felda Mempaga, sila klik di sini.
Senarai Tugas
- Memastikan kebersihan kakitangan di dapur, pinggan mangkuk, perkakas, peralatan dapur, dan kawasan kerja;
- Menganjurkan promosi makanan;
- Merancang, menyelia, dan menyelaraskan kerja di dapur;
- Bertanggungjawab menentukan keperluan bahan kering untuk dan basah untuk dimasak, menerima dan memeriksa barangan keperluan
- Merancang hidangan dan menu, memesan bekalan bahan mentah makanan serta menyediakan dan memasak bahan makanan;
- Memantau kualiti di semua peringkat penyediaan dan penghidangan serta menguatkuasakan peraturan kebersihan;
- Menunjukkan teknik memasak dan memberikan nasihat tentang prosedur memasak
Pembantu Penyediaan Makanan Gred N17
Kumpulan: Sokongan |
Jadual Gaji:
|
Deskripsi Tugas: |
- Memilih, memeriksa dan mengasingkan makanan basah/mentah dan kering mengikut arahan pegawai yang menerima bekalan makanan daripada pembekal.
- Menyimpan makanan dalam stor,chiller dan freezer mengikut tatacara penyimpanan.
- Melaksanakan pra-penyediaan makanan, pembungkusan dan membersihkan peralatan dan kawasan.
Syarat Lantikan: |
- Sijil Pelajaran Malaysia
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan (keutamaan
kepada calon yang lulus subjek Ekonomi Rumah Tangga peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia); atau
[ Gaji Permulaan : RM927.03 ] - Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang penyediaan makanan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
[ Gaji Permulaan : RM1,039.83 ] - sijil dalam bidang hotel dan katering daripada politeknik-politeknik
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
[ Gaji Permulaan : RM1,378.22 ] - kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Maklumat lanjut sila layari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
CONTOH PELUANG KERJAYA BAHAGIAN MASAKAN SEPERTI YANG DISIARKAN OLEH WEBSITE Makluman daripada JobsMalaysia. Anda boleh berhubung terus dengan JobsMalaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut
TEMUDUGA TERBUKA RENAISSANCE HOTEL KUALA LUMPUR DI PUSAT JOBSMALAYSIA KELANA JAYA
Jawatan : Pembantu Jurumasak
Status Kekosongan Jawatan : Tetap
Bilangan Kekosongan Jawatan : 3
Gaji Ditawarkan : RM 1735
Kelayakan Yang Diperlukan : SPM/SPMV/MCE/O-LEVEL
Kemudahan : Pakaian Seragam
Lain-lain
CONTOH PELUANG KERJAYA BAHAGIAN MASAKAN SEPERTI YANG DISIARKAN OLEH WEBSITE KOLEJ KOMUNITI SUNGAI PETANI
Permaipura Golf Resort, Bedong, Kedah
Jawatan kosong :
1. Chef
2. Pembantu dapur
3. F & B
Gaji : Mengikut pengalaman dan jawatan
Berminat ? Hubungi 012-5509066 (Murshid) untuk maklumat lanjut
Chef di rangkaian Restoran White Cherry di Kajang dan Shah Alam
Kemudahan yang disediakan :
1. Tempat tinggal
2. Gaji yang kompetetif
3. Makan percuma
Jumlah kekosongan : 2
Berminat ? Hubungi Pn. Noraiffa 019-4244321 untuk maklumat lanjut.
6J Taman Tunku Putra, Kulim, Kedah
Jawatan :
1. Tukang masak
2. Pembantu dapur
3. Pramusaji
4. Katering koordinator
5. Kerani katering
6. Stor katering
Gaji : RM 700 - RM 1200 (bergantung kepada jawatan)
Lokasi : 6J Taman Tunku Putra, Kulim, Kedah
Berminat ? Hubungi En Saari Fadzil 0124940443 untuk pertanyaan.
TAJ INTERNATIONAL COLLEGE
Jawatan : tenaga pengajar untuk program kecantikan
Lokasi :Taj International College, Ipoh Perak dan cawangan Puchong, Selangor.
Berminat ? Sila hubungi
Eksekutif Sumber Manusia Cik Sumathi / Pn Kaweeta ditalian 05 – 528 6666
TAJ INTERNATIONAL COLLEGE
No.100-102,
Jalan Tun Abdul Razak
30100 Ipoh, Perak
Tel: 05-5277013, 05-5277092
Fax : 05-5292686
BELUM RAINFOREST RESORT
Sila klik di sini untuk maklumat lebih lanjut mengenai tawaran kerja yang ditawarkan.
