Permohonan Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2011
(Permohonan akan dibuka selama 7 hari mulai dari hari keputusan SPM 2010 diumumkan
Assalamualaikum dan sleamat sejahtera. Alhamdulillah, hujung minggu begini saya mencuri masa yang ada untuk mengemaskini informasi di blog ini. Meskipun mungkin agak ketinggalan untuk saya publishkan namun moga ia dapat membantu mereka yang memerlukan. Sekian,wassalam.
Untuk Maklumat lanjut sila ke http://esilav2.jpa.gov.my/esila_new/pdf/2011_piln/Iklan_Permohonan_piln_2011.pdf
Assalamualaikum dan sleamat sejahtera. Alhamdulillah, hujung minggu begini saya mencuri masa yang ada untuk mengemaskini informasi di blog ini. Meskipun mungkin agak ketinggalan untuk saya publishkan namun moga ia dapat membantu mereka yang memerlukan. Sekian,wassalam.
Untuk Maklumat lanjut sila ke http://esilav2.jpa.gov.my/esila_new/pdf/2011_piln/Iklan_Permohonan_piln_2011.pdf
Para pelajar yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 adalah dipelawa untuk mendapatkan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi mengikuti pengajian di bawah Program Ijazah Luar Negara (PILN) tahun 2011.
Calon-calon yang berjaya dipilih bagi Program Ijazah Luar Negara dikehendaki mengikuti kursus persediaan di kolej-kolej yang ditetapkan di dalam negara sebelum mengikuti pengajian di luar negara. Pelajar-pelajar cemerlang yang berminat dan terpilih di bawah program ini adalah digalakkan untuk mengikuti pengajian di dalam negara dan akan ditempatkan di Institut Pengajian Tinggi Tempatan atau Universiti Luar Negara kampus Malaysia.
Syarat Umum
- Warganegara Malaysia (bagi tajaan MARA calon mestilah Warganegara Malaysia dan Bumiputera);
- Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2010;
- Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.
Syarat Khusus
Syarat dan gred minimum untuk memohon setiap program pengajian boleh disemak seperti berikut:
JPA
- Sila rujuk Syarat Permohonan Program Ijazah Luar Negara 2011 Tajaan JPA.
MARA
- Sila rujuk Syarat Permohonan Tajaan MARA 2011.
Permohonan
Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi atas talian (on-line application) melalui laman web Jabatan Perkhidmatan Awam mulai tarikh keputusan SPM 2010 diumumkan secara rasmi.
Permohonan Tajaan JPA dan MARA Tahun 2011
Program Pengajian
Program Pengajian | Penaja | Negara | |
1 | Perubatan | JPA | India, New Zealand, Republik Czech, Russia, Poland & Program Berkembar International Medical University, Melaka-Manipal Medical College, Penang Medical College) |
JPA/MARA | Timur Tengah : Jordan | ||
MARA | Australia, India, Ireland, New Zealand, Republik Czech Russia, United Kingdom, Poland Program Berkembar dgn IPT Tempatan | ||
2 | Pergigian | JPA | Australia,India, Ireland, New Zealand & UK |
JPA/MARA | Timur Tengah : Mesir | ||
MARA | India | ||
3 | Farmasi | JPA | Australia, New Zealand, United Kingdom & Program Berkembar (International Medical University, University of Nottingham) |
4 | Optometri | MARA | New Zealand & United Kingdom |
5 | Bioteknologi | MARA | Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia & New Zealand |
6 | Kejuruteraan | MARA | Amerika Syarikat, Australia, Kanada, United Kingdom & New Zealand |
7 | Kejuruteraan Jerman (Elektrikal/Mekanikal/Kima) | JPA/MARA | Jerman |
8 | Kejuruteraan Perancis (Elektrikal/Mekanikal/Kima) | JPA/MARA | Perancis |
9 | Kejuruteraan Akademik Jepun (Elektrikal/Mekanikal/Kima) | JPA | Jepun |
10 | Kejuruteraan Sepanyol | MARA | Sepanyol |
