- Merit disediakan berdasarkan 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.
- Bagi pemilihan ke program pengajian lepasan STPM/setaraf (Ijazah Pertama) ke IPTA, penyediaan senarai merit berdasarkan:
– Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) atau Cumulative Grade Point Average (CGPA) digunakan untuk menyeragamkan kelayakan STPM dengan kelayakan Matrikulasi.
PENYATA GRED DAN MATA NILAI GRED STPM/ MATRIKULASI
GRED | NILAI MATA GRED |
A | 4.00 |
A- | 3.67 |
B+ | 3.33 |
B | 3.00 |
B- | 2.67 |
C+ | 2.33 |
C | 2.00 |
C- | 1.67 |
D+ | 1.33 |
D | 1.00 |
F | 0.00 |
- Di dalam sistem ini, mata nilai gred untuk setiap mata pelajaran diberikan dan nilai PNGK dihitung dengan:
– Mengambil kira purata nilai gred EMPAT (4) MATA PELAJARAN TERBAIK
– termasuk Pengajian Am.
CONTOH PENGIRAAN PNGK, MARKAH AKADEMIK, MARKAH KOKURIKULUM DAN MARKAH MERIT
A. PENGIRAAN MERIT
BIL | MATA PELAJARAN | GRED | MARKAH |
1 | Pengajian Am | B+ | 3.33 |
2 | Fizik | B | 3.00 |
3 | Kimia | A- | 3.67 |
4 | Biologi | A | 4.00 |
JUMLAH | 14.00 |
PNGK = 14.00
4
PNGK = 3.50
B. PENGIRAAN MARKAH AKADEMIK (90%)
= 3.50 x 90
4
= 78.75
C. PENGIRAAN MARKAH KOKURIKULUM
- Mulai Sesi Akademi 2007/2008 dan seterusnya pengiraan markah kokurikulum akan diselaraskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
- Markah Penuh Kokurikulum ialah 10 markah berdasarkan komponen berikut :
- Sukan / permainan
- Pasukan Badan Beruniform
- Kelab / persatuan
- Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
D. PENGIRAAN JUMLAH MARKAH MERIT
Jika calon mendapat :
i) Markah Akademik = 78.75
ii) Markah Kokurikulum = 9 markah
Jumlah Markah Merit = Markah Akademik + Markah Kokurikulum
= 78.75 + 9
Jumlah Markah Merit = 87.7
PENYEDIAAN SENARAI MERIT LEPASAN STPM/SETARAF UPU SESI JULAI
- Merit disusun berdasarkan kepada:
- Markah Kokurikulum 10%.
- Jika berlaku “tie” merit disusun mengikut:
– Susunan markah purata Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP)
– Susunan mengikut pencapaian lima (5) mata pelajaran utama mengikut aliran di peringkat SPM.
Disalin daripada http://pengambilan.uitm.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=111&Itemid=175
0 Comments:
Post a Comment