HOTEL SERI MALAYSIA ALOR SETAR
1. FRONT OFFICE ASSISTANT
QUALIFICATION : SPM/SPMV/MCE/O-LEVEL
CERTIFICATE IN ACCOUNTING
AREA OF WORK : FRONT OFFICE
PREFERRED : MALE , 20YEARS OLD AND ABOVE
SALARY : RM700 (INCLUSIVE SERVICE CHARGE)
2. CHAMBERMAID
QUALIFICATION : SPM/SPMV/MCE/O-LEVEL
AREA OF WORK : HOUSEKEEPING
PREFERRED : FEMALE , 19YEARS OLD AND ABOVE
SALARY : RM650 (INCLUSIVE SERVICE CHARGE)
3. WAITER / WAITERESS
QUALIFICATION : SPM/SPMV/MCE/O-LEVEL
AREA OF WORK : HOUSEKEEPING
PREFERRED : MALE / FEMALE , 19YEARS OLD AND ABOVE
SALARY : RM650 (INCLUSIVE SERVICE CHARGE
4. F&B CASHIER
QUALIFICATION : SPM/SPMV/MCE/O-LEVEL
AREA OF WORK : FOOD AN BEVERAGES OUTLET
PREFERRED : FEMALE , 19YEARS OLD AND ABOVE
SALARY : RM650 (INCLUSIVE SERVICE CHARGE
ABI AHMADI RETAURANT
- Nama Syarikat : ABI AHMADI RETAURANT
- Jawatan : Pekerja di bahagian KULINARI dan F&B
- Kekosongan : 10 Orang
- Tempat Bekerja : No. 6, batu 20, Kampung Kepala Bukit gunung jerai,
- Gaji : tidak dinyatakan-
AWANA KIJAI GOLF , BEACH & SPA
- Jawatan : Pembantu Spa –TETAP
- Kekosongan : 4 Orang ( 2 muslim / 2 non-muslim )
- Tempat Bekerja : Taman Sari Royal Heritage Spa Awana Kijai Golf, Beach & Spa, Kemaman, Terengganu.
- Gaji : RM 600 + 3 Service Charge
- Tempoh percubaan : 3 Bulan
- Kemudahan yang disediakan –
- i. Pakaian SPA beruniform disediakan sebanyak 3 helai seorang.
- ii. Penginapan pekerja-pekerja SPA disediakan.
- iii. Makanan diberikan sepanjang waktu bekerja sahaja ( tengahari / malam ).
- iv. Operasi bekerja : 10pagi – 6 petang
( bergantung kepada shift pagi&petang)
- v. Berkelayakan Cuti Tahunan.
- vi. Kemudahan perubatan disediakan.
- vii. Berkelayakan mendapat 14 hari Cuti Umum.
- viii. KWSP & PERKESO.
PETIKAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA
OLEH jadi kerana tugasan mereka dipecahkan kepada beberapa bahagian dari peringkat penyediaan bahan-bahan sehinggalah ke peringkat menghiaskan juadah membuatkan mereka tidak terkenal seperti nama-nama chef selebriti.
Biarpun demikian, kerjasama mereka ibarat sebuah pasukan menyediakan hidangan yang memuaskan selera setiap pengunjung.
Begitu juga dengan Chef Eksekutif, Shaifudin Wali Mohamed dari Hotel Four Points Sheraton Langkawi yang berpengalaman bertugas di bahagian dapur bermula dari pembantu masakan hinggalah bergelar chef profesional.
Pada peringkat terkini dalam kerjayanya, tugasannya mencabar dari segi penyediaan menu, bertanggungjawab kepada soal pengurusan dapur, menjaga kualiti makanan dan melayan citarasa pelanggan.
Berasal dari Jitra, Kedah, kisah Chef Shaifudin dalam bidang kulinari bermula sejak 1989.
Menurutnya, pelanggan yang keluar masuk tidak merisaukannya tetapi pelanggan yang tinggal lama di sesebuah hotel lebih mencabar kemampuan seorang chef dari segi penyediaan juadah.
"Pelanggan yang tinggal lama di hotel pastinya jemu jika dihidangkan dengan menu yang sama setiap hari.
"Sebab itu sebagai chef, kami perlu menyediakan pelbagai hidangan yang menepati selera setiap pengunjung.
"Kalau tempahan bilik penuh, hidangan secara buffet amat bersesuaian," jelasnya.
Chef Shaifudin berkata, kerjaya ini telah sebati dengan kehidupannya.
"Bidang ini mudah mendapat pekerjaan kerana industri pelancongan, perhotelan dan restoran semakin berkembang dan permintaan terhadap bidang kerja chef juga semakin bertambah.
