Format Terbaru STPM
PENTAKSIRAN TERBARU STPM
- STPM baharu adalah peperiksaan yang akan menggantikan peperiksaan STPM terminal sedia ada.
- STPM baharu bakal dilaksanakan berdasarkan kepada keputusan mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) yang telah diadakan pada 4 Januari 2012.
BAGAIMANA STPM BAHARU DILAKSANAKAN
- Tempah pengajian Pra-U adalah selama 3 penggal dengan kalendar persekolahan adalah mengikut kalendar persekolahan biasa
- Pelajar-pelajar STPM baharu menggunakan sistem modular akan mengambil peperiksaan pada setiap penggal dan keputusan peperiksaan juga akan diperolehi pada setiap penggal
- Kohort pertama yang terdiri daripada pelajar tingkatan Pra-U Bawah akan mengambil peperiksaan STPM baharu pada November 2012.
- Pelajar akan ditaksir berdasarkan kepada dua kaedah penilaian iaitu : Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dengan wajaran (20%-40%) dan peperiksaan akhir berpusat dengan wajaran (60%-80%)
KELEBIHAN PEMBELAJARAN DI PRA-U -SISTEM PENTAKSIRAN BAHARU STPM (MODULAR)
- Pembelajaran dijalankan dalam 3 penggal:
-Penggal 1 – 6 Rendah
-Penggal 2 – 6 Atas
-Penggal 3- 6 Atas
- Sukatan Pelajaran
- Bagi setiap penggal adalah berbeza dan berakhir dengan peperiksaan (seperti di universiti)
- Pelaksanaan Pentaksiran Baharu STPM
- Setiap penggal akan dijalankan
peperiksaan akhir seperti di universiti. Keputusan peperiksaan bagi
setiap penggal akan dikeluarkan apabila pengumuman keputusan dilakukan
dalam bentuk Keputusan STPM
-Sijil STPM akan dianugerahkan kepada calon yang mendapat sekurang-kurangnya LULUS bahagian dalam satu mata pelajaran.
- Pentaksiran Berasakan Sekolah
- PBS merupakan komponen yang wajib
bagi setiap calon. Calon akan GAGAL dalam mata pelajaran tersebut
sekiranya tidak menjalankan PBS. PBS terdiri daripada tiga bentuk kerja
kursus iaitu
- Kerja Projek
- Kajian Luar
- Kerja Amali
- Peratusan wajaran yang ditawarkan dalam PBS adalah berbeza mengikut mata pelajaran iaitu antara 20% hingga 40%
- Peluang Memperbaiki Keputusan Peperiksaan
- Tiada ulangan untuk PBS
- Tiada pra-syarat kelulusan minima dlm sesuatu penggal untuk melayakkan pelajar mengikuti pengajian pada penggal berikutnya.