11 | Sains Aktuari | MARA | Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom & New Zealand |
12 | Perakaunan | MARA | Australia & New Zealand |
13 | Sains Komputer / Teknologi Maklumat / ICT | MARA | Amerika Syarikat & Jepun |
14 | Sains Tulen (Fizik, Kimia, Biologi) | JPA | Amerika Syarikat & United Kingdom |
15 | Senibina | JPA | Australia & United Kingdom |
16 | Undang-Undang | JPA | United Kingdom |
17 | Pelancongan | JPA | Amerika Syarikat, Kanada & United Kingdom |
18 | Sastera Ikhtisas (Ekonomi/Kewangan) | JPA | Amerika Syarikat, Australia, Kanada, United Kingdom & Jepun |
19 | (Ekonomi/Pentadbiran Perniagaan/Kewangan) | MARA | Amerika Syarikat |
20 | Sastera Ikhtisas Timur Tengah (Ekonomi Islam, Perbankan Islam, Kewangan Islam) | JPA/MARA | Jordan |
21 | Diploma Kejuruteraan (Elektrikal/Mekanikal/Kima) (berpeluang ke Peringkat Ijazah Pertama) | JPA | Program Teknikal di Jepun/Korea |
22 | Sains | JPA | Malaysia : USM, UKM, UPM, UM & UTM |
23 | Sastera | JPA | Malaysia : USM, UKM, UPM, UM & UTM |
24 | ProgramTenaga Pengajar – TESL & Matematik / Sains | MARA | Australia dan New Zealand |
25 | Kejuruteraan & Perubatan | MARA | IPT Tempatan & Universiti Luar Negara kampus Malaysia |
26 | Sastera Ikhtisas (Ekonomi, Pentadbiran Perniagaan, Kewangan) | MARA | IPT Tempatan |
Sila rujuk syarat khusus di pautan di atas untuk mengetahui syarat akademik untuk memohon program pengajian yang disenaraikan ini.
Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor
- Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor di hospital-hospital Kerajaan yang terpilih di seluruh negara akan diadakan selama 3 hari mulai 10 – 12 Mei 2011.
- Program ini diwajibkan kepada semua calon yang memohon untuk mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di bawah tajaan JPA.
Temuduga
- Keputusan panggilan temuduga JPA : 8 April 2011
- Keputusan panggilan temuduga MARA : 14 April 2011
- Temuduga JPA akan dijalankan di beberapa pusat di seluruh negara mulai 12 -15 April 2011.
- Bagi calon yang terpilih untuk menghadiri temuduga diwajibkan untuk;
- Membawa Borang Pengesahan Pendapatan Bulanan Keluarga yang telah disahkan dan dokumen-dokumen lain yang ditetapkan.
- Menduduki Ujian Khas Biasiswa Persekutuan JPA yang dijalankan melalui aplikasi atas talian (on-line application) melalui laman web http:/esilav2.jpa.gov.my mulai 8 – 16 April 2011.
Masalah Teknikal
Semasa Mengisi Borang
- Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03 8885 3541 atau 03 8885 3453.
- Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam mulai tarikh keputusan SPM 2010 diumumkan secara rasmi.
Semasa Menduduki Ujian Khas Biasiswa Persekutuan JPA
- Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa menduduki Ujian Khas Biasiswa Persekutuan JPA atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03 8316 4422, 03 8316 4443, 03 8885 4435 atau 03 8316 4444.
- Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam mulai 8 April sehingga 16 April 2011.
Tarikh Tutup
- Tarikh tutup permohonan adalah 7 hari selepas keputusan rasmi SPM 2010 diumumkan.
Maklumat
- Sila rujuk iklan permohonan tajaan JPA dan MARA untuk lepasan SPM 2010.
- Pemohon hendaklah sentiasa melayari laman web JPA dan laman web MARA dari semasa ke semasa untuk mengetahui perkembangan dan pengumuman terkini mengenai permohonan penajaan JPA/MARA 2011.
- Sila baca juga Latar Belakang Program Ijazah Luar Negara JPA dan Soal Jawab Program Ijazah Luar Negara JPA.
0 Comments:
Post a Comment