"Di mana-mana pun chef boleh mendapatkan pekerjaan. Selagi orang perlu makan selagi itu kami ada kerja.
"Bagaimanapun, kesabaran amat penting dalam menyediakan hidangan yang enak. Kalau boleh kita perlu masak dengan sepenuh hati mengikut resipi tertentu," ujarnya.
Pekerjaan sebagai seorang chef membuka pelbagai peluang dalam industri restoran, hotel, kapal pesiaran dan resort.
Selain itu, chef juga berpeluang meningkatkan kemahiran memasak, memiliki perniagaan berasaskan makanan ataupun produk masakan dan tenaga pengajar.
Dengan kemahiran dan kebolehan yang ada membuatkan kerjaya seseorang chef dikagumi ramai terutama buat mereka yang berpeluang bertugas di hotel lima bintang yang terletak di lokasi percutian idaman ramai.
"Jika individu itu boleh bekerja di bawah tekanan, melakukan beberapa tugas dalam satu-satu masa, bekerja sebagai sebahagian daripada pasukan, gunakan kreativiti dan imaginasi untuk menghasilkan juadah yang kelihatan menarik, bersabar dengan tugasan remeh seperti memotong sayur-sayuran dan memahami rantai pemakanan dengan baik, kerja chef pastinya bersesuaian dengan individu terbabit.
"Jika di negara maju seperti Britain, lebih 520,000orang bekerja dalam industri restoran dan kebanyakannya berumur bawah 30 tahun.
"Setiap tahun, terdapat sekitar 30,000 kekosongan dan ini memberi peluang kepada mereka yang minat memasak mendapatkan pekerjaan," katanya.
CONTOH PELUANG KERJAYA MASAKAN TERKINI: Khusus untuk anak-anak yang sudah tidak minat nak sambung belajar ke Tingkatan 4, daripada duduk saja di rumah atau lepak naik motor di ladang, lebih baiklah ambil bidang kemahiran memasak ni.
Salam 1Belia 1Kemahiran
Majlis Belia Malaysia kini menjalinkan kerjasama dengan Little Wok Kitchen, sebuah industri perkhidmatan sajian makanan dan minuman yang juga penyedia latihan di bawah Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia Malaysia.
Golongan belia yang berumur 16-30 tahun yang berminat dalam kerjaya sebagai CHEF dan PENYELIA HIDANGAN di pelawa menyertai latihan kemahiran bidang ini pada sesi pengambilan September 2013. Tempat latihan di Pusat Latihan Little Wok Kitchen dan semua 24 buah rangkaian restoran Little Wok Kitchen di Kuala Lumpur dan Selangor.
Kuota penyertaan adalah untuk 100 orang, lelaki dan wanita, terbuka kepada semua bangsa.
YURAN PENGAJIAN ADALAH PERCUMA!
ELAUN DISEDIAKAN SEBANYAK RM900.00
LATIHAN DI TEMPAT KERJA SEBENAR
ASRAMA DAN PAKAIAN SERAGAM DISEDIAKAN TEMPOH LATIHAN SELAMA 18 BULAN SEPENUH MASA KAEDAH LATIHAN 80% PRAKTIKAL (ALAM KERJA SEBENAR) DAN 20% TEORI
Permohonan melalui online: SILA KLIK DISINI Tarikh tutup permohonan: 31 Ogos 2013
Majlis Belia Malaysia kini menjalinkan kerjasama dengan Little Wok Kitchen, sebuah industri perkhidmatan sajian makanan dan minuman yang juga penyedia latihan di bawah Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia Malaysia.
Golongan belia yang berumur 16-30 tahun yang berminat dalam kerjaya sebagai CHEF dan PENYELIA HIDANGAN di pelawa menyertai latihan kemahiran bidang ini pada sesi pengambilan September 2013. Tempat latihan di Pusat Latihan Little Wok Kitchen dan semua 24 buah rangkaian restoran Little Wok Kitchen di Kuala Lumpur dan Selangor.
Kuota penyertaan adalah untuk 100 orang, lelaki dan wanita, terbuka kepada semua bangsa.
YURAN PENGAJIAN ADALAH PERCUMA!
