Cara Menaikkan Self Esteem pelajar Yang Mula hilang Fokus dengan Teknik Nabi Muhammad SAW
Apabila Pelajar Hilang Semangat dan Fokus, Beginilah Cara Menaikkan Self-Esteem Mereka
"Yalah, cikgu. Kitaorang sudah tak ada idea."
“Cikgu, tak seronoklah buat benda ini. Bukan
dapat apa pun. Kita buat kerja sendiri sahajalah.”
“Cikgu janganlah tengok. Kami malu.”
“Cikgu, tengok! Dia buat roket cikgu.”
Inilah respon pelajar ketika saya
meronda-ronda di dalam kelas 5 Dedikasi selepas mereka memberi salam sebentar
tadi. Pelajar-pelajar 5 Dedikasi sudah hilang semangat mahu meneruskan aktiviti
Hasil Kreatif sempena Program Maju Diri pada hari tersebut.
Memandangkan aktiviti yang berlangsung ketika
itu adalah aktiviti Hasil Kreatif, setiap kumpulan yang telah dibekalkan dengan
beberapa keping kertas putih bersaiz A4 harus menghasilkan seberapa banyak
hasil kreatif dengan menggunakan kertas putih tersebut. Kumpulan pelajar yang
paling banyak mencipta hasil kreatif menggunakan putih akan dikira sebagai
pemenang.