ELAUN DISEDIAKAN SEBANYAK RM900.00
LATIHAN DI TEMPAT KERJA SEBENAR
ASRAMA DAN PAKAIAN SERAGAM DISEDIAKAN TEMPOH LATIHAN SELAMA 18 BULAN SEPENUH MASA KAEDAH LATIHAN 80% PRAKTIKAL (ALAM KERJA SEBENAR) DAN 20% TEORI
Permohonan melalui online: SILA KLIK DISINI Tarikh tutup permohonan: 31 Ogos 2013
MBM dengan kerjasama LITTLE WOK KITCHEN dan JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (JPK) menawarkan tempat kepada 100 orang belia tanpa mengira agama dan bangsa berumur 16-30 tahun mengikuti Program SLDN: PERKHIDMATAN SAJIAN MAKANAN & MINUMAN. Elaun sebanyak RM900.00 sebulan disediakan.
Keterangan lanjut dan pendaftaran, sila klik link di bawah:
http://mytevt.blogspot.com/2013/08/kursus-percuma-sldn-perkhidmatan-sajian.html#.UgnfEYfRgF0.facebook
KURSUS HOSPITALITY IKBN UNTUK LEPASAN SPM
A) PENYEDIAAN MAKANAN
PENGENALAN JURUSAN
- Penyediaan Makanan merupakan jurusan yang berkaitan dalam bidang masakan dan katering.
- Pelatih akan mempelajari pelbagai masakan dari timur dan barat seperti menyediakan pelbagai jenis nasi, lauk-pauk, sayuran, pasta, sup, sos, appetizer, desert , ‘local & western breakfast’ dan pengendalian barbeque serta hidangan buffet.
- Selain dari itu pelatih juga akan mempelajari teknik pembuatan pastri, kek dan roti. Pelatih akan dinilai secara teori dan amali berdasarkan keterampilan pelatih dari aspek pengetahuan, kemahiran, kelakuan, kebersihan, keselamatan dan kebolehan melaksanakan kerja-kerja amali.
- Melalui Latihan Berasaskan Keterampilan ini, pelatih berpeluang mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
- Kursus ini merupakan salah satu bidang di bawah Sekolah Hospitaliti. Modul kursus ini berasaskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) yang digubal oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
- Chef dan pembantu tukang masak di sektor perhotelan.
- Usahawan perniagaan restoran dan pengeluar makanan sejuk beku.
- Pelatih-pelatih yang telah terampil (berjaya) akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia mengikut tahap iaitu :
Tahap
|
Peringkat
|
Tempoh
|
Tahap 1
|
Peringkat Asas
|
6 Bulan
|
Tahap 2
|
Peringkat
Lanjutan
|
6 Bulan
|
RINGKASAN MODUL LATIHAN
TAHAP 1—SKM 1 (COMMIS) |
HANDLE FOOD ITEM |
EGG DISHES |
VEGETABLES DISHES |
APPETIZER |
WHITE STOCK |
LOCAL SOUP |
BROWN STOCK |
POULTRY DISHES |
PORRIDGE |
LOCAL DISHES |
LOCAL FRIED DISHES |
LOCAL DESSERT |
JUICES |
BUFFET DISPLAY |
TAHAP 2—SKM 2 (DEMI CHEF) |
FOOD STORAGE |
APPERTIZER |
DRY AND MOIST HEAT COOKING |
SEAFOOD DISHES |
MEAT DISHES |
VEGETARIAN DISHES |
INTERNATIONAL BREAKFAST |
COMPRESSED RICE DISHES |
GLUTINOUS RICE DISHES |
FLAVOURED RICE DISHES |
YEAST BASED PRODUCT |
INTERNATIONAL SET MEALS |
STALL CONCEPT COOKING |
B) PENYELIAAN MAKANAN DAN MINUMAN
PENGENALAN JURUSAN
- Bidang Penyeliaan Makanan Dan Minuman adalah merupakan salah satu bidang yang terdapat di Sekolah Hospitaliti di mana modul latihan ini berasaskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) yang digubal oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang bersesuaian dan seiring dengan kehendak industri .
- Bidang Penyeliaan Makanan & Minuman merupakan jurusan yang berkaitan dengan cara penyajian makanan dan minuman.
- Pelatih akan diberi latihan secara amali dan teori cara-cara melayan tetamu di meja makan, mempelajari cara hidangan Melayu, Cina dan antarabangsa di restoran dan hotel-hotel. Selain itu, pelatih juga akan mempelajari teknik-teknik melipat napkin, susunatur pinggan mangkuk dan kutleri di meja makan.
- Pelatih akan dinilai berdasarkan keterampilan dari aspek pengetahuan, kemahiran, kelakuan, kebersihan, keselamatan, dan kebolehan melaksanakan kerja amali.
- Melalui Latihan Berasaskan Keterampilan ini pelatih berpeluang mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
- Bekerja di industri perhotelan dan pelbagai jenis restoran.
- Bekerja di bahagian katering penerbangan dan perkapalan katering.
- Usahawan dalam bidang penyajian dan katering
PERSIJILAN DAN TEMPOH LATIHAN
- Pelatih-pelatih yang telah terampil (berjaya) akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia mengikut tahap iaitu:
Tahap
|
Peringkat
|
Tempoh
|
Tahap 1
|
Pramusaji
|
6 Bulan
|
Tahap 2
|
Ketua Makanan & Minuman
|
6 Bulan
|
RINGKASAN MODUL LATIHAN
TAHAP 1
|
HYGIENE AND GROOMING |
ORGANISE PRE PREPARATION |
CUSTOMER SERVICE |
BEVERAGE SERVICE |
BUFFET AND COUNTER SERVICE |
ROOM SERVICE |
BANQUET SERVICE |
TAHAP 2
|
SAFETY FUNCTION |
OPERATION PREPARATION |
RESERVATION FUNCTION |
LOUNGE SERVICE |
TABLE SERVICE |
SPECIALISED FOOD & BEVERAGE SERVICE |
GUEST SERVICE |
C) PASTRI
PENGENALAN JURUSAN
- Penyediaan Pastri merupakan jurusan yang berkaitan dalam pembuatan ‘Confectionary Item’.
- Pelatih akan diberi latihan secara teori dan amali mengenai kaedah membuat pelbagai jenis pastri dan kek, biskut, puding, dessert, aiskrim, kuih melayu serta teknik-teknik menghias kek dari buttercream icing dan sugar paste.
- Selain itu pelatih akan mempelajari cara menggunakan perkakas dan peralatan pastri yang digunakan dalam pembuatan pastri masa kini.
- Melalui Latihan Berasaskan Keterampilan ini pelatih berpeluang mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
- Kursus ini merupakan salah satu bidang di bawah Sekolah Hospitaliti. Modul kursus ini berasaskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) yang digubal oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
PROSPEK KERJAYA
- Penyediaan kek dan roti di Industri Perhotelan dan Restoran
- Usahawan dalam bidang membuat kek dan roti
- Pelatih-pelatih yang telah terampil (berjaya) akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia mengikut tahap iaitu:
Tahap
|
Peringkat
|
Tempoh
|
Tahap 1
|
Commis Pastri
|
6 Bulan
|
Tahap 2
|
Pastri Cook
|
6 Bulan
|
RINGKASAN MODUL LATIHAN
TAHAP 1
|
SAFETY |
HYGIENE |
PASTRY UTENSIL & EQUIPMENT |
PASTRY PRE-PREPARATION |
FOOD REQUISITION |
PUFF PASTRY |
SWEET PASTE |
ICING |
COLD DESSERT |
HOT DESSERT |
TAHAP 2
|
SPONGE CAKE |
BUTTER CAKE |
CHEESE CAKE |
MERINGUE |
SOUFFLE |
FROZEN DESSERT |
COOKIES |
FRENCH PASTRY |
CHRISTMAS ITEM |
MALAY KUIH |
PUDDING |
DISPLAY |
Current Activities
Oleh itu, para belia diseru agar dapat menfaatkan peluang yang telah tersedia ini bagi mencapai masa depan yang lebih cerah dalam industri minyak dan gas berbanding membuat kerja-kerja yang tidak berfaedah. Walaubagaimana pun, diingatkan bahawa IKBN Bandar Penawar merupakan sebuah institusi latihan yang menjalankan aktiviti pembelajaran dan pengajaran sahaja. Sekiranya terdapat khabar angin yang mengatakan IKBN Bandar Penawar menjanjikan peluang pekerjaan adalah tidak benar sama sekali.Pendaftaran Kursus Basic Inspection In Welding Sesi Julai 2013
Seramai
45 orang telah mendaftar sebagai peserta bagi Kursus Basic Inspection
In Welding di IKBN Bandar Penawar hari ini. Seramai 12 orang terdiri
daripada belia India yang mana di taja sepenuhnya oleh Persatuan Belia
MIC dan 33 orang peserta adalah daripada masyarakat setempat yang telah
lulus semasa sesi temuduga. Para peserta menginap di asrama IKBN Bandar
Penawar dan makan serta minum disediakan. Para belia dinasihatkan supaya
merebut peluang yang disediakan kerana peluang perkerjaan yang luas
terutamanya dalam bidang Minyak dan Gas.
Sumber; www.ikbnbp.gov.my
(artikel ini telah disiarkan pada 10/9/2013 dan akan menjadi entry utama sehingga 25/9/2013)
(artikel ini telah disiarkan pada 10/9/2013 dan akan menjadi entry utama sehingga 25/9/2013)
0 Comments:
Post